Selasa, September 22

.: Ramadhan yang dirindui, Syawal yang dirai :.

assalamualaikum wbt
sungguh, terasa jauh benar aku dari diari online ku ini...
maaf, mungkin kerana masih tidak bijak membahagikan masa, blog ini hampir2 bersarang..

ramadhan yang berlalu cukup-cukup aku rindui..jam 5.45pm, kebiasaannya, aku dan sahabat ku akan mula bergerak ke musolla uni kami...berukhwah dengan sahabat-sahabat satu aqidah, menyediakan makanan, berbuka puasa dengan kurma, air susu, dan tak lupa dengan nasi beriani yang cukup-cukup menyelerakan..dilengkapi dengan tarawikh yang di imamkan imam yang cukup syahdu suaranya..aku jadi jatuh cinta pada ramadhan pertama ku di bumi Perth ini..dan saat ini, aku benar2 merinduinya..

saat aku menelefon mak dan menceritakan pengalaman Ramadhan ku disini, mak cukup terkejut..sangkanya, aku tidak akan merasakan kemanisan ramadhan kerana berada di tengah-tengah komuniti yang majoritinya adalah orang bukan islam ..namun, seusai penceritaan ku, mak berhamdalah beberapa kali, tanda kelegaan hati seorang ibu..bersyukur kerana aku masih merasai suasana Ramadhan...dan aku yakini dia lagi, di sini ramadhan ku lebih seronok berbanding ketika aku di taylors..di saat itu,aku terlalu sibuk bergelumang dengan test dan exam, di tambah pula dengan masjid yang jauh, kebanyakan masa, aku dan sahabat-sahabat hanya bertarawikh di rumah..

alhamdulillah, pengalaman menyambut ramadhan di rantauan kali ini banyak mengajar aku erti pengorbanan..pengorbanan seorang anak, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang ayah, pengorbanan sebagai saudara seagama..pengorbanan yang bukan calang-calang hebatnya..dan aku benar-benar terkesan dengan tiap yang berlaku di sekelilingku..mudahan aku juga bisa mengaplikasikannya dalam kehidupan ku..

aku juga belajar membuat kuih raya...dan tanpa ku sangka, ada pula yang menempahnya...walaupun semuanya adalah percubaan pertama dari ku dan sahabat-sahabat, aku harap ianya memuaskan hati insan-insan lain..insha Allah..(^^)

menjelang satu syawal, kesibukan memasak, beraya dan makan-makan di rumah-rumah kenalan, buat aku leka sebentar....menziarahi 9rumah dalam satu hari...lalu, tiada airmata syawal untuk hari pertama..aneh juga...mungkin kerana kesibukan dan keletihan yg terlalu, aku tidak lah terlalu bersedih..dan itu juga yang sepatutnya, kerana bukankah syawal itu hari kemenangan umat islam?

jazakumullah buat sahabat-sahabat yang selalu memujuk diri agar tidak terlalu berduka....syukran juga kerana sudi menceriakan diri ini di saat aku jauh dari keluarga tercinta..hari ini sudah syawal yang ke-4...lalu, aku dengan penuh kerendahan hati, mengulurkan huluran maaf zahir dan batin..andai ada salah dan silap selama kita berteman dan bersahabat...andai ada kekhilafan dalam penulisanku yang membuat kalian terasa hati, jujurnya aku menulis bukan kerana nama...aku hanya menulis hanya kerana ia datang dari hati dan ingin menyentuh jua hati...maaf buat kalian semua..

ramadhan yang berlalu kan terus dirindui..moga masih diberi keizinan untuk terus menghirup udaraNya hingga tibanya lagi Ramadhan yang akan datang....sambutlah syawal dengan sebaiknya...hari kemenangan yang dirai setelah kita berjaya menghabiskan episod persekolahan dalam mendidik jiwa dan nafsu diri....moga kembali semula kepada fitrah insani, seputih kain putih yang baru dan suci...buka lembaran baru hidup, moga istiqamah dalam kebaikan..seeru ala barakatillah...

Airmata Ramadhan, Keriangan Syawal...

dari hati insan kerdil,
shauqatulzahrah

Selasa, September 8

.:Yang halal untukmu:.

cuti yang seminggu cuma ini tak mahu aku sia-siakan..lebih-lebih lagi ianya seminggu di bulan ramadhan..jazakillah buat senior ku, kak ayie yang memberi keizinan pada ku untuk berkongsi buku yang sangat ku tunggu-tunggu..PEMILIK CINTA KU SETELAH ALLAH DAN RASUL dari Fatimah Syarha..penulis yang cukup ku kagumi hasil tulisannya..


lembaran semalam ku selak semula..coretan ku bukan di diari..tapi banyak nya di hati..pembacaan ku selesai selepas dua hari...pembacaan itu sekaligus mengimbau kisah silam ku..sekali lagi ia mengenai cinta..


kisah semalam, kisah yang penuh dengan mehnah dan dugaan hati. mungkin kerana fitrah kami yang bernama wanita..dugaan ini dugaan yang cukup mencabar..biar pun di saat remaja itu hanyalah cinta monyet...namun pengalaman itu juga yang banyak mematangkan diri..


merungkai episod hidup Khazinatul Asrar yang penuh dengan dugaan cinta duniawi, aku kagumi perisai kebalnya yg terus mempertahankan cinta ilahi biarpun ia hanya susuk watak serikandi di dalam novel..


post lama ku bertajuk buat bakal imamku ku baca dan ku hayati semula..post ini bukan hasil tulisan ku..ianya ku jumpai di blog shbt ku..cuma coretannya yang membawa makna yang besar yang cukup terkesan dalam hati, menarik minat ku untuk di post dalam blog.. kebergantungan yang benar-benar diletak pada Yang Maha Pencinta itu..aku mohon aku punya kekuatan yang sama...sehebat cinta nya Rabiatul Adawiyah kepada kekasih hatinya, Ilahi..


moga rindu dan cinta yang ada, disalur benar buat dan hanya kerana Allah...ku pohon juga sahabat2 ku punya kekuatan yang sama..mudahan insha Allah...perkongsian Fatimah Syarha yang di adaptasi melalui kisah Qani'ah buat aku sedar, tiada apa yang lebih baik melainkan cinta pada Ilahi..kerana yang pasti, cinta pada yang punya Cinta Teragung itu akan menjanjikan cinta insan yang soleh atau solehah buat mu...


usai diskusi ringkas ku dengan seorang teman...mengenai kisah Qani'ah dan suaminya..kisah yang cukup ideal aplikasi cintanya..namun, memahami yang hidup ini selari dengan syariatullah dan sunnatullah, kisah pelayaran bahtera rumah tangga tidak pasti seindah yang diimpikan..kerana lautan itu ada badai dan ombak besar yang pasti kan datang...letakkan keredhaan mu pada qada'dan qadar ilahi..sesoleh mana teman mu nanti, sesolehah mana bakal isteri mu nanti, letakkan kesabaran setinggi-setingginya...itu juga nasihat Qani'ah dalam coretan kisahnya, pilihlah untuk berdamai andai kebahagian yang dikau impi, jika tiba-tiba lautan tenang itu bergelora sesekali..


teringat juga aku dengan pesan seorang ustazah, agar tidak meletakkan 'high expectation' terhadap bakal teman halal mu...


andai dikau bukan sehebat Sulaiman,
jangan diharapkan teman sebijak Balqis,
andai dikau bukan setampan Yusuf,
jangan didamba teman sejelita zulaikha,
dan andai dikau bukan sesempurna Muhammad,
jangan diimpi insan sehebat Khadijah..


mudahnya, menjadilah yang terbaik semampu kamu, moga Allah beri yang terbaik buat kamu..soal cinta, serah cinta itu pada Nya, pohon pada ilahi,agar diserahkan cinta yang ada buat insan yang halal bagi mu bila saatnya tiba..bukan kah yang memegang hati ini juga Dia?


bersahabatlah kerana itu sunnatullah kehidupan manusia..cuma yang penting, pelihara batas syariat yang ditetapkan..agar syariatullah dan sunnatullah itu gerakannya selari..tanpa syariatullah kita jauh dari hakikat kebenaran yang di tetapkan Allah..penjelasan cantik dari ustaz hasrizal mengenai jalinan syariatullah dan sunnatullah dalam perhubungan melalui artikel teori evolusi cinta dan jodoh tidak kan datang bergolek , cukup baik untuk di hayati bersama..ingatan juga buat diri sendiri yang sering lupa dan alpa..


kerana cinta itu anugerah yang tidak ternilai harganya..


Rasulullah bersabda tentang Sayidatina Khadijahr r.h.a
maksudnya:

"Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya"


pelihara sebaiknya cinta yang ada...biar sampai saat akad nikah dimeterai, cinta yang ada hanya buat yang halal bagimu..pemilik cinta ku setelah Allah dan Rasul..


Ya Rabbul Izzah, hadirkan secebis kekuatan buat kami agar cinta ini hanya untuk yang halal bagi kami..amin..

Khamis, Ogos 20

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN KAREEM

AGAIN!!!

dengan assignment yang due minggu depan...dengan exam yang menjelang minggu depan..buku dah ada disebelah ni, tapi jari tetap gatal untuk terus menaip...hati berdetak-detak..dari terus berkata-kata tanpa disampaikan maksudnya, lebih baik aku terus kan gerakan jari ini..

hujunh minggu ni, aku yakin ia penuh! padat..hujung minggu selalu begitu..dan aku senang dengan kesibukan hujung minggu ku..moga Allah beri kelapangan dan kecukupan masa untuk tiap urusan yang lain-lain..

hati ini terlalu kecil..untuk menyimpan dendam dan sakit hati yang menyesakkan..saban hari berlalu, andai ada sakit hati yang terlintas, aku akan rasa kepenatan...istighfar jadi pengubat luka hati dan jiwa..Allahuakbar, ampunkan kami..

penyelesaian paling indah adalah dengan memaafkan...aku juga mohon maaf andai ada kekhilafan dilakukan...maaf,maaf dan maaf...

maaf untuk semua dan kepada semua...andai ada terlintas kata-kata dalam hati..aku mahu ramadhan ini, aku lalui dengan dada yang lapang, jiwa yang bersih, putih dari kekotoran bintik-bintik hitam yang selalu mencelah di jiwa dan hati..maaf sekali lagi...

maaf untuk mak
maaf untuk abah
maaf untuk anjang
maaf untuk bg lil, bg mi, jiji, kemal, humaira dan fawwaz....

harap2 fawwaz dah boleh puasa penuh! amien..

walaupun terselit rasa rindu dan hampa kerana tidak dapat bersama kalian utk ramadhan kali ini (teringat tengok adik2 terpisat-pisat di meja makan waktu sahur,comel!), tetapi ini pengalaman pertama berpuasa di rantauan...

abah sudah, berpuasa tanpa keluarga di rantau borneo
mak sudah, berpuasa tanpa keluarga di rantau semenanjung

kali ini, ana pula merasa..moga diberi kekuatan, doakan ye..

salam ramadhan untuk semua...jalani sebaiknya ramadhan ini, moga di saat berakhirnya ramadhan kita tak menangisi pemergian bulan penuh rahmat ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

Selasa, Ogos 11

MARHABAN YA RAMADHAN~ Jom JoiN!!

Dengan Kebesaran dan Keagungan Mu ya Allah,


KULIAH ONLINE BERSEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN KARIM..

Sedikit sebanyak kupasan persedian memasuki madrasah Ramadhan akan dikongsi, mudahan setiap mutiara yang kita peroleh di dalam madrasah Ramadhan dapat dikutip dan dijadikan sinar dalam kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi...



TAJUK : MARHABAN YA RAMADHAN

PENCERAMAH : MOHD FADZIL MOHD AKHIR
Diploma in Civil Engineering ( Malaysia University of Technology, 2001)
BEng (Hons) in Civil Engineering ( Heriot-Watt University , Edinburgh , 2004)
PhD Candidate in Physical Oceanography ( University of Western Australia )

MASA : 8.00PM (WAKTU M'SIA)

TARIKH : 15/08/09 (SABTU)

MEDIUM : PALTALK( sila add intelek_anz)




“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana
ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa
itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]



airmata ini gugur lagi,
ramadhan yg datang ini,
ku harap tidak di sia-siakan,
moga ku isi ramadhan ini dengan sebaik-baik amalan,
ibarat ini ramadhan terakhirku
agar aku selami dan hayati ramadhan ini sebaiknya..
sampaikan kami ke RAMADHAN MU ya Allah,
MARHABAN YA RAMADHAN..


sila hebah2kan, moga usaha kalian Allah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran


p/s: Ini dipetik dari perkhabaran seorang insan..sampaikanlah walaupun satu ayat, jom join! walaupun hari tersebut adalah hari saya berpindah rumah, kalian yg tiada kaitan dengan apa-apa pindahan sila join ye..(^^)..doakan saya punya kesempatan dan kelapangan untuk join..timakasih..

Jumaat, Ogos 7

MiMpi itu!

mimpi malam tadi menerjah lagi di minda..
mimpi bertemu dengan kedua-dua abang ku, mimpi bertemu dengan sepupu ku yang sama-sama berjuang di atas saf perjuangan yang aku juangkan di saat ini...
kata orang, mimpi yang buruk lebih baik disimpan..
mimpi yang baik, kongsi-kongsikan...
aku tak pasti mimpi ini dikategori yang mana..
melihat abang lil yang sering dilukakan...
dia sekadar tersenyum dan mengatakan..
"luka ini cuma kecil jika nak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah, Na"
itu kata-kata yang di ucap pada aku dan abang kedua ku..
asal nya kata-kata ini, kata-kata yang diucap tatkala aku ber ym dengan dia tempoh hari..

kata-kata itu aku pegang..aku ingat dan aku amati..mungkin kerana itu, aku hinggakan bermimpi..

aku gembira bila berbicara dengan abang-abangku..walaupun kadang kala,ada saja usikan yang datang..namun peringatan dan tazkirah selitan yang menjadi selang seli perbualan antara kami adik beradik, buat kami selesa..di tegur secara halus..walaupun adakalanya abang-abang kesayanganku ini memberi teguran direct yang kadang-kadang, airmata jadi gantian...mereka pun faham adik perempuannya yang sungguh sensitif ini...

pernah satu ketika...ketika kami berada di condominium ridzuan, Subang..rumah sewa ku di tingkat 25..kami sama-sama melihat ke bawah..ke arah jalan raya yang selalunya sesak itu..

"jika lompat kebawah ini merupakan jihad dan galang ganti mati syahid, Ana mampu?"
dia menyoal..

"kalau bang lil?"
aku tak mampu memberi jawapan..lantas memberi jawapan yang berbentuk persoalan kembali.

"entah la na, kita sering berbicara tentang jihad dan syahid..tapi andaikata terjun ke bawah dari tingkat 25 ini adalah gantian pada jihad dan syahid,mampukah kita?"
aku ditanya lagi..
kali ini, aku benar-benar diam..aku tak mampu..allahuakbar..
itu jawapan dari hati kecilku...

saat ini aku berfikir, biarlah aku berjuang dengan kemampuan yang ada...bercakap itu mudah..perlaksanaan nya memberi seribu satu cabaran untuk kita semua..ayuh teman, selagi kita punya masa, selagi kita punya kelapangan...terus lah berjuang seadannya..
asyik mencari kesilapan dan kekurangan orang lain, dengan diri yang hanya statik asyik melihat orang lain...teguran ini datang dari diri lebih untuk mengingatkan diri sendiri..

mimpi malam tadi membuatkan aku bangkit lagi..walaupun kadang-kala aku terasa terlalu penat,ianya tidak sepenat perjuangan rasulullah,kekasih agung Mu itu..andai kekasih diuji sedemikian,siapa aku untuk terus menerus mengeluh keletihan...,ampunkan aku ya Allah

Jalan redha Mu terbentang luas ya Allah..jangan biarkan hamba yang hina ini memilih jalan lain untuk dipilihnya..terima kasih untuk mimpi itu ya Allah!

Rabu, Ogos 5

MADRASAH...

sayu benar hati...
berat rasa hati....
kegelisahan dan keresahan bergalang ganti...

ya Allah...hanya padaMu, hamba hina ini bergantung...mohon ditenangkan hati..
ramadhan mulia yang makin mendekati...
akhlak diri, ku renung dalam-dalam..
layakkah aku berada dalam bulan Mu yang mulia itu ya Allah...

banyak benar perkara yang aku lakukan...baik atau tidak, natijahnya aku serah bulat-bulat pada Mu yang lebih mengetahui apa yang ada disebalik qada' dan qadar yang berlaku..

belajar dan mengambil ibrah dari tiap ketentuan yang Kau berikan..aku belajar menghadapi pelbagai jenis ragam manusia..walaupun kadangkala, lama aku terduduk..kerana tidak mampu bertahan pabila hati sering di sakiti..lama aku mencari dahan untuk aku kembali berpaut dan berdiri lagi..hidup perlu diteruskan...

aku benar-benar belajar untuk tidak mencari cinta dan sayang manusia...jangan lagi mencari kepuasan hati manusia yang takkan pernah puas...cukuplah dengan mencintaiMu..pasti kan ada sahabat-sahabat yang sama-sama mengasihi antara hati kerana Dia..

ramadhan datang lagi..dan tiap kali bulan ini datang..airmata ini akan jatuh menitis..mengharapkan yang ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya..agar nafsu dalam diri dapat dilenturkan....agar akhlak dalam diri dapat dicantikkan..agar pergantungan aku pada Mu, ya Allah dapat diperkuatkan...
jangan biarkan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia...
moga aku dan sahabat-sahabat punya kekuatan untuk menjalani bulan tarbiyah ini dengan cemerlang....
moga tiap amalan Kau redhai ya Allah...

maaf buat teman2...atas salah dan silap, hamba yang hina ini lakukan..
maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati kalian...
maaf juga pada mak,abah dan keluarga tercinta...

ayuh, melangkah dengan penuh persedian ke MADRASAH RAMADHAN...
moga natijahnya nanti, menjadikan kita lebih baik dari hari ini..
amin..

Isnin, Ogos 3

buAt Teman2 SerUmah Ar Raudhah..



bismillahirrahmanirrahim


percutian winter ku dihabiskan dengan perancangan cuti yang ku kira terbaik..


aku pulang ke tanah air..rindukan kepanasan Malaysia...rindukan jerebu tebal di Malaysia..

walaupun tiap hari ku, asik di ingatkan oleh mak agar beristighfar tatkala bibir asyik mengeluh..

'panasnya'...

tapi keluhan itu bukan kerana tidak menyukai..tiap kali perkataan itu meluncur keluar dari bibir..tiap kali perasaan syukur ku dapat merasa kepanasan ini menerjah..

acap kali pabila diingatkan mak untuk beristighfar..aku tersenyum..

"patutnya aku sebut alhamdulillah, sebab kepanasan ini yang aku rindu tatkala aku di Perth" kata-kata itu terus tenggelam dalam rasa syukur ku pada Mu ya Allah..


walaupun ada rasa sedikit sesal kerana tidak dapat ke adelaide untuk bertemu dengan teman-teman..aku yakin Allah merencana perjalanan yang lebih cantik untuk ku ketika di tanah air tercinta..walaupun aku hanya punya tiga minggu lebih untuk bersama keluarga, hati cukup tenang dan gembira..alhamdulillah..


pelbagai khabar berita diterima tatkala tarikh pulang ke Perth semakin hampir...

rumah yang di duduki sekarang mahu di jual, lantas perlu nya teman2 serumah ku mencari rumah baru...

dan yang paling latest, pabila sahabat2 ku terkunci di luar rumah!??

allahuakbar..


selama 2hari, mereka lantas menanti kepulangan ku..(walaupun ku yakin, mereka lebih berminat dengan kunci rumah yg ada di dalam kocek beg galas ini..hehe)..

alhamdulillah,kami tiba dengan selamat..

dan teman2 rumah kembali ke rumah dengan wajah yang cukup ceria..

(macam sama2 pula balik dari Malaysia..(^^)..)


Manusia merancang, namun Perancang Maha Agung itu merancang dengan sehebat-hebat perancangan..alhamdulillah...syukur aku pada ketentuanMu..

rumah baru yang bakal diduduki lebih hampir dengan uni dan lebih murah..

alhamdulillah...


uni sudah bermula 2minggu yang lepas..tapi, kerana student cemerlang ini pulang ke tanah air dan dengan sengaja membeli tiket yang lambat seminggu, agak banyak yang aku tertinggal..

yang paling sadisnya, tiap hari,kelas ku bermula jam 8 pagi..

ops!, aku rasa banyak hikmahnya bila dapat kelas pagi ni..sekurang-kurangnya, aku tidak menghabiskan masa terlalu banyak di hadapan computer di rumah..bermalas-malasan...alahai..moga hikmahnya bisa menjadikan sifat malas ini terkikis..amin..


hari ini masuk minggu kedua ku di uni..minggu lepas yang agak kelam kabut kerana diri ini dengan bermacam-macam ragam ingin pula menukar-nukar unit yang telah di tentukan di awal tahun dulu..trimas sebanyak-banyak buat teman-teman serumah ku yang cukup bersabar membantu dan melayan kerenah ana yang satu ini...


trimas kepada kakak yang sanggup mengejar ana tatkala adivisor math menasihati ana supaya tidak mengambil subject math kerana merasakan budak2 commerce ini selalunya kan berdepan dengan masalah besar jika mengambil subjek yang berkaitan dengan math..terimas kerana sanggup menghabiskan masa yang sepatutnya ande ke lecture STAT1520 tapi bertemu dengan advisor math itu dengan meyakinkan sepenuhnya dia bahawa ana lebih baik membuat math dari subjek OB..trimas kepada Hani yang meyakinkan ana bahawa math 1010 tidak lah sesusah mana..trimas jg kerana menjadi classmate yg setia....trimas jg kepada fatimah dan fatin yang sering bertanya ttg khabar unit2 math yang ingin ana tukar..dan alhamdulillah, berkat doa dan usaha kalian, ana dah pun di enrolled dalam math1010..huhu..walaupun berdepan dengan seribu satu mehnah dan tribulasi..


TERIMA KASIH BUAT TEMAN2 AR RAUDHAH..(nama rumah ni, saya sendiri yang beri..kalau kalian tak suka, saya tak kesah, sbb saya suka..=) )


TogeTher We Unite..Ukhuwah Fillah..luv u all Lillah...

Rabu, Julai 22

.: jOM GeGARrr!! :.

setelah lama kita sunyi dar kuliah umum atau kuliah online, akhirnya saya diberitakan oleh seorang teman, kuliah online akan diadakan lagi sekali pada


HARI : JUMAAT

TARIKH : 24 JULY 09

MASA : 6.00PM (Waktu M'sia & Perth)
: 8.00PM (Waktu Melbourne)
: 10.00PM(Waktu New Zealand)

MEDIUM : PALTALK (sila add : intelek_anz)
p/s:kepada sesiapa yg belum ada paltalk boleh download from www.paltalk.com.

TAJUK :
'ISU NYAWA UMAT ISLAM TIADA LAGI NILAIAN, APA TINDAKAN KITA SBG SAUDARA SEISLAM?'

PENCERAMAH : USTAZ HILMI B HARUN
(Calon Phd politik dan sains, UniWestern Australia Perth, Australia)


p/s: Tajuk ini merujuk kepada isu Marwa Al Sherbini dan muslim di china yg dibunuh tanpa sebab munasabah dan tiada pembelaan dr mana2 pihak. untuk mengetahui kisah lebih lanjut mengenai Marwa klik sini dan more info here dan mengenai tragis nya kehidupan saudara kita di China, tekan sini. Kepada shbt2 untuk mempromosi talk yang akan dibuat ini melalui shout di YM, Face book, blog dan jg mana2 medium yang kalian rasa bersesuaian untuk mmberitahu shbt2 lain mengenai kuliah online ini...

AYYUHAL SYABAB!!

AYUH GEGAR KAN DUNIA DAKWAH !

Rabu, Julai 15

"uncle, kain kapan satu!"

Dengan nama mu ya Allah, yang maha pengasih dan penyayang

ketibaan ku yang tak dijangka awal 4jam di KL central membuatkan aku mati kutu di sana..termanggu seorang diri..aku melihat jam tangan, "baru jam 8.." hati mendengus..macamana boleh terlebih-lebih awal ni..takut terlambat sampai, tak sangka pula awalnya, terlalu..allah..

beg pink ku dibuka,
"ha, naseb baik bawa buku" getus hati..
majalah Anis yang ku gapai tatkala ingin melangkah keluar dari rumah, menarik minatku..majalah ini sangat ku kagumi..artikel menarik dan mantap, tak rugi membeli walaupun padaku, harganya agak mahal..

"apa benda, yang pembuatnya tak nak pakai, pembelinya tak nak pakai..tetapi yang memakainya tak sedar dia memakainya?"

teka teki ini buat aku berfikir, yang jelas dan nyata, aku tidak dapat membayangkan jawapannya..nak tahu apa?

itu lah k.e.r.a.n.d.a
aku menelan air liur..benar..kematian itu dekat sekali, kenapalah tak terfikir langsung jawapan untuk teka teki plg mudah ni..allah..nampak jelas benar kelalaian aku..
mudah benar insan lupa pada kematian..sedangkan tiap saat dan detik yang berlalu itu mengurangkan waktu yang kita punya di dunia..
akhirat yg di kejar bagaimana? cukupkah 'tanaman' aku di alam fana ini untuk bersedia 'menuai' nya di 'alam' sana..

termenung..aku terus melihat gelagat insan..melihat manusia yang laju-laju berjalan..berkejar-kejar mengejar dunia yang akan terus berlari menjauhi..masa yang akan terus meninggalkan diri..sedar tak sedar, kita mengejar apa yang akan terus lari dari kita..

sedarkah kita ada yang mendekati? kain putih, keranda, bilik bawah tanah, dan juga batu yang bakal tertulis nama kita di atasnya semuanya pasti ada..paling tidak pakej yang bakal kita peroleh, bilik bawah tanah itu.. tiba saatnya, kita kan berehat untuk beberapa waktu..dan itu kerehatan panjang...waktu rehat dan tenang bagi orang mukmin, waktu sengsara bagi yang tidak pernah bersedia menghadapinya..Allahuakbar..

logika akal manusia, yakin dan teramat yakin yang tiap jiwa akan memasuki keranda tadi..namun berapa banyak hamba-hamba Nya yang memikirkan,

"Aku,adalah insan yang akan menghuninya sekejap lagi.."
aku beristighfar..lalai benar aku dlm mengingati kematian..

kita meyakini dunia ini sementara cuma..dan kita tahu, akhirat itu kekal untuk selamanya..
kata-kata polular dari sinetron PUTERI..

"hidup hanya sekali, jadi, kita ENJOY!!"..
erk..manusia jadi salah faham..dalam kotak fikirannya, hidup di dunia hanya sekali, lalu bersorak, berseronok, dan kejar apa yang disukai sebaik-baiknya..seolah-olah tiada destinasi lain selepas dunia..

sedangkan akhirat itu tempat kita untuk selamanya..
kata orang, menabunglah untuk senang di kemudian hari..
sinonimnya, untuk senang dan kaya di kemudian hari, di akhirat sana, kita juga perlu berdikit-dikit di dunia..

hakikat pahit yang perlu di telan


'KITA PERLU BERSEDIA UNTUK MATI'

persedian untuk mati bukanlah bermakna kita perlu ke kedai dan..

"uncle,kain kapan sehelai ikut saiz badan saya dan batu nisan satu, tulis nama saya cantik-cantik ya uncle!"

ha, kalau macamni la keadaanya, takde sapa berani buka kedai jual kain kapan dan batu nisan, sebab ada pula orang yang nak mati pg kedai tempah sume mende sendiri??
membeli siap-siap keranda dan kain kapan, menempah batu nisan terbaik, tercantik dan terunik untuk diri sendiri , dan mencari tapak pengebumian diri sendiri..
persiapan yang ini, jangan risau..adik beradik atau keluarga akan buatkan bagi pihak kita..

bimbang dan risaulah untuk persedian yg ini, yang terletak pada amalan dan ibadah kita seharian..ikhlaskan hati..moga tiap yang dilakukan, Allah berkati dan redhai..

tatkala aku meneman emak ke pasar malam..emak membeli tempe yang cuma berharga RM0.60..mak menghulurkan note RM1 kpd pakcik tua yang menjual tempe..bibir tua itu tersenyum..tenang dan gembira nya dia, beroleh hasil dengan titik peluh nya sendiri..


"alhamdulillah, ini rezeki untuk aku dan anak-anak hari ini"

mungkin ini bisikan dalam hatinya, lalu sinar dr wajahnya buat aku turut tersenyum..serasa terlihat putih bersih hati dan jiwanya seputih kopiah yang melekat di kepala pakcik tua.
bekerja dengan sejujurnya dan seikhlas hati,buat aku berfikir..mengapa masih ada orang-orang kaya yang suka bermain rasuah..duit berjuta-juta di tangan bisakah membeli sebuah ketenangan yang dimiliki pakcik tua? pakcik itu hanya menjual tempe yang berharga kurang dari RM1, tapi ketenangan yang dia rasakan..bukan hanya dalam dirinya..tempiasnya pada aku juga..hebatnya sebuah keikhlasan..hebatnya sebuah kejujuran..ianya bisa 'membeli' hati jernih,bersih dan menenangkan...allahuakbar..

berdikit-dikitnya pakcik tua itu di dunia..aku yakin berjuta-juta ganjaran bakal dia tuai di akhirat sana..insha Allah..dia sudahpun bersedia untuk menghadapi kematian...aku??
besediakah aku?takut dan bimbang..pabila saat lamaran itu sampai..aku tidak punya kata dua..melainkan untuk menerimanya..namun, apakah aku bersedia?..astaghfirullahal adzim..ampunkan dosa-dosa ku ya Allah..

mengejar berjuta-juta wang di dunia, membeli apa jua yang bisa memuaskan nafsu
atau berdikit-dikit dengan kemewahan dunia, yang menjanjikan ketenangan hati dan kebahagian di akhirat nanti..ayuh, muhasabah kembali diri..
zikrulmaut...tiap yang hidup pastikan mati..lalu, apa persedian kita??

Ahad, Julai 12

.:R.E.S.A.H:.

bismillahirahmanirahim

hati jadi gundah gulana..banyak benar planning berhimpit2..aku mohon tiapnya dipermudahkan..serasa serabut benar hati dan perasaan..
plan yang ini tak confirm, yang itu juga, yang sana pun, yang sini lagi lah..alahai...
aku terduduk, aku hanya bisa merancang..merancang...dan merancang..Allah juga penentu untuk tiap yang akan berlaku..

allahuakbar..mohon diberi ketenangan..yang kene bahang keserabutan dan kegalauan ni adalah abang ku..huhu..kesian je..maaf..maaf sangat..
dah tak tau nak macamana lagi...bertindan-tindan..program atas program..
aulawiyat dikaji semula..yang ini penting, yang itu tak kurang juga..allah..mohon diberi kecukupan masa

plan minggu lalu, berjalan cukup baik..walaupun, ada yang tidak berkesempatan untuk dilunaskan..namun, sahabat-sahabat lain beri jaminan untuk membantu bagi pihakku..walaupun hati kecil cukup rasa terkilan tak punya masa bertemu adik-adik di sekolah ku..aku tetap bersyukur..mengizinkan aku dan sahabat2..bertemu mata dengan mata, hati dengan hati sambil satay ayam dan daging menjadi santapan..banyak perbualan kami...bertemu dgn sahabat dr melaka, yang perjalanannya agak merumitkan..sahabat dari sarawak..yang baru tiba di semenanjung pagi itu,lantas meluangkan waktu petang dan malamnya untuk berkumpul..alhamdulillah..hati berbunga-bunga..ku panjatkan syukur pada Mu ya Allah..alhamdulillah, lega melihat satu persatu wajah sahabat-sahabat..

tak semua yang dirancang, Allah izinkan ianya untuk berlaku..kerana yang pasti, Dia memberi yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Allah..izinkan masa yang tinggal sedikit cuma ini di isi dengan baik..mohon aku merasai keberkatan masa...amin..amin..amin...

Ahad, Julai 5

Hari semalam

dengan keagungan Mu ya Allah, penulisan dimulai

kesungguhan yang terlihat buat semangat aku turut berkobar sama..perbincangan semalam melewati hampir jam 3pagi..mata tak lagi mengantuk..kerana walaupun perbincangan semalam banyak lari dari topiknya, yang penting, ukhuwah antara kami masih terikat utuh..jauh aku di rantauan, tak bermakna aku tidak perlu ambil peduli apa yang berlaku di tanah air..

di tengah-tengah perbincangan, banyak kisah yang di kongsi bersama..yang asalnya tidak ta
hu, di situ aku menagih kisah-kisah baru saudara mara ku..punya ahli keluarga yang ramai jadikan kami punya banyak kisah untuk di kongsi bersama..gembira berkongsi..menyebabkan mata
ini tidak langsung merasa penat walaupun waktu tidur ku sudah terlalu jauh berlalu..

perbincangan mengenai aktiviti dalam jangka masa terdekat oleh Gen Ucop. Agenda Aidilfitri dan AidilAdha..yang pasti, aku tidak ada sewaktu takbir aidilfitri di laungkan..abah yang turut serta lewat perbincangan kami menyelitkan kisah sewaktu dia menyambut aidilfitri di rantauan..abah punya terlalu banyak pengalaman di bumi kenyalang itu..10tahun di sana..asalnya datang seorang dan kembali ke semenanjung,berlima, bersama isteri dan 3orang anak-anaknya termasuk aku..

bukan selalu abah membuka cerita waktu mudanya..menjadi guru bujang di pedalaman sarawak, banyak masa mereka di isi dengan aktiviti sukan bersama-sama dengan orang asli di sana..kesilapan yang berlaku ketika abah menjaringkan gol ke gol sendiri menyebabkan teammate abah yg juga orang asli di sarawak tidak puas hati dengan orang dari semenanjung..cerita semalam buat ketawa kami bersatu tatkala insan lain bertaut mimpi di dalam tidur..terasa bahagia..bersyukur aku punya keluarga ini..tiap yang Allah beri, terselit berjuta hikmah..hikmah perlu diselak dalam takdir kehidupan..cari dan kaji..hikmah itu ada...cuma hendak atau tidak, tiap jiwa itu menghargai hikmah yang ada dibalik jendela kehidupan..

aku menceritakan yang baik-baik, tapi tak bermakna kami selalu berbahagia dan tidak punya badai dlm pelayaran kapal kehidupan..cumanya, melihat dari sudut yang positif, aku kira, Allah beri terlalu banyak perkara yang perlu aku hargai dan bersyukur atas nikmatnya yang maha luas ini..ALHAMDULILLAH..

moga Allah pelihara ukhuwah antara kami...moga Allah pelihara iman dan akhlak kami...ya Allah, hadirkan hidayah buat hati-hati kami..tautkan hati-hati ini dibawah keredhaan dan kasih Mu ya Rahman ya Rahim..amin..

Khamis, Julai 2

saya dan politik??

bismillahirrahmanirrahim

sayyidul ayyam ini menjelma lagi..sejuk dingin pagi ini cukup mendamaikan..sayang aku pada penghulu hari ini, menjelma dari dulu lagi..sejak aku bergelar murid darjah satu..ketika itu, adik beradik kami masih kecil dan masih sedikit..mana tidaknya, ketika aku darjah satu, kami hanya lima beradik..ada sebuah bilik di rumah..mak khaskan untuk para tetamu yang datang ke rumah kami..di situ uga mak hidupkan sebuah mini library..yang cukup aku cinta dan sayang sepenuh jiwa...hari-hari persekolahan, akan sibuk dengan jadual belajar ku..pagi ke sekolah pagi..petang ke sekolah agama..malam akhirnya menjadi suatu waktu yang cukup nikmat bagi kami sekeluarga untuk berkumpul, bermain, bergaduh, menghabiskan kerja rumah dan akhirnya terlena kepenatan...mengumpul kekuatan untuk hari esok yang pastinya padat seperti hari sebelumnya

namun hari jumaat juga yang aku tunggu-tunggu..menariknya hari jumaat, rumah akan sunyi dari abang-abang ku..mereka akan ke masjid bersolat jumaat..selalunya aku yang akan menangis kerana ditinggalkan..tetapi akhirnya, aku punya hobi baru untuk mengelakkan kebosanan menanti abah dan abang-abang setelah ditinggalkan..aku ke bilik tamu..pergi ke library mini..mencari-cari bahan bacaan untuk di baca..berbaring sambil membaca..itu hobi barunya..setelah mata penat membaca, perlahan-lahan aku terlena..

'Na, bangun Na..kejap lagi nak ke sekolah petang'...mak mengejutkan ku..

hari jumaat yang panjang itu menjadikan jiwa ku sebati dengan bilik tamu dan library kecil ciptaan mak..menariknya, sehingga darjah enam, itu yang aku sering amalkan..pernah suatu ketika, setelah habis semua bacaan yang mak belikan untuk bang lil, bang mi dan aku, aku hadam satu persatu..aku memberanikan diri membaca buku-buku yang lebih tebal dan lebih menakutkan..apa tidaknya, hati kecil yang pengecut ini dulu, gerun benar melihat kulit buku mastika yang cukup-cukup menakutkan walaupun teramat mengujakan..mungkin itu naluri anak-anak..walaupun hati ku terlalu kecut melihat kulit muka yang berdarah-darah, aku menguatkan diri juga untuk terus membuka helaian satu demi satu..akibatnya, aku pelajari banyak perkara walaupun di umur sekecil itu..

adakalanya aku fikir, bahan bacaan yg tak terkawal menjadikan cara pemikiran ku agak berlainan dari rakan-rakan yang sebaya dengan ku..terlebih tahu, menjadikan aku terlebih fikir pula..apapun aku rindukan saat itu..sampai satu masa, kebosanan ku membuatkan aku membaca buku-buku milik abah..yang berbau politik..dan kesannya, aku pernah punya cita-cita menjadi ahli parlimen..

pernah? ya..itu maksud sebenar..aku pernah..tapi sejak aku dewasa ini, melihat betapa mencabar nya dunia politik menyebabkan aku gerun melihat negara sendiri..ada insan yang tidak kisah soal politik sekarang..alasannya, andai ada perubahan dengan kerajaan, kita perlu tunggu 8tahun atau lebih untuk kembali memastikan ekonomi negara kembali stabil..ini bicara orang ekonomi

satu lagi pendapat, tak elok untuk anak muda seperti kita, mendekati politik..malah kalau bisa, jangan ada perkataan negara, perdana menteri atau PARTI dalam bicara kita..itu mengundang bahaya...itu namanya mencari bala!..lalu, aku sendiri tercampak di golongan mana? yang memberi penjelasan tentang politik adalah diri aku sendiri..aku meminati politik sejak dari aku belajar membaca buku-buku yang punya unsur politik..hakikatnya , jika aku yang bejiwa anak-anak suatu masa dahulu melihat politik penuh kepincangan dan melihat politik rasulullah adalah jalan keluar terbaik, kenapa pabila aku makin meniti usia dewasa, ada manusia yang meminta aku menutup bicara mengenai perkara-perkara ini..

letih benar melihat keletah manusia...takut pada perubahan..kerana takut diri sendiri menimpa bahaya..bahaya itu tidak kemana pun..kita mahu kesenangan..lalu smpai bila kesenangan yang kita dapati? smpai kapan ketenangan yang di damba? biar cukup makan pakai kita, asalkan kita hidup seadanya..bagaimana hak orang-orang miskin yang tak terbela..bagaimana pula dosa-dosa mereka diatas yang memakan riba? insan yang mahu senang di dunia...takkan senang di akhirat sana..manusia yang banyak bergelak ketawa di dunia, akan menangis tersedu-sedu di akhirat sana..

aku jarang menulis soal politik..kerana aku tahu, aku tidak sedalam mana ilmunya untuk berbicara serius mengenai soal ini...tapi aku cukup hairan pabila terlalu ramai insan yang tidak mengendahkan soal politik hanya untuk kesenangan diri sendiri..yang aku yakin kesenangan itu tidak lama..ianya hanya sementara cuma..bangunlah..jangan lagi bermimpi dalam siang..jangan lagi cuba bermimpi yang indah-indah pabila hakikatnya yang berlaku di sekeliling kita semuanya perlukan satu perubahan yang pahit tapi penuh keberkatan dari Maha Pemberi kebahagian yang ultimate itu..

perubahan ini bukan mudah..ianya pahit..andai kita tak memikirkan kepentingan untuk org-org miskin, dan mengasihani orang-orang kaya yg enak memakan riba, cukuplah untuk kita fikirkan kebaikan nya untuk anak cucu kita..hidup itu satu perjuangan..alang-alang kita berjuang untuk hidup apa salahnya kita berjuang untuk hidup kita di satu alam lagi nanti..andai kita ingin bahagia, kita akan berbahagia buat selamanya jika kita yakin anak keturunan kita hidup dalam kedamaian islam yang sebenar..junjunglah islam...sabda rasulullah, andai ingin selamat dan bahagia dunia akhirat maka gigitlah alquraan dan sunnah dengan geraham mu..andai islam di jadikan cara hidup..kita dan insan yg akan lahir selepas ini pasti dijamin dengan kebahagian hakiki..dunia akhirat insha Allah..

akhir kalam..ISLAM is OUR WAY of LIFE..

Isnin, Jun 29

Usai Semester satu

Dengan nama Mu ya Rahman..aku memulakan penulisan



usai peperiksaan semestar satu pd 9June, sepatutnya aku punya banyak masa untuk menulis.

terlalu banyak perkara yang ingin ditulis,sehinggakan aku hanya berupaya mencatit tiap bait kata-kata itu jauh dalam sudut hati. sesekali mungkin, aku luahkan apa yang terbuku bersama sahabat. alhamdulillah, syukur ku panjatkan. Allah beri kan aku hadiah yang tidak ternilai.. sahabat..syukran sahabat, moga Allah ganjari tiap jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran.



minggu pertama dan kedua cuti ku di habiskan mentadabbur alam.. mengkaji kekuasaan dan keagungan tuhan..Allah..ke Kings Park, Swan Valley, Hillarys dan banyak lagi..buat aku teruja biarpun dengan hanya sekuntum bunga..hebatnya tiap kejadian yg Allah ciptakan..merenung dalam-dalam..tidak Allah jadikan tiap sesuatu itu dengan sia-sia..tiap kejadian pasti ada peranan yang di bawa. lalu, hargai diri..bersyukur atas setiap nikmat yang Allah datangkan..alhamdulillah



Rancangan kembara ku ke Melbourne dan Adelaide terpaksa di batalkan. Planning untuk bertemu Kak fillah dan babynya yang pasti comel..cita-cita untuk bertemu dengan Amalina bercerita dan berceloteh sampai pagi. mengambil gambar scenery dengan meminjam Dslr yang baru dibeli oleh Farah..bertemu dengan Didah yang cute dan penuh keletah..misi yang aku dan kak dati rancang di adelaide..aktiviti2 di adelaide yang dirancang oleh teman2 sekelas ku di taylors..semuanya hanya tinggal impian..swine flu yang Allah datangkan buat pengajaran untuk tiap insan yang punya akal, adalah punca utama ayahanda berat memberi keizinan untuk aku ke sana..aku akur..jauh sudut hati ku juga bimbang..pada demam itu..dan juga pada cuaca..yang nyata, aku tak betah dengan sejuk yang terlalu ini..allah..

terselit beribu hikmah di balik perancangan yg direncana oleh yang Maha Mengetahui tiap sesuatu itu. Moga masa yang aku punya untuk cuti kali ini aku manage sebaiknya. mohon Allah beri kekuatan..
ya Allah, permudahkan..amin..

Jumaat, Jun 12

Masih Terkesan - Dalam Jiwa Hamba-

dengan namaMu ya Allah..ku mulakan penulisan..moga apa yang dicoretkan, sentiasa di bawah bimbingan Mu..

khabar yang datang..satu persatu di mesej ym..awalnya, aku sekadar membaca sekilas..innalillahi wainna ilaihi rajiun..
kalimah itu lancar ditutur..mesej itu lalu dipadam..

tidak lama kemudian, datang lagi mesej dari ym..isi nya tetap sama..kalimah tadi, meluncur lagi dari lidah ku..melayari facebook..melihat sekilas note dan juga blog di wall seorang teman. hati kuat untuk membuka. Lantas penulisan itu di baca. Tergamam. Insan yang pergi ini bukan insan biasa.

Semasa hayatnya dia, aku tidak pernah mengenali si arwah. tp membaca bait kata-kata di dalam diari mayanya itu, membuat aku cukup kagum..


Jiwanya mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak
akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat.


itu prinsip semasa hidupnya aku kira..prinsip yang membuat aku cukup-cukup terkesan. Sebak dalam dada pasti sakit sekali. namun hati ku yakin sekali, dia bahagia di sana. apa tidaknya, andai tiap amal dan kata yang dia cernakan, di analisa agar tetap menjadi hambaNya..lalu itu yang dilakar sebagai heading blog, Mencari erti hina, hina sebagai hamba, hamba di sisi Rabbi..

Hadith :

Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu
ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang
dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya
Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia
telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang
meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.”(al-Bukhari)

:: "put aside ur pride, set down ur arrogance, and remember ur grave" -Ali ibn Abu Talib r.a ::


termenung kaku. kematian yang datang tidak pernah kenal usia. tidak mengenal tempat dan waktu. mengapa sukar untuk hati ini menerima. itu hakikatnya kematian. aku tunduk merenung kembali dalam diri.. cukup sudahkah aku bergelar hamba? cukupkah aku mengakui aku hanya seorang hamba? cukupkah aku mengabdikan diri demi agama Dia pd Tuan ku dan juga Tuhan ku sebagai seorang hamba? titik kesyukuran yang puas ku cari titik hentinya..namun tak ketemu.. terlalu hebat rahmat dan mahabbah Mu ya Allah pd kami yang cukup2 hina.

Cukup ya Allah andai redha Mu yang menuntun ku di sepanjang perjalanan dan sisa baki hidup yang masih ada. Jadikan aku, hamba yang bersyukur atas tiap nikmat yang Kau berikan. Agar aku menghargai tiap saat dan ketika yang aku punyai. Aku sedar, kematian itu di tangan Mu. Cuma, aku jua akur, nisyan atau manusia itu sifatnya pelupa dan alpa.Satu pohonan ku ya Allah, andai tiba saat kematian ku. Matikan aku dalam redha dan kasih sayang Mu. mati kan aku dalam pohonan taubat aku pada Mu. terlalu banyak yang melekakan..terlalu banyak yang membawa aku hanyut dari mengingati MATI yang pastikan datang di pintu kehidupan.

aku hayati prinsip ini. MELIHAT DUNIA DARI JENDELA AKHIRAT. namun, serasa ianya bukan sesuatu yang mudah. berjalan di City, langkah kaki terus laju seiring akal yang ligat berputar. bagaimana sahabat ini bisa berpegang dgn prinsip yang bukan mudah untuk di adaptasi dalam kehidupan nyata.

tiap penulisan si arwah, di belek dan diambil inputnya.. jelas, tiap kata-katanya tak pernah lari dari kembali kepada fitrah manusia..kembali kepada insan yang punya jiwa hamba..yang bernafas dengan nafas seorang hamba..mencari dan berpegang kembali pada kalimah yang Maha Kuasa di atas sana. Jendela akhirat itu jendela 'dunia kedua' yang bakal kita tempuh sebaik sahaja habis tempoh hidup kita di dunia sini. andai manusia terlalu mencari redha dan kasihnya manusia, lalu dia temui kepuasannya di dunia. Andai dia bijak menilai dan membezakan, melalui pandangan di jendela dunia satu lagi itu..samaada tiap yang dilakukan ini bisa memberi sesuatu untuk bekalannya di sana..sudah pasti redha Rabbul Izzati itu yang digilai dan didamba. dan sudah pasti di saat kematiannya, dia tersenyum..kerana tiap yang dilakukan awal2nya sudah di 'guide' untuk memperoleh Cinta dan Redha Yang Maha Halus.

perginya dia, tapi bukan semangat juangnya, ayuh teman-teman, kita hirup nafas perjuangan yang saudara Ammar tinggal kan buat kita yang masih di dunia fana..jejak kita pasti bakal menyusul saudara Ammar. Cuma masa penentu segala. sedikit ingatan dari penulisan beliau yang baik dan cantik untuk di kongsi bersama..



Harus diingati, yg dipersoalkan Allah nanti adalah sejauh mana kita
mempersembahkan diri kita sebagai hamba Allah. Kerjaya doktor itu hanya alat
kita mencapai tahap perhambaan yang dimuliakan Allah



sama-sama bermuhasabah..
andai saudara Ammar pergi tatkala dia sudahpun
mempersiapkan diri untuk menyembah diri sebagai hamba kepada Rabbul
Jalil,bagaimana kita pula?..

andai dia pergi di saat dia sedar yang sijil
yang sedang dia cuba gapai itu hanya sekadar alat demi mencapai redha
Allah..lantas kerja dakwahnya tak pernah di tinggalkan lantaran kesibukkan kehidupan sebagai seorang yang bergelar 'student medic'..apakah kita punya nilaian yang sama? renungkan


AlFatihah buat allahyarham Ammar Zulkfili, moga selalu
berada di bawah lembayung kasih Ar Rahman Ar Rahim. Moga Jannah Nya yang selalu didambakan itu jadi milik mu..amin..

Khamis, Jun 11

perginya seorang PEJUANG..

TAKEN from : http://antaradua.wordpress.com/2009/06/11/innalillahiwainnailaihiraji3uun/

Status x : ‘Mereka dah tiba di hospital, Cuma aman, ammar,akram belum sedar
diri lagi’Ini khabar terbaru tentang mereka sehingga post ini ditulis.

Entah mengapa, hari ini bukanlah hari yang djangkakan akan terjadi.
Saya(juga sahabat lain) mengharapkan inilah hari yang paling manis dan gembira
sekali sepanjang berada di ‘neraka’ tahun 3 ini. Hari ini merupakan hari
terakhir peperiksaan written kami. Sekarang cuma tinggal oral sahaja lagi.
Memang sepatutnya seronok.

Namun apa yang Allah rancangkan melebihi segala-galanya. Beberapa orang
sahabat telah ditimpa kemalangan dan ada yang masih tidak sedarkan diri.Saya
terus istighfar apabila mendengar berita ini. Kenapa?Cuba fikirkan kembali,
selepas sahaja peperiksaan sehingga sampainya berita ini di telinga
masing-masing apa yang kita lakukan? Saya 99% yakin sangat yang semua warga gen6
ketika itu sedang bersukaria menyambut habisnya peperiksaan written bukan?Ada
yang terus menyerbu terus ke tempat-tepat makan, ada yang pergi melencong ke
tempat lain tidak kurang juga yang membelek laptop masing-masing melayan movie
dan melayari alam maya. Ketika itu, di manakah ingatan kita pada yang Esa?

Inilah yang saya kesalkan. Sebab saya pun terlagha tadi.
Astaghfirullah.Tup-tup Allah terus khabarkan saya berita yang mengejutkan ini.
Terus dapat pengajaran dan teguran daripada Allah. Sebelum itu saya baru je
terbaca pasal kisah di Thailand. Allah terus ingatkan saya tentang kematian. Ya
kematian. Allah tahu saya terlupa yang kematian itu boleh datang bila-bila masa
sahaja.Hati ini berdoa semoga semuanya selamat. Semoga tiada apa-apa yang buruk
terjadi.Ini bukanlah soal mereka sahaja. Ini soal kita.Sedarlah Allah bagi kita
satu pengajaran besar hari ini.

Pengajaran yang tak ada sesiapa pun boleh mengajar kita. Suatu pengajaran
simple,yang semua orang tahu tetapi hanya sedikit sahaja yang sedar
hakikatnya-yakni mati.Pengajaran yang menyentuh hati. Yang membangkitkan iman.
Yang bisa memberi kesan mendalam.Apa yang pasti ia bukanlah pengajaran buat
mereka yang terlibat sahaja. Ia lebih ditujukan buat kita yang sihat
ini.Mengapakah perlunya ada pengajaran yang memeritkan ini? Hanya satu sahaja
sebabnya. Allah mahu menegur hamba-hambaNya yang dah jauh. Hamba yang lupa akan
dosa pahala. Hamba yang leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Lupa akan hakikat
penciptaan. Lupa setiap dari mereka PASTI AKAN KEMBALI, akan meninggalkan dunia
selama-lamanya.Saya sebagai sahabat sebatch lebih-lebih lagi terasa.

Saya terfikir mungkinkah apa yang terjadi ini sebab dosa-dosa ahli batch
ini? Dosa yang menyebabkan Allah memilih wakil gen6(termasuk ammar sebagai ketua
batch) untuk memberi teguran kepada yang lain? Hati saya berat mengatakan inilah
sebabnya. Saya tak tahu dosa orang lain. Setiap orang mungkin ada sumbangannya.
Termasuklah diri yang lemah ini.

Ampunkan kami Ya Allah!!!!!!Lidah ini kelu untuk berkata-kata. Cuma
bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bertaubat. Diberi peluang untuk
memikirkan dan membetulkan kesalahan diri.Saya membayangkan saat ini, malam ini,
dada semua warga gen6 penuh dengan keimanan, kekesalan dan taubat kepada Allah.
Sungguh berbeza dengan keadaan petang tadi. Mungkin inilah kesan yang Allah mahu
tinggalkan pada hati ini. Alhamdulillah.Terima kasih sahabat atas pengorbanan
kalian untuk menyedarkan kami. Ianya pengorbanan yang sukar. Yang tak mampu pun
kami balas. Yang sungguh perit untuk kami telan.

Semoga jasa kalian Allah sahaja yang membalasnya.Buat mereka yang tidak
terlibat khasnya warga gen6, marilah kita sama-sama manfaatkan pengajaran yang
pahit ini. Berubahlah. Jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku di sekeliling
kita. Jom kita tinggalkan maksiat, tinggalkan excessive movies, excessive
chatting, excessive berkhayal, excessive lagha dan sebagainya. Lagi baik terus
jadikan ini sebagai turning point of our lives.Jika hati kepingin sangat untuk
buat maksiat, tanya balik pada diri, apakah selepas ini masih ada peluang kedua
untuk kita? Atau kita mahu orang lain pula dikorbankan untuk menegur
kita?Nauzubillahiminzalik.

Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya kamilah yang menzalimi diri
kami. Ya Allah, jika hidup adalah yang terbaik bagi mereka dan bagi kami,
selamatkanlah nyawa mereka. Tetapi jika kematianlah yang Kau pilih untuk mereka,
rahmatilah roh-roh mereka dan tabahkanlah hati kami. semoga amalan kebaikan
mereka menjadi qudwah untuk kami teruskan kehidupan ini..

Ya Allah kurniakanlah kami keimanan yang mendalam melalui pengajaranMU
ini.Ameeen.*

tiada apa yang saya harapakan dari post ini melainkan saranan supaya kita
bertaubat atas kemaksiatan diri dan orang lain. Marilah mulakan kehidupan baru
yang lebih bersih dari sirna-sirna dosa. Marilah menjadi lebih bersedia untuk
menghadapi hari kemudian.sedikit penjelasan : pemergian mereka ke ain sukhnah
bukanlah saje2 untuk bersukaria tetapi nak survey tempat untuk program
merapatkan ukhuwwah antara ikhwah. jangan salah faham ye..
Fotopages arwah :
http://kalampuncak.fotopages.com/?&page=1
Blog arwah : http://kalam-puncak.blogspot.com/

P/s : Al Fatihah! Saya tidak pernah berjumpa arwah. Baru hari ini saya
mengenali beliau. Saudari Ayu yang baru juga saya kenal memberitahu. Saudara
Izyan a.k.a Pok Yan mengesahkan berita ini dari Mesir. Yahya seusai peperiksaan
tadi menanyakan perihal arwah yang khabarnya mungkin bekas jirannya suatu ketika
dulu. Entah mengapa saya tersentuh. Testimoni rakan-rakannya menginsafkan diri
betapa kerdilnya diri kita semua ini.

Moga Allah swt merahmati arwah dan kita semua, insyaAllah!Allahumma firlahu
warhamhu wa afihi wa'fuanhu!Terkesan dengan tag blog arwah :Jiwa mereka yang
hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari
jendela akhirat. =) Sejahteralah mu wahai as-syahid! Kamu meninggal ketika
melaksanakan tugas dakwah, mencari tempat menyemai ukhwah bernama sebuah
REHLAH!

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:"Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu
Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita
semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi
ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah.
maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau
makcik."


keseluruhan entry ini ku ambil dari teman ku..datangnya dari penulisan
seorang sahabat..tatkala aku jenuh memikirkan, apa yang perlu diisi pd masa
lapang yang ada..seusai sahaja aku menghabiskan paper last ari rabu yang
lalu..khabar ini menjengah tiba..ALLAHUAKBAR..janji Allah itu pasti..kematian
itu benar..jangan lagi kita sibuk mencari kepuasan dunia n hati manusia..aku
menilai kembali diri..apa yang aku ada untuk di bawa menghadap ilahi, andai esok
ditakdirkan waktu ajal ku kan menjelang tiba??..

moga Ammar beroleh syurgaMu..dia hamba yang soleh insha Allah..redha nya si ibu juga benar2 buat aku kagum..ayuh shbt2..kita bina kembali jati diri..usah lagi terleka dan alpa..kematian itu
dekat..selak kembali diari diri..apa yang ada untuk mmbuatkan kita layak ke
syurgaNya andai saat ini, saat terakhir kita diberi peluang terakhir untuk
mengirup udaraNya?..kurangkan lah bersukaria..yakinlah, kematian itu sntiasa
mendekati...KEMATIAN itu dekat sekali...
Alfatihah buat arwah..

Rabu, Mei 20

Ya Allah,secebis kekuatan dipohon..

dengan nama mu ya Allah..ya Rahman ya Rahim..

akal ku ligat berfikir..apa yang berlaku sbnrnya..langkah diatur laju..melihat sahaja wajah ummi,nama panggilannya. langkah ku jadi terhenti...tangan ku menyentuh tangannya..wajah itu cuba tersenyum walau aku yakin sekali kesakitan yg dirasa bukan calang2..aku gengam tangannya..pabila tangan kami berpaut, serasa dia berkata sesuatu pada ku..dari hatinya, kata2 itu laju menusuk kalbu ku..airmata lantas laju mengalir..aku tak berdaya..

ahh...marah sungguh aku dengan airmata ini..bukankah kau sudah keluar sejak tadi??..
mengapa pula di saat ini, di hadapan insan mulus ini, kau menjengah lagi!!bukan kah ia akan lagi menyakitkan insan yang kau sayangi ini??..Allah..aku tak mampu...airmata ini berderai lagi..kerana aku membaca apa yang ingin dikatakan biarpun mulut nya terkunci rapi..gengaman tangan kami makin erat..aku yakin dia memohon kekuatan yang ada..agar menguatkan dia..Allah..beri kekuatan pd dia..

apa lagi aku terdaya? apalagi mampu ku? hanya memohon pada mu..Kau sebaik-baik perancang..Allah Akbar..insan ini yang tidak pernah sebaris keluhan pun, yang aku dengari, tatkala dia berhabis-habisan mmbantu kami..senyuman dia senantiasa meniti di bibir biarpun keletihan menyelubungi diri..dia insan tabah dan cekal..moga KAU terus beri ketabahan buat dia dan keluarga...

Allah..Kau pemilik segalanya..kami akur..namun secebis kekuatan dipohon..agar kami kuat lagi..agar kami terus istiqamah di atas jalan ini..

tadi, aku ke kamar dia..melihat jua album..aku cuma melihat sekilas..kerana aku bimbang airmata ini tak bisa menampung air yang ada jika aku benar2 menghayati gambar2 itu..serantai doa ku panjatkan..moga insan kecil itu menanti di 'sana'..

hati ibu, siapakah yang bisa benar2 memahami?..melainkan Dia..YA RAHIM...aku yakin Kau sentiasa di hati dia..kerana mulut itu sering basah dengan nama2 agung Mu ya Allah..dan aku juga teramat yakin Kau tidak pernah sekelip pun terlepas pandang akan dirinya..Insha ALLAH,Kau punya ganti yang lebih molek dan lebih indah..untuk dia yang cukup2 meredhai ketentuan Mu..

Kau uji satu2 jiwa, kerana itu tanda Kau hampir dengannya..Kau datangkan satu ujian..agar darjat hamba yang Kau kasih ini, jadi tinggi lagi...agar Dia makin hampir dengan Mu..agar kebergantungan jiwanya hanya pada Mu..agar redha dan kasih Mu jadi hakmilik nya dia..



'Allah tidakkan membebani seseorang itu melainkan atas apa yang termampu olehnya'

doa takkan pernah putus buat kalian sekeluarga..moga kekuatan,ketabahan dan kecekalan jadi milik kalian..




la takhaf wala tahzan innallah a'ma ana..


Dia lebih dekat dari pembuluh darah yang mengalir..




Hai jiwa yang tenang. kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaku, masuklah kedalam syurga Ku
Al Farj 27-30

Jumaat, Mei 15

lapangan SILATURRAHIM...tak punya batasan..

dengan namamu ya Allah..alhamdulillah..

syukur yg tak kan pernah mencukupi untuk disamaratakan nilainya dengan tiap kasih Mu aku titipkan..alhamdulillah..

sedari kecil, hidup aku dikelilingi 'orang ramai'..maksudnya..ahli keluarga yang ramai, 11orang setakat ini, keluarga besar ku, bersama sepupu, melebih seratus..alhamdulillah..aku di biasakan dalam keramaian..mungkin itu juga salah satu punca, aku jadi sunyi bila berseorangan..dan juga bosan mungkin...

mak dan abah, punca utama..kami di biasakan untuk berukhuwah dengan insan-insan lain..mak punya keluarga angkat di Jelebu,negeri sembilan..kawasan paling kering di Malaysia..mak di 'angkat' oleh sorang kakak senior pabila kedatangan nya ke semenanjung Malaysia dari Sarawak di usia yg sangat2 muda, menarik perhatian senior ini tadi, mungkin..

mak akan pulang ke Sarawak cuma untuk setahun sekali..krn itu shj tiket yg diberi oleh 'tajaan' nya..lalu, hari2 cuti yg berlalu di habiskan di Jelebu..suka benar mak dengan tmpt dia bermain dan bermandi air perigi tu, walaupun perjalanan ke sana cukup meletihkan dan sgt jauh..

setelah berkahwin, ukhuwah mereka ttp erat..aku tertanya2 resepinya..bukan sekadar erat dengan keluarga angkat yg di jelebu..anehnya, semakin aku meningkat dewasa, hubungan mak dengan keluarga sebenarnya yang terpisah sejak kecil juga makin erat...keluarga cina lagi..yang berlainan bangsa dan agama..tapi mereka makin erat..subhanallah..

jawapan yang diberi oleh mak cukup membuat kan aku kagum..tips nya itu ada pada abah..kerana abah terlalu suka untuk menjalinkan ukhuwah..biar dengan sesiapa pun..lalu, abah pendokong utama agar mak terus berukhuwah dengan keluarga angkatnya dan juga keluarga asalnya..

aku yakin itu jawapan paling tepat..apa tidaknya..Wendy, sepupu chinese ku..meskipun hanya beberapa kali bertemu..dia sangat senang dengan abah..sebelum dia menyambung pelajaran ke UK, kami aturkan lagi satu pertemuan..di Sunway pyramid..terlihat shj kelibat abah, sepupu ku ini sudah tergelak2 kecil..teringat semua idea2 kelakar abah mungkin..aku juga jd geli hati..abah masih di kejauhan..tapi wendy sudah ketawa sendiri..aku tanya..apa yang di ketawakan?
jawapannya, abah..aku tidah tahu apa rahsia yang di guna pakai..tapi,orang senang benar dengan abah..

mak juga tak terkecuali..hebatnya mak, cuba mengingati keluarga abah yang cukup2 besar..tiap kali hari raya..soalan yang sama akan muncul berkali2..
'siapa tu mak?'
yang tu, siapa pula?
yang sana tu?
ni mak...yang pakai tudung colour kuning ni spe?
n blablabla..(soalan demi soalan..bukan dari aku shj..dari adik bradik yg lain juga)

lidah mak dan abah tak pernah kering untuk memberi jawapan..walaupun aku yakin sekali, soalan yang sama aku tujukan...terkadang aku lihat, jenuh mak cuba mengingat..di mana pula kaitan keluarganya...anak kepada mak sepupu kepada isteri kedua n etc n etc...xpelah mak..insha Allah ana cuba lakar besar2 plan keluarga besar kita ni..senang ingat..nak tau je..kita tgk plan..haha..kadang2..bila tak terjawab..mak mencuit abah, mohon jawapan...

alhamdulillah..kami d ajar utk terus berukhuwah..
di sini, aku punya pengalaman sndiri..dalam mencipta ukhuwah dengan seorang gurl local..cukup sekadar menghulurkan sebiji gula2 mentos...benteng yang gurl ini bina antara aku dan dia,akhirnya pecah begitu sahaja..subhanallah..benar kan? "erti hidup pada memberi.".walaupun sekadar senyuman dan sebiji gula2..akhirnya,dia yang kerap memulakan bicara pabila bertemu dengan ku..

dan aku yakin, ukhuwah bukan shj tercipta bilamana adanya hubungan dan ikatan tertentu..
mak dan abah tidak pernah mengajar kami adik bradik istilah berukhuwah dgn tertakluk pada apa2 ikatan..
aku yakin, ukhuwah itu ada dalam hati..pabila doa sering di lantun untuk kebaikan bersama..dirapatkan ukhuwah antara aku dan shbt2..aku yakin tautan hati itu benar2 dirasai..ukhuwah fillah abadan abada..insha Allah..agar kasih kita tercipta hanya kerana Dia

antara tujuh golongan yang di jamin Allah ketika mana tidak ada satu pun jaminan perlindungan di padang mahsyar..antaranya adalah insan yang berkasih sayang kerana Allah..bertemu dan berpisah juga hanya kerana DIA

tak lupa untuk guru2..doa ku sntiasa ada untuk kalian..SELAMAT HARI GURU..moga Allah balas jasa kalian..moga Allah ikat ukhuwah antara kita..ami ya rabbal alamin..

Jumaat, Mei 8

KENANGAN CUMA...

dengan namaMu ya Allah..

alhamdulillah...selesai kerja2 mingguanku..basuh baju,lipat kain,seterika baju..lega~
mengemas katil yang berselerak dengan kertas-kertas nota minggu ini..
walaupun masih ada assignment yang masih di dalam prosesnya..tangan ini tetap 'gatal' untuk menaip dan menulis..
dari tadi minda dan hati ini berkata-kata...bukan dari tadi..dari semalam sebenarnya..dan juga penyebab aku menyertai kuiz pertama d FB.."apakah kelas kamu di SMAPK?"..haha..soalan cukup menarik..tapi jawapannya cukup silap...aku tetap mahu bergelar KEJORIAN..

ada sebabnya..bukan sengaja-sengaja aku merindui sekolah itu..sekolah itu yang banyak memberi tarbiah buat diri..ia juga yang membuat aku cukup2 STRESS dengan pelajaran..haha..kadang2 airmata berguguran kerana serasa terlalu letih untuk belajar dan berdepan dengan masalah2 yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab..namun,aku kuat untuk terus berjuang..kerana ada 'support' yang cukup kuat untuk aku terus kuat melawan arus akedemik dan arus pentarbiahan insan di sana..

rindunya dengan pagi sabtu..pabila suara2 imam besar Mekah berkumandang ke udara..rindu pada kuliah subuh dari sahabat2 dan ustaz2...walaupun kerap kali aku hadir kuliah dengan anggukan yang mengalah kan orang yang memahami tajuk kuliah..rindu aku pada nasihat2 guru dan ustazah di sana...walaupun kadangkala nasihat mereka cukup melucukan..kerana selalu shj berkaitan soal hati dan cinta..(teringat lagu CUDIPT)

rindu aku pada surau cikgu yang selalu aku curi-curi masuk untuk menyahut seruan ustazah Saadiah supaya mengamalkan solat Dhuha...antara kelebihan solat ini,kata ustazah,rezeki kita kan murah insha Allah..bukan shj rezeki dari segi keewangan..tapi juga ilmu dan nikmat2 lain dalam kehidupan..untuk pulang ke asrama..aku rasa cukup2 tidak efficient..jadi, aku lalu mengimarahkan surau itu..kerana selalunya surau itu lenggang pd waktu rehat..tapi kdg2 terkantoi juga..sebab ada juga cikgu yg amalkan solat dhuha..dan kami jadi rapat walaupun cikgu itu tidak mengajar aku..

rindu aku pada atuk..atuk yang juga merupakan pak guard di smapk...tiap kali terlihat, huluran salam dan senyuman jadi pengikat ukhwah..dia juga yang sering meneman malam2 yang ku sering terlambat untuk pulang ke asrama kerana sibuk mengulangkaji pelajaran...dia juga banyak berkongsi pengalaman hidupnya yang membuat aku cukup2 kagum pada tubuh tua yang tetap kuat meneruskan sisa hidup..

rindu aku pada bacaan al mathurat yang di baca secara berjemaah..terasa ada kesatuan antara hati2 kita..rindu aku pada bacaan al mulk sebelum tidur..yang membuatkan tidur malam ku tenang dan damai...rindu aku pada usrah mingguan..usrah yang banyak mengembalikan semangat untuk aku menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan juga sebagai seorang pelajar dengan seimbang mungkin..rindu aku pada walid dan ummi..rindu pada tempe goreng yang ummi masakkan khas untuk aku sbb dia tau aku suka sgt dengan tempe...(sbb baru belajar makan bila di rumah ummi..dan ia sgt2 sedap)..rindu juga dengan ikan keli masak sambal yang juga diperkenalkan kepada ku oleh keluarga walid..

ah..benar rindu itu mencengkam jiwa...rindu pada smapk..kerana ku rasakan..tatkala itu..aku terlalu bebas..bebas dari masalah2...walaupun aku duduk di asrama penuh yang kata orang, terlalu padat jadualnya...aku benar2 rindukan suasana itu..rindu bersama teman2....rindu dengan gurau senda yang takkan ku temui lagi di sini..rindu dengan usik manja guru-guru..walaupun usikan-usikan itu awalnya aku tidak bisa langsung menerima..namun,pabila aku sedar,usikan itu membuatkan ramai orang tersenyum dan ketawa..aku lantas membiarkan..kerana aku gembira..melihat orang lain tersenyum...

jika aku mampu untuk lakarkan tiap detik dan saatnya selama aku 5tahun di bumi itu...aku kan lakukan nya..tapi buat masa ni...aku kene siapkan assignment dulu..huhu...

penulisan ni tiada kaitan dengan apa2 isu semasa...nak cakap tentang isu semasa..jadi geram jer...jadi..nasihat tentang isu2 semasa di Malaysia sekarang..kita hadiahkan doa qunut nazilah untuk Malaysia..moga yang HAQ itu kan tertegak.dan moga yang BATIL itu akan tenggelam...Allah sentiasa bersama2 hamba2NYA..insha Allah..ya Allah lindungi lah pejuang2 agamaMU..amin...ku doakan kalian semua punya kesabaran dan kekuatan terus menerus dalam perjuangan yang pastinya bukan mudah..tapi di akhirnya, Allah telah janjikan SYURGA untuk para mujahid agama Nya...insha Allah..amin..

Selasa, Mei 5

..SYUKUR..

bismillahirrahmanirahim..



sampai satu ketika..terngiang2 di telinga..kisah sirah nabawiyah yg pernah diceritakan oleh ustaz..



"ya rasul, bukankah kamu telah dijanjikan syurga oleh Kekasih Agung Mu, lalu mengapa bersusah payah untuk kamu bangun malam sehingga bengkak2 kaki mu"
persoalan di benak Aisyah Al Humaira muncul..



"salahkah aku untuk menjadi insan yang bersyukur?"
jawapan yang cukup2 ku kagumi dari jiwa besar junjungan Mulia, rasulullah SAW..



Allah Akbar...baginda yang di JANJI kan SYURGA..masih tidak kenal jemu untuk mempersembahkan sesuatu sebagai hadiah kepada KEKASIH AGUNG nya itu...Allah..lalu siapa aku untuk tidak mengucap syukur pada Mu..



terlalu kecil rasanya diri ini...hari ini..airmata menitis lagi...bukan lagi krn rindu..tapi kerana ku lempiaskan rasa syukur ku yg sekecil cuma..Allah Akbar...nikmat di sisiMu xpernah kurang walau serasanya ku sudah merasai selautan nikmat dr Mu..tak mengetahui apa bayaran terbaik untk tiap nikmat Mu, Allah..lalu aku memohon lagi, jadikan aku hamba yang bersyukur ya Allah...agar aku tidak lalai dan alpa dlm limpahan nikmat yg Kau hadiahkan buat ku...aku xpernah di janjikan syurga..namun Kau sentiasa memberi yang terbaik buat diri..Allah..golongkan aku dalam golongan insan yang bersyukur..
Alhamdulillah...

Ahad, Mei 3

HUSNUZZON

dengan namaMu ya Allah..ku panjatkan segala puji bagi Mu...rendahnya aku di hadapan Mu..namun, dalam kerendahan diri, Kau titipkan ujian buat insan kerdil..agar ini menjadi tarbiah buat diri..sepenuh kesyukuran ku letakkan ke hadrat Mu Allah..saat jatuhku, Kau tidak pernah meninggalkan ku keseorangan menghadapi nya..sejenak aku berfikir, insan lain punya ujian lebih dari aku..kenapa aku yg sering merungut biar kau beri aku lebih dari apa yang insan lain punya..Allah Akbar..bertakbir aku memuji kebesar Mu ilahi...ampunkan aku..atas ketidaksabaran..atas tiap rungutan...ampunkan aku Allah..serasanya agak lama aku mencari kembali kekuatan diri..aku insan penuh khilaf..xpernah lari dari dosa dan kesalahan..aku pohon cuma yang terbaik..mudahan..

sedikit perkongsian buat teman2..kehadiran ku ke 'NGOBROL AGAMA' bersama Ust Muslim Mubarak, insan yang cukup-cukup hebat ilmunya membuat aku merenung kembali diri..tajuk yang kami 'ngobrol' bersama adalah 'Umat Islam Masa Kini'..sekilas di ingatkan kami semua, megenai satu hadis..dimana umat islam akhir zaman itu terlalu ramai..ibaratnya "buih yang berada di lautan pantai"...namun, buih itu tidak punya apa2 fungsi melainkan hanya berbuih cantik namun pecah akhirnya tatkala dipukul air..apakah kita umat yg dikatakan dlm hadis itu??dan ianya tidak bisa dinafikan lagi..kerana umat islam masa kini..adalah antara umat yang teramai didunia..namun pengkhianatan dan kekejaman yang dilakukan kepada saudara-saudara kita di Iraq,Palestin Afghanistan dan lain-lain..nampaknya tidak langsung bisa membuka mata insan-insan yg punya jawatan dan kuasa yang juga bertitle agamakan ISLAM untuk membantu saudara-saudara kita yg dihina dan di zalimi itu..

Allah Akbar..lalu persoalan timbul..mengapa kita tidak sehebat umat islam zaman dulu?
Jawapan nya cukup mudah..kerana kemerosotan iman yang akhirnya membawa kepada 20 penyakit yg melekat dan seolahnya sakit itu makin kronik hari makin hari..namun,kerana kita tidak didedahkan dengan persoalan ini..lalu sakitnya itu tidak kelihatan tapi makin menebal dalam diri..

Antara 20 penyakit yang paling ku kira cukup membuatku terkesan adalah kita ini terlalu sering bersangka buruk (SU'UZON) pada insan lain..nauzubillah..

bersyukur aku tatkala Allah pertemukan aku dengan seorang teman..teman ini cukup2 lain sekali d fikiran ku..tatkala aku sering mengadu masalah..tiap masalah itu dipandang dengan cukup positif oleh dirinya..terkadang aku berfikir..

"eh,ni betul2 masalah ni..kalau dia nak fikir baik juga..macamana..adui.."

geram kadang2 timbul..pabila masalah yang ku suarakan itu..ku harap disusuli dengan penyelesaian dan kefahaman dari dia..bukannya di tukar dari masalah kepada perkara lain..tapi..

Akhirnya...aku sedar..positif dia itu..tak lain tak bukan..adalah husnuzzon..dan juga diselitkan dengan kesabaran..bukan dia tidak meng'iktiraf' masalah yang ku timbulkan..tapi rupanya dia berfikir penyelesaiannya..dan demi untuk menenangkan hati aku tadi, lalu jawapan yang diberi adalah agar aku dapat mencari titik ketenangan..dan dengan ketenangan tadi..aku bisa beroleh kesabaran..lantas akhirnya..insha Allah bisa mencari pintu keluar bagi tiap masalah yang ku hadapi..aku sedar..bila aku dekat dengan dia..aku tidak lagi sering membangkitkan masalah..kerana aku tahu, jawapan yang akan diberi.."mari kita tengok dari sudut yang positif"..kerana aku yakin itu jawapannya..lalu aku diamkan diri...cari titik penyelesaian dengan tidak lagi membangkit kan isu-isu kecil yang ku kira..lalu jawapannya ku temui tatkala aku berfikir dengan ketenangan dan kesabaran..

ini kisah Husnuzzon yang dibawa oleh Ust Muslim..

kisah ini sezaman dengan zaman kegemilangan wali Songo(sembilan wali)..yang cukup-cukup soleh dan wara'..di Indonesia, bilang Ust Muslim, kebanyakan anak-anak kiai(ustaz atau pun imam besar) adalah anak-anak yang cukup2 nakal...anak-anak kiai lah yang selalu bermain gitar diluar masjid tatkala ayah nya sedang menjadi imam kepada para jemaah..aduhai..

"malunya,ya Allah kenapalah aku punya anak yang nakal ni..aku dah lah kiai kat sini"..

kalau lah kita yang menjadi ayah dan ibu kepada si anak2 nakal ini tadi..mungkin itu lah yang akan terdetik dihati kita..namun, kerana husnuzzon ini sudah sebati dengan hati kiai ini tadi..mereka cukup-cukup bersangka baik dengan Allah.. mereka yakin Allah punya asbab sendiri memberikan anak yang begitu untuk mereka..

Ditakdirkan suatu hari, tatkala si anak ini tadi sibuk bermain gitar..seorang wanita berjilbab melintas..

"subhanallah"

buat pertama kalinya kalimah itu terkeluar dari mulut sianak..melihat si gadis yang cukup2 menenangkan hatinya..

pulang kerumah, dia lalu meminta izin ibu dan ayah utk meminang si gadis tadi...Ayah nya yg juga Kiai tadi, terlalu gembira dgn niat suci anaknya..langsung bertemu dengan ayah si gadis yang juga merupakan sahabatnya..pohonya kepada sahabatnya, agar anak nya dikahwinkan malam itu juga..sahabatnya juga cukup2 bersangka baik dan yakin yang bakal suami anaknya ini soleh orangnya (walaupun sebenarnya tidak mengerti apapun tentang agama)..dan akhirnya mereka dikahwinkan pada malam itu juga!!

malam menjelang tiba..si anak masuk ke kamar..dan ingin terus menyentuh si isteri..si isteri menegur..agar dia menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum menyentuhnya..terkedu lelaki ini tadi..

"bagaimana caranya untuk bersolat?kerana aku tidak pernah solat sebelum ini?"
jujur si anak lelaki tadi

"tak mengapa..aib dan malunya abang adalah aib dan malu ku juga..jangan pernah bilang ke sesiapapun tentang ini..mari,aku ajarin abang tentang wuduk dan solat kerana esok adalah hari jumaat..dan bapak mungkin akan mengajak abang utk bersolat di masjid"
si isteri tadi menerima seadanya..bersangka baik juga dengan si suami..

jadinya..semalaman itu, adalah malam untuk pengantin baru ini belajar tentang wudu' dan solat sahaja..

keesokannya, bapa mertuanya yang juga kiai di kawasan itu,mengajak ke masjid..lebih takjub lagi, setibanya di masjid, para jemaah memohon agar menantu si Kiai menjadi imam pada hari itu..walaupun, itu kali pertamanya..si anak berusaha sebaik mungkin memenuhi amanah yang diberi..lafaz basmalah dimulakan..bacaan al fatihah nya cukup2 lancar..namun, takdir Allah menentukan segalanya..ayat terakhir al Fatihah, dia terlupa!! sebolehnya dia memeras akal nya untuk mengingat apa ayat yang terakhir Al fatihah..teringat dia kepada si isteri..dan pabila tidak punya jalan keluar yang lain..akhirnya dia menangis..menangisnya dia, membuatkan suasana solat jumaat hari itu cukup syahdu..sangka para makmum yang berhusnuzzon terhadap si anak ini tadi, dia menghayati surah Al Fatihah dgn sebaiknya..lalu menangis kerana takutkan Allah..akhirnya, seluruh jemaah turut menangis..

setelah agak lama begitu dan mati akal kerana tidak lagi tahu apa jalan keluar terbaik..si anak ini berpaling ke kiri dan kekanan..mencari ruang yang boleh dilaluinya..lalu..PECUT!!..dia lari keluar masjid..para makmum tadi terkejut melihat pak imam melarikan diri..dengan husnuzzon yang ada dalam hati mereka..lalu, mereka turut lari mengikuti jejak langkah si imam..

setelah penat berlari, dia berhenti di tengah padang.tercungap2..anehnya..para jemaah yang turut berlari tadi berebut memeluk dia..dia yang kepenatan berasa cukup2 aneh..sangkanya dia akan dipukul atau dimarahi..rupa-rupanya..setelah semua jemaah berlari keluar dari masjid mengikuti pak imam..masjid yang kosong tadi runtuh dengan tiba2..Allah Akbar..(mengikut para ulama, masjid itu diruntuhkan Allah untuk menutup aib si anak ini tadi) subhanallah..
para jemaah berterima kasih kepada imam muda ini..kerana sangka mereka, si imam berlari keluar dari masjid kerana tahu yang masjid itu akan runtuh..Masya Allah..hebatnya Kuasa Allah..

Setelah semua kembali tenang..si Kiai meng'offer' diri untuk menjadi imam solat jumaat hari itu kerana kasihan melihat menantunya yang kepenatan berlari(husnuzzon juga ni)..sejak saat itu..si anak ini berjanji dalam diri..tidak akan menyentuh isterinya melainkan dia belajar agama dengan selengkap2 nya...subhanallah...akhirnya si anak ini benar2 menjadi insan yang berguna setelah 5tahun dia mempelajari dan menggali ilmu Allah yang dahulunya tidak pernah terlintas dihatinya untuk mempelajarinya..

Asalnya hanya kerana Husnuzzon..berkat husnuzzon yang di sarankan oleh rasulullah agar kita jadikan amalan dalam diri..Allah takdirkan kisah yang sangat2 membuat aku terkesan..walaupun ia hanya sunnah rasulullah yang sangat2 kecil..barakah nya sangat besar..Allah Akbar..

p/s:bukan mudah untuk bersangka baik..tapi jika ia dijadikan amalan..ia akan menjadi kebiasaan yang automatik akan berada dalam diri..insha Allah..mari2.."POSITIF kan diri anda".insha Allah..moga Allah permudahkan tiap urusan..