Memaparkan catatan dengan label SAHABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAHABAT. Papar semua catatan

Selasa, Januari 11

TIPS MENCARI dot dot dot..

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita 1:
"Ana! saya nak tanya awak ni..apa ya pendapat awak tentang seorang perempuan yang ada Master nak berkahwin dengan Driver lori?"
fuh, terkezut juga saya diterjah soalan ini, macam kaunselor pulak bunyinya..


Cerita 2:
"Kak ana, saya nak tanyakan..boleh tak kita pasang niat untuk TAKNAK BERKAHWIN?" saya senyum, orang merujuk saya pasal kahwin je ni..pelik juga..


Tapi takpelah, tidak mahu menghampakan hati teman-teman ini, jadi saya berilah pendapat dangkal seorang manusia saya ni..padahal saya pun terkapai-kapai,alahai~


Pendapat 1:
"erm, saya rasa ok jer..menurut cerita awak ni tadi..si pemandu lori ni banyak kemahiran lain, bukan setakat pandu lori je..plus dah ada rumah dan kereta sendiri pun..so, tukaq la sikit..janganlah panggil dia pemandu lori, panggillah dia Mechanic ke..Engineer ke..sebab dia pandai baiki machine kan =D~ dah ada rumah plus kereta tu dah kira lebih hebat dari fresh graduate university..Mudahan family si perempuan boleh terima lelaki tu,insha Allah" panjanglah lagi perbincangan nya, tapi saya cut2 dan edit2 sikit..selebihnya saya hanya mampu berdoa, mudahan si ibu dan si bapa menilai lebih dari sudut agamanya bukan dari sudut sijilnya!


Pendapat 2:
"Erm, memang lah tak boleh..Nanti bila kat padang mahsyar, kita mencari-cari Nabi Muhammad SAW..Sebab nabi yang boleh beri syafaat kepada kita..tiba-tiba bila kita jumpa nabi, nabi kata pergilah kat nabi lain sebab kau ni bukan dari umat aku..ha~ camne? tak sedih time tu? pergi kat nabi lain confirm-confirm lah nabi lain tak terima sebab kita ni adalah umat nabi muhammad SAW yang mulia"


~jadi, janganlah pasang niat yang tak baik tu..Seorang Makcik saya merangkap makcik kesayangan saya..Dia dah pun berumur 50 tahun dan masih single and available..Kerana patuh kepada ibu dan ayah, 3kali risikan ditolak semasa hayat mereka (tak silap ingatan saya lah)..selepas kedua-dua ibubapanya sudah tidak ada lagi di Bintulu, Sarawak. Makcik saya tetap berusaha mencari jodohnya..Dia berhijrah ke Kuala Selangor dan bekerja sebagai pengasuh..Dan semua itu adalah di antara usahanya untuk mencari jodoh dan usahanya untuk menyahut seruan nabi agar tergolong dalam golongan yang diakui umat..ini kan kita yang baru berumur sekitar 20an,30an (atau apapun #an)? Jangan putus asa =)


oh, lagi satu..seorang sepupu saya pernah berkongsi satu perkongsian yang diperoleh dari Dr Mashitah..


"Wanita itu MENCARI, dengan MEMPERBAIKI DIRI dan BERDOA!"


dan saya tambah lagi satu, kene follow up dengan USAHA! sukahati saya je tambah-tambah kan?itulah sunatullah..bayangkan juga, kalau perbaiki diri dan berdoa tapi dok dalam rumah, siapa yang akan kita jumpa? erm, faham dah rasanya kesimpulan saya nih..=)


beberapa kisah yang saya tempuhi membuat saya kagum..ramai wanita yang cukup pemalu dan solehah meminang lelaki soleh yang dirasakan layak untuk menjadi calon suaminya..saya kagum dengan keberanian bidadari-bidadari syurga ini menyusuri tauladan Siti Khadijah RA yang penuh ibrah..moga usaha kalian di rahmati allah dan diredhai olehNya..kagum juga saya dengan ketepatan kalian meletakkan MALU dan BERANI pada tempatnya..dan ini adalah salah satu USAHA =)


Jadi, kalau boleh janganlah letak niat taknak kahwin tu..rugi nanti bila Rasulullah yang mulia tak mahu mengaku kita ummatnya..kalau dah terdetik, istighfarlah..Allah maha pengampun..


so, tips nak mencari?


PERBAIKI DIRI+DOA+USAHA=mudahan berjumpa, tak didunia, bertemu di syurga insha Allah=)




 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, Disember 30

Terbang Tinggi!

Bismillahirrahmanirrahim


“assalamualaikum kak, saya dah sampai di KTM, boleh ambil saya?” Seawal jam 10pagi, saya sudah dihubungi oleh peserta walhal program bermula jam 2ptg.

Apapun saya bahagia dan gembira. Mengambil posisi sebagai salah seorang ajk pengangkutan memberi saya ruang dan peluang untuk berkomunikasi dengan adik-adik yang bakal terbang tinggi ini. Dan syukur Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dengan peluang yang Allah beri ini. Terimakasih allah.

“akak belajar kat mana?”

“nama akak siapa?”

“akak ambil kos apa?”

“bayaran yuran penyertaan sangat murah, siapa anjurkan program ni kak?”

“tempat program kat NBU kan kak?Apa NBU tu kak? National Basketball University eh?”

“Program ni program yang macammana kak? Ada sukan lasak tak? Ada pacat tak?”

Gelihati dengan gelagat adik-adik. Pelbagai persoalan diajukan. Dari mengenai diri saya sendiri, program FLYHIGH sendiri dan juga cara hidup di luar Negara.Namun begitu, Alhamdulillah, saya positif ia adalah signal adik-adik ini datang ke program FLYHIGH dengan persediaan cukup mantap. Minda adik-adik ini cukup kreatif dan kritis dengan pelbagai persoalan yang cukup baik!

Peserta dibahagikan mengikut kawasan yang akan mereka pergi. Asbabnya, mereka akan bersama rakan-rakan ini untuk survive di kawasan baru nanti. Jesteru, sangat baik jika mereka dibahagikan dalam kumpulan yang sama agar ukhuwah dapat dibina lebih awal dan moga urusan selepasnya boleh di buat bersama-sama. Saya sendiri menjadi fasilitator untuk kumpulan yang akan ke German. Dan saya akui mereka-mereka ini adalah insan yang allah pilih untuk membawa dan menjunjung agamaNya di Negara asing.insha Allah.

Salah satu aktiviti yang cukup menimbulkan kesan pada diri saya dan mungkin adik-adik ini juga adalah slot The Mole(Pengkhianat). Slot ini menguji kepercayaan seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Ketua fasilitator memberi arahan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan iaitu menyempurnakan puzzle dengan lengkap untuk memperoleh 100markah. Ia Nampak mudah, namun begitu, mereka telah diingatkan akan kemungkinan hadirnya The Mole (iaitu pengkhianat) di kalangan mereka. Kemudian, semua peserta akan diberi satu watak dan wajib melakonkan watak itu sebaiknya. Samaada watak itu adalah watak baik atau watak The Mole, mereka perlu merahsiakan watak itu. Disini, kejujuran dan kesetiaan TERUJI!

Setelah beberapa provokasi diberi dari pihak fasilitator, keadaan kumpulan saya jadi agak tegang. Demi markah, ada jari-jari mula ditunding kepada rakan-rakan untuk meneka-neka siapakah The Mole diantara mereka. 

“Jangan lupa, satu jari kita ke arah orang lain, 4jari lagi kearah kita” saya juga terus membuat provokasi.

“aku rasa kau lah.. kenapa kau buat puzzle yang salah ni” Si A sudah mula bersangka.

“aku tak sempat tengok tadi, facy dah minta naik semula!” si B cuba menegakkan kebenaran di pihaknya.

“erm, aku rasa kau kot. Dari tadi kau senyap je” Si C mula juga membuat andaian.

“wei, takkan kita dah lama kawan kau masih tak percaya aku!” si D mula kecewa dengan rakan-rakannya.

“cepat..kita kene dapatkan juga the Mole untuk dapatkan markah penuh, kalau tak, kita akan dapat kosong!” facy mula lagi memanaskan keadaan.

“cepatlah mengaku. Kau ke? Kau ke? Aku rasa kau lah. Mengaku je la kita nak markah ni” desakan demi desakan.

“TIMES UP!”

“ok, kumpulan 4, siapa The Mole anda, boleh perkenal ‘dia’ kepada kami?" Ketua fasilitator menyoal.
Seorang peserta dari ahli kumpulan saya yang agak diam dari tadi mula berdiri. 

“memang betul ada kesilapan dalam puzzle yang kami buat bersama tadi. BUT we trust each other BY HEART. Dan saya percaya, tiada The Mole dalam kumpulan saya” ujar dia tenang.

Allahuakbar! saya cukup tersentuh.

Walaupun  saya melihat mereka asalnya menunding jari antara satu sama lain hinggakan ada yang kecewa dengan rakan-rakan yang lain dan meninggalkan kumpulan. Biar berguni-guni provokasi dari fasilitator supaya mereka ini memilih salah seorang dari kawan mereka untuk dijadikan kambing hitam atau The Mole tadi. Namun, mereka akhirnya yakin dan bersetuju dengan satu jawapan, jikapun ada diantara mereka The mole yang berbuat silap, mereka tetap akan mempercayai. Mereka bersahabat kerana hati mereka dipaut. Mereka bersahabat kerana Dia yang Esa. Mereka yakin tiada yang diantara mereka akan menjadi pengkhianat biarpun itulah arahannya!

Sungguh, saya kagum dengan adik-adik ini.
Jikalau satu hari nanti, anda berada di satu sudut dunia, Australia, New Zealand, German atau mana-mana tanah di bumi allah ini, saya yakin kalian akan menjadi insan yang dimuliakan oleh insan lain. Kerana tindakan yang kalian ambil bukan dengan sekadar hitungan akal semata tetapi juga dengan pertimbangan hati. semoga hubungan persahabatan kalian semakin utuh biarpun diuji dengan badai dan angin kencang.

Teringat saya akan satu kisah monyet yang memanjat pokok.
Saat angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, monyet terlena lalu jatuh dari pokok. Namun bila angin kencang dan ribut yang bertiup, si monyet malah berpaut lebih kuat pada pokok.

Moga makin kalian diuji, makin kuat tali persahabatan kalian.

Titipan dari ajk pengangkutan FLYHIGH buat adik-adik sekalian.

Selamat terbang tinggi di awanan biru,
Membelah dunia dengan ketajaman ilmu,
Menjelajah bumi tuhan penambah perisa keimanan,
Genggamlah ajaran Islam dengan geraham,
Mudahan tiap urusan hidupmu dipermudahkan,
Mudahan ketemu lagi, andai tidak diceruk-ceruk dunia, biar kita ketemu di jannah Allah
Insha Allah, amin ya rabb..
Seeru ala barakatillah..

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, November 27

Again..RINDU ini bertandang lagi..





mesej dari sahabat..


Atie : 'Bila diri diulit rindu, kasihnya kerana yang SATU..
biar bibir asyik membisu, namun hatinya tetap merindu,
indahnya persaudaraan terukir di memori, kenangan lalu
terpahat di hati, diri ini banyak kekurangan, namun
ukhuwah yang terjalin itu hadiah dari tuhan!! andai awan
bisa bersuara..andai pena bisa berkata2, andai bibir bisa
meluahkan bicara, pasti akan tersingkap segala rasa..namun
diriku tetap diriku, tetap sendirian bertemankan sepi,
walau jauh 1000 batu , ukhwah kita tetap di hati..ana
sayang anti..salam jihad~'



Tmey : 'pertemuan ini besar ertinya padaku.aku telah
dianugerahkan Allah insan bergelar sahabat..menyedarkan
hidup ini hanya untuk ilahi.meneguhkan diri ketika aku
hanyut di buai mimpi..ukhuwah ini tak perlu di ungkap
namun dapat dirasai. Moga kita disatukan hati menegakkan
deen yang suci..'



Asma' : 'sahabatku sayang,ku rindu kan saat kita bersama..
berjemaah dalam setiap ma'ruf..mengingatkan diriku menjauhi
perkara mungkar..Di saat doa rabitah terbit di bibir mu,
kenanglah kami sahabat2 mu, moga hati2 kita sentiasa bertemu..
menjulang kalimah akbar yang SATU..~hug~'
(terase betul pelukan asma')huhu..rindu..



Wani : ....(yg depan2 ni kene rahsiakan :b)..rindu yang selalu buat
wani sedih..wani rindu sangat semua yang kita buat sama2..


dan banyak lagi mesej sahabat2...yang xdapat dipamerkan atas
sebab2 tertentu..

ana nak tulis mesej yang ana bg shbt2..tp bila ana carik balik..
rupenye ana da delete..sbb ana pun xtahan ngan kate2 tu..
hehe( ape punye kes la kan?? :B)


yang pasti...airmata ini menitis lagi..rindu itu kadang2 menyakitkan
kerana aku serasa mahu kembali ke masa lalu..menghargai tiap
detik yang kita lalui bersama...namun aku mengerti..rindu itu
anugerah dr ilahi..agar hati kite sentiasa bertaut...kerna itu aku
tidak pernah membenci airmata yang tumpah apabila rindu
mengamit lagi...semalam aku menangis..kerana aku rindu...hari
ini juga..kerana mesej sahabat yg merindui jemaah yang kita selalu
lakukan bersama...dan aku juga ingin kau tahu yang aku juga rindu..
lantas doa rabitah lancar ku alunkan dibibir..moga ukhuwah terus
tersemat di dalam doa dan qalbu ku..wajah seorang demi seorang melintas
di pandangan hati ku..



tatkala aku mengangkat takbir..menjadi imam buat adik2 dan
keluarga ku..aku rindu menjadi imam kepada sahabat2...rindu
juga menjadi makmum kepada sahabat..rindu juga kepada rules
yg telah kite persetujui bersama biarpun bukan di atas
tandatangan yg sah( siapa lambat, dia imam :b )hehe..


hatiku merenggut..airmata bergenang..namun ku yakini perpisahan
ini ada beribu hikmah yang tersirat...sudah lama aku nntikan..
untuk meluahkan rindu ini di dalam blog..namun aku cuba
bertahan..tapi mesej yg datang arini..menyebabkan jari jemari
laju menaip (biarpun terpaksa memotong line adik2 yang sedang
bermain games)..huhu..sori fawwaz,kemal n maira


aku tidak mahu lagi menangis ( ada insan yg tahu macamana
teruknya kalo aku menangis..kan kak kan??hehehe)..aku rindukan
masa itu..namun hakikatnya..masa itu sudahpun berlalu..
menjadi secangkir kenangan buat kita semua..


rindu aku..
  • rebut2 kite menentukan siapa yang akan jadi imam (selalunye..hehe..did not mention her name cause some reasons)
  • bace doa makan same2
  • nyanyi nasyid same2 (kuat2 pulak tu..haih..apelah erti berjiran..sori ek asmah n kak awin)
  • nyanyi lagu 'aspalela' dan lagu 'hanya kau yang mampu..'( ini lagi la..ntah bpe kali ulang..penat apek ngan aizat tu nyanyi )
  • belajar sama2
  • kejut bangun same2 (erk??yeke??)
  • stay up same2 ( kadang 2 ler )
  • gelak sama2..(haih..ni kalo bakal mak mertua dengar kita gelak..mcm2 leh jadi..heheh)


kalo ade lagi..sahabat2 leh tolong tambahkan ek..


dan macam2 lagi yang kite wat sama2..
thanks akak( kak zalina kamaruddin)..rumah akk jadi
tempat berkumpul kitorang..maaf selalu buat sepah,
buat bising, buat geram (wt akak geram..hehe) sbb
selalu kenekan akak..apepun..akak memang macam
mak kitorang kat TAYLORS..eh silap..kat RIDZUAN
B2207..eh..kire dua2 tempat la..


walaupun ape yang terjadi lepas ni..
kite niatkan pertemuan dan perpisahan yg sementara
ini kerana Allah..moga kite termasuk dlm golongan yg
mendapat naungan Allah di mana tiada naungan lagi
selain lindungan DIA..amin..
wakafkan diri diatas jalan perjuangan..


kita akan bertemu suatu hari nanti..biarpun bukan lagi
di RIDZUAN..atau di TAYLORS..tp yakinlah..kita akan
bertemu di SYURGA..
kerana SYURGA itu mahal harganya..lalu berusahalah
sepenuh hati untuk menggapainya...moga SYURGA jadi
milik kita semua..moga perjumpaan kita..adalah di SYURGA
sana..kerana disitu pertemuan yang abadi dan hakiki...



kalo rindu..nangis je..hehe..sbb..IMAN ( watak guy yg suke
TIARA dlm cte MUTIARA kate, yg airmata tu..Allah jadikan
untuk ditumpahkan..kalo simpan pun jadi taik mata je..hehe)


selayang tinta buat mu sahabat...

SADIQATI itu ertinya sahibah..juga yang membenarkan..
thanks kerana sentiasa mempercayai aku selama kita
berteman..thanks kerana sering memperingati aku tatkala
aku lupa akan fitrah sebagai seorang hamba..thanks kerana
sering di sisi tatkala aku buntu bantuan sahabat..thanks..

syukrn YA ILAHI..Kau hadirkan aku sahabat2 yang sering
membawa aku ke jalan MU..terimakasih Allah..moga hati
kami terus bertaut kepada Mu dan kerana MU
YA ALLAH..ubati rindu ini...amin..