Khamis, April 22

Innalillahi rajiu'un..

"Salam, Uncle Stanley meninggal malam tadi"

mesej dari mak keluar di skrin handphone..berita ni siap masuk surat khabar lagi..

"innalillah"
"eh,boleh ke sebut ni? uncle kan cina?"
"erk,apa nya yang tak boleh,kan maksudnya, dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali"
"ok,innalillahi wainna ilaihi rajiu'un"

allah,aNA bermonolog sendiri..terkejut sebenarnya..

baru melangkah kaki ke dalam science library yang sungguh modern itu..
niat di hati mahu fokus membuat dan menghabiskan assignment awal (cet,padahal tinggal dua hari je due date assignment..huh)

berita terkejut itu buat ana tak senang berdiri..keluar masuk dekat pintu library..kalut sendiri..
akhirnya,ana ambil keputusan mendail nombor mak..

"bla..bla..." mak menjelaskan keadaan

ok,dah faham situasi..duduk dan buka buku..sebab tahu,kalau ana kelam kabut pun bukan dapat ubah apa-apa..

eh,mana assignment tadi? erk,apa nak buat tadi?

aiyo,hilang akai sekejap..

ingatan itu terbang melayang mengenangkan kenangan dengan uncle stanley..

sekejap-sekejap,terbayang wajah uncle..
tenang...dan dia sungguh-sungguh baik..sangat baik!! hua...kalau minta ana bagi 5 bintang, ana nak bagi 10 bintang untuk dia..dia terlalu baek sangat-sangat~

Abang sulung mak.

dia yang dari kecil menanggung rasa, melihat adik-adik di bawah nya di beri kepada family lain kerana kemiskinan hidup..
bila besar, dia dan isterinya,auntie Josephine berhabis-habisan mencari dan mengumpul adik-adiknya yang berada di seluruh dunia..
atas usaha uncle dan auntie, sume dapat dikumpul kan..kecuali seorang..masih tak dapat dikesan..hingga hari ini..

kagum? sungguh, mereka berhabis duit dan masa untuk kumpul 9 adik beradik!
dan atas dasar apa mereka nak kumpulkan adik beradik ni?
sanggup buang duit dan bersusah payah hantar surat,telefon dan sebagainya..
alasan nya cuma satu..atas dasar KASIH SAYANG DAN CINTA..

Rindu

niat hati, sangat-sangat mahu berjumpa dengan uncle..
tahun sebelum ana fly ke perth, mak ada plan nak jumpa wendy..ana ingat ada uncle sekali..rupanya kami hanya bertemu dengan auntie dan wendy,uncle kerja..
xpelah..we make another plan.kami rancang ke Sarawak hujung tahun ini..
berkumpul dengan ahli keluarga cina ku di Miri..
mahu berdakwah, paling tidak, sekurang-kurang nya kami mahu bersilaturrahim dengan ahli keluarga cina ana setelah hampir 5-7 tahun kami tak bertemu~

tapi, Allah lebih sayang kan dia..uncle mendahului kami, menuju ke destinasi..
Now, i know that i really miss you,uncle..

Takdir

kelmarin, dapat berym dengan wendy sekejap..

"My condolence to you, i really hope i can give you my shoulder at this hardest time, hope i can fly to UK..and i hope you strong, dear~"

"its okay, its part and parcel of life and i have to accept it how hard it is"

dush! kene sebijik...kunun nak bagi bahu untuk dia nangis kat bahu ana la..sekali dia lebih strong rupanya..tabah betul si wendy ni..kagumku dalam diam..

dia cina yang beragama kristian..namun kepercayaan dia pada takdir lebih dari seorang muslim,tahu?..(tuju kat diri sendiri yang asik dok sedih sahaja..huhu)

Terkilan

sekejap-sekejap, bila tengah buat assignment,kenangan uncle menerjah akal,air mata ini bergenang..tangan laju menyapu..dan

"Allah..." itu sahaja keluhan yang mampu untuk dikeluarkan.

betapa Allah yang maha Tahu, terkilannya kami sekeluarga tidak berpeluang melihat uncle sebagai muslim di masa hayatnya..

teringat kisah nabi Nuh,saat baginda melihat anaknya tenggelam di telan banjir besar, baginda mengangkat tangan lantas berdoa yang bermaksud:

"Wahai tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku sendiri,dan bahawa janji Mu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya"

Aku cuma insan biasa, yang sentiasa mendoakan hidayah itu milik kami...dan milik ahli keluargaku yang masih belum muslim..amin ya rabb..engkau Hakim yang maha Bijaksana, dan pada Mu aku letakkan seluruh keyakinan ku..beri yang terbaik untuk kami, ya Muhaimin..

di saat akhir hidup uncle, siapa yang tahu keimanannya? wallahualam..dalam pengetahuan Dia jua..

Mak, adik yang cukup di manja kan uncle,pasti lebih merasai kehilangannya..dan mak juga sangat tabah..sabar ye mak, moga Allah ganjari usaha kita, walaupun sedikit cuma..insha Allah

Satu kisah

tiap kali berjumpa mak, mak akan dicium oleh uncle..
satu kisah, masa kami bertemu di stesen minyak, uncle (yang memakai seluar pendek) meluru menuju ke mak dan memeluk cium mak (yang memakai tudung labuh)
pekerja kat situ pergi tanya abah dengan anehnya pabila melihat kejadian tu,

"kenapa macam tu?"

"dah,dorang adik beradik..isteri saya tu cina",
abah menjawab dengan penuh keyakinan sambil terseyum bangga..

dan tiap kali berpisah, uncle tak pernah lupa mengingatkan abah..

"Jaga baik-baik adik saya,ya"

macam order kan? tapi dia sebut sambil senyum dan menepuk-nepuk bahu abah..dan uncle sangat caring orangnya~

Doa

banyak amanah yang di galas, tapi belum sempurna kami sekeluarga jalankan..
ada hikmah mengapa Allah jadikan mak satu-satunya ahli keluarga dalam keluarga besar cina itu untuk memeluk agama islam..

supaya kami dapat sampaikan indahnya islam buat keluarga yang cukup-cukup ana sayangi ini..permudahkan ya Allah.

mereka,walau belum seorang muslim, akhlak mereka jauh lebih baik dari kebanyakan muslim yang ada zaman kini,termasuk lah diri ini..huaa~(perlu muhasabah diri!)

mereka lebih mengerti nilai ukhuwah yang terpaksa dikorbankan sejak mereka kecil..
mereka lebih mengerti erti saudara dan lebih menyayanginya..

Ya Allah, kurniakan hidayah buat saudaramara ku yang masih belum islam..
kurniakan nur hidayah juga buat kami..Tetapkan kami dalam islam..
Amin ya rabb..

doa..dan perlu terus BERDOA..
aku mahu mereka merasai manisnya islam ya Allah..

Isnin, April 5

"Mendongak ke Langit Tuhan"

alhamdulillah..
apalagi kalimah lebih agung untuk menyatakan rasa syukur ini?

malam itu,
kaki melangkah laju..
meniti jalan ke arah batu-batu,
memanjat tangga yang disediakan,
dan lelah itu kedengaran..

namun pabila aku,
mendongak ke langit tuhan,
hitam pekat langit,
mutiara-mutiara langit berkerlipan,
tiga bintang yang berjujuk,
arah kiblat buat sang musafir,
lidahku lancar menyebut,
"subhanallah,indahnya penciptaan tuhan"

betapa tuhan itu terlalu agung,
ciptaanya membuat yang melihat, terdiam kaku,
hati terasa sejuk yang mendamaikan,
siapalah manusia hendak dibanding dengan sang pencipta?

trip dua hari satu malam ini sangat-sangat menyeronokkan.

selepas sesi 'torchlight beracun', kami dihidangkan tazkiyatun nafsi dengan perkongsian dari kak fiza..ini sahabat yang pernah aku kisahkan dahulu dalam kekuatanmu. Dan sungguh, kekuatan dia masih jelas dalam tiap nadinya. Kisah dia,akan terus jadi cebisan dari kisah hidupku.

kemudian,kami berzikir secara jamaiee dan di akhiri sesi malam itu dengan kesimpulan dari ustaz hilmi.

malam yang sejuk itu bermula...

walaupun tak dapat tidur kerana terdengar (bace:memang dengar) kisah-kisah sahabat yang sedang menjaga khemah.

geli hati sendiri..kerana semuanya bercerita kisah sendiri, dan sampai satu masa, terasa nak join 'halaqah' berkongsi cerita tu sekali. sebab memang tak dapat tidur..

lepas makan panadol sebab sakit kepala yang bersangatan sebelumnya.
cuma dapat lena untuk lebih kurang sejam.

dalam lena itupun,kisah sahabat-sahabat yang bercerita ini,
masih mampu memasuki telinga dan akal.
lalulah,cerita-cerita kamu berlalu dalam mimpi ku..(-_-")

selepas sejam,tak mampu lagi untuk tidur, terjaga dan sambung mendengar kisah-kisah hidup kalian..
lain kali, ajak kitorang join sekali,ok? berbesar hati kalau kalian ajak join sekaki (^_^)

sebab terlalu sejuk (tanpa sleeping bag dan selimut), memang tak mampu nak tidur terus.
disebabkan fira (my junior) pun senasib dengan ku, kami sama2 keluar mencari air panas.
berborak+menahan sejuk bersama-sama.indahnya berlawan sejuk dengan kamu,fira..hehe

walau tanpa tidur yang lena,

terimakasih duhai tuhan,
Kau izinkan kami bersama mendongak ke langit mu,
mengira betapa banyak kurnian agungMu,
lafaz syukur tak terhenti dari lidah,
Kau izinkan kami meneliti kekuasaan Mu dalam Ar Rahman dan Ar Rahim Mu,

Kau satukan untaian hati-hati kami,
membentuk satu kalungan indah,
Aku masih jauh dalam mendalami erti ukhuwahfillah,
namun aku yakin,
ukhuwah yang bertaut hanya keranaMu,
adalah yang terlalu indah.

bukan benda dan hadiah sebagai bukti kasih,
bukan lafaz sayang dan kalimah cinta sebagai gantian rasa,
ianya tersirat dalam qalbi,
ianya tersurat dalam kalam doa,
ya rabbi, aku cinta sahabat-sahabat ini keranaMu

moga kami terus bersatu dalam sof perjuangan ini..
perjuangan menjadi khalifah..
kalaupun tidak sebagai pemimpin dunia,
cukuplah kami menjadi yang terbaik untuk memimpin diri sendiri.

Al Baqarah(1:30)

Rabu, Mac 31

"Bila nak kahwin?"

mata khusyuk menatap buku. Bila tiba musim exam, badan macam melekat dengan buku dan meja study. Bilik sunyi.. Hanya bunyi kipas yang kedengaran perlahan..

"Raudhah, agak-agakkan bila ye kau nak kahwin?" suara Atikah mencetus kesunyian malam.

"sapelah nak kat aku ni.." Raudhah tersenyum.

"ish,dah agak dah..suka sangat bagi jawapan camtu.." Atikah mencebik, Raudhah tergelak melihat ragam sahabatnya yang seorang ini..

"cepatlah Raudhah,tengah boring ni..penatlah asik study je" Atikah masih lagi menanti..

"macamana la nak kahwin, kekasih hati yang ada ni pun tak reti nak jaga hatinya.." Raudhah mengeluh, suaranya perlahan..

"hah? kau dah ada ada orang ke? tak cakap pun ngan tikah.." Atikah separuh menjerit..terkejut agaknya.

selama dia mengenali Raudhah, tak pernah pula disebut tentang kekasih hati ni. walaupun Raudhah pernah kata yang dia tak lah menyokong pendapat couple tu haram, Atikah yakin sungguh yang Raudhah ada prinsip dia sendiri. Dia takkan bercouple sehingga dia bertemu jodohnya. Itu prinsip yang pernah dikongsi dahulu.Hari ini, lain pula bunyi yang keluar dari bibir Raudhah.

"err, Raudhah..kau, ada boyfriend ke?" Atikah bertanya ragu-ragu.

"dah lama aku kenal, dah lama kami berhubung..cuma, aku selalu betul sakitkan hati dia..tapi dia baik sangat..tak pernah langsung marah" suara Raudhah makin merendah..

Atikah makin kaget. tak sangka orang yang sangat-sangat dipandang tinggi nya ini bercouple..Raudhahlah tempat Atikah selalu meminta nasihat. Kata-kata dari Raudhah selalu sahaja membantu dia keluar dari masalah dan menenangkan jiwanya yang resah. Raudhah selalu ada nasihat yang baik untuk di kongsi. Raudhah juga bekas pelajar sekolah agama. Tak hairan banyak permasalahan mengenai agama, Atikah mohon pendapat darinya.

tapi kali ni, dia terasa silap soalan yang dilontar, silap juga jawapan yang dia dengar dari Raudhah. Atikah terdiam tanpa suara. Penghormatan tinggi yang diletak pada Raudhah jatuh berderai.

"eh, maaf atikah..tak jawab pula soalan tadi, kalau lah aku jumpa cara untuk aku tak lagi sakitkan hati kekasih hati aku tu, baru aku nak kahwin..kalau 10 tahun baru aku jumpa cara untuk jaga hati dia dengan baik, lepas 10tahun lah aku kahwin" kali ini suara Raudhah agak jelas, yakin dengan jawapannya barangkali.Raudhah terus tersenyum.

"Raudhah! aku tak sangka kau ni dah ada pakwe..bukan ke dulu kau kata kau ada prinsip.taknak bercouple konon,huh" Atikah mendengus. Setelah lama mendiam kan diri, panas dari dalam hati Atikah keluar juga akhirnya.

"Atikah, aku juga manusia biasa..tak lari dari fitrah seorang manusia" Raudhah memujuk lembut sahabatnya.

"masalahnya, aku dah tak boleh percaya lagi dengan kau ni..dulu cakap lain, sekarang lain..kau tahu, aku clash dengan Amir dulu pun sebab aku jadikan kau contoh terbaik dalam hidup aku..Aku nak jadi tenang macam kau yang takde pakwe..taklah asyik gaduh-gaduh je tiap hari, itu jugak nasihat kau dulu,kan?"

suara kecewa Atikah tenggelam timbul, nampak benar rasa kekesalannya menimbulkan soalan tadi..sungguh dia tak menyangka Ruadhah sudah berpunya..sudah setahun dia menjadi teman rapat Raudhah, macamana dia boleh tak perasan langsung yang Raudhah ada orang istimewa. Sungguh, dia kecewa dengan Raudhah.Airmatanya mula mengalir..

"allahuakbar, Atikah sayang.., kekasih aku inilah.." jarinya menunjukkan kalimah agung, Allah,yang tergantung di dinding.

"sungguhkan, aku selalu sakitkan hati Dia..kami dah lama kenal, Dia tak pernah lupa, tapi aku selalu lupa kan Dia..Dia tak pernah berhenti menyayangi dan mencintai aku, tapi aku selalu benar mencari kasih dari selain Dia..sampai hari ini pun, aku masih tak temui cara yang terbaik untuk aku jaga hati Dia yang cukup-cukup menyayangi aku dan menjaga aku dengan sebaik-baik jagaaan.."

"dan aku takut, andai kekasih ini pun aku tak mampu jaga hatinya, mampukah aku jaga hati manusia? manusia yang cukup-cukup mudah berubah dan berbolak hatinya..mampukah aku untuk berkahwin dan cuba menjaga hati manusia, sedangkan hati Dia ini selalu aku sakitkan..dengan macam-macam ragam.." kali ini, airmata Raudhah pula bergenang. betapa dia tahu dia tak pernah menyenangkan kekasih hatinya itu..namun kekasihnya itu tak pernah sekali pun membalas melainkan dengan kasih sayang..

"Raudhah, kau ni kan..tak pasal-pasal kene marah ngan aku..cakap la betul-betul" Atikah jadi serba salah. kata-kata Raudhah lembut memasuki tiap rasa dalam hatinya..dia tunduk berfikir..benar kata Raudhah..Raudhah yang selalu mengalirkan airmata tatkala membaca ayat-ayat suci al-quraan dan sering bangun malam pun masih takut dengan Allah..masih takut tidak dapat menjaga cinta itu dengan baik lantas tidak mahu bicara soal cinta dengan manusia.

"aku ni,yang baca quraan pun jarang apatah lagi nak menangis, lagi lah selalu sakitkan hati Allah agaknya" hati Atikah menggumam, dia juga sungguh rasa bersalah.

"kalau masa aku single ni pun,aku tak dapat jaga cinta Allah, kalau aku dah kahwin, terbahagi-bahagilah agaknya cinta tu agaknya..entah-entah terus takde" Atikah terus dalam monolognya

"astaghfirullahal azim,nauzubillahiminzalik!" Atikah menggeleng-gelengkan kepalanya, tak mampu akalnya berfikir jika dia hidup tanpa kasih Allah.

"hah,kenapa tikah?" Raudhah pula terkejut

"takde papelah, takut pula bila aku fikir-fikir 'ceramah' kau ni" kagum atikah pada sahabatnya yang seorang ini, apapun yang dikata, pastinya akan berbalik pada cinta Allah.

"betulkan?kau tanya,aku bagi jawapan" Raudhah tergelak kecil

"abis tu, sampai bila la kau nak kahwin kalau camtu? boleh ke jumpa cara? bukan ke kita ni manusia yang takkan sempurna? andartu la jadinya..bukan aku tak tahu ramai yang nak kau, Raudhah" Atikah masih dalam persoalan.

"betul juga. tapi takpe, aku tunggu sampai aku jumpa insan yang juga berusaha untuk cari cara jaga hati Dia..biar selepas masuk gerbang perkahwinan pun, kami masih bertungkus lumus cari cara untuk mengekalkan cinta dengan Dia..kalau pun kami tak temui cara, sekurang-kurangnya kami tak pernah berhenti dari berusaha untuk menggembirakan 'kekasih' kami tu.."

"owh,dari kau seorang kau ajak jadi ramai, menarik idea kau tu..taklah kau seorang-seorang.bunyinya macam dalam masa terdekat ni kau dah boleh kahwin, tak perlu kot tunggu 10tahun" Atikah mengusik.

"masih lagi nak tahu exact tahun ke? tunggu 'kekasih' hati teragung aku hantar insan yang juga kasih kan dia, kalau ada, bila-bila pun tak jadi masalah, insha Allah" Raudhah membalas mudah.
hakikatnya dia masih jauh dari angan-angan ini.

dia masih tidak puas dengan cinta Dia..dan cinta itu takkan pernah ada yang dapat mengatasinya.

"moga Allah berkati cinta antara Dia dan aku, biar cinta itu jadi sebesar-besar CINTA agar aku bisa berkongsi cinta ini dengan insan-insan yang dekat di hati dan yang bakal aku sayangi"

Isnin, Mac 29

SEBENTUK CINCIN

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

dipetik dari blog seorang sahabat maya, (jazakillahu khairan jazak ya ukhti =) )

p/s: kadang-kadang,cincin bisa jadi penyelamat..penyelamat hati (^_^)

itu satu DOSA

"kenapa sejak akhir-akhir ni solat lambat?"
RA resah dengan perangai sahabat baik nya ini..

"penat,lagipun tertidur..nak buat camna?"
Raudhah menjawab mudah..

"Kalau bercakap soal sahabat,dia memang nombor satu, tapi aplikasi? aku tak nampak apapun tentang ukhuwah dari dia" kata zizi,bosan dengan sikap yang banyak mulutnya itu, sedangkan satu nasihat pun diri dia sendiri tak pakai..

"ini cara aku..aku faham erti sahabat ni lebih awal dari korang,tahu?" Raudhah membidas selamba.

mengapa sekeras ini hati itu bisa menjadi?
mengapa airmata beku untuk mengalir?

hakikatnya Raudhah memang serasa tidak ada satu yang ajaib pun berlaku..dia merasakan dirinya tetap yang sama seperti sebelumnya..

dia masih ditolak menjadi imam..dia masih membaca al quraan..dan dia masih meneruskan amalan solat-solat sunatnya, dan tak kurang dia masih setia berpuasa sunat isnin khamis..tiada sebab untuk dia merasa jauh dari tuhan..

sehingga satu saat,
dia merasa dia tiada dosa...

"MERASA TIDAK BERDOSA ITU SATU DOSA,raudhah ku sayang" kata-kata seorang sahabat memeluk sejuk hatinya...

allahuakbar..

"saat kita hanya tahu untuk menyelak kain kehidupan insan lain, sibuk mencari yang buruk dan cacat pada lakaran kanvas manusia lain, jangan kita lupa kehidupan kita mungkin makin hodoh wajahnya.."

betapa Umar menangis tatkala memikirkan andai semua manusia lain ke syurga melainkan seorang manusia..lantas Umar,sahabat nabi yang dijamin syurga itu merasakan manusia yang satu itu adalah dia?dia insan paling hampir dengan nabi..tapi dia masih merasakan syurga itu terlalu jauh untuk dia..lalu,tanpa segan silu membiarkan airmata lelakinya untuk menitis..hanya kerana mendamba sebuah keampunan..

menangis lah saat tiada sebab untuk kamu menangis, agar kamu mengerti yang hidup kamu seluruhnya milik tuhan..agar kamu yakin,airmata bukan hanya tatkala hati rasa terseksa di uji..tetapi airmata ini juga adalah nilaian kehambaan kamu untuk Dia..

bukankah sahabat nabi juga sanggup memaksa diri untuk menangis tatkala dia tiada rasa untuk menangis..

"itu kisah sahabat nabi, apa kisah kamu, Raudhah?" hati kecil berdetak..

allah..allah..allah..

tak mahu seinci pun diri menjauh dari kasih sayangMu..
ampunkan kami ya tuhan..
yang mudahnya lupa dengan kekuasaanMu
kami yakin Kau maha pengampun dan penuh dengan kasih sayang..

namun, jangan izinkan kami untuk melupai yang Kau juga ada hukuman yang keras buat hamba yang lalai..

allah..allah..allah..

saat diri masih lalai, Kau dengan penuh kecintaan memanggil hati ini kembali untuk tunduk dalam fitrah seorang hamba...

aku cintakan Kau ya Allah..

p/s:jazakallah buat sahabat yang berkongsi nasihat dan zikir ini, moga hati ini sentiasa hidup mengingatiNya

Khamis, Mac 11

selamat hari lahir..

bismillahirrahmanirrahim..

ramai pula insan-insan yang dekat dengan diri ku menyambut hari lahir bulan ini..minggu lepas, ketika bercakap dengan humaira (satu-satunya adik perempuanku), awal-awal sudah diingatkan aku mengenai hari lahir abah..biarpun masih ada satu minggu lebih untuk sampai ke tarikh yang akan menambah bilangan umur abah..16 Mac..budak tu memang selalunya advance dengan hari lahir family..siap dah buat kad birthday untuk abah..=)

saat melihat kegembiraan sahabat-sahabat di sini menyambut hari lahir, aku tersenyum sayu..

entah kenapa, kerap benar aku melihat sesuatu dari sudut berbeza..

membaca blog hadi dan haya, adik-adik yang baru menjejakkan kaki di bumi perth ini, aku merasa benar mereka terlalu merindui keluarga..bukan sahaja mereka..yang dah bertahun-tahun dok kat perth ni, masih ada yang tak pernah hilang homesicknya..
itulah cinta yang tiada batas dan tiada harga dan tiada gantinya...CINTA KELUARGA..

mungkin kerana rasa itu, aku cuba membuatkan mereka gembira..merasakan adanya KELUARGA..biarpun tidak kan serupa dengan kasih dan sayangnya keluarga sebenar di tanah air...sekurang-kurangnya, aku mahu mereka gembira walaupun untuk seketika..

itu jugalah kata-kata yang aku hulurkan buat hadi..."cuma ini yang keluarga kita ada di sini"..
moga Allah pelihara ukhuwah kami hingga ke jannah nanti...amin..

hari lahir terlalu banyak signifikannya..

samaada, pertambahan angka itu hanya sekadar berubah dari 1 kepada 2 atau kepada 3..
samaada, bertambahnya umur membawa kita ke alam yang baru, "dah boleh kawen" itu kata-kata yang selalu di sebut haya =)
samaada, anjakkan umur itu bukti anjakan paradigma dalam diri untuk menjadi seseorang yang lebih matang dan lebih menghargai kehidupan..

samaada, hari lahir itu adalah hari yang mengingatkan kita makin hampir dengan hari akhir kehidupan?

sejak aku mula sedikit bijak menganalisa kehidupan,
saban tahun, hari lahir ku, aku sambut dengan debaran..
mungkin kah aku takut pada kematian yang makin aku menghampirinya?

aku mungkin merindui kematian..
tapi aku bimbangkan persedian buat kematian..

erk..dah banyak kali post dalam blog ni..sume tentang kematian..haih..

tapi tak salah rasanya..
kalau orang melayu kata 'buang tebiat agaknya' sbb terlalu sering menyebut soal kematian..

namun,rasulullah yang aku dan kalian sayangi kata "orang yang bijak adalah orang yang sering mengingati mati"
iyakan?

kalau pun ajalku menghampiri saban hari atau setiap saat, ajal kalian juga sama..
mungkin esok atau sekejap lagi...
antara aku atau kalian yang akan pergi...
keberangkaliannya cuma itu..

sementara Allah beri pinjam udara dan nyawa untuk sementara cuma, izinkan aku untuk menggembirakan insan-insan yang aku sayangi..

sekadar ingin berkongsi perkongsian dari sahabat 'teencircle' ku, kak daeng..

"amal dunia dan amal akhirat adalah berbeza, amal didunia tak dilihat pada usaha, tetapi dilihat pada keputusannya..ironinya,amal akhirat tak dilihat pada keputusan akhir, tetapi Allah melihat pada usaha hambanya"

lalu, ayuh guna sedikit umur yang Allah pinjamkan ini untuk beramal sebaiknya..

p/s:doakan kak daeng, dia tak berapa sihat dan terpaksa kembali ke Malaysia buat sementara waktu..hopefully, Allah akan aturkan semuanya dengan baik...moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik buat kak daeng..insha Allah..amin..

Rabu, Mac 10

REHAT itu kan datang?

sering benar hati berkata..ingin ditulis, kadang tak punya masa..Allahu rabbi..barkati masa yang aku punya ya Allah..

luahan hati, kadang-kadang sukar di fahami insan..bukan sahaja insan sekeliling, diri juga tak mampu untuk mengenali hati budi sendiri..

Hanya Dia yang maha tahu setiap inci yang ada didalam hati...

jadual ku diselak satu persatu...

kosong..

tetapi aku terasa tidak sempat untuk berehat..

bimbang ilang masa rehat ku..risau terganggu waktu tidur ku..

namun,

"Hati yang tenang itu adalah kerehatan yang sebenar"

pesan teman yang selalu memberi jawapan buat persoalan diri dan nurani..

merindui kerehatan abadi..bilakah saat ia akan tiba..
serasa tidak mahu lagi peduli dengan dunia..
tapi cukupkah aku menjalankan tugas sebagai seorang hamba?

Allah jadikan manusia tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk beribadah padaNya..

sedarkan aku ya tuhan..

agar aku tak lagi mengimpikan syurgaMu tanpa berusaha sekuatnya untuk membayar harga syurga terindah itu..

rindu syurgaMu..rindu bertemu dengan Mu..

insan yang paling mulia adalah yang bermanfaat untuk insan disekelilingnya..kuatkan aku ya Allah, biar aku kerah kudrat yang ada..untuk aku garap redhaMU..

gembira melihat sahabat2 tersenyum tenang..lapang hati melihat adik2 ketawa senang..

apalagi kedamaian dan kerehatan yang aku mahu?

penatnya usah di bilang..asalkan hati tenang...aku merasa rehat yang damai dan cukup panjang..

alhamdulillah..terima kasih ya Allah...Kau xperlu beri apa yang aku mahu, kerana Kau selalu lengkapkan aku dengan apa yang aku perlu =)..alhamdulillah..

Selasa, Mac 2

bila diri terlalu SIBUK...

aku benar-benar merinduiMu tuhan...

tatkala diri terlalu sibuk dengan urusan dunia, serasa hati ku makin jauh dr Mu..
merindui kesunyian itu..
merindui ketenangan itu...
merindui tangisan itu..

mahu lari jauh ke sudut dunia..kalau itu yang aku mampu..
mahu hati ini hanya bersatu dengan Mu yang memahami tiap lintasan dalam jiwa dan rasa..
mahu airmata ini gugur kerana rindu padaMu...

terkadang tak mampu menanggung rasa..
hanya kerana rasa RINDU itu membuatkan jiwa ku sesak ya tuhan...
apakah ada jalan, agar rindu ini beransur tenang...
apakah ada cara, agar cinta ini tidak lagi memeritkan...

keresahan ini hanya kerana rindu ini tidak aku luahkan..
aku rindu untuk berada dalam belaian kasihMu..
aku rindu untuk berdua-duaan denganMu...
aku rindu mengalirkan airmata saat aku mendongak ke awan milikMu..

aku mahu berbaring, menatap langit biru, mendengar alunan sungai, melihat kehijauan bumi..
kemudian menutup mata setelah aku yakin, redha dan kasihMu hanya milik ku seorang...

mampukah aku?

biar aku menanggung rasa...di balik senyuman..
biar aku lelah..di balik ketenangan..
biar aku tersinggung..di balik redupan mata...
biar tiada yang mengerti jiwa raga ku...

cuma satu ya rabbi, yang aku gila-gilakan...cintaMu saat aku menutup mata nanti..
izinkan ya Allah...untuk hamba yang hina ini terus mendamba cinta agungMU..

Selasa, Januari 19

MALAM PERTAMA

bismillahirrahmanirrahim..

mula-mula nampak buku ni, rasa berat juga nak baca..agaknya diri terasa umur masih panjang..allahuakbar..sedangkan manusia mana yang pernah mengetahui saat ajalnya akan di rentap..

bila mak mula membacanya..kerap kali mak sebut..

"harap-harap dapat habiskan buku ni sebelum melalui malam pertama di alam kubur"

dengan kata-kata mak, dahulunya aku selalu tersentap..dan selalu juga aku meminta mak agar tidak lagi menyebut ayat-ayat yang mengingatkan kepada kematian..padahal,bukan kah itu pintu untuk kesemua makhluk..bukan sahaja manusia, malah bumi dan seisinya juga akan hancur dan terkubur tanpa batu nisan sebagai tanda..

sekarang aku memahami..mengapa mak kerap kali menyebut ayat-ayat yang membawa kami semua kepada hari akhir kehidupan..kerana kematian itu pasti..dan mak mahu kami bersedia sentiasa..jika terpaksa menerima kenyataan pahit yang sudahpun Allah janjikan dalam setiap kehidupan insan...iaitu perpisahan sementara..

dunia yang sementara, berpisah yang sementara..

andai cukup amalannya..

bertemu kita di akhirat yang kekal selamanya untuk pertemuan yang tiada penghujungnya...

kematian adalah gerbang alam akhirat..dan apa yang terjadi selepas kematian adalah lebih dasyat dan ngeri..

betapa banyak tubuh yang indah dan wajah yang cantik atau tampan serta lisan yang fasih sekarang menjerit, terpekik di alam kubur..menyesali amal yang diperbuat dan takut serta gerun menunggu pertemuan dengan ALLAH AZZA WAJALLA..

ada satu kisah, di dalam kitab kecil ini yang ingin saya kongsikan..

Suatu ketika dahulu, Umar bin Abdul Aziz mengurusi jenazah keluarganya..setelah ditanam, Umar menghadap orang-orang yang bertakziah sambil berkata,

" Sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang..Maukah kaliah kuberitahu apa yang ia katakan padaku?"

Mereka menjawab, "Tentu".

Umar berkata.."kubur itu memanggilku dan berkata, "wahai Umar Bin Abdul Aziz, maukah kuberitahu apa yang akan kuperbuat dengan orang yang kau cintai ini?"

"tentu" Jawabku

Kubur itu lalu berkata..
"aku bakar kain kapannya dan kusedut darahnya serta ku kunyah dagingnya.."aku cabut( satu per satu dari) telapak tanganya, lalu dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke pundak. Lalu ku cabut pula lutut dari pahanya. Dan paha dari lututnya. Ku cabut pula lutut itu dari betis. Dan dari betis menuju telapak kakinya"

lalu Umar Bin Abdul Aziz menangis dan berkata, "ketahuilah umur dunia itu hanya sedikit..kemulian di dalamnya adalah kehinaan. yang hidup didalamnya akan mati.celaka dan sungguh rugi lah orang yang tertipu olehnya..apa yang diperbuat oleh tanah terhadap tubuh2 mereka? apa yang diperbuat cacing terhadap anggota badannya?

tertipulah manusia dengan dunia..kelak di kubur..kita tiada daya untuk menepis segala azab melainkan amal soleh dan doa dari anak yang soleh yang menyelamatkan..di saat itu,kita merintih, menjerit, terkesiap, dan menjadi separa gila dengan azab kubur yang sangat dasyat..

di saat roh dikembalikan semula ke jasad, datanglah 2malaikat dan bertanya..
"siapa Rabbmu?
Apa agamamu?
siapa lelaki ini yang pernah diutuskan kepadamu?"
kesemuanya di jawab dengan jawapan tidak tahu..
"engkau tidak pernah tahu dan tidak pernah membaca al Quraan!"

lalu, dibukakan pintu neraka,ia merasakan panasnya api neraka dan angin panas yang berhembus darinya..kubur menyempit hingga meremukkan tulang-tulangnya..lalu datanglah seorang yang buruk rupa dan pakaiannya..aromanya busuk sekali..dan ia berkata..

"berbahagialah dengan kejelekanmu, ini lah hari yang dijanjikan..engkau enggan taat kepada Allah tetapi cukup bersemangat dalam melakukan MAKSIAT! maka Allah mengganjari segala kejahatanmu"

mayat lalu bertanya,

" Siapakah kamu?"

wajahnya amat buruk dan tamu itu lalu menjawab..

"akulah amal mu yang buruk..ya aku lah amalmu yang buruk...akulah syirik yang pernah kau lakukan..akulah ucapan janji yang kau ucapkan selain allah..akulah ibadah mu di kubur, akulah arak yang kau teguk di dunia!"

"akulah zina yang kau lakukan dan riba yang kau telan..akulah muzik yang kau dengarkan..akulah kesombongan yang kau beri kepada semua penasihat..akulah penentanganmu terhadap RABBUL ALAMIN!"

saat itu, si hamba itu terkedu menyesali..apalah guna sesalan di saat itu..tiada guna airmatanya..acapkali di nasihatkan..bukan kamu tidak mengerti..kamu lebih hebat berbicara tentag agama..namun ianya semua sekadar di bibir sahaja..kau tidak pernah cuba untuk mengubahnya...malah terus hanyut dengan dunia..sengaja kau butakan mata, tulikan telinga dengan jalan kebaikkan yang terbentang luas...berjalan berlawanan dengan jalan lurus tuhan...
berani-beranikah kamu melawan AL AZIZ??? DIA PEMILIK SEGALA KEKUATAN...

setelah itu, hamba tadi yakin sekali bahawa apa yang akan ia lalui selepas alam kubur pastinya lebih dasyat dan kekal..ia lalu berkata..

"Wahai Rabbi, janganlah Kau lakukan kiamat."
setelah itu, ia menjadi buta,tuli dan bisu..

tangannya memegang sepotong besi, yang bila dipukulkan sebuah gunung, gunung itu akan hancur..dan lelaki tadi dipukul dengan besi itu, hingga hancur menjadi tanah..kemudian Allah kembalikan ia ke bentuk sebelumnya dan dipukul semula hingga hancur berkecai daging-daging serta tulang-tulangnya menjadi tanah..ia menjerit sekeras-kerasnya kerana kesakitan yang tak mampu ditanggunya...semua makhluk mendengarnya kecuali manusia dan jin...

wahai sahabat-sahabat sekalian...kisah yang digambarkan ini cukup memilukan...airmata laju memikirkan, andai diri adalah di tempat insan ini tadi..nauzubillahiminzalik..
kita tak punya banyak masa...bertaubatlah..andai maksiat yang kamu lakukan menjadi kebiasaan...sebelum airmata penyesalan tiada lagi berguna di alam baqa'..dunia tiada apa...dunia sementara cuma...dunia akan hancur bila tiba saatnya...

biarlah kita menangis selalu di sini, asalkan kita tidak menangis penyesalan yang tiada erti di akhirat yang kekal untuk selama-lamanya..

aku memohon ampun ya rabbi...sesungguhnya kami tidak layak sekelumit pun untuk ke syurga Mu...namun secebis kekuatan pun kami tidak punya untuk menempuh azab nerakaMu...
bimbing kami dalam redhaMu, izinkan kami berlindung di bawah kasih sayangMu, ya Rahman ya Rahim....ampunkan kami...ampunkan kami...ampunkan kami...


sumber: "KEDAHSYATAN MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR" & memyself.

Isnin, Januari 18

Kalau...

beberapa hari, mata tak boleh pejam...masa tidur ku cukup-cukup terganggu..allah..apekah disebaliknya?

hati resah gelisah..dengan rasa yang tak cukup sihat, terkadang badan panas..kemudian alhamdulillah, panas itu surut..

penat? tak mungkin..walaupun mungkin aku agak sibuk dengan urusan-urusan program pre-departure yang akan menjelang tak lama lagi..aku tak merasai itu punca aku kelelahan begini..

satu-satu perkara aku koreksi..

aku makin jauh dengan Dia...

jujurnya, KALAU masa bisa di undur, aku mahu buang jauh-jauh saat itu...
aku takkan tegarnya menguatkan diri sendiri untuk melalui ranjau itu...
aku takkan bersusah payah dan dengan murah hati menitis kan airmata untuk perkara itu...

ianya semua dengan adanya KALAU..

ya Rabbi..bukan Kau membenci orang yang selalu menyebut KALAU..itulah perkataan syaitan durjana..agar hamba-hambaMu tidak meredhai qada' dan qadar yang berlaku...

astaghfirullah...ampunkan aku ya tuhan....ampunkan hambaMu yang penuh kehinaan ini..

fobia dengan zaman lalu ku, aku gerun berdepan dengan masa depan ku..

Kau pemegang hati kami ya rabbi..tunjuki aku jalan yang terbaik..berikan aku secebis kekuatan milikMu...

aku tak sekuat yang aku sendiri sangka..

Rabu, Januari 13

melihat, termenung dan berfikir..

bismillahirrahmanirrahim

melihat fawaz dan humaira terpaksa bangun awal-awal pagi dan mandi pagi-pagi. kemudian ke sekolah pagi-pagi...dari jam 7.30am hingga 1.30pm..(hampir 6jam)

balik rumah, mandi dan bersiap lagi tanpa sempat makan tengahari (kalau pun sempat, terkejar2)kemudian sambung lagi jam 2.30pm hingga 5.30pm, sekolah agama dan kat sini dorang akan belajar subjek agama..hampir 3jam pula..

lepas seminggu, semuanya nampak baik..
tapi masuk minggu kedua, fawaz dah nampah letih..kesian juga..tapi bila difikir-fikir, itu juga yang aku lalui semasa aku seusia mereka..

hari ketiga, dah merengek-rengek taknak ke sekolah agama..terkejut juga, si kecil ini, nampak je badan kecik, tapi kalau bagi nasihat dah macam ustaz..jd apa puncanya?

tarbiyah dan pembelajaran dia di tadika Pasti cukup baik dan cantik. dalam usia 6tahun, dia dah boleh share tazkirah dgn kakaknya ni tentang ketidakselesaan dia melihat rancangan tv yang rata-ratanya tak menutup aurat..

"fawaz tak suka tengok iklan-iklan kat tv ni, banyak betul yang tak pakai tudung, berdosa kan kak? tak tutup aurat, nanti masuk neraka"

mungkin terlalu random dia menilai dan menghukum, tapi di umur dia, sekurang-kurang aku kagum dengan ilmu yang diperoleh dari Pasti dan di aplikasi dengan baiknya di luar waktu sekolah..sewaktu di Pasti, waktu persekolahan adalah dari 8.30am-11.30am.cuma 3jam.
dan selepas umurnya menganjak ke 7tahun, dia terpaksa bersekolah selama 4kali ganda dari waktu persekolahannya di Pasti..

4kali ganda...kepenatan berganda, masa bersama keluarga makin kurang berganda-ganda, aplikasi ilmu makin tiada...

adakah masa lebih itu menjamin keberkesanan yang ultra vaganza?

aku simpati namun tiada yang mampu diluahkan, kerana mengerti, sekolah pagi tidak menyeluruh aspek pembelajarannya lebih-lebih tentang agama..

lalu dihantar pula ke sekolah agama, supaya ilmu akhirat itu dapat digali dan dicari..dan mudahan tak kurang dalam diri..

agar satu hari nanti, jika datang isu kalimah Allah digunakan oleh agama lain, adik-adik ku ini tak kalut mencari agama yang tulus, bukan sebagai warisan tapi atas pilihan berdasarkan ilmu yang ada dalam jiwa dan nurani..

bersabarlah...moga Allah beri kekuatan untuk semua yang berkorban masa demi agama..

p/s:kalaulah aku boleh merubah dunia...mahu saja wujudkan tahfiz akademik seluruh negara...satu sesi je campur sume,kan lebih proaktif?..hehe...(angan-angan tinggi melangit~)

Ahad, Januari 10

perkongsian bersama teman..

Aqidah berasal dari perkataan “Aqoda” iaitu ikatan yang kuat. Ibaratnya tali yang diikat, lalu disimpul dengan simpulan mati lalu tidak dan payah untuk dilerai dan di urai lagi.

Itu asasnya aqidah. Maksud yang mudah untuk difahami namun perlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan ikatan itu telah di usaha sebaik mungkin untuk diikat dengan ikatan dan simpulan terbaik. Ia nya ikatan dan kebergantungan insan kepada tali-tali Allah.

kalian adalah insan yang Allah ‘kutip’ untuk dijadikan pejuang agamaNya. Diberi amanah adalah satu peluang yang Allah tidak beri pada semua orang melainkan kepada orang yang Allah sayang. Dia mahu kalian belajar untuk berdisiplin dan belajar untuk memimpin kerana dunia luar bukan seindah dunia anda di zaman persekolahan”

betapa dunia mahasiswa itu tersangat lah mencabar, sehinggakan ada satu kata-kata dari orang bijak pandai dalam islam berkata,

“alam baru siswa dan siswi adalah saat penyembelihan aqidah umat islam”


berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan nikmat yang tak tergambar hebatnya memerlukan calon-calon mahasiswa untuk memastikan ‘aqoda’ kepada Allah sangat utuh dan teguh. Biar dirempuh badai tak hanyut, biar dijemur panas tak lekang, biar di basah hujan tak kecut, biar dilanda angin kencang tak terbang.

Memegang amanah sekali gus sebagai seorang pelajar, kadang-kadang mengundang air mata. Sama ada kerana keletihan dan merasakan diri tidak mampu untuk menjalankan taklifat dengan baik atau terkadang di uji dengan ujian dari luar, ejekan, penghinaan atau sebagainya. Hingga satu saat, tiba-tiba diri merasa terbeban dengan amanah yang mengganggu konsentrasi dalam proses pembelajaran..jadi,ingatlah..

Dalam hidup ini Cuma ada 2 jalan, jalan sabar dan syukur..bersabar dengan apa yang Allah hadirkan sebagai ujian dan bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan. Ada tercatat di dalam al quraan

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri”

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah pada keindahan nikmatnya, akan tetapi yakin pada Allah adalah meletakkan ke REDHAan pada ketentuannya.. rasa bahagia dan bersabar dengan ujian walaupun perit, dan rasa bersyukur dan rendah diri dengat kenikmatan yang Allah bentangkan.

Lalu, sokongi sabar dan syukur ini dengan disiplin pada diri. Mudahan Allah permudahkan setiap urusan dan mengurniakan kejayaan buat diri kita

Walauapapun, pastikan kita target yang tertinggi. Satu kata pepatah Inggeris

“target the moon, if we fall down, at least we fall on the stars”

p/s:perkongsian bersama sahabat-sahabat, sahabat ketawa dan sahabat air mata..moga allah rahmati kalian selalu..doa ana sentiasa mengiringi kalian..jazakamulullah atas ukhuwah yang tersimpul cantik, moga terikat hingga di syurga..uhubbukumullah, ukhwah fillah abadan abada..

Isnin, Disember 28

Ar Raudhah- Part 2

Raudhah cepat-cepat menyapu air mata yang berjujuran di pipi dengan hujung lengan baju kurungnya. Dia malu jika ada orang lain yang melihat mukanya yang merah menyala..dia arif benar dengan warna wajahnya itu andai dirinya menangis.

“waalaikumsalam” Jawab dua sahabat karibnya itu hampir serentak

“maaf mengganggu, abang Cuma mahu bertanya, ada nampak Azrul? Ada tetamu yang nak jumpa dia, kawan-kawan dorm dia kata, dia ada di kelas” nama Azrul membuat Raudhah menelan air liur, geram yang tadi baru sahaja mahu sejuk, panas semula..

“budak sombong tu takde kat sini!” Raudhah menjawab keras.
Abang Syarif, senior form6 itu terus berubah muka mendengar jawapan Raudhah. Terkejut.

“maaf lagi sekali jika abang menganggu, abang kene sampaikan berita ini secepatnya pada dia, Ibu Nasrul tengah nazak” kali ini, abang Syarif pula menekan suaranya. Berita penting itu bukan boleh di lewat-lewatkan.

“takpe, abang cari di tempat lain..syukran” Abang Syarif berlalu pergi. Muka Raudhah merona merah. Malu dan dia tahu, dia tak sepatutnya mengikut rasa marahnya itu.

“maaf, mudahan sumenya tak apa-apa” bisiknya dalam hati

seminggu kemudian

Jam menunjukkan pukul 10.30malam. Prep malam sudah pun berakhir. Masing-masing sudah mengemas barang dan mula kembali ke asrama. Raudhah dan Atikah berjalan beriringan dari perpustakaan menghala ke asrama mereka..

“ya Allah, Atikah!” Raudhah menjerit, terkejut.langkah yang pantas diatur tadi terhenti sama sekali.

“Hah? Kenapa Raudhah?” Atikah turut terkejut. Sakit perutnya yang memulas-mulas tadi hilang sekejap.

“Buku Raudhah tertinggal kat kelas. Esok nak kene hantar latihan add math tu, ada yang Raudhah tak siap lagi..”

“sorry Raudhah, Atikah tak dapat teman,perut sakit sangat ni” atikah menekan-nekan perutnya..sakit yang tadinya hilang datang semula..

“ok atikah,takpe kalau camtu..Raudhah pergi sekejap ye” Raudhah berpatah balik ke kelas..

Dalam perjalanan menghala semula ke sekolah, hatinya tiba-tiba kecut..lampu kelas, satu persatu di padamkan, tanda pelajar-pelajar sudah beransur-ansur pulang ke asrama..sekolah yang tadinya cerah makin kelam..lampu yang ada Cuma lampu jalan..kelas tingkatan 5, memang sengaja di letakkan di tingkat yang tertinggi, tingkat 3..sudah pula tu, kelas Raudhah adalah kelas paling hujung dan bersebelahan dengan tandas…

“ya Allah, lindungilah hamba mu” mulut Raudhah tak berhenti berzikir dan berselawat..kisah seram yang diceritakan oleh kawan-kawan menerjah ruang fikiran dan dia terbayang yang macam-macam

Dari dimarah oleh guru addmathnya yang garang itu, dia rela mengambil risiko untuk berdepan dengan kegelapan malam ini untuk mengambil buku latihannya.

“alamak, kat mana pula lampu kelas ni” rungut Raudhah sambil meraba-raba ke dinding kelas..

“alhamdulillah,jumpa pun” suiz di petik..

“Allahuakbar!” Raudhah terkejut, mukanya pucat lesi..sebaik sahaja lampu suiz dibuka, sepasang mata yang merah menatap wajahnya..

“kau buat apa kat sini, hah?!” Azrul menjerit ke arah Raudhah.

“aik, kenapa anta nak marah-marah pula? Ni kelas ana juga, ana nak ambil barang, anta tu kenapa kat sini? Dah takde asrama nak balik ke? Duduk dalam kelas, ada lampu, tapi ditutupnya pula” Raudhah membalas pedas walaupun jantungnya masih berdegup laju kerana terkejut tadi masih belum hilang.

“argh!” Azrul bangkit, menggalas beg besar dan bangun.. Raudhah terkesima..

“eh Azrul, anta nak pergi mana dengan beg besar tu?”. Air mata dari insan yang suka menyakiti hatinya itu dilihatnya berguguran..membuatkan Raudhah diperuk rasa sayu dan hiba..

“Kau jangan sibuk urusan aku!” Raudhah dijerkah lagi..

“kalaulah ibu anta tahu..” Azrul berpaling dan terduduk dengan kata-kata Raudhah..

“jangan sebut perkataan itu..aku dah takde sape dalam dunia ni..dia dah tinggalkan aku..” mata Azrul makin merah..ditahan agar air mata lelakinya itu tak terlihat gugur di hadapan seorang wanita.

“dia tak tinggalkan anta, tapi dia menunggu..” tanpa sempat Raudhah menghabiskan ayatnya..dia di sanggah..

“apa yang kau tahu Raudhah?? Apa yang kau tahu? Kau tak tahu satu perkara pun!! “ Suara Azrul memecah sepi malam..

“ana tahu semuanya..ana merasai semuanya..” Raudhah menjawab lembut..

“huh! Sume orang cakap perkara yang sama! Korang takkan dapat rasa apa yang aku rasa! Korang bukan di tempat aku!” hati Azrul makin panas..airmata nya lancar jatuh kebumi tanpa sempat ditahan-tahan..

“korang masih ada keluarga! Aku dah takde sesiapa!! Takde!!hidup aku kosong..kosong!! dah tak guna aku belajar lagi, dah tak guna aku hidup lagi” Azrul terus meluah rasa..

“Azrul, istighfar..” Raudhah tahu, Azrul Cuma mahu memberitahu isi hatinya yang sudah lama di simpan sejak kematian ibunya seminggu yang lepas..Cuma mahu meluahkan..Cuma mahu berkongsi..

Selepas ibunya menghadap Rabbul Jalal, Azrul yang dahulunya penceria kelas 5Anggerik itu terus senyap. Sepi dan selalu berkhayal..kalau dulu, dialah yang paling cepat menjawab tiap persoalan yang guru-guru lontarkan, bertanya soalan-soalan yang tak pernah terfikir dek akal teman-teman yang lain..tapi kini, senyap..sunyi..

“Azrul, anta betul..ana tak seorang, ana masih ada abang dan ada ayah..tapi ayah di penjara, sedang menunggu hukuman tali gantung kerana membunuh ibu ana..mungkin ini adalah rahsia ana..dan sekarang ana anggap ini adalah rahsia antara ana dan anta, boleh?” Azrul terkejut. Matanya bulat menatap wajah Raudhah..aku yakin sekali, dia tak kan pernah percaya satu butir pun dari kalimat yang meniti bibir Raudhah tadi.

“ana pernah rasa apa yang anta rasa..lebih teruk lagi, yang ana rasa, bukan sahaja di dalam hati, tetapi juga di luar..ayah ana kaki pukul” Raudhah senyum..cuba menenangkan diri sekali gus mengharapkan ketenangan itu mengalir ke dalam diri Azrul.

“alhamdulillah, ana masih bersyukur, selama mak hidup, mak tak pernah sunyikan kami, ana dan abang ana dari didikan islam walaupun mak adalah mualaf yang tak tahu menahu langsung tentang islam..sebab dia memeluk islam kerana perkahwinan..” Beg yang di galas Azrul terlucut dari bahunya..matanya tak berkelip memandang Raudhah..menanti kisah selanjutnya..

“Cuma…hari dah lewat malam, ana datang kelas sebab nak ambil buku latihan, lain hari ana cerita lagi ye..Insha Allah..walauapapun yang terjadi,Azrul kene ingat, Allah datang kan ujian, bukan untuk melemahkan tapi untuk menguatkan..Allah ambil yang lain dari diri, tapi Allah beri islam dalam hati..He knows the best!” Raudhah mengambil buku latihan add mathnya, memberi salam dan berlalu pergi.

Dada Azrul berombak..lidahnya kelu, matanya langsung tak berkerdip melihat bayangan Raudhah menghilang dari pandangan mata..

“astaghfirullahal azim..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar!” Azrul beristighfar dan bertakbir..terlalu terkejut dengan kisah hidup Raudhah..

“betul, Raudhah betul, alhamdulillah masih ada Islam dalam hati, Allah knows the best..” Azrul menangis semahu-mahunya malam itu..hatinya terasa tenang menyebut nama Allah…

sejak ibunya meninggal minggu lepas, dia terus menerus menyalahkan takdir..kerana mengambil ibu yang cukup-cukup di sayangi sepenuh hati itu..dia lupa yang beriman pada qada’ dan qadar adalah salah satu rukun dan asas kepada keimanan..dan dicelah tangisan itu, terselit rasa kagumnya pada diri Raudhah..wanita yang dahulunya selalu diperkecilkan kerana kerap benar mengalirkan air mata kerana hal-hal yang kecil. Tetapi, rupanya Raudhah terlalu hebat untuk dibandingkan dengan dirinya..

Antara egois dan sensitif..antara meredhai dan meragui..di sebalik kehidupan, ada 1001 kisah yang tak semua insan tahu..

Selasa, Disember 22

SUMMER HOLIDAY

Alhamdulillah wa syukur lillah..

balik dari negara sana, terus membatu..itu mungkin salah satu pendapat orang lain pada ku..sebabnya, mmg ku akui..aku diam membatu..senyap sunyi dalam menulis..di blog mahupun di fb..even ym sekalipun..ironinya..

kata abah pada makcik ku bila makcik ku tanya aku kt mana...
"anak perempuan yang sorang ini, balik mesia pun macam xbalik.."

debush! kene sekali..sori bah..walaupun abah xpernah cakap camtu kat aku sndiri..aku sedar yg itu lah kata hatinya...hakikatnya,abah faham sungguh dengan kerenah anak nya yang sorang ni...belum pun jejakkan kaki kat tanah air, dah di tanya nya plan aku semasa cuti nanti..abah dah faham dan dah pun bersedia bila aku slalu tidak ada di rumah..cuma rindu dan kasih seorang ayah...kan akan tetap ada?

jadinya, setelah aku menyesakkan 2 minggu berturut-turut yg lepas dgn pelbagai aktiviti..aku tekad nak duk umah...dan tgk abah senyum lega bila nampak anak nya ni ada kat umah..

al kisahnya 1: minggu pertama, aku jadi fasi..di recommend oleh abang sulungku..bermula lah pengalaman ku menjadi fasi untuk kem smart quraan..terkedu jg bila abang lil kata program tu bukan 3 hari, tp 7 hari! uwaa~ selalu plg lama aku kuar pun 3hari 2mlm..pastu balik umah..alasannya cuma satu, tak selera makan kat luar..boleh tahan 3hari makan luar..lepas 3hari, muak datang bertimpa-timpa...solusinya, makan biskut/roti je..haih..macam2

tapi xpe..yg seronoknya KSQ II ni, sebab ada budak-budak! hehe.dah lah budak2 comel (ada yg jeles?kuikui)...fasi2 dan jurulatih2 semuanya cooolll~walaupun hanya ada 7orang fasi, tapi kerjasama yang diberi cukup aku kagumi..apa tidaknya, bukannya tugas itu diberi secara khusus, tapi setiap fasi mainkan peranan masing2 untuk mendidik "anak2 KSQ" ini untuk jadi lebih berdisiplin dan hidup dalam biah solehah. nasihat dan peringatan yg diberi kan pada sela-sela masa cukup untuk mentarbiah adik2 KSQ dan diri aku sendiri biarpun tazkirah ringkas itu hanya diberi secara spontan..kagum2..korang mmg TERBAIK!

walaupun baru kali pertama aku mengenal teknik Al Baghdadi yang di ajar dalam kem ni...banyak wat diri sndri sedar, yang bacaan quraan ku masih banyak yg perlu di perbaiki...Sekurang2nya, dalam membantu adik-adik, aku juga dapat mengislah diri...tgk dorg menghafal tiap pagi, aku juga terdorong sama utk menghafaz..walaupun sedar dan mengakui diri ini tak mampu nak selaju adik2 ni menghafal...cekap betul! subhanallah..moga kalian kan menjadi anak yang soleh dan solehah insha Allah..amin

cerita 2: habis program di UKM, balik rumah hanya untuk satu malam dan esok paginya aku memulakan kembara lagi...ke melaka.Baitul Qura'.
kali ketiga aku ke sana..kali pertama bersama sahabat yang sungguh2 aku rindui(B)..kali kedua sebaik sahaja exam SAM berlalu..dan ini kali ketiga ku..

tak rugi, secubit pun..walaupun saban hari, aku mengira hari untuk pulang ke rumah..rindu dan rindu dgn rumah..tapi pengisian dari ustaz zul yang cukup2 cantik,menarik dan tertarik buat aku lupa dgn "homesick kebudak2kan" itu...
sungguh, ilmu yg datang direct dr ulama ini ckup menusuk kalbu...ngantuk camne pun, aku cuba tahan agar tak skerdip pun ilmu dari nya aku tertinggal..allahuakbar...

ulama' yg cukup zuhud ini, ilmu nya melangit....alhamdulillah, walaupun aku cuma hadir seminggu (yg sepatutnya adalah daurah selama 2 minggu), sempat jg aku hadamkan 3kitab..alhamdulillah..jazakallahu khairan jazak ya ustaz..moga Allah balas jasa dan segala ilmu yg ust beri pada kami dengan sebaik-baik ganjaran..

hidup ini ada 2 jalan..jalan pertama, Jalan Sabar
jalan kedua, Jalan Syukur..
Ujian yang Allah datangkan dalam hidup juga ada 2..ujian nikmat dan ujian musibah...sabar dan syukur jalan keluar terbaik..

subhanallah wal hamdulillah wala ila haillah wallahuakbar..

p/s: terkesan dgn tiap ukhwah yg terjalin sepanjang dua minggu yg lepas ni...moga ukhuwah antara kita terus diratib dengan ingatan kita pada yang Maha Satu..syukran ala kulli hal..salam sayang buat sahabat2 (^^)





Rabu, November 18

Renungkan~

bismillahirrahmanirrahim

kertas putih..yang diwarnakan dengan pelbagai jenis warna...ada hijau, lembut..tenang hati melihat..ada warna putih, suci.....hitam, warna penuh gaya..merah, warna yang menggetarkan jiwa....unggu,jingga,kuning dan berbagai lagi..

soal cantiknya sesuatu warna pada sesebuah lukisan..bukan hanya boleh di jawab oleh pelukis... jawapannya ada pada yang melihat...yang menghayati kanvas lukisan yang penuh dengan pelbagai warna...

kanvas kehidupan...ianya penuh dengan pelbagai corak...ada yang kelam..ada yang cerah...dan kelam itu....tenggelam selalunya...tatkala warna ceria itu tercalit pada kanvas lukisan kehidupan...

warna-warna ini....yang dulunya selalu aku lihat tanpa makna...yang dulu, selalu aku pandang tanpa apa-apa rasa..tapi kini...aku belajar menilai satu-satu warna yang dilukiskan dalam kanvas hidupku..menyedari, lukisan ini..perlu di analisa oleh ku..dalam-dalam..dan menghayatinya dengan penuh penafsiran..

walau kadang-kadang, warna gelap selalu digunakan

supaya lukisan itu tampak sempurna..agar lukisan itu ada harga dan nilainya....

itu erti kehidupan yang ku fahami..

kehidupan tak mungkin selalukan cerah...mendung sementara, bukti kasih dan cintanya Dia..andai bijak menilai, mendung yang Allah hadirkan bukan untuk menyukarkan kehidupan...tetapi memudahkan jalan untuk mencapai kasih sayang tertinggi dari Dia..

wahai insan, belajar lah menafsir kanvas kehidupan...kerana tiap awan gelap yang datang...pastikan ada sinar mentari selepasnya...yakinlah..

Allah tidak memberi dugaan untuk melihat hamba-hambaNya terduduk lalu putus asa dengan kehidupan...

tetapi Dia mahu kita agar terus bangun, menadah tangan, meletakkan seluruh kebergantungan pd Dia, menggenggam janjiNya..dan meneruskan kehidupan dengan kepercayaan dan keyakinan pada tiap jalan yang telah Dia sediakan adalah yang terbaik buat diri..


tidakkah kau menyedari..saat dugaan datang, penyelesaaiannya sudah ada dalam pengetahuan Dia...pada siapa mahu kita mengadu..jika bukan Dia?

"ya Rabbi, sungguh kami cuma hamba..yang selalu mengharap kasih dan sayang Mu..kuatkan kecintaan antara Kau dan aku...moga cinta ini bersatu selalu dalam setiap denyutan nadi dalam tubuhku"

Isnin, November 16

Ar Raudhah- Part 1

"budak bodoh!" Raudhah dan Azrul berselisih..

Raudhah berpaling..Azrul tersenyum menyindir dan terus berlalu..darah menyirap..panas satu muka..

"apsal? apsal si Azrul cakap camtu kat ko?" linda menyoal kehairanan..

"kita patah balik!" hasrat awal untuk ke toilet, patah! mati..

"nak pergi mana?" tanya atikah yang sejak tadi mendiam kan diri..terkejut mungkin..mana tidak nya..si Azrul tiba-tiba mahu cari pasal dengan muslimat yang seorang ini..anak gadis yang bernama Raudhah ini bukan selalu bercakap dengan lelaki..sepatah yang keluar dari mulutnya, hanya jika ada perkara yang mustahak perlu di sampaikan..lebih-lebih lagi dengan insan yang bernama lelaki..

"masuk kelas, aku ada perkara nak cakap dengan Azrul" kata-kata itu keras dan jelas. kedua-dua sahabat Raudhah sudah mula tak keruan...Azrul bukan budak lelaki yang biasa-biasa..ego..dan kata-kata yang keluar dari mulut dia, bukan sahaja kawan-kawan sebaya yang terkena pedasnya, cikgu juga berani dia lawan..

"hahaha, lawak giler..ko patut tengok muka terkejut si Raudhah masa ko cakap dia bodoh tadi..memang lawak!" ketawa bergema di dalam kelas 3Husna itu..Raudhah mengetap bibir..
"assalamualaikum.." ketawa tadi mati..

"boleh ana nak cakap sikit?" gantian nama ana,anti dan anta selalu ditekan kan oleh naqib dan naqibah Sek Agama Rakyat ini...jadi,walaupun dalam nada marah, kata ganti nama bahasa al Quraan itu mententeramkan sedikit jiwa yang terkejut..

"boleh-boleh" si Azrul menjawap selamba walaupun di mukanya jelas tampak dia amat terkejut dengan kedatangan Raudhah yang langsung tak dijangka

"kenapa panggil ana, BODOH tadi? nada Raudhah meninggi..

"errr..ana main-main je" si Azrul menjawab tanpa stand yang kuat. jawapan yang sungguh tak boleh diterima akal.

"anta, kalau nak bercakap, fikir dahulu, boleh? Anta ni siapa nak panggil ana macam tu? ingat kelakar?Selama ana hidup, mak bapak ana, tak pernah sekali pun sebut perkataan tu..tahu?" butir-butir kata yang keluar akhirnya diiringi butiran airmata yang berjujuran..terasa maruahnya di pijak-pijak oleh insan bernama lelaki. Lantas,Raudhah berlalu pergi..

kelas itu senyap sunyi..bagai baru di sambar garuda..

"betul kata Raudhah..apa rasional ko cakap camtu kat dia tadi?" Lokman yang awalnya turut ketawa dengan gelagat Azrul, mula berfikir dengan dalam kata-kata Raudhah..

"Alah..aku saja je..tak sangka lak dia amik hati sangat..aku kan selalu compete ngan dia dalam kelas..aku geram la bila dia dapat result lagi tinggi dari aku...kita lelaki weh..patutnya kita kene conquer dan score sume paper..pastu, pagi-pagi sabtu ni, kita datang kelas nak wat study group, dia ngan kawan-kawan dia pun nak datang gak..amik tempat yang kita selalu guna nak study..pastu, kita nak study camna?" angkuh sungguh jawapan Azrul

"ntah ko ni Azrul..takkan sebab tu ko nak marah sangat dengan dia? dia datang dulu..dan dia dapat tempat study group tu dulu..bukan salah dia..salah kita lah..kita yang datang lambat..aku tak faham gak ngan ko ni..menyesal aku ikut ko tadi.." kata Khairul dengan nada kecewa

"weh..korang jangan lah sokong dia lak...yela-yela..aku mengaku aku salah..so,camne ni? hadoi..dak perempuan ni memang arr..cepat betul kecik hati..sikit-sikit nangis..menyampah betul aku" Azrul masih mempertahankan egonya..

"ko ni kan Azrul..aku faham la adik beradik ko sume lelaki...tapi ko takleh la nak benci orang pompuan camtu...mak ko kan perempuan gak..patut ko respect dowh orang perempuan ni, kaum ni lah yang lahirkan ko dulu,besarkan ko sampai besar camni..pastu ko nak kutuk-kutuk pulak..aku rasakan..lebih baik ko minta maaf dengan Raudhah" Lokman melontarkan cadangan..

"yela-yela.." Azrul mengalah lantas bangun ke bilik diskusi khas untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga..

bilik itu sungguh selesa untuk dijadikan bilik perbincangan..dengan white board yang tersedia..kerusi empuk dan meja besar yang cukup selesa...ia cuma boleh memuatkan hampir 20 orang pada suatu-suatu masa..dan bilik itu cuma satu..tak hairan bilik ini menjadi rebutan pelajar-pelajar tingkatan tiga..

Raudhah masih dalam esak tangisnya...tak menyangka..sampai hati si Azrul berkata begitu padanya..dia mencongak-congak..apa salah dia pada Azrul,rakan sekelasnya itu..jika ada dia tersilap kata kepada Azrul..tak mungkin pula..lazimnya, di kelas, sukar untuk dia melontar walaupun satu patah perkataan..jika ada cadangan yang ingin dia lontarkan..pasti dia sampaikan kepada Khadijah..Khadijah yang akan sampaikan apa-apa cadangan kepada keseluruhan kelas..lalu, apa silap dia?

Atikah dan Linda mengusap-usap belakang Raudhah yang masih terenjut-enjut dalam sedu..

"Bersabar je Raudhah..ko bukan tak kenal Azrul tu..memang keje dia suka sakitkan hati orang..lagi-lagi dak perempuan..ko tengok la kat kelas..selalu je carik gaduh dengan Khadijah..tak faham betul aku dengan dia!" Linda meluah kegeramannya..

"yela..aku tau..tapi masalahnya, apa la yang aku buat kat dia sampai dia cakap camtu.." Raudhah menyahut dengan airmata yang masih laju mengalir..

"dah la tu Raudhah..ko jangan amik hati sangat ye...merah sangat muka ko ni...mata pun dah bengkak..nanti orang nampak nanti.." Atikah memujuk...

Raudhah sedaya upaya menahan airmata nya dari turun lebih laju..bukan apa...hakikatnya, dalam diam, Raudhah menyimpan rasa hati kepada Azrul..tak tahu kenapa dia ada hati pada lelaki yang tinggi ego nya itu..mungkin kerana Raudhah kagum dengan erti persahabatan pada Azrul..

Dalam ketinggian ego si Azrul, dia sungguh sayang pada sahabat-sahabatnya..pantang kalau ada muslimat-muslimat yang mahu mengutuk kawan-kawan musliminnya..pasti dia sanggah habis-habisan..bukan itu sahaja..kalau ada cikgu yang memarahi kawan dia..dia juga yang bangun untuk membela..Raudhah kagum dengan sifat dia yang sangat menyayangi kawan-kawannya..itu juga lah perwatakan abang kesayangan Raudhah, Hafiz. Mungkin itu yang menarik minat Raudhah terhadap Azrul..dan minat itu di semat baik-baik dalam kalbunya..tiada siapa yang tahu.cuma dia dan Allah..

"assalamualaikum.."

............................................................................................................................................to be continued

Jumaat, November 13

KULIAH ONLINE Mai lagi!! =)

Tajuk : Melihat Dunia dari kaca Mata Al-Quran & Sunnah

Tarikh : 14 November 2009(sabtu)

Masa : 8pm (Perth/Malaysia) & 11pm (Melbourne)

Undangan : saudara Khairul Azmi Fahmi bin Jamil(Tahun 3, Ijazah kejuruteraan mekanikal, University of Adelaide)

Medium : YM (sila add id ym-krimanz)

Anjuran : INTELEK ANZ


kata hati 'pengikut kuliah' yg lepas:

kalau ikut kuliah lepas yang ana join (walaupun telat sdikit sbb ada tetamu mai umah), tapi huraian dan kupasan dari yang mmberi kuliah sgt berkesan di hati...buat mengisi hati2 yang fitrahnya, juga perlukan SANTAPAN rohani...jom, kita buat appointment DINNER khas untuk hati2 dan jiwa2 kita ni...jom..jom..dan jom! (^__^) -sure xrugi-

Rabu, November 11

Ketuk Dan Tanya

5 Tahap IMAN Manusia

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as- Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2, Rasul2 dan Nabi,Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya.Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqomah.

Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah
Ali Imran, ayat 139 :
Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

[sumber:my junior(Azwan Einstien)]

p/s: ketuk pintu hati, dan tanya saudara/saudari iman dalam tu, kat mana tahap dia? selagi Yang Maha Pemurah itu masih mahu meminjam kan kita udara dan nyawa ini secara PERCUMA, renung dalam2...siapa kita tanpa DIA?? -tiada nilai-

Isnin, November 9

Kekuatanmu..

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah~ segala resah, setiap gundah aku pulangkan semula kepada yang memberi aku semua itu, agar aku terus sedar dan tidak alpa yang aku cuma seorang HAMBA

hati mengumpul segala yang berlaku...kerana kesibukan exam yang menjenguk di pintu kehidupan ku, diary ini lalu diletak tepi...alahai, kesian sungguh..berkongsi sekadar yang mampu, itu prinsip kehidupan insha Allah..

musim hangat sebelum exam, aku dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan berita, salah seorang sahabat kami ditahan di hospital..resah..mohon lagi pada yang Maha Berkuasa, moga Di permudahkan segalanya...ditambah dgn kejutan kedua, akan ada surgery untuk mengeluarkan "sesuatu" dari badannya..aku renung wajah sahabat ini..cuma untaian doa mampu dihulurkan..aku tahu ia perit, tapi aku juga meyakini ganjarannya terlalu manis andai sabar, yang kau jadikan pelapik kekuatan..

pagi itu, aku ke hospital lagi...kali ini, aku bertemu dengan kedua ibu bapa dia...sungguh, ibunya juga cukup tenang..andai si ibu kuat begini, mana tidaknya kekuatan mu mengalir dalam tubuh si anak, wahai ibu..aku cium tangan si ibu dan lantas memeluknya..dengan kepenatan berada dalam flite selama 5jam itu, dia tak betah duduk diam pabila anaknya yang baru di operate semalam,meminta sesuatu..di gagahkan diri walau kepenatan itu sungguh jelas di wajahnya..ibu,ibu,ibu...masakan tidak , insan agung itu, Rasulullah saw terlalu menyanjungi diri mu..

berita dari doktor, tambah memeritkan..satu ovari yang dibuang semalam bukan kerisauan yg besar..ada sel kanser yang wujud di situ...setelah berita itu sampai pada dia, dia meminta izin untuk menunaikan solat sunat..aku terkedu..mata ku terus menangkap wajah teman itu..matanya merah...namun aku tahu, hati nya jernih...apapun yang datang untuk dia, dia rujuk kembali kepada Kekasih Agung itu..hati ku berdegup laju, wajah kedua ibubapanya juga aku renung dalam-dalam..semuanya tenang..allahuakbar..

kekuatan mu sahabat, membuatkan aku juga mahu kuat seperti mu..kebergantungan seluruhnya diletakkan pada Azza Wajalla..moga kamu beroleh yang terbaik dalam hidup mu...
Doa akan terus diselitkan buat sahabat-sahabat yang dekat di hati ku..
ketenangan itu ada pada zikrullah....moga kami tidak pernah alpa ya Rabb..

Khamis, Oktober 29

berita baik lagi~

KULIAH ONLINE


Tajuk : Nilai Segulung Ijazah

Tarikh : 31 oktober 2009

Masa : 8.00pm(perth/malaysia) , 11.00 pm(melb) & 1.00am (NZ)

Undangan : Saudara Muhammad Afiq Kamaruddin
(bechelor of mechanical engineering, University of New South Wales(UNSW))

Medium : ym (sila add id ym-krimanz)

Anjuran : INTELEK OZNZ


p/s: sekali lagi diberitakan tentang kuliah online yg menarik ini! jom join!terbuka untuk semua di luar atau dalam negara~ wallahualam..