Khamis, Jun 11

perginya seorang PEJUANG..

TAKEN from : http://antaradua.wordpress.com/2009/06/11/innalillahiwainnailaihiraji3uun/

Status x : ‘Mereka dah tiba di hospital, Cuma aman, ammar,akram belum sedar
diri lagi’Ini khabar terbaru tentang mereka sehingga post ini ditulis.

Entah mengapa, hari ini bukanlah hari yang djangkakan akan terjadi.
Saya(juga sahabat lain) mengharapkan inilah hari yang paling manis dan gembira
sekali sepanjang berada di ‘neraka’ tahun 3 ini. Hari ini merupakan hari
terakhir peperiksaan written kami. Sekarang cuma tinggal oral sahaja lagi.
Memang sepatutnya seronok.

Namun apa yang Allah rancangkan melebihi segala-galanya. Beberapa orang
sahabat telah ditimpa kemalangan dan ada yang masih tidak sedarkan diri.Saya
terus istighfar apabila mendengar berita ini. Kenapa?Cuba fikirkan kembali,
selepas sahaja peperiksaan sehingga sampainya berita ini di telinga
masing-masing apa yang kita lakukan? Saya 99% yakin sangat yang semua warga gen6
ketika itu sedang bersukaria menyambut habisnya peperiksaan written bukan?Ada
yang terus menyerbu terus ke tempat-tepat makan, ada yang pergi melencong ke
tempat lain tidak kurang juga yang membelek laptop masing-masing melayan movie
dan melayari alam maya. Ketika itu, di manakah ingatan kita pada yang Esa?

Inilah yang saya kesalkan. Sebab saya pun terlagha tadi.
Astaghfirullah.Tup-tup Allah terus khabarkan saya berita yang mengejutkan ini.
Terus dapat pengajaran dan teguran daripada Allah. Sebelum itu saya baru je
terbaca pasal kisah di Thailand. Allah terus ingatkan saya tentang kematian. Ya
kematian. Allah tahu saya terlupa yang kematian itu boleh datang bila-bila masa
sahaja.Hati ini berdoa semoga semuanya selamat. Semoga tiada apa-apa yang buruk
terjadi.Ini bukanlah soal mereka sahaja. Ini soal kita.Sedarlah Allah bagi kita
satu pengajaran besar hari ini.

Pengajaran yang tak ada sesiapa pun boleh mengajar kita. Suatu pengajaran
simple,yang semua orang tahu tetapi hanya sedikit sahaja yang sedar
hakikatnya-yakni mati.Pengajaran yang menyentuh hati. Yang membangkitkan iman.
Yang bisa memberi kesan mendalam.Apa yang pasti ia bukanlah pengajaran buat
mereka yang terlibat sahaja. Ia lebih ditujukan buat kita yang sihat
ini.Mengapakah perlunya ada pengajaran yang memeritkan ini? Hanya satu sahaja
sebabnya. Allah mahu menegur hamba-hambaNya yang dah jauh. Hamba yang lupa akan
dosa pahala. Hamba yang leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Lupa akan hakikat
penciptaan. Lupa setiap dari mereka PASTI AKAN KEMBALI, akan meninggalkan dunia
selama-lamanya.Saya sebagai sahabat sebatch lebih-lebih lagi terasa.

Saya terfikir mungkinkah apa yang terjadi ini sebab dosa-dosa ahli batch
ini? Dosa yang menyebabkan Allah memilih wakil gen6(termasuk ammar sebagai ketua
batch) untuk memberi teguran kepada yang lain? Hati saya berat mengatakan inilah
sebabnya. Saya tak tahu dosa orang lain. Setiap orang mungkin ada sumbangannya.
Termasuklah diri yang lemah ini.

Ampunkan kami Ya Allah!!!!!!Lidah ini kelu untuk berkata-kata. Cuma
bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bertaubat. Diberi peluang untuk
memikirkan dan membetulkan kesalahan diri.Saya membayangkan saat ini, malam ini,
dada semua warga gen6 penuh dengan keimanan, kekesalan dan taubat kepada Allah.
Sungguh berbeza dengan keadaan petang tadi. Mungkin inilah kesan yang Allah mahu
tinggalkan pada hati ini. Alhamdulillah.Terima kasih sahabat atas pengorbanan
kalian untuk menyedarkan kami. Ianya pengorbanan yang sukar. Yang tak mampu pun
kami balas. Yang sungguh perit untuk kami telan.

Semoga jasa kalian Allah sahaja yang membalasnya.Buat mereka yang tidak
terlibat khasnya warga gen6, marilah kita sama-sama manfaatkan pengajaran yang
pahit ini. Berubahlah. Jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku di sekeliling
kita. Jom kita tinggalkan maksiat, tinggalkan excessive movies, excessive
chatting, excessive berkhayal, excessive lagha dan sebagainya. Lagi baik terus
jadikan ini sebagai turning point of our lives.Jika hati kepingin sangat untuk
buat maksiat, tanya balik pada diri, apakah selepas ini masih ada peluang kedua
untuk kita? Atau kita mahu orang lain pula dikorbankan untuk menegur
kita?Nauzubillahiminzalik.

Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya kamilah yang menzalimi diri
kami. Ya Allah, jika hidup adalah yang terbaik bagi mereka dan bagi kami,
selamatkanlah nyawa mereka. Tetapi jika kematianlah yang Kau pilih untuk mereka,
rahmatilah roh-roh mereka dan tabahkanlah hati kami. semoga amalan kebaikan
mereka menjadi qudwah untuk kami teruskan kehidupan ini..

Ya Allah kurniakanlah kami keimanan yang mendalam melalui pengajaranMU
ini.Ameeen.*

tiada apa yang saya harapakan dari post ini melainkan saranan supaya kita
bertaubat atas kemaksiatan diri dan orang lain. Marilah mulakan kehidupan baru
yang lebih bersih dari sirna-sirna dosa. Marilah menjadi lebih bersedia untuk
menghadapi hari kemudian.sedikit penjelasan : pemergian mereka ke ain sukhnah
bukanlah saje2 untuk bersukaria tetapi nak survey tempat untuk program
merapatkan ukhuwwah antara ikhwah. jangan salah faham ye..
Fotopages arwah :
http://kalampuncak.fotopages.com/?&page=1
Blog arwah : http://kalam-puncak.blogspot.com/

P/s : Al Fatihah! Saya tidak pernah berjumpa arwah. Baru hari ini saya
mengenali beliau. Saudari Ayu yang baru juga saya kenal memberitahu. Saudara
Izyan a.k.a Pok Yan mengesahkan berita ini dari Mesir. Yahya seusai peperiksaan
tadi menanyakan perihal arwah yang khabarnya mungkin bekas jirannya suatu ketika
dulu. Entah mengapa saya tersentuh. Testimoni rakan-rakannya menginsafkan diri
betapa kerdilnya diri kita semua ini.

Moga Allah swt merahmati arwah dan kita semua, insyaAllah!Allahumma firlahu
warhamhu wa afihi wa'fuanhu!Terkesan dengan tag blog arwah :Jiwa mereka yang
hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari
jendela akhirat. =) Sejahteralah mu wahai as-syahid! Kamu meninggal ketika
melaksanakan tugas dakwah, mencari tempat menyemai ukhwah bernama sebuah
REHLAH!

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:"Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu
Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita
semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi
ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah.
maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau
makcik."


keseluruhan entry ini ku ambil dari teman ku..datangnya dari penulisan
seorang sahabat..tatkala aku jenuh memikirkan, apa yang perlu diisi pd masa
lapang yang ada..seusai sahaja aku menghabiskan paper last ari rabu yang
lalu..khabar ini menjengah tiba..ALLAHUAKBAR..janji Allah itu pasti..kematian
itu benar..jangan lagi kita sibuk mencari kepuasan dunia n hati manusia..aku
menilai kembali diri..apa yang aku ada untuk di bawa menghadap ilahi, andai esok
ditakdirkan waktu ajal ku kan menjelang tiba??..

moga Ammar beroleh syurgaMu..dia hamba yang soleh insha Allah..redha nya si ibu juga benar2 buat aku kagum..ayuh shbt2..kita bina kembali jati diri..usah lagi terleka dan alpa..kematian itu
dekat..selak kembali diari diri..apa yang ada untuk mmbuatkan kita layak ke
syurgaNya andai saat ini, saat terakhir kita diberi peluang terakhir untuk
mengirup udaraNya?..kurangkan lah bersukaria..yakinlah, kematian itu sntiasa
mendekati...KEMATIAN itu dekat sekali...
Alfatihah buat arwah..

11 ulasan:

Huda Idris berkata...

salam.. farhanah.

siapa ammar tu?

Ana Farhanah berkata...

ammar student di mesir..if nak kenal lbh dekat lg, g kat blog dia..ana kenal dia kat ctu jer..xpernah knl before..tp mudahan, tiap yg jadi, beri ibrah pada kita sume yg masih mnnti saat waktu kita di jemput ilahi..insha Allah..

cahaya hidayah berkata...

Salam..

Darul@Huda,
Ammar dulu ex student persijilan DQ batch akak, tapi kejap ja coz dia sambung mesir.. kat DQ dulu pun arwah sgt mantap, pernah jadi timb presiden untuk society budak2 sijil batch ktorang...

p/s- salam ziarah tuan blog, x kisah yer sy tlg jawab:)he2

Ana Farhanah berkata...

syukran ya ukhti hidayah..
jawapan cukup mantap..ana xkenal pun sbrnya..cuma terkesan dgn perginya dia, saudara seislam yg bukan calang2 hebat dlm menjunjung agama di mana pun dia berada..allahuakbar..moga Allah cucuri rahmat ke atas diri arwah..ukhti tahun brape ye d Dq? ana bkn stud sne..cuma ada bbpe shbt d sne..apapun..salam ukhuwah..syukran utk tmbhn..(^^)

Qurratu'Ain berkata...

salam ya ukhti..salam tkziah ana ucapkn..leh ana mtk blog saudara Ammar?

Ana Farhanah berkata...

wslm ukhti..
blog Ammar ada dalam entry yang ana post ni..leh tgk semula..insha Allah ada.dkt blog list ana pun ada..Dalam Jiwa Hamba.
manfaat kan ilmu yg ada dlm blog arwah..mudahan berterusan pahala utk beliau..meninggal satu2 jasad anak adam..yang tinggal adalah ilmu,amal jariah n doa anak2 soleh..mudahan berterusan pahala utk bekalan arwah di alam sana..insha Allah..

Huda Idris berkata...

c's blaja same ngan ammar ek? univ mansoura?

farhanah, nurhidayah samsudin@kak dayah tu,sama dgn batch kami kat uia, maksudnya tua setahun dr kita lah=)

syukran kak dayah ng farhanah.

mule2, x paham sgt pn bace entry ni, bace laju2, pastu td, ade berita pasal arwah ammar ni kt tv3.. n sy bukak balik blog farhanah ni. moga ditempatkan di syurga ALLAH..

Ana Farhanah berkata...

perginya dia, diakui shbt2 di bumi ni, dia insan hebat..moga di sisi Allah dia lebih hebat lagi..ada hkmah pemergian dia..dia awal2 nya sudah belajar utk melihat dunia dr jendela akhirat..ana terkesan dgn prinsip hidup arwah..ana sdg bljr insha Allah..untk melihat ssuatu dr sudut di alam sana..moga ada kredit n gnjaran buat arwah di daerah sana utk ilmu berharga yg akan mnjadi amalan ni.insha Allah.
moga Allah cucuri rahmat atas roh beliau..

p/s: xlupa jg pd shbt2 yang lain..moga Allah beri yg terbaik buat mereka yg msh di uji..amin..amin..amin..

c's berkata...

Darul, Allahyarham ammar senior saya.. cairo u..

hurmm.. skg nih swine flu tegah merebak kat area2 berdekatan petempatan n u kami, doakan kami dpt jalani peperiksaan dengan baik n selamat pulang ke msia ye..

dugaan melata.. dunia umpama di penghujung usia.. moga kita berakhir dengan husnul khotimah :)

Ana Farhanah berkata...

owh ye? syukran kak dayah untk info yg dikongsi..
mudahan, sama2 kita pohon..mudahan pengakhiran dlm agama n redha Allah kita peroleh..amin..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
cuma nak bagitau...
ammar sahabat saya dari kecil...
dia sangat nakal waktu tadika..
tapi dia berubah bila masuk sekolah rendah...sejak dr sekolah rendah lagi arwah seorang pelajar harapan yg sangat2 di sayangi cikgu n rakan2...
baik orgnya...
no wonder,dia dilantik menjadi ketua pelajar sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah...
ammar masih lagi diberi kepercayaan tuk menjalankan amanah sbg seorg ketua pelajar...
tiap kali nak exam dialah yg baca doa tuk kami...
semoga ammar bahagia dia sana...dan semoga ammar ditempat org2 yg Allah janjikan tuk org yg beriman...Amin,...sedih tapi kagum dengan makcik fatimah(ibu ammar)dia cukup tabah mengharungi ujian Allah berat nih...