Jumaat, Mei 15

lapangan SILATURRAHIM...tak punya batasan..

dengan namamu ya Allah..alhamdulillah..

syukur yg tak kan pernah mencukupi untuk disamaratakan nilainya dengan tiap kasih Mu aku titipkan..alhamdulillah..

sedari kecil, hidup aku dikelilingi 'orang ramai'..maksudnya..ahli keluarga yang ramai, 11orang setakat ini, keluarga besar ku, bersama sepupu, melebih seratus..alhamdulillah..aku di biasakan dalam keramaian..mungkin itu juga salah satu punca, aku jadi sunyi bila berseorangan..dan juga bosan mungkin...

mak dan abah, punca utama..kami di biasakan untuk berukhuwah dengan insan-insan lain..mak punya keluarga angkat di Jelebu,negeri sembilan..kawasan paling kering di Malaysia..mak di 'angkat' oleh sorang kakak senior pabila kedatangan nya ke semenanjung Malaysia dari Sarawak di usia yg sangat2 muda, menarik perhatian senior ini tadi, mungkin..

mak akan pulang ke Sarawak cuma untuk setahun sekali..krn itu shj tiket yg diberi oleh 'tajaan' nya..lalu, hari2 cuti yg berlalu di habiskan di Jelebu..suka benar mak dengan tmpt dia bermain dan bermandi air perigi tu, walaupun perjalanan ke sana cukup meletihkan dan sgt jauh..

setelah berkahwin, ukhuwah mereka ttp erat..aku tertanya2 resepinya..bukan sekadar erat dengan keluarga angkat yg di jelebu..anehnya, semakin aku meningkat dewasa, hubungan mak dengan keluarga sebenarnya yang terpisah sejak kecil juga makin erat...keluarga cina lagi..yang berlainan bangsa dan agama..tapi mereka makin erat..subhanallah..

jawapan yang diberi oleh mak cukup membuat kan aku kagum..tips nya itu ada pada abah..kerana abah terlalu suka untuk menjalinkan ukhuwah..biar dengan sesiapa pun..lalu, abah pendokong utama agar mak terus berukhuwah dengan keluarga angkatnya dan juga keluarga asalnya..

aku yakin itu jawapan paling tepat..apa tidaknya..Wendy, sepupu chinese ku..meskipun hanya beberapa kali bertemu..dia sangat senang dengan abah..sebelum dia menyambung pelajaran ke UK, kami aturkan lagi satu pertemuan..di Sunway pyramid..terlihat shj kelibat abah, sepupu ku ini sudah tergelak2 kecil..teringat semua idea2 kelakar abah mungkin..aku juga jd geli hati..abah masih di kejauhan..tapi wendy sudah ketawa sendiri..aku tanya..apa yang di ketawakan?
jawapannya, abah..aku tidah tahu apa rahsia yang di guna pakai..tapi,orang senang benar dengan abah..

mak juga tak terkecuali..hebatnya mak, cuba mengingati keluarga abah yang cukup2 besar..tiap kali hari raya..soalan yang sama akan muncul berkali2..
'siapa tu mak?'
yang tu, siapa pula?
yang sana tu?
ni mak...yang pakai tudung colour kuning ni spe?
n blablabla..(soalan demi soalan..bukan dari aku shj..dari adik bradik yg lain juga)

lidah mak dan abah tak pernah kering untuk memberi jawapan..walaupun aku yakin sekali, soalan yang sama aku tujukan...terkadang aku lihat, jenuh mak cuba mengingat..di mana pula kaitan keluarganya...anak kepada mak sepupu kepada isteri kedua n etc n etc...xpelah mak..insha Allah ana cuba lakar besar2 plan keluarga besar kita ni..senang ingat..nak tau je..kita tgk plan..haha..kadang2..bila tak terjawab..mak mencuit abah, mohon jawapan...

alhamdulillah..kami d ajar utk terus berukhuwah..
di sini, aku punya pengalaman sndiri..dalam mencipta ukhuwah dengan seorang gurl local..cukup sekadar menghulurkan sebiji gula2 mentos...benteng yang gurl ini bina antara aku dan dia,akhirnya pecah begitu sahaja..subhanallah..benar kan? "erti hidup pada memberi.".walaupun sekadar senyuman dan sebiji gula2..akhirnya,dia yang kerap memulakan bicara pabila bertemu dengan ku..

dan aku yakin, ukhuwah bukan shj tercipta bilamana adanya hubungan dan ikatan tertentu..
mak dan abah tidak pernah mengajar kami adik bradik istilah berukhuwah dgn tertakluk pada apa2 ikatan..
aku yakin, ukhuwah itu ada dalam hati..pabila doa sering di lantun untuk kebaikan bersama..dirapatkan ukhuwah antara aku dan shbt2..aku yakin tautan hati itu benar2 dirasai..ukhuwah fillah abadan abada..insha Allah..agar kasih kita tercipta hanya kerana Dia

antara tujuh golongan yang di jamin Allah ketika mana tidak ada satu pun jaminan perlindungan di padang mahsyar..antaranya adalah insan yang berkasih sayang kerana Allah..bertemu dan berpisah juga hanya kerana DIA

tak lupa untuk guru2..doa ku sntiasa ada untuk kalian..SELAMAT HARI GURU..moga Allah balas jasa kalian..moga Allah ikat ukhuwah antara kita..ami ya rabbal alamin..

Jumaat, Mei 8

KENANGAN CUMA...

dengan namaMu ya Allah..

alhamdulillah...selesai kerja2 mingguanku..basuh baju,lipat kain,seterika baju..lega~
mengemas katil yang berselerak dengan kertas-kertas nota minggu ini..
walaupun masih ada assignment yang masih di dalam prosesnya..tangan ini tetap 'gatal' untuk menaip dan menulis..
dari tadi minda dan hati ini berkata-kata...bukan dari tadi..dari semalam sebenarnya..dan juga penyebab aku menyertai kuiz pertama d FB.."apakah kelas kamu di SMAPK?"..haha..soalan cukup menarik..tapi jawapannya cukup silap...aku tetap mahu bergelar KEJORIAN..

ada sebabnya..bukan sengaja-sengaja aku merindui sekolah itu..sekolah itu yang banyak memberi tarbiah buat diri..ia juga yang membuat aku cukup2 STRESS dengan pelajaran..haha..kadang2 airmata berguguran kerana serasa terlalu letih untuk belajar dan berdepan dengan masalah2 yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab..namun,aku kuat untuk terus berjuang..kerana ada 'support' yang cukup kuat untuk aku terus kuat melawan arus akedemik dan arus pentarbiahan insan di sana..

rindunya dengan pagi sabtu..pabila suara2 imam besar Mekah berkumandang ke udara..rindu pada kuliah subuh dari sahabat2 dan ustaz2...walaupun kerap kali aku hadir kuliah dengan anggukan yang mengalah kan orang yang memahami tajuk kuliah..rindu aku pada nasihat2 guru dan ustazah di sana...walaupun kadangkala nasihat mereka cukup melucukan..kerana selalu shj berkaitan soal hati dan cinta..(teringat lagu CUDIPT)

rindu aku pada surau cikgu yang selalu aku curi-curi masuk untuk menyahut seruan ustazah Saadiah supaya mengamalkan solat Dhuha...antara kelebihan solat ini,kata ustazah,rezeki kita kan murah insha Allah..bukan shj rezeki dari segi keewangan..tapi juga ilmu dan nikmat2 lain dalam kehidupan..untuk pulang ke asrama..aku rasa cukup2 tidak efficient..jadi, aku lalu mengimarahkan surau itu..kerana selalunya surau itu lenggang pd waktu rehat..tapi kdg2 terkantoi juga..sebab ada juga cikgu yg amalkan solat dhuha..dan kami jadi rapat walaupun cikgu itu tidak mengajar aku..

rindu aku pada atuk..atuk yang juga merupakan pak guard di smapk...tiap kali terlihat, huluran salam dan senyuman jadi pengikat ukhwah..dia juga yang sering meneman malam2 yang ku sering terlambat untuk pulang ke asrama kerana sibuk mengulangkaji pelajaran...dia juga banyak berkongsi pengalaman hidupnya yang membuat aku cukup2 kagum pada tubuh tua yang tetap kuat meneruskan sisa hidup..

rindu aku pada bacaan al mathurat yang di baca secara berjemaah..terasa ada kesatuan antara hati2 kita..rindu aku pada bacaan al mulk sebelum tidur..yang membuatkan tidur malam ku tenang dan damai...rindu aku pada usrah mingguan..usrah yang banyak mengembalikan semangat untuk aku menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan juga sebagai seorang pelajar dengan seimbang mungkin..rindu aku pada walid dan ummi..rindu pada tempe goreng yang ummi masakkan khas untuk aku sbb dia tau aku suka sgt dengan tempe...(sbb baru belajar makan bila di rumah ummi..dan ia sgt2 sedap)..rindu juga dengan ikan keli masak sambal yang juga diperkenalkan kepada ku oleh keluarga walid..

ah..benar rindu itu mencengkam jiwa...rindu pada smapk..kerana ku rasakan..tatkala itu..aku terlalu bebas..bebas dari masalah2...walaupun aku duduk di asrama penuh yang kata orang, terlalu padat jadualnya...aku benar2 rindukan suasana itu..rindu bersama teman2....rindu dengan gurau senda yang takkan ku temui lagi di sini..rindu dengan usik manja guru-guru..walaupun usikan-usikan itu awalnya aku tidak bisa langsung menerima..namun,pabila aku sedar,usikan itu membuatkan ramai orang tersenyum dan ketawa..aku lantas membiarkan..kerana aku gembira..melihat orang lain tersenyum...

jika aku mampu untuk lakarkan tiap detik dan saatnya selama aku 5tahun di bumi itu...aku kan lakukan nya..tapi buat masa ni...aku kene siapkan assignment dulu..huhu...

penulisan ni tiada kaitan dengan apa2 isu semasa...nak cakap tentang isu semasa..jadi geram jer...jadi..nasihat tentang isu2 semasa di Malaysia sekarang..kita hadiahkan doa qunut nazilah untuk Malaysia..moga yang HAQ itu kan tertegak.dan moga yang BATIL itu akan tenggelam...Allah sentiasa bersama2 hamba2NYA..insha Allah..ya Allah lindungi lah pejuang2 agamaMU..amin...ku doakan kalian semua punya kesabaran dan kekuatan terus menerus dalam perjuangan yang pastinya bukan mudah..tapi di akhirnya, Allah telah janjikan SYURGA untuk para mujahid agama Nya...insha Allah..amin..

Selasa, Mei 5

..SYUKUR..

bismillahirrahmanirahim..



sampai satu ketika..terngiang2 di telinga..kisah sirah nabawiyah yg pernah diceritakan oleh ustaz..



"ya rasul, bukankah kamu telah dijanjikan syurga oleh Kekasih Agung Mu, lalu mengapa bersusah payah untuk kamu bangun malam sehingga bengkak2 kaki mu"
persoalan di benak Aisyah Al Humaira muncul..



"salahkah aku untuk menjadi insan yang bersyukur?"
jawapan yang cukup2 ku kagumi dari jiwa besar junjungan Mulia, rasulullah SAW..



Allah Akbar...baginda yang di JANJI kan SYURGA..masih tidak kenal jemu untuk mempersembahkan sesuatu sebagai hadiah kepada KEKASIH AGUNG nya itu...Allah..lalu siapa aku untuk tidak mengucap syukur pada Mu..



terlalu kecil rasanya diri ini...hari ini..airmata menitis lagi...bukan lagi krn rindu..tapi kerana ku lempiaskan rasa syukur ku yg sekecil cuma..Allah Akbar...nikmat di sisiMu xpernah kurang walau serasanya ku sudah merasai selautan nikmat dr Mu..tak mengetahui apa bayaran terbaik untk tiap nikmat Mu, Allah..lalu aku memohon lagi, jadikan aku hamba yang bersyukur ya Allah...agar aku tidak lalai dan alpa dlm limpahan nikmat yg Kau hadiahkan buat ku...aku xpernah di janjikan syurga..namun Kau sentiasa memberi yang terbaik buat diri..Allah..golongkan aku dalam golongan insan yang bersyukur..
Alhamdulillah...

Ahad, Mei 3

HUSNUZZON

dengan namaMu ya Allah..ku panjatkan segala puji bagi Mu...rendahnya aku di hadapan Mu..namun, dalam kerendahan diri, Kau titipkan ujian buat insan kerdil..agar ini menjadi tarbiah buat diri..sepenuh kesyukuran ku letakkan ke hadrat Mu Allah..saat jatuhku, Kau tidak pernah meninggalkan ku keseorangan menghadapi nya..sejenak aku berfikir, insan lain punya ujian lebih dari aku..kenapa aku yg sering merungut biar kau beri aku lebih dari apa yang insan lain punya..Allah Akbar..bertakbir aku memuji kebesar Mu ilahi...ampunkan aku..atas ketidaksabaran..atas tiap rungutan...ampunkan aku Allah..serasanya agak lama aku mencari kembali kekuatan diri..aku insan penuh khilaf..xpernah lari dari dosa dan kesalahan..aku pohon cuma yang terbaik..mudahan..

sedikit perkongsian buat teman2..kehadiran ku ke 'NGOBROL AGAMA' bersama Ust Muslim Mubarak, insan yang cukup-cukup hebat ilmunya membuat aku merenung kembali diri..tajuk yang kami 'ngobrol' bersama adalah 'Umat Islam Masa Kini'..sekilas di ingatkan kami semua, megenai satu hadis..dimana umat islam akhir zaman itu terlalu ramai..ibaratnya "buih yang berada di lautan pantai"...namun, buih itu tidak punya apa2 fungsi melainkan hanya berbuih cantik namun pecah akhirnya tatkala dipukul air..apakah kita umat yg dikatakan dlm hadis itu??dan ianya tidak bisa dinafikan lagi..kerana umat islam masa kini..adalah antara umat yang teramai didunia..namun pengkhianatan dan kekejaman yang dilakukan kepada saudara-saudara kita di Iraq,Palestin Afghanistan dan lain-lain..nampaknya tidak langsung bisa membuka mata insan-insan yg punya jawatan dan kuasa yang juga bertitle agamakan ISLAM untuk membantu saudara-saudara kita yg dihina dan di zalimi itu..

Allah Akbar..lalu persoalan timbul..mengapa kita tidak sehebat umat islam zaman dulu?
Jawapan nya cukup mudah..kerana kemerosotan iman yang akhirnya membawa kepada 20 penyakit yg melekat dan seolahnya sakit itu makin kronik hari makin hari..namun,kerana kita tidak didedahkan dengan persoalan ini..lalu sakitnya itu tidak kelihatan tapi makin menebal dalam diri..

Antara 20 penyakit yang paling ku kira cukup membuatku terkesan adalah kita ini terlalu sering bersangka buruk (SU'UZON) pada insan lain..nauzubillah..

bersyukur aku tatkala Allah pertemukan aku dengan seorang teman..teman ini cukup2 lain sekali d fikiran ku..tatkala aku sering mengadu masalah..tiap masalah itu dipandang dengan cukup positif oleh dirinya..terkadang aku berfikir..

"eh,ni betul2 masalah ni..kalau dia nak fikir baik juga..macamana..adui.."

geram kadang2 timbul..pabila masalah yang ku suarakan itu..ku harap disusuli dengan penyelesaian dan kefahaman dari dia..bukannya di tukar dari masalah kepada perkara lain..tapi..

Akhirnya...aku sedar..positif dia itu..tak lain tak bukan..adalah husnuzzon..dan juga diselitkan dengan kesabaran..bukan dia tidak meng'iktiraf' masalah yang ku timbulkan..tapi rupanya dia berfikir penyelesaiannya..dan demi untuk menenangkan hati aku tadi, lalu jawapan yang diberi adalah agar aku dapat mencari titik ketenangan..dan dengan ketenangan tadi..aku bisa beroleh kesabaran..lantas akhirnya..insha Allah bisa mencari pintu keluar bagi tiap masalah yang ku hadapi..aku sedar..bila aku dekat dengan dia..aku tidak lagi sering membangkitkan masalah..kerana aku tahu, jawapan yang akan diberi.."mari kita tengok dari sudut yang positif"..kerana aku yakin itu jawapannya..lalu aku diamkan diri...cari titik penyelesaian dengan tidak lagi membangkit kan isu-isu kecil yang ku kira..lalu jawapannya ku temui tatkala aku berfikir dengan ketenangan dan kesabaran..

ini kisah Husnuzzon yang dibawa oleh Ust Muslim..

kisah ini sezaman dengan zaman kegemilangan wali Songo(sembilan wali)..yang cukup-cukup soleh dan wara'..di Indonesia, bilang Ust Muslim, kebanyakan anak-anak kiai(ustaz atau pun imam besar) adalah anak-anak yang cukup2 nakal...anak-anak kiai lah yang selalu bermain gitar diluar masjid tatkala ayah nya sedang menjadi imam kepada para jemaah..aduhai..

"malunya,ya Allah kenapalah aku punya anak yang nakal ni..aku dah lah kiai kat sini"..

kalau lah kita yang menjadi ayah dan ibu kepada si anak2 nakal ini tadi..mungkin itu lah yang akan terdetik dihati kita..namun, kerana husnuzzon ini sudah sebati dengan hati kiai ini tadi..mereka cukup-cukup bersangka baik dengan Allah.. mereka yakin Allah punya asbab sendiri memberikan anak yang begitu untuk mereka..

Ditakdirkan suatu hari, tatkala si anak ini tadi sibuk bermain gitar..seorang wanita berjilbab melintas..

"subhanallah"

buat pertama kalinya kalimah itu terkeluar dari mulut sianak..melihat si gadis yang cukup2 menenangkan hatinya..

pulang kerumah, dia lalu meminta izin ibu dan ayah utk meminang si gadis tadi...Ayah nya yg juga Kiai tadi, terlalu gembira dgn niat suci anaknya..langsung bertemu dengan ayah si gadis yang juga merupakan sahabatnya..pohonya kepada sahabatnya, agar anak nya dikahwinkan malam itu juga..sahabatnya juga cukup2 bersangka baik dan yakin yang bakal suami anaknya ini soleh orangnya (walaupun sebenarnya tidak mengerti apapun tentang agama)..dan akhirnya mereka dikahwinkan pada malam itu juga!!

malam menjelang tiba..si anak masuk ke kamar..dan ingin terus menyentuh si isteri..si isteri menegur..agar dia menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum menyentuhnya..terkedu lelaki ini tadi..

"bagaimana caranya untuk bersolat?kerana aku tidak pernah solat sebelum ini?"
jujur si anak lelaki tadi

"tak mengapa..aib dan malunya abang adalah aib dan malu ku juga..jangan pernah bilang ke sesiapapun tentang ini..mari,aku ajarin abang tentang wuduk dan solat kerana esok adalah hari jumaat..dan bapak mungkin akan mengajak abang utk bersolat di masjid"
si isteri tadi menerima seadanya..bersangka baik juga dengan si suami..

jadinya..semalaman itu, adalah malam untuk pengantin baru ini belajar tentang wudu' dan solat sahaja..

keesokannya, bapa mertuanya yang juga kiai di kawasan itu,mengajak ke masjid..lebih takjub lagi, setibanya di masjid, para jemaah memohon agar menantu si Kiai menjadi imam pada hari itu..walaupun, itu kali pertamanya..si anak berusaha sebaik mungkin memenuhi amanah yang diberi..lafaz basmalah dimulakan..bacaan al fatihah nya cukup2 lancar..namun, takdir Allah menentukan segalanya..ayat terakhir al Fatihah, dia terlupa!! sebolehnya dia memeras akal nya untuk mengingat apa ayat yang terakhir Al fatihah..teringat dia kepada si isteri..dan pabila tidak punya jalan keluar yang lain..akhirnya dia menangis..menangisnya dia, membuatkan suasana solat jumaat hari itu cukup syahdu..sangka para makmum yang berhusnuzzon terhadap si anak ini tadi, dia menghayati surah Al Fatihah dgn sebaiknya..lalu menangis kerana takutkan Allah..akhirnya, seluruh jemaah turut menangis..

setelah agak lama begitu dan mati akal kerana tidak lagi tahu apa jalan keluar terbaik..si anak ini berpaling ke kiri dan kekanan..mencari ruang yang boleh dilaluinya..lalu..PECUT!!..dia lari keluar masjid..para makmum tadi terkejut melihat pak imam melarikan diri..dengan husnuzzon yang ada dalam hati mereka..lalu, mereka turut lari mengikuti jejak langkah si imam..

setelah penat berlari, dia berhenti di tengah padang.tercungap2..anehnya..para jemaah yang turut berlari tadi berebut memeluk dia..dia yang kepenatan berasa cukup2 aneh..sangkanya dia akan dipukul atau dimarahi..rupa-rupanya..setelah semua jemaah berlari keluar dari masjid mengikuti pak imam..masjid yang kosong tadi runtuh dengan tiba2..Allah Akbar..(mengikut para ulama, masjid itu diruntuhkan Allah untuk menutup aib si anak ini tadi) subhanallah..
para jemaah berterima kasih kepada imam muda ini..kerana sangka mereka, si imam berlari keluar dari masjid kerana tahu yang masjid itu akan runtuh..Masya Allah..hebatnya Kuasa Allah..

Setelah semua kembali tenang..si Kiai meng'offer' diri untuk menjadi imam solat jumaat hari itu kerana kasihan melihat menantunya yang kepenatan berlari(husnuzzon juga ni)..sejak saat itu..si anak ini berjanji dalam diri..tidak akan menyentuh isterinya melainkan dia belajar agama dengan selengkap2 nya...subhanallah...akhirnya si anak ini benar2 menjadi insan yang berguna setelah 5tahun dia mempelajari dan menggali ilmu Allah yang dahulunya tidak pernah terlintas dihatinya untuk mempelajarinya..

Asalnya hanya kerana Husnuzzon..berkat husnuzzon yang di sarankan oleh rasulullah agar kita jadikan amalan dalam diri..Allah takdirkan kisah yang sangat2 membuat aku terkesan..walaupun ia hanya sunnah rasulullah yang sangat2 kecil..barakah nya sangat besar..Allah Akbar..

p/s:bukan mudah untuk bersangka baik..tapi jika ia dijadikan amalan..ia akan menjadi kebiasaan yang automatik akan berada dalam diri..insha Allah..mari2.."POSITIF kan diri anda".insha Allah..moga Allah permudahkan tiap urusan..


Ahad, April 26

INDIVIDU MUSLIM YANG UNGGUL

Kadang-kadang kita sering bertanya. “Kenapa apa yang aku lakukan selalu memberi pengakhiran yang tidak setimpal dengan usaha yang kita lakukan?” Pertanyaan begini sering menghantui pelajar-pelajar dan mahasiswa. Ia akan terbengkalai tanpa jawapan jika kita tidak ada usaha untuk kembali bermuhasabah di mana silapnya.


Berkata Iman Hassan Al-Banna “Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab”

Sebagai seorang pelajar muslim, untuk menjadi seorang yang berjaya, keredhaan dan barakah ALLAH SWT adalah suatu yang sangat membantu. Pelajar yang baik (Good student)akan mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi pelajar yang cemerlang (Excellent student) akan mendapat keputusan yang cemerlang dan seiring dengan barakah dari ALLAH SWT. Untuk mendapatkan barakah dari ALLAH SWT ini, bermula dari menjadi seorang individu muslim yang unggul.

Apakah cirri-ciri individu yang unggul?

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan) .

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan individu muslim iaitu sensitive pada persekitaran, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun sibuk, perlu belajar dan beribadah.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak sia-sia.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan mentadabburnya.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Belajar adalah suatu perkara yang berat - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
Pesanan al-Banna: “Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Pelajar muslim yang unggul mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
2 nikmat yang selalu disia-siakan oleh kebanyakan manusia; nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan manusia”- (al Bukhari & Muslim);

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga..

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Pelajar muslim yang unggul merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang mempelajari ilmu ALLAH bersama-sama.
Seorang pelajar muslim yang unggul bukan hanya memikirkan dirinya, malah member faedah pada teman sekitarnya dalam memahami ilmu.

Maenjadi individu muslim yang unggul dengan ciri-cri di atas yang disarankan oleh imam Hassan AL-Bana sangat penting dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bukan sekadar di dunia malah di akhirat kerana keredhaan dan barakah ALLAH sentiasa bersama. InsyaALLAH…

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah……..

Wallahu`alam.

p/s: diambil dari entry seorang insan yg juga bakal seorang doktor di Indonesia..bermuhasabah diri kembali pabila selesai membaca dis entry..aku perlu berbuat sesuatu..moga redha dan barakah Allah sntiasa bersama diri..amin..

Selasa, April 21

.:Mawar Berduri:.

mawar itu makin layu...
bukankah hati mu tegar duhai mawar berduri...
kuntum mawarnya seakan tidak merah lagi.
durinya tidak lagi mampu melindungi mawar..
kelopak ini seakan layu
kerap dibasahi embun airmata barangkali..

namun,
mawar ini mahu mekar kembali
yang dicari mawar bukanlah rama-rama mahupun lebah
yang sayangkan madu simawar..
tapi mawar mencari cinta Penyemai Mawar...
yang menjaga mawar sebaik-baiknya selama ini...

Cinta ya Rabbi..
yang tak pernah membenci dan berpaling dari si Mawar..
biarpun kadangkala kelopak Mawar sering layu dan pudar warnanya..

Mawar sedar...
ia tak mampu menggembirakan tiap insan disekelilingnya...
menjadi yang merah dan harum baunya..
ada insan yang bertasbih memuji Pencipta Cinta tatkala melihat cantiknya si Mawar..
mawar gembira menjadi asbab, insan sekeliling hampir pada ilahi..

namun,
adakalanya, kelopak mawar dipetik, di robek..
oleh anak-anak nakal yang tak mengerti apa-apa..
mawar akur..
adakalanya pula..
datang insan yang menyayangi mawar..
jesteru mawar dipetik dan disimpan...
setelah seketika, mawar tidak lagi mekar..
mawar layu...
kerana mawar dipetik dari dahan pergantungannya..

apa jua yang berlaku..
mawar tetap memohon kesabaran...
kerana yakin pd kata-kata Pencipta Maha Agung...
"insan-insan yang bersabar itu bersama Aku"
dan itu yang mawar mahu...
hampir pada yang punya Cinta Teragung...

Mawar mengerti...
ini baja dan racun yang disemai Sang Penjaga Mawar...
walaupun kadang-kadang racun itu punya bisa..
namun itu yang hadir..
agar Mawar kembali segar berbunga..
agar Mawar kembali merah lagi...
agar Mawar..kembali menjadi Mawar Berduri..

Mawar tetap Mawar ya Rabbi...
Mawar ini masih merayu...memohon secebis kekuatan..
dari Mu, yang tak pernah lekang dari Cinta Suci..
agar Mawar terus menjadi serikandi..
dalam perjuangan mencari Redha dan Cinta Teragung Mu..

Ahad, April 19

Satu mesej..

tatkala air dr mata ini menitis laju..mesej dari sahabat kesayangan mengunjung tiba...

ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian
ukhtiku,
Aku bangga mendengar tangisan mu kerana pengorbanan
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan
ukhtiku,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..
uktiku,
Aku bangga mendengar khabar sakitnya dirimu menghadapi mujahadah berterusan
Dari mendengar mu kecewa kerana cinta sang Adam...
kerana jangan lupa ukhtiku..
muliamu bukan pada nama atau kecantikan luaran..
tapi kerana ISLAM..
demi satu pertemuan kekal dengan Rabbul Jalal..

ya Allah...aku rindukan sahabat2 ku...tiap bait kata mereka buat aku bangkit menelan arus yang kadangkala aku hanyut didalamnya..Allah..muliakan lah mereka..krn menjadi sahabat terbaik buat diri...aku malu Allah...kerana kesibukan dan kesuntukan masa..kadangkala aku terlupa untuk bertanya khabr mereka...pabila ku lafazkan mohonan maaf..jawapannya cukup mudah..cukuplah ada kami dalam doamu..Allahuakbar..hebatnya kalian...teruslah berjuang...walaupun sms, mungkin bukan lagi yg utama buat pengikat kasih antara kita kerana jarak kita sudah cukup berbeda...aku yakin, aku ada dalam doa kalian...yang pastinya...aku juga tidak pernah sesaat melupakan kalian teman2...luv u all lillah...syukran Allah..tatkala aku bersendiri merenung apa akhlak yg ku bawa krn seringkali membuat insan lain berkecil hati..Kau hadirkan kata2 dari shbt..agar aku kembali memuhasabah diri...syukran lillah..syukran ya Allah..

Sabtu, April 18

..Hepi Besday Mak!!..



"Assalamualaikum mak...hepi besday!!..." ucapku dgn excitednya

"Waalaikumsalam..ana ke??owh..terima kasih..."

"maaf mak..takde hadiah untuk besday kali ni.."

"xpelah na..yang penting tu ingatan dan doanya.."

"moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dibawah redha dan kasihnya Dia..umur mak dah berape eh? 49 kan?? dah kene ade cucu ni..hehe"gurau ku..


itu ajaran bonda tercinta...xpernah lekang dari bibirnya...mohon doa dari anak-anaknya...mungkin itu juga yg menyebabkan lidah ku seringkali menyebut ayat-ayat yang sama...even dgn guru-guru non muslim...aku pohon doa dr mereka...rindunya...rindu pada keluarga di Malaysia...rindu bergurau senda dan berkumpul bersama..rindu berkongsi cerita...rindu berkongsi suka dan duka..


airmata bergenang tatkala mendengar nasihat yang mak tuturkan...Allah..rindunya...

semalam...ku sampaikan sms buat kedua2 abang ku...sebagai ingatan..agar mereka xlupa untuk wish ataupun kol mak...dorang ni sbnrnyer lg manja ngan mak berbanding aku yang lebih manjanya dengan abah...tapi bab2 ni..selalu je terlupa...jd, sbg adik..nak juga sibuk2 kan diri ingatkan diorang..hehe..

teringat satu kisah dahulu...tatkala aku tulis kisah ini, kisah ni dah pun hampir dua tahun berlalu..coretan yang aku tulis dengan airmata..tatkala melihat airmata ibu tercinta itu mengalir...






airmata ibu tumpah lagi..hati ku cukup terguris..luahan mak kali ini benar2 datang dari hulu hati nya..aku yakin dan cukup yakin..itulah suara hati dari insan yg bergelar ibu...dia cukup tabah...tatkala dia meluah kan..sedikit pun airmata nya tidak kelihatan..airmata itu hanya tumpah apabila kami selesai mengangkat takbir untk menunaikan solat isya'..


usai sahaja kami menunaikan solat maghrib berjemaah...hati ku terdetik untuk bertanya tntg abang..emak ku mula bertukar wajah..di luahkan hatinya..rupa2nya...si ibu ini benar2 rindu kepada anak2 bujangnya..seorg bekerja dan seorg lagi belajar..puas ku mmberitahu,mungkin mereka sibuk,mak dan abah pasti ada didalam doa merea,aku cuba memujuk..namun,hati ibu,siapalah yg benar2 mengerti...



cukuplah wahai anak...jangan kau robek lagi hati ibu..biarpun hanya sekali dalam seminggu...tanyalah khabar ibu..apa salah ibu mu terhadap dirimu wahai anak2??..sudah cukup ilmu agama yg orang tua berikan..maka gunakanlah sebaik mungkin...jangan terlalu sibuk untuk berdakwah,bekerja, dan belajar..kau lupa tanggungjawap mu pada kedua orang tuaMu..cukuplah hanya satu msj yg kau sampaikan untuk bertanya khabar..tidak rugi sesen pun...sedangkan dgn shbt2 mu,beratus2 ringgit bisa kau gunakan untk menelefon dan bersms...


cukuplah dengan tidak lebih rm1 kau gunakan untk menghubungi org tua mu..tanyalah khabar mereka..jgn hanya ketika kau buntukan wang baru kau hendak mencari mereka..airmata wanita itu tumpah lagi..d hadapan allah,dia mengharapkn yg terbaik buat anak2 nya...terdetik hati ku,mungkin aku juga sering membuat airmata wanita yg melahirkan ku ini tumpah...hati ku sayu..wahai anak2..fahami lah ibu bapa mu...kenangilah jasa mereka..bukan duit yg mereka mahu,cukuplah skdr kasih sayang..jika kau malu untuk mengucapkan kasih dan sayang itu..cukuplah dengan menunjukkan nya..ambil lah berat tntg kesihatan mereka...luangkanlah diri mu untuk menelefon atau sekurang2 nya menghantar msj bertnya kbr..walaupun untuk sekali seminggu..inilah luahan hati seorg ibu yg benar2 rindu akn anak2 nya..


bukan untuk mengungkit..tapi terlalu byk pengorbanan si ibu buat mu,belanja belajar,makan,assignment,buku2,yuran sekolah dan macam2 lagi..bisakah kita membayarnya??..cukuplah dengan menggembirakan mereka..cukup2lah kita dari menjadi penyebab airmata itu tumpah lagi dari kita kecil hingga kita dewasa..hargailah sementara mereka masih ada...allah pemegang nyawa..allah menentukan segalanya...


jangan kau menyesal andai diri tidak sempat berbuat apa2 untuk ibunda dan ayahanda mu yg tersayang...jangan lah kau menyesal apaila mereka tiada lagi di sisi..sebelum kau benar2 mengembirakan mereka....luang kan masa untuk bunda dan ayahnda..pulang lah untuk menziarahi mereka..andai terlalu sibuk,telefonlah,sekurg2nya,bermsjlah dgn mereka..smoga airmata itu jatuh dengan seulas senyuman di bibir..

sesudah solat isya..baru aku sedar..dia menangis di hadapan allah..mohon kebaikan buat si anak..mohon dipermudahkan segala buat si anak..


"ana minta maaf mewakili yg lain2 mak " mak tersenyum dan mengangguk..itulah hati ibu,tidak pernah kenal perkataan tidak untuk memaafkn kesalahan dan kekhilafan kita..semoga dosa2 kita diampunkan...sayangi..kenangi..dan dekati lah ayah dan ibu...semoga kita benar2 memahami perasaan mereka dr terus leka memahami perasaan sahabt..
ampunkan kami mak abah..doakan kami menjadi anak2 mu yang soleh dan solehah..amin..
ingatan ini buat diri sendiri jua...Allah..ubati rindu ini...

Selasa, April 14

.: Baitul Muslim :.

isu hangat di pasaran ini mengerak tangan dan akal ku berfungsi lalu terus memikirkan solusi terbaik..isu Baaitul Muslim..hebat n panas dikalangan student..lebih-lebih lagi, student undergrade...hui..kadang2 aku berfikir sejenak, kenapa tiba2 isu ini timbul??..aku kira n congak..rupanya aku sudahpun menghampiri 20 tahun..patut pun isu ni tersebar..huhu..cepat nya peredaran masa yang berlalu..serasa aku masih 17 tahun ( adeh!..perasan betul)..takdelah..mungkin kerana aku ini teramat lah manja dengan abah dan abang2 ku..pabila adanya mereka..sukar benar untuk aku berdikari..sehinggakan hari penerbangan aku ke Perth..abah sampaikan pesan..pesan itu serius..dipandang tepat mata ku..

"Ana, dengar ni..sekarang, ana kene pandai jaga diri..abah kalau boleh nak pergi hantar sekali..tapi banyak perkara yang perlu di considerkan..jadi, ana jangan byk berangan dan sambil lewa lagi..ni visa, pegang elok2..jgn tinggalkan kt mana2"


itu antara ingatan dan pesan dr abah..serasa aku masih anak kecil..namun aku akui,pesan itu beri impak besar pd diri..aku mula meyakini, yang aku kini perlu mengambil risiko sendiri atas apapun keputusan yg aku lakukan..dan secara berdikit2 nya aku baru menyedari..yang aku..
bukan anak kecil lagi!!


persoalan tentang Baitul Muslim...ku kira, ia bukan hanya soal rumah tangga yang bakal di bina..ianya soal 'new world' yg penuh cabaran dan dugaan..andai dugaan saat ini ketika aku single mingle ini masih kelam kelibut aku selesaikan dan banyak airmata yang aku taruhkan..bagaimana pula di dunia baru nnti..yang pastinya bukan seorang..berdua atau lebih lagi..emm

ia juga soal hati...Allah..soalnya hati ini..kadang2, terlalu berat untuk aku sebut..malas melayannya kerana takut tak telayan...itu dalam akal fikiran ku..tapi, pabila mendengar pendapat insan2 sekeliling..isu ini relevan untuk aku agar menilainya secara lebih halus..

antara soalan yang timbul..

Soalan
  1. Apa pendapat anda, jika di tahun pertama di uni, anda dipinang orang?

Jawapan:

a. eh, aku xnak lah..aku hidup ngan ko je la..(guran si teman perempuan kepada teman perempuannya yang lain)..hui..bunyi nye seram gak..tp xpe itu skdr gurauan

b. alah..malaslah nak fikir...abes belajar dulu...nanti baru fikir..boleh?

c. ikut parents saya, if ada yang datang meminang..perkara yg baik ni percepatkan je..

d. ha, samelah lebih kurang cam jwpn si C..tapi saya sendiri yang tak bersedia..

byk lagi jwpn..yang ketika ini, aku terlalu sukar untuk mengingatinya (bila ingat nnti, update smula..insha Allah)..

sifir nya mudah...tak berkembang bunga andai tiada kumbang yang menyebarkan debunga nya..tidak kukuh sebuah kerajaan andai presiden tiada timbalannya..tidak berguna andai punya pen atau pensel andai tiada tempat untuk menulisnya...dan...

tidak adanya kita hari ini membaca dan menulis blog andai Hawa tidak dicipta Allah untuk Adam tika Adam di syurga walaupun disana lengkap segalanya..kesimpulannay..fitrah manusia itu memang saling memerlukan..

aku akui, krn pernah terjebak dalam mainan hati, hatiku makin perit dan pedih..mengejar cinta manusiawi..buatku aku jauh dr landasan cinta ilahi...semua itu dalam hati..kerana itu aku yakin dan teramat yakin...urusan hati bukan mudah untuk di diuli mengikut acuan..ia perlu pengorbanan dan usaha..dan kerana itu, aku berusaha tidak bercakap mengenai soalnya hati..

tiba satu saat, aku berfikir sejenak..kerana ramai yang bertanya..lalu, aku juga bertanya dalam diri..apa pendapat aku sendiri tentang perkara ini?

hui, jawapannya bukan mudah..aku masih dalam proses mengislah diri..yang rasa nya terlalu kerdil dan hina di mata manusia..apa lagi di mata Allah...berbalik kepada apa yang aku perkatakan tadi...soal pembinaan rumah dan tangga ini bukan hanya sekadar untuk membina sebuah rumah yg cukup tiang dan papannya tetapi bocor di sana sini dan membuatkan seisi rumah berfikir,adanya rumah ini tadi serupa seperti tidak berumah..tetapi ia berkenaan kualiti, fungsi dan juga bagaimana rumah ini tadi akan terus memberi manfaat kepada seisi rumahnya buat selama-lamanya selagi dizinkan oleh Allah untuk terus teguh berdiri dan kalau boleh diwariskan terus kpd keturunannya

secara mudahnya, aku bimbang, aku lah yang menjadi punca rosak nya rumah tadi..kerana terlalu banyak kekurangannya yang perlu aku baiki..

namun, jawapan 'selamat' aku, tatkala aku ditanya..adalah jawapan C di atas..emm..itu kata2 abah..mak xpula beri banyak komen tentang ini..cuma katanya dan kata anjang (makcik kesayangan ku)..apa yang penting redha ibu bapa kita sendiri...


Dunia itu jambatan ke akhirat..apa yang dilakukan di dunia..banyak kaitannya dengan kehidupan kita di akhirat sana..harapan ku cuma satu...jodoh itu pastinya ada..cuma, andai tiba masanya, aku harap, kapal yang aku layar beseorangan selama ini dalam mencari cinta Sang Pencipta Cinta , dikemudi nakhoda yang lebih tinggi ilmunya dalam pelayaran ke Destinasi Cinta Ilahi itu..aku kelasi yang penuh kekhilafan dan kekurangan...kapal yang dilayar dengan ilmu yang cetek ini selalu membuat kapal itu terumbang ambing tatkala badai melanda..namun, andai si Nakhoda hadir...moga dia bisa membantu ku..layari bahtera bersama..menuju Pantai Kasih dan Cinta Rabbi..


p/s : bimbang dengan setengah2 jawapan dari teman..yang ada setengah nya mahu buat2 tidak normal jika ada yang dtg meminang supaya dia tidak berkahwin dgn siapapun..dasyat bukan? hal ini bukan perkara remeh..

oleh sebab itu, jangan pernah lupa untuk berdoa beroleh zauj atau zaujah dan zuriat yg soleh solehah biarpun hati masih belum bersedia..mudahan Allah perkenankan yang terbaik buatmu..amin..

Rabu, April 8

.: Al-Fatihah :.

bismillahirrahmanirrahim


kenangan lalu mengamit lagi..petang ini ada mid sem exam..math!!..hu..tapi serasa otak dah tepu..tadi, semasa mengemas katil, tiba2 kenangan bersama arwah nenek kembali lagi..entah tiba2..terasa rindu pula pada arwah..


aku sudah pun di sini..di Perth..ketika di Taylors, mahupun di Smapk..ucapan kerap kali yang aku aku ungkap pada arwah cuma satu..

"Doakan ana ye, Wo.."


Wo atau nenek yang juga panggilan kepada si arwah..doanya selalu aku rasa..seolah ada keberkatan di sebaliknya..kerana insan ini insan yang ku kira sangat-sangat banyak ibadahnya..jari nya sering diratib bersama mulut yang ku lihat selalu basah dengan tasbih..memuji kebesaran dan keagungan ilahi..Puasa isnin khamis nya yang sudah menjadi rutin....insan ini tidak banyak bercakap..tapi beliau banyak melihat..


awalnya,aku fikir, wo seolah-olah tidak pernah mengambil tahu apa yang terjadi di sekelilingnya..namun ternyata, aku silap sama sekali..tiap apa yang dilihat, nasihat nya selalu hadir untuk ku..apa yang baik, di beritahu, dan yang tidak senang di matanya, di nasihatkan aku agar tidak mengikutinya..


Kelurga ku rapat dengan Wo..mungkin kerana aku tidak punya nenek atau atuk lagi melainkan dia seorang..jadi, kami amat-amat rapat dengannya..tambahan pula, family mak berada jauh di kepulauan borneo sana..memungkin kami untuk balik sekali sekala ke sana..acap kali bercuti, 'percutian' kami akan di buat di tengah-tengah kedamaian sawah..peket 60, Sg Besar..rumah kampung yang sangat2 ku rindui..

rindu ini menyesakkan..terbayang tatkala aku terjaga dari tidur dan melihat berpuluh miss called dan mesej dari phone ku yang di silent..aku terkejut..mimpikah??..tak memahami dan langsung xmenjangka apa yang berlaku..aku terus membuka satu mesej..

"Ana da tau tak? wo dah takde.."


akal ku terasa tak lagi berfungsi..terkejut dan terkedu..tangan yang mengigil aku kuatkan untuk menelefon nombor abang ku..sudah hampir 4 jam, abang dan sepupu ku menunggu ku..Allah..aku bertakbir..solat subuh perlu ku tunai terlebih dahulu..seusai solat..aku pohon doa..moga yang berlaku ada rahmatnya..terbayang wajah abah..insan yang amat rapat dengan wo..aku perlu kuat..kerana aku tahu, abah dan juga si anak kepada arwah pasti lebih dalam sedihnya..

wo menghadap ilahi dirumah ku..asbabnya cuma lah kerana sakit perut..Allahuakbar..pabila ajal memanggil, tiada sapa yang bisa menolaknya..terasa benar wujudnya kematian yang selalu kita lupakan..perginya arwah sangat mudah..dan kebetulan pula, beberapa orang anaknya berkumpul dan bergurau senda bersama wo sebelum dia pergi buat selama-lamanya..pertemuan yang tak dijangka,bahawa itulah yang terakhir kalinya..orang pertama yang ingin ku jumpa adalah abah..kerna ku seakan merasai apa yang dia rasa..
tiba dirumah, kulihat abah menyambut tetamu..redup matanya melihat aku..seulas senyum terukir..senyuman tabah dr seorang anak..

"masuk na, tengok wo"


aku menyalami abah...ku lihat matanya merah..menangis barangkali...apa tidaknya..hari2 nya tidak pernah tidak bersama arwah..sebaik sahaja pulang bekerja sbg guru dari sekolah nya, dia akan terus ke kampung..melihat sawah dan juga ibu tercintanya itu..dia lah ku kira paling rapat dengan nenek ku..dan mungkin kerna itu juga, Allah izinkan hari terakhir wo adalah di teratak rumah kami..

Allah...airmata ini jatuh lagi...tatkala aku rasakan kematian itu terlalu jauh untuk ku fahami dan rasai...Kau takdirkan ini...agar aku mengerti dan memahami,hakikat kematian yang pasti dan benar...terlalu banyak airmata yg tumpah hari itu..mungkin menyesali diri krn tak sempat berbakti atau memohon maaf...atau juga, merasakan yang itu adalah perjumpaan terakhir dengan arwah..benar..aku juga merasakan nya..sangat2...melihat sebatang tubuh yang terbujur kaku...kulihat bibirnya tersenyum..mudahan perginya dia, di sambut sang bidadari di syurga..

mahu atau tidak..ku kuatkan diri untuk memandikan jenazah..serasa itu tanggungjawab..kerana aku terlalu banyak terhutang jasa dengannya..doanya yang tak pernah ku hitung banyaknya buat ku..tatkala memandikan jenazah, aku memegang jari2 nya..jari2 itu bengkok..dan tak bisa lurus kembali...tahu kenapa?..kerana jari itu selalu diratib sebagai pengganti tasbih...Subhanallah..moga jari itu menjadi bukti di akhirat nnti..


Yang paling terkesan pastinya abah..pabila dia batuk..

"selalunya ada je orang yang nasihatkan abah makan ubat, sekarang dah xde.."
dia tersenyum pahit..
"abah, makanlah ubat..xpela..lepas ni biar ana ganti wo bagi nasihat kat abah"


aku mengajuk nasihat arwah kepada abah..rasa terlalu berat nak menyebut..tapi harapan ku satu..moga kesedihan abah itu hilang..abah tersenyum lagi..kata abah...tiap nasihat dan pesan wo sangat2 berguna..kadang2, bila adanya dia, kita xmenghargai langsung..tapi tanpa kita sedar, kita sering mohon pandangan dari dia..dan tiap pandangan itu sangat2 bermakna...walaupun kata2 nya hanyalah sepatah dua..

"ana ada mak lagi...jadi hormat dan sayang lah mak, ye.."


itu pesan abah..seringkali pesan itu di ulang..kerna aku tahu, dia sangat2 merasai kesannya kerana dia terlalu rapat dengan arwah..aku juga merindui arwah..kerana tiap kali exam, aku akan telefon dan mohon doa dr nya..ana cuma nak bgtau wo..ana da sampai kat sini..ana da berjaya sampai kat Perth..berkat doa wo...dari masa kat sekolah rendah dan Smapk lagi..dan juga masa ana kat Taylors..terima kasih Wo..ana dah berjaya sampai sini...airmata ini xdapat kutahan...petang ini ada exam..aku terlalu rindu saat aku mohon doa dari arwah...rindunya..moga wo tenang di 'negara' sana..ya Allah, tempat kan wo dikalangan orang-orang soleh..amin..

Al Fatihah..

Rabu, April 1

.: MAAF DAN TERIMA KASIH :.

bismillahirrahmanirrahim

aku pitam lagi...yang ini kali kedua..pernah sebelum ni waktu di Taylors..darah rendah mungkin..itu mungkin tak menjadi masalah besar..cuma kadang-kadang, aku tertanya juga..apa punca SEBENAR aku jadi begitu..apapun, rasa cukup bersalah dengan teman-teman serumah...semua kelas terpaksa dibatalkan kerana menguruskan aku yang pitam dalam perjalanan ke uni..Allah..redhai dan rahmati mereka..

ada 4 lecture..dan keempat-empatnya terpaksa aku dan teman2 lepaskan..akibat badan aku yang terlalu lemah dan kepala yang sakit..aku tak mampu berjalan pulang seorang..hadui..rasa bersalah yang amat2 menyelubungi diri..sering nya aku menyusahkan orang lain...

maafkan aku teman(tmey, fateen, n kakak radh)..namun, aku bersyukur punya teman-teman seperti kalian..tiba sahaja dirumah, aku terlelap kerana sakit kepala itu xdapat ditahan lagi..Alhamdulillah,semuanya kembali normal dan baik pabila aku bangun tidur..seronoknya, keluar sahaja dari bilik, 'ceramah' free aku dapat..heehee..meminta aku tak lagi menyekat makan ku..huhu, rasanya, kat sini lah makan paling banyak berbanding kat Taylors..huu..silap aku juga..sebelum ke uni tadi, aku tak sempat lunch jadi cuma sempat makan makanan yang ringan je..

malam menjelma..satu mesej tiba di handphone..

mag here.r u ok?hope everything fine there.must take care!- Maggie(msj pertama)
eat more cadbury choco to kuatkan badan..haha..take care!!-(msj kedua)

aku terkedu...

ramai rupanya sayang kan aku..huhu..terharu...sampai chinese gurl yang aku beru kenal baik tak sampai dua bulan di Perth ni pun bagi nasihat kat aku..huu..moga Allah balas jasa baik kalian....tiap kali ym dengan sahabat2, soalan nya yang cukup familiar adalah..

ana dah makan??

hui, aku ni memang xmakan punya orang ke??pelik juga..rasa cam makan jer..heehe..orang lain pun sayang kat diri kamu...kamu kenelah sayang diri kamu sendiri...faham Farhanah??..faham...hui..memang kene faham...

Ada dua nikmat yang Allah beri pada manusia YANG selalu manusia abaikan...
1) Nikmat sihat
2) Nikmat masa lapang


hadui, ni selalu bagi nasihat kat akak kan kak??tapi diri sendiri pun macam ape je..betul2..ni memang dah taubat..nak jaga makan elok-elok...taknak susahkan orang lagi..taknak susahkan diri lagi...dan yang paling penting..aku taknak sia-siakan nikmat yang Allah beri tu..terimakasih ya Allah...dimana pun aku, kasih sayang Mu senantiasa ada..dan aku selalu merasainya..
MAAF DAN TERIMA KASIH SEMUA..

Jumaat, Mac 27

Aku Tak Bisa Berhenti..

Aku masih tidak bisa berhenti dari menulis..apa yang aku peroleh, rasanya tak enak disimpan lama2..sifirnya mudah..if kita beli ikan dan di freeze lama2..rasanya xlah sesedap mana andai kita makan waktu ikan itu baru ditangkap bukan??



minggu depan dah ade mid sem exam..


cepatnya???
semua orang tertanya-tanya..if anda2 semua tertanya-tanya tentang tu..

aku juga bertanya diri sendiri...


"haih engkau ni farhanah, mahu lagi menulis, sedangkan exam semakin menghampiri..kau xmau study ke??"..


Allah...tapi, dari ana asik memikirkan dimana ana mahu meluahkan apa yang ana ada..lebih baik ana taip je disini..if ada yang baca dan dapat dijadikan pengajaran alhamdulillah..if tak ada orang baca pun, sekurang-kurangnya, aku menulis ketika mana hati dan akal ini benar2 mahu berkongsi....mudahan niat itu juga Allah beri ganjaran..inshaAllah...



tadi aku kerumah seorang teman, Nurul Huda...adik kecil molek yang umurnya baru setahun jagung ( terasa tua benar kat sini...sampai ada yang tanya, amik PHD kos ape??) hadui, jenuh nak jawab yang aku ni baru je nak melangkah ke menara gading...kembali ke adik ini tadi..insan ini, baru sahaja berumur 17 tahun...what??? 17 years old???? yup...seriously, juz 17th entering 18th diz year..



hebatnya dia, bukan hanya pada umurnya..tapi pada pengalaman nya...subhanallah, itulah suruhan Allah dalam surah Al Jumu'ah ayat 10, maksudnya :




"Pabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung"



dia dan keluarga pernah tinggal di Sri Lanka, Bangladesh, Africa dan negara2 yang seangkatan dengannya..negara-negara dimana penduduknya kebanyakannya beragama islam dan juga merupakan negara-negara miskin..



berjumpa dan bercerita dengan ibu Huda buat aku terdiam dan berfikir sejenak..aku tidak pernah berfikir sejauh ini..Islam ada disana, tapi praktisnya tidak terlihat dalam perjalanan hidup muslimnya..yang kaya terlalu kaya..yang miskin terlalu miskin...zakat bukan lagi bentuk bantuan yang diberikan pada yang miskin...tak tahu di mana silapnya..duit bantuan untuk diberikan pada simiskin, di makan oleh penyangak-penyangak atasan...mereka diberi amanah..namun mereka yang mengingkarinya..rasuah berlaku besar-besaran dikalangan orang kaya...pemimpin mereka terus hidup bermewah tanpa ada rasa hati dan perut untuk melihat rakyatnya yang mati dan akhirnya menjadi makanan burung!!!



masya Allah..apa agama mereka ini?? agama islam!!..aku malu...aku tunduk pabila ibu Huda menceritakan ini semua...tak menyangka sama sekali, begitu sekali jadinya pabila islam tidak dihayati dalam erti kata sebenar..



Kisah si suami yang membunuh si isteri menjadi perkara biasa di negara2 ini...isteri yang dituduh curang oleh si suami di tembak mati?? bila dan dimana hukum menembak mati isteri yang curang ada dalam islam??Allah Akbar.. bertakbir aku di dalam hati...seorang lelaki bisa berkahwin empat dengan anak-anak perempuan yang kecil untuk dijadikan hamba sahaya..disuruh mengambil air dan andai kata tugas yang diarah kan tidak dilakukan dengan baik kerana tidak selari dengan batas kemampuan si anak kecil, si kecil dan juga adalah isteri, si lelaki ganaz ini akan dipukulnya..ini kah islam?? inikah akhlak si suami kepada si isteri dalam islam?? di mana darjat wanita diletakkan di pandangan orang-orang yang menganggap yang diri mereka ini sudah pun muslim??? masya Allah...



Di India, kisah penarik beca..kebiasaanya, rundingan bayaran akan di buat terlebih dahulu sebelum ke destinasi...awalnya, kedua penarik beca dan penaik beca bersetuju dengan bayaran 0.80 sen ( ni kire dalam RM la..sbb acik tu pun bg cth cmni, jd xtau india pakai duit ape..hee )
sampai ke destinasi, si penumpang hanya mahu bayar .50 sen..lalu berkelahilah..ditumbuk nya si penarik beca hingga mati...dan ia hanyalah kerana 0.30 sen itu..dan ini di negara ,dimana islam dianuti...yang bersalah bukanlah yang menumbuk..tetapi yang mati itu yg ttp bersalah..kenapa???



kerana kasta mereka berbeza..



lagi satu keadaan yang di beri..andai ada kereta terlanggar pejalan kaki, pejalan kaki itu bersalah kerana mengambil jalan yang membawa kereta..



kali ini aku terbeliak..


"habis tu, kalau ade kereta nak langgar org jalan kaki, orang jalan kaki kena lari lah???"

soalan agak low standard terkeluar dr mulut ku...Allah...tak pernah terfikir, seteruk itu, sistem kasta yang diamalkan di sana...aku terkedu lagi..Allah, hinanya manusia dipandangan manusia...andai mereka tahu di mana letaknya mereka di pandanganMu, aku yakin mereka pasti malu yang teramat.. Ya Allah, ampunilah kami kerana mengabaikan saudara seagama kami..



banyak lagi perkara yang di kongsikan...termasuk juga isu-isu di Malaysia..tapi kesimpulannya..

aku sendiri malu yang teramat..sebabnya, sibuk dengan islam yang ada dalam diri..tapi pernah kah kita mengkaji our brothers and sisters in islam di negara lain???...



aku termenung lagi..siapa yang akan membantu mereka disana?? agama mereka agama islam...namun, sistem education yang sgt2 rendah di negara-negara ini menyebabkan pelajaran agama dan lain-lainnya tidak sampai dengan sempurna..lalu, yang mereka amalkan, hanyalah yang mereka faham melalui akal singkat sebagai seorang manusia biasa..masjid juga sukar dijumpai di sana, lalu, tertanya-tanya kami...bagaimana bisa mereka belajar agama dan mempraktiskannya sedangkan medium untuk kearah itu tidak ada???



siapa?siapa yang akan membantu mereka?? aku renungi dalam2...aku tak mampu...aku hanya mampu lakukan satu...doa rabitah lagi sekali aku titipkan...buat mereka my brothers and sisters in islam...moga Allah pelihara kamu semua didalam rahmat dan redha NYA..Allah itu maha adil...ada hikmahnya tiap apa yang berlaku..insha Allah..moga terus tabah..



ISLAM AKAN KEMBALI GEMILANG...amin...Allahuakabar..



p/s : mendengar kisah2 negara lain, menyebabkan aku sedar yang kekurangan itu sebenarnya adalah untuk kite renungi bersama..perjuangan belum pernah selesai..andai mereka disana terus memperjuangkan hak dan agama mereka dengan ilmu yang tidak seberapa(even without any skewl)..kita ni bagaimana pula???dgn sistem education yang bagus..aku merayu, moga aku dan sahabat bisa menghargai apa yang kita ada dalam diri terutamanya ilmu dan AGAMA ISLAM..


doakan exam ana yang juz around de corner
..amin..
syukran..

UKHUWAH ITU DIHATI..

Ukhuwah diikat dengan kemas dengan tali aqidah yang sama..yakni kepercayaan pada Allah iaitu tuhan kita yang esa..Ukhuwah itu terbit dan diratib dalam doa yang penuh tulus dan kudus padaNya..kerana itu, andai dalam hati ini timbul rindu pada ukhuwah yang dijalin, lidah ku akan terus laju melafazkan doa rabitah..doa menguatkan hubungan antara hati-hati insan yang aku sayang..tatkala doa ini dilafazkan, tiap wajah-wajah insan tersayang akan muncul satu persatu..


Rindu aku pada ukhuwah yang terjalin, tak bermakna aku terus hanyut dalam rindu yang aku yakin tidak akan pernah ada penghujungnya..kadang2 dalam perjalanan ke kelas, hati jadi benar-benar sunyi..aku sendiri..berjalan sendiri..aku tak menyesal atas kesendirian ini..kerana aku yang memilihnya..subjek yang diambil berlainan dari teman-teman lain, menyebabkan kami tidak dapat untuk sering bersama..subjek yang dipilih, berdasarkan kemampuan dan minat ku..dah Alhamdulillah, aku yakin dalam sendiri, andai Allah dihati, hati kan terasa ramai..


Itu benar..aku sering ke surau UWA untuk bersolat..rumah terlalu jauh utk ku pulang hanya semata-mata mahu menunaikan solat..Islam kan mudah..kenapa la nak susah2 kan diri ke rumah..ambil masa lagi..lagipun, mungkin dah jadi habit, memang suka benar lepak di Uni, lepak kat library..dari kat SMAPK lagi, camtu juga..bukannya jauh sangat asrama dengan sekolah..namun, surau cikgu jadi mangsa(maaf ye cikgu2, saya tumpang solat je) dan kemudian ke library layan mata..hehe..pakcik2 library semua dah kenal kot muka ni....


kat Taylors pun cmtu gak..malasnya la rasa nak balik rumah..awal2 kat Taylor, takjub gak tgk surau dia(surau lama tu besar stor je rasenya)..tapi mungkin sebab namanya surau, rasa seronok je nak lepak situ..hehe dan kemudiannya akan ke library...tapi setengah tahun selepas itu, surau baru Taylors pun di buka dan dirasmi kan..huhu...memahami betul Taylors..Alhamdulillah, lagi convenient nak lepak kat kolej mase tu..terima kasih Taylors!!..walaupun kat Library tu bukannya baca buku pun melainkan hanya lah melayan mata...hehe...tapi tak kisah lah..dah itu habitnye..tak leh nak wat ape..


Yang besh nyer, habit ni byk la kebaikannya..lepak kat surau, ramai shbt seagama yang aku jumpa..kagum dan bangga dengan mereka..ada yang PR(permanent resident) di sini, tapi Subhanallah, agamanya lebih hebat dari aku...Allah..rasa kecil diri ni..


Al kisahnya, satu hari, aku bergegas ke surau untuk solat zohor..disebabkan kelas yang berturut-turut, aku harus bergegas ke surau dan mencuri sedikit masa untuk solat..tiba di surau, Kak Linda menyapa aku..aku bersalam dan duduk di sisinya..hasrat mahu mengambil wuduk, namun, Allah takdir kan yang lain mungkin..belum sempat ku bangun,Sis Aminah, seorang wanita yang chinese look dan juga PR disini menuju ke kami dan bertaaruf..soalan yang menyebabkan aku tak dapat nak bergerak ialah bila kak Linda tanya..


" How old r u sis?"..


guess what???


she already 49??? (aku rasa cam nak tersedak je...coz itu lah umur abah..sori bah terbagitau kat orang umum lak..hehe)but she look very2 young..Subhanallah..



berbual dengan nya, membuat lidah aku kelu...aku terdiam cuma (mungkin terpegun, mungkin juga sbb nak faham ape yang dia cakap..hehe)..Kak linda tanya dia, apa tips awet muda yang dia guna..dia gelak je..and again, try guess what her answer??

" I think its about IMAN, IMAN make us to look young because we not worried anything more than Allah"


Tertelan airliur aku dengar jawapan dia..huhu..Aku tekun muka dia dalam2...memang xde keresahan langsung..huhu..hebatnya wanita ni...macam xde masalah langsung..yang aku paling rasa sejuk berbicara dengan nya adalah tiap kata-katanya xlepas dalam memuji ilahi...subhanallah, Alhamdulillah..diucap berkali-kali..Allah, rasa benar rendah diri ni...

If nak cerita sorang2 insan yang aku jumpa mungkin tak habiskan kot..masya Allah...bilamana aqidah itu ada dalam hati dan jiwa...ukhuwah itu ada dimana-mana..
begitu juga kata sis Aminah..bilamana dia tahu yang aku dan sahabat2 baru je tiba di Perth xsampai sebulan.katanya

"dun worry sis, because the best thing in ISLAM,we are like brothers and sisters and we are here to help you"
(lebih kurang la..ayat ni selepas diedit oleh diri sendiri..hehe)

Hebatnya ukhuwah!!kerana ukhuwah itu bukan sekadar percakapan..tapi ia ada dalam hati dan dalam doa..insan yang dibawah payung kalimah LAILAHAILLAH..

"UKHUWAHFILLAH ABADAN ABADA"

Amin..

P/S: sebenarnya, perasan x?? akhirnya ana terlepas kelas waktu tu..kerana ana rasa, pengalaman yang ni xkan ana dapat kat kelas yang ade rakaman lecture nya dekat webCT..hehe..ampun ye lecturer..ana dah cover balik chapter tu..


Khamis, Mac 19

GRADUATION NIGHT!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



besh2..besh2...besh sangat!!...


perkataan ni, tak habis-habis di sebut sejak ana turun dari kereta bila sampai dekat tempat parking...langkah makin laju pabila sampai di Winthrop Hall..masuk dan ternampak gerai kecil untuk cenderamata buat insan-insan yang berjaya menamatkan pengajian..singgah sebentar untuk melihat harga cenderamata.. "mahalnya" bisik ku dalam hati..eh..cmne nak beli ni...duit takde la nak berape sangat dalam poket..hadui..xpelah..nanti ade rezeki beli la insha Allah...bila xjadi beli tapi hati teringin sangat..jadi, sahabatku, Fatimah pun meminta izin dengan penjual..




"can we take a picture with the bear?"..."yeah, sure!!"..

wa!!hati jadi kembang, GEMBIRA!..beshnyer!!


antara makanan yang dihidangkan...banyak sebenarnya..ini minuman jer..hee



langkah makin laju, niat di hati nak cari kak Ana (my senior JPA in commerce)..dia yang jemput kami datang malam ni..biarpun dengan pakaian yang agak la selekehnya..(kerana tidak mengikut dress code yang ditentukan)..segannya ,Allah je yang tau..mana taknya, kebanyakan yang datang dengan baju yang kemas dan memakai kot lagi!.hadui!..tapi sebab excited nye cerita, mau xmau, kami turun juga dari kereta dan akhirnya pergi berjumpa student2 yang grade pada malam tu!heeee :D..

KAK ANA!! aku memanggil separuh menjerit kot..sebabnye, ramai orang dan agak bising..kak Ana yang comel bertudung kuning dan berbaju kot hitam menoleh dan tersenyum..comel2...


Kak Ana!! congratz!! tahniah!! ( entah bpe kali la cakap mende yang same)
"lagi 3 tahun, korang la plak"kate kak Ana...amin2...dengan first class honour insha Allah




terus bergambar..hasrat hatikan memang nak je pinjam jubah n bunga2 yang kak Ana dapat..nak amik gmbar..hee..seronoknya!!tapi segan la plak..nnti ade rezeki 2012..insha Allah..amin..nak bunga n teddy bear banyak2...hee

semangat nak belajar bersungguh-sungguh mendadak naik....subhanallah..


"ya Allah, izinkan suatu hari nanti, aku bawa kejayaan ini bersama mak dan abah"

amin...ya rabbal alamin..(satu family pun boleh nak datang..macam family kak Ana ni :))


Nanti kita amik gambar kat Winthrop Hall pulak ok??amin..



tangan ibu Kak Ana kucium..serasa hiba pula hati..andai mak kat sini..beshnyer...mudahan..ade rezeki, lagi 3 tahun, mak ngan abah kene datang juga..insha Allah...amin..


hebatnya bukan apa..mungkin di situ kita lihat, jasa ibu dan bapa terbayar dengan kejayaan kita..wajah gembira mereka yang tak mungkin kita pernah lupa...wajah insan yang mendewasakan dan membesarkan diri ini yang penuh kerenah dan ragam tersenyum gembira...pabila segala pengorbanan dan penat lelah mereka dalam membesarkan anaknya bangga..dan aku yakin, mak dan abah pasti bukan sahaja mahu melihat anaknya berjaya di dunia semata tapi juga di akhirat sana..amin..mudahan, insan ini menjadi muslimah yang solehah..doa mu terus ku pohon, mak abah..



terbayang wajah mak ngan abah..nasibla ada gambar...hee..

terubat la juga rindu ni

mereka xpernah mengharapkan apapun..cuma satu, doa dari anak ini selalu diminta..mungkin kerana mereka yakin, doa anak soleh dan solehah akan mengiringi mereka ke dunia yang satu lagi...jadi, itu ajaran yang mereka selalu terapkan..."doakan mak dan abah ya"..insha Allah...doa itu xpernah lupa untuk ku titip dalam doaku..andai ku panjang kan jua sujud, doa untuk mu sentiasa ada..ampun dan maaf andai ada kekhilafan...doakan anakmu teguh dalam perjuangan..


hingga kejayaan itu dicapai bersama-sama redha dan kasih Allah..amin.doakan anak mu ini menjadi anak yang solehah..



thanx bang cik, kak aunty, bang ayik, kakak dan adik!!



Allah..hati jadi rindu dengan keluarga..nak kol mereka...tapi internet kat rumah sana pula problem..tapi malam ni dapat kol family kak aunty, bang cik, kakak, abang ayik, dan adik...besh2..terubat juga rindu...terima kasih ye..untuk call malam ni...seronok!hehe...tgk dah kan gambar2 yang akak hantar tu??nanti doakan kak Ana pula berjaya macam diorang semua ok?hehe..amin...ade rezeki, meh la datang ke Perth...


Graduation 2012, Ana Farhanah dalam perjalanan ke sana...nantikan diri ini dan teman2 seperjuangan...moga kejayaan itu jadi milikku dan milik semua..amin..

Sabtu, Mac 14

SILATURRAHIM YANG TAK PERNAH PUTUS..insha Allah..





Ana, Aunt Pat n Uncle Phillip

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM
Punya darah campuran melayu dan cina buat aku rasa bangga...bukan kerana diri aku..tapi aku bangga dengan agama ku...kerana aku yakin..campuran ini membuktikan ISLAM itu syumul untuk semua...meliputi setiap aspek yang ada...gembira dan bangga aku pada keluarga cina ku ini...kerana mereka yakin dengan darah daging yang sama tidak akan pernah memisahkan ukhuwah yang ada..biarpun mereka terpisah dari kecil..ini kisahnya..kisah ibu ku...yang asalnya dari keluarga cina...tetapi dia diberi kepada keluarga melayu islam sarawak..yang ajaibnya..ibu ku ini seorang yang diberi kepada keluarga melayu...tidak yang lain...


takdir Allah itu terselit beribu hikmah bukan?? andai ibu ku tidak diberi keluarga melayu, nescaya aku tidak menulis di blog ini.. :)


pemergian ke Perth..terlalu banyak hasrat yang ingin aku lakukan...dan tak lupa juga tanggungjawab yang di amanatkan...makcik ku, aunty Paticia dan Uncle Phillip sekeluarga ada di Perth..sudah 20tahun merantau..dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di Perth..hikmahnya.aku bisa bertemu mereka..:)..amnat mak ku, jalinkan lah hubungan dengan mereka..dan aku gugup juga awalnya...tapi mereka terlalu baik..dan sangat-sangat baik...


pertama kali berjumpa, aunty memang peramah orang nya..jadi kami( ana, kakakn fatimah) tak kering idea berborak dengan dia..pengalaman dan ceritanya banyak beri pengajran..lebih-lebih kisah dia dan adik beradiknya yang dipisahkan-pisahkan sejak kecil..uncle Philip pula, very cool...like what aunty have said...'he really cool like cucumber'....he..macam2..but they are nice couple..hee




Shawn yang sangat comel...mata dia ade cam chinese sikit kan??

so cute




This is Princess Lily..she like us to called her like that..

but not her mum..hee


kali kedua, kami dijemput ke rumah Ester, her daughter...married..wif a Irish man and have two cute children..Lily, cute girl..and Shawn, very clever boy...


hari ni besday Shawn..kami di jemput hadir ke party dia..dan jalan di zoo Perth..tapi atas keadaan yang takmengizinkan..kami terpaksa membatalkan niat...kami terpaksa ke garaj sales dimana barang2 second hand yang elok dijual dengan harga yang murah..memandangkan teman serumah aku masih tidak mempunyai almari baju dan katil..kami membuat keputusan untuk ke garaj sale yang hanya diadakan tiga bulan sekali di sini...




Ni hadiah yang dibalut bersama-sama dengan teman serumah..


thanks, fatin n hani...



hadiah sudah dibeli dan dibalut...tapi dalam fikiran kami...biarpun besday si Shawn seorang..kesian lak ngan Lily...so beli hadiah untuk dua-dua sekali..he..tapi xsempat nak bagi lagi..biler la nak jumpe dorang lagi..memang comel2...heee..husband Ester, Paul..he is a good husband and also a loving father..Ester pun camtu...memang sangat baik...( tapi takleh kalah abah ngan mak di hati Ana..hee)


Paul, Lily, Shawn wif their cat..forgot the name already..he..

Ada rezeki nanti, curi masa lagi untuk jumpa diorang insha Allah...doa selalu ada untuk diorang...sebab diorang juga ahli keluarga Ana...sayang nya cuma aqidah yang berbeda...mudahan, dengan kebaikan yang diorangberi pada insan lain ini, Allah beri hidayah pada mereka..amin..amin...nak sangat tengok mereka-mereka ini di bawah 'payung aqidah' yang sama...


hati tersentuh lagi..

"Mereka sangat-sangat baik Allah, Kau lebih mengerti dan mengetahui..berilah hidayah pada mereka, ya Allah...mudahan itu yang terbaik...amin..."


p/s: mak abah...datang lah jumpe cucu2 mak ngan abah yang comel ni...heee

Jumaat, Mac 13

SEGENGGAM TABAH DIPERTAHANKAN...

GAMBAR BERSAMA TEMAN-TEMAN CURTIN UNI DI PARK
Bismillah..


dengan kerendahan hati, aku menulis..berat rasanya hati ingin melempiaskan apa yang terkubu didalam hati...namun, penulisan ini ku harapkan bisa mengubati hati ini..




Selangkah ke alam perjuangan, ianya takkan berakhir melainkan setelah aku capai syurga Firdausi itu..masya Allah..layakkah aku..hati penuh dosa dan noda...apakah aku dipandangan Mu??




Selesai SPM, hati ku berdetak..aku xkan lagi bersama sahabat ini untuk terus berjuang didalam satu sof..airmata ku bergenang...sujudku pd Allah, aku panjangkan...melempiaskan segala rindu yang mencengkam..pabila perjuangan tidak lagi dijunjung bersama...




Namun, di saat aku keseorangan, Kau hadirkan aku insan yang sangat kuat...dia mendokong ku dlm apa jua cara yang dia mampu..airmata disapu tiap kali aku rasa terlalu lemah untuk berjuang berdua..dia tak pernah lemah..cekalnya dia ya Allah..perjuangan diteruskan biarpun yang mewarnai nya adalah airmata...tapi aku senang,kerana berukhuwah dengan dia membuatkan aku mengenal erti ketabahan, kecekalan dan impian..Allah terus menguji.. dia juga pergi untuk menyambung pelajaran di bumi Mesir..aku tahu itu impian dan harapan dia..biarpun hati ku terus berulam kesedihan, aku yakin ini yang terbaik untuk dia..berkali-kali dia minta pendapat ku dan tak kurang juga meminta maaf..kerana aku akan berseorangan lagi..Allah..




Namun, tiap yang Kau takdirkan, kau selitkan beribu hikmah disebaliknya, teman perjuangan yang datang pabila dia, Kau takdirkan berjuang di bumi Mesir bukan calang-calang orangnya..dengan kehadiran mereka, aku yakin, aku takkan lemah lagi...dan akhirnya...aku di Perth...perjuangan di sini membuat kan aku lebih berkobar utnuk berjuang..namun, semalam..perpisahan yang juga telah Kau tetapkan untuk kami..membuat airmata ku berderai lagi...serasa hilang lagi kekuatan ku ya Allah..apa yang silap?


aku x mengerti..mungkin kerana aku sudah menanggap dia sebagai teman rujukan dan tak kurang juga sebagai seorang abang..tempat aku mengadu tiap permasalahan...tersentuh benar dengna mesej yang smpai di telefon bimbit 'majlis perpisahan H****N' aku dapat rasa banyak hati yang sedih...lebih-lebih lagi iinsan yang berada di atas perjuangan yg sama..Allah...moga ada galang ganti yang lebih baik...kuatkan kami keseluruhannya ya Allah..moga kami peroleh kekuatan yang sama..atau lebih lagi sepeninggalan beliau..mujahid ini diperlukan di sana..teruskan lah berjuang...doa kami mengiringi, insha Allah...moga perjuangan akan terus dipertahankan...TAKBIR!!




Allah,kuatkan aku...kuatkan kami...amin...

setelah membuat sedikit muhasabah dan disukusi...aku kembali senyum :)..

Salam Berjuang Semua...

Rabu, Mac 11

AKU TIBA AKHIRNYA...PERTH..

SEUSAI SOLAT DI FREMANTLE



University Western of Australia

DI KINGS PARK BERSAMA ANAK KAK TI, MUJAHID,MUAZ,TIMEY,KAKAK N ANA
(bangga tu ada Malay State tercatit kat tugu tu..hhee)



Subhanallah...CANTIKNYA!!..itu lah luahan pertama bila kali pertama kami di bawa ke UWA(University Western Australi)..memang cantik..cantik nya SWAN RIVER, cantiknya taman sekeliling UWA..Subhanallah..

Dalam keindahan apa yang terlihat dihadapan mata..kerinduan pada tanah air tak pernah padam..hari pertama bisa lagi ditahan...masuk hari ketujuh, rasa cam nak terbang je balik ke Malaysia..hebat mana negara orang lain, Malaysia juga dekat di hati...

hurm...ni baru nak menulis tentang Perth..sebab baru je dapat internet semalam...heeee..Perth sangat-sangat cantik..kat sini, nak tebang satu pokok pun jadi kontroversi..even pokok tu leh datang kan penyakit pada orang yang lalu kat pokok tu...huhu..hebatnya orang yang bukan muslim dapat mengelakkan kefasadan dengan tangan mereka..betapa mereka menghargai kejadian tuhan..subhanaallah..


Orientation Day di Uni, kami dibawa melawat Fremantle, salah satu pelabuhan di Perth yang juga satu tempat menarik di sini..very nice..but then, kami terpaksa menahan lapar..sebab tak pandai nak cari restaurant mana yang bekal kan makanan halal..huhu..makan biskut je..itu pun, naseb baik la bekal...kalu tak, memang kebulur la kitorang haritu..sampai kat Fremantle, Solat zohor dah pun masuk, lalu, bersolat lah kami di tengah padang..Subhanallah..seronoknya!! dengan angin yang datang dari pantai..tapi rasanya, yang paling seronok tu, bila Islam benar-benar dapat dipraktikkan walaupun dimana kita berada..ISLAM ITU MUDAH :)


huuu..banyak benar perkara yang mau dicoretkan..tapi melihat pada masa yang ada, rasanya nanti update lagi insha Allah..Doakan semua urusan dipermudahkan..


Dapat ke Perth dan tercapai nya impian ini, sesungguhnya aku cukup bersyukur..aku panjang kan sujud..kerana Kau izinkan aku ke sini..namun dugaan yang menanti juga tak kurang hebatnya...diuji dengan kerinduan, dan juga kekuatan...aku mencari dan mengkaji kembali dimana kelemahan diri yang perlu diperbaiki..kerana dugaan itu mematangkan...aku bersedia ya Allah..cuma satu...ku pohon agar Kau sentiasa di sisi ku..Ingatkan aku andai aku terlupa..agar aku sentiasa di atas jalan menuju CINTA dan KASIH MU..amin..








Ahad, Januari 11

SELAMATKAN PALESTIN!! SEMAMPU KITA!!

Allah Akbar!!!hati ini menjerit lagi..
airmata ini mengalir laju lagi...
berita ini seolah2 mensiat-siat hati ku..
dan aku yakin bukan hati ku sahaja..
tapi hati kalian yg masih punya PERASAAN.
yang masih mengenal erti silaturrahim...
saudara2 kita di palestin terus di bunuh,
disembelih tanpa sikit pun belas kasihan...
namun mengapa ada di antara kita yang masih tidak mahu peduli...
buat membuta tuli tanpa sedar apa tanggungjawab kita..
halaqah semalam membincangkan tentang isu ini..
isu plg dekat dihati kita,umat ISLAM!!

ayuh..bangun!!
sedar apa anggungjawab kita...
berhenti dari isu-isu yang tidak patut kita fokuskan..
isu hubungan sejenis yang jelas2 nya haram!!
isu ragut,isu rempit..
bangun wahai syabab!!
kita tidak di saf perjuangan untuk
bertempur dengan yahudi kuffar!!!
namun kita punya tggjawab..

sebarkan yang palestin perlu pembebasan..
itu hak mereka saudara kita sebagai manusia..
apapun agama pasti mengiyakan erti kemanusian ini..
melainkan agama bangsa binatang itu!!
laknat mereka ya Allah..

wahai ibubapa, didik anak2 mu untuk mengerti dan memahami
apa itu erti jihad..
apa itu erti mempertahankan maruah agama..
kata sorg wakil palestin kepada rakyat malaysia..
'pergilah kamu pulang ketanah airmu,didiklah
anak2 mu sebaik mungkin agar
jika kami sudah tiada untuk mempertahankan bumi
palestin,
bumi yg diberkati Allah disekelilingnya
ini,
maka nanti ada dikalangan kamu saudara seislamku
bangun
dan kemudian berjuang
dan mempertahankan sehabis kudratmu'

wahai guru-guru,
jelaskan pada anak muridmu,
yang manusia perlu menghormati hak manusia yang lain..
jangan takut memberitahu yg jelas benar..
agar anak2 ini mengerti untuk menjunjung agama..
dan juga akhlak mereka..

wahai pemuda,wahai pemudi,wahai syabab...
kita punya media, punya friendster, punya blog..
letakkan slogan tanda sokongan kita buat palestin..
itu tanggungjwb kita...
jika hanya itu yang kita mampu lakukan..
ayuh!!lakukan..
biar ada berjuta blog di dunia..
menyatakan sokongan terhadap palestin..
biar si kuffar itu lemah xberdaya..

BOIKOT!!!ini kelemahan mereka..
mereka angkuh dan bongkak kerana kepandaian mereka..
kerana kekayaan mereka dan ekonomi mereka..
kita punya lagi satu amanah..
jatuhkan ekonomi mereka..
boikot habis-habisan..andai tidak semua..fokuskan kepada tiga jenama ini,
MCd, Colgate dan Starbucks..
demi darah dan nyawa saudara kita!!demi maruah
agama kita..
kita boikot insha-Allah!!takbir!!

lakukan apa yang kita termampu, andai kita adalah para peguam,
berusahalah kemukakan yahudi laknatullah itu ke mahkamah dunia..
moga mereka di hukum dgn yg setimpalnya

dan jangan pernah lupa..
doa itu senjata orang mukmin..
teruskan qunut nazilah..teruskan berdoa..
biar Allah mengadili si yahudi laknatullah itu dengan seadil-adilnya...
amin..amin..