Isnin, Jun 17

Tiada titik noktah untuk berhenti bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim

Usai solat asar semalam, dalam doa, air jernih itu tiba-tiba gugur. Sebak. Ana kenang satu-satu anugerah Allah buat diri. Siapa aku hinggakan Allah melayani aku sebegitu sempurna..malu tertunduk dengan Allah..

Dari saatnya ana lahir. Diberi keluarga yang menceriakan, dikurniakan sahabat-sahabat soleh solehah, dipermudahkan urusan pembelajaran, diberi pula kerja yang baik, dikurniakan pasangan yang membahagiakan..apa lagi insan yang bernama Nurul Farhanah ini mahukan lagi..sungguh ya Allah, aku merasa terlebih cukup dengan kurniakan nikmat ini. rasa tidak layak untuk merasa nikmat semanis ini. sesak nafas rasanya mencari titik henti untuk bersyukur..baru mengerti, betapa di saat malam hening, Rasulullah Sallahualaihi Wassalam itu tidak berhenti beribadah dan tatkala ditanya oleh Aisyah Radiallahu Anhu, "Mengapa engkau terus beribadah dengan kuat, bukankah anda sudahpun dijanji syurga"
"Salahkah aku untuk menjadi Hamba Yang Bersyukur" kata-kata yang penuh erti membuatkan hati ana basah di petang bening ini.

Sebelum solat tadi, satu emel masuk.

'Yang Dirai : Cik Ana'

Tag itu membuatkan aku terpana. rupa-rupanya teman sepejabat  merancang jamuan perpisahan untuk ana. sayunya. Awal kemasukan di Jabatan Perdana Menteri ini, ada rasa bimbang menyelinap dalam hati. Bimbang suasana baru. Bagaimana penerimaan mereka, Apa pula pandangan ana..Namun solat hajat dan doa pada Rabbul A'la itu yang mendamaikan dan menyejukkan hati. Rupanya Allah beri hikmah besar di sini. Walau terkadang digelar ustazah, adik, anak, kawan dan sebagainya, mereka tak kekok melayan ana seadanya ana. Menerima dan memaafkan. Menceria dan membahagiakan. Subhanallah, ukhuwah dan cinta itu ada di mana-mana. Selagi berpaksi kita pada Allah dan nabiNya.

Emel itu juga mengingatkan ana, yang detik-detik terakhir di sini semakin hampir. Ana sahaja yang tidak sempat untuk memikirkannya. Maafkan ana T_T

sedikit kata-kata dari hati ditinta, buat sahabat-sahabat di SPID, Unit Pengambilan, dan lain-lainnya di Jabatan Perdana Menteri ini..

Kata orang, andai bencikan perpisahan salahkanlah pertemuan kerana andai tiada pertemuan maka tiadalah perpisahan.

Namun kata kita,
Tangisi perpisahan dengan senyuman. Kerana walaupun perit ianya meninggalkan kenangan terindah dalam memori hidup kita. Dengan perpisahan juga kita lebih menghargai insan-insan yang kita sayang. Dalam menangisi perpisahan, jangan dilupa berterima kasih kepada pertemuan. Kerana pertemuan itu yang mencambahkan rasa cinta, ukhuwah, persaudaraan dan persahabatan.

Kalian akan menjadi sebahagian kenangan terindah dalam kanvas kehidupan saya.
Syukur pada Pencinta Teragung itu kerana tidak pernah lokek menempatkan saya dikalangan insan-insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Guru saya pernah berkongsi kata-kata. Bercinta kerana Allah, bertemu berpisah pasti tak gelisah Insha Allah. Kerana saat kita rindu kenangan bersama, kita masih mempunyai tuhan yang sama untuk berkongsi rasa.

Terima kasih tidak pernah kering dalam berbahagi rasa bahagia dengan saya. Setahun ini mengingatkan saya hanya lah seorang hamba Allah yang kerdil. Tidak punya apa-apa, tetapi Allah memberi saya segalanya dengan kehadiran kalian sebagai pelakar warna-warni dalam kanvas kehidupan saya.

Mohon maaf atas segala kekhilafan dari hamba yang sangat rendah adab dan akhlaknya. Maaf atas hak yang tidak tertunai, hutang yang tak terbayar, barang yang dipinjam tanpa izin, umpatan dan kata-kata dalam sedar atau tidak. Mohon dihalalkan segalanya. Andai ada tuntutan yang mahu dibuat, boleh berjumpa terus kepada saya.

 Hanya Allah Yang Maha Sempurna untuk membalas segala jasa, kebaikan, pengorbanan, tunjuk ajar, cinta dan kasih sayang kalian. Jazakallahu khairan jazak. Semoga Allah membalasnya dengan hadiah maha sempurna untuk kalian.  

Ya rabb, cintailah mereka dengan cintaMu, Muliakan mereka dengan KemulianMu, Bahagiakan mereka dengan Kasih SayangMu. Moga bertemu lagi. Andai tak di dunia, insha Allah di syurga sana ^_^

Selasa, Jun 4

Saat Lafaz Sakinah.

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini hari kelima bergelar sayang kepada seorang abang..

Masih kaget dan terkejut kalau nombor abang naik di telefon.
Masih serba salah untuk mengetuk pintu bilik jika abang ada di dalam.
Kerap sahaja menyinggah bilik adik perempuan untuk menarik nafas.
Masih terasa single sebab di ofis orang masih panggil kita Cik Ana.
haha...

Hanya senyum sahaja kalau terkenangkan setiap detik perkenalan kami. Baru-baru, orang kata buat apapun nampak baik sahaja.tapi itu kata orang,

kata kita, hargailah setiap apa yang ada pada dia(pasangan kita), kerana ajal itu bila-bila..

Alhamdulillah, Allah kurniakan bukan sahaja seorang suami tetapi sahabat yang sangat memahami. Akhlaknya selalu membuatkan ana terhibur. Moga Allah jaga abang sebaiknya. Moga akhlak terpujimu itu tempiasnya terkena juga pada si isteri yang belum cukup sempurna akhlak dan adabnya ini. Sengaja menitip cerita, mudahan permulaan cerita ini bersambung terus episodnya di Syurga sana. Amin.

Hari Nikah, 31 Mei 2013, Selepas Asar.

Dalam sibuk menenangkan diri, adik sudah berkali-kali masuk ke bilik dan mengkhabarkan berita kehadiran pengantin lelaki. Ana berkali-kali mengingatkan diri, kamu sudah hampir menjadi isteri. Tidak tahu persediaan last minute yang perlu dibuat. Hanya kaku senyap. Tak lama kemudian, adik datang lagi. "kak, mak minta keluar!" Tarik nafas dalam-dalam dan bergerak ke pintu. Ya rabb, ramainya. Bakal zauj juga ada disitu, tunduk malu :) beliau nerves. ana lega sebab orang perempuan boleh duduk di belakang dan.tidak lah sekecut perut insan bernama lelaki. Jurunikah ni pun memulakan bicara beliau. Hanya santai tapi banyak soalan dan usikan untuk mengurangkan ketegangan barangkali. Berapa bilangan isteri nabi, apa rukun nikah, berapa rukun iman, islam dan rukun negara.(sampai itu pun ditanya? ish.ish. kesian pengantin lelaki). Ana hanya berdoa dalam hati, janganlah ditanya apa-apa pada pengantin perempuan. langsung tak study apa-apa. Kepenatan ke sana sini menyelesaikan urusan semalam dan hari-hari sebelumnya.

"Pengantin perempuan.." panggil si jurunikah. ana angkat muka.
"Sudikah anda menerima Mohd Azli Fakri sebagai suamimu" soalan ni macam karen masuk dalam jantung. tak pernah terfikir dapat soalan ni..huhu.
"Ya." nasib mulut masih bijak berkata walaupun otak dan minda serasa mahu terpengsan.

Hanya sekali lafaz Sakinah itu dilafazkan. Alhamdulillah.

"Jagalah Nurul Farhanah dengan sebaiknya" pesanan dari Abah tercinta. Pendek tapi mampu merobek jiwa raga ana. air kristal itu jatuh jua.

Pengantin lelaki mula berpusing ke belakang. "alahai, takde cara lain ke?" hati berbisik sendiri. huhu..ana berganjak sedikit ke belakang. tangan kesejukan. cincin di sarung. mas kahwin diserahkan.pengantin lelaki terus meletak tapak tangan di kepala. Banyak kali sebelum tiba hari pernikahan saya mahu mengingatkan beliau tentang sunnah ini tetapi hati tekad kata jangan. "Percaya sahaja dengan bakal suamimu." hati memujuk. Alhamdulillah, beliau tidak lupa :).

Saat doa itu dibaca, minda ana tidak ingat apa-apa. hanya kalimat "Ya Allah dekatkan kami dengan JannahMu" yang terulang-ulang di dalam relung hati. Moga Allah hampirkan kami dengan Syurga Dia. Bahagiakan kami dengan Syurga Dunia dan Syurga AkhiratMu ya Rabb.

Selesai doa di baca. usikan menyuruh pengantin lelaki mencium dahi pun bermula. Ianya seolah menjadi kebiasaan pula. Nasib baik pengantin lelaki kental ^^. serasa mahu terjatuh sahaja dari kusyen itu andai pengantin lelaki mengikut usikan nakal itu.

Pengantin lelaki bangun dan pegang tangan ana.

"Banyaknya soalan jurunikah!" itu ayat pertama si suami bisikkan pada ana.

ana hanya mampu tergelak dalam hati. berapa lama ana fikir macammana bakal suami yang pendiam itu akan memulakan bicaranya. Bagaimana pula ana perlu memulakan bicara andai suami sepi tanpa kata. tapi dek kerana jurunikah ana yang kontroversi ini, ianya menjadi topik bicara pertama kami. senyum sahaja dan berterima kasih kepada jurunikah Ustaz Hibbatul Haqqi Hamdan kerana menghidupkan hari nervous kami berdua.

Hujan turun usai nikah dilafazkan.

Alhamdulillah ^_^, Ya Rabb, rahmatilah lafaz sakinah itu, berkatilah binaan masjid kami, semoga bertahan cinta ini hingga saatnya kami bertemuMu Ya Rabbul A'la.

alahai, shy shy cat kunun~ ^_^


 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Mei 27

Menjadi Yang Solehah

Bismillahirrahmanirrahim

Airmata gugur lagi..entah kali keberapa. Rakan-rakan lain menegur dan mengusik dengan senyuman tapi hati insan ini ternyata masih basah dengan tangisan.

Kebetulan ana membaca tulisan di blog sahabat, Insyirah. Blog yang ana selalu ziarahi bagi mencari ibrah buat diri. Tulisan sebelum sahabat ini berkahwin mengenai bakal suaminya idamannya.

"Insyirah, apa ciri-ciri lelaki idaman enti?"

Soalan ni selalu buat ana tergelak, kalau disyarahkan mahu lebih panjang dari Sungai Nil syarahan, impian, idaman dan khayalan ana. Semua itu hanya fantasi bagi ana, mungkin kalian tidak setuju. Terpulang.

"Enti nak satu satu perkara. Ana teramat rapat dengan ummi dan abi, terlalu rapat! Kalau Allah jodohkan ana dengan seorang lelaki di dunia ni pun, biarlah dia seorang yang dapat menyenangi hati ummi dan abi. Sehebat mana pun dia, sebanyak mana sekalipun phd yang dia perolehi ana tak pandang pun. Seharum mana sekalipun namanya di mulut manusia, kalau dia tidak mampu menyenangi ummi dan abi... Maka, di mata ana tetapnothing. Bila ana berkahwin, ana tidak mahu ummi dan abi merasa kehilangan anak perempuan mereka. Ana sesekali tidak mahu ummi dan abi rasa ana dirampas dari mereka."

Sekali lagi, air mata gugur. Berat... Berat menulis semua ini.

"Biarlah lelaki tu menyenangi hati ummi dan abi... Ana mahu ummi dan abi rasa mereka dapat seorang lagi anak lelaki yang bakal menyerikan lagi taman hati mereka. Ana juga mahu begitu, ana tidak mahu ibubapa lelaki tersebut merasakan ana merampas anak lelaki mereka. Ana tidak dibesarkan begitu... Ana tidak dilahirkan atas tujuan itu. Biarlah ibubapa lelaki pilihan Allah tersebut merasakan mereka mendapat seorang lagi anak perempuan. Memang benar, apabila seorang perempuan berkahwin, dia seolah-olah menjadi 'tawanan' pada suaminya. Sekiranya ada makhluk yang Allah arahkan untuk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut."

Allah... Beratnya nak menulis semua ini.

"Enti... Bila kita sayangkan seseorang, bila kita kasihkan seseorang maka kita tidak seharusnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Kalau kita tidak mampu membawa dia ke syurga sekalipun, usahlah menjadi penyebab dia ke neraka Allah... Kerana, cinta itu bukan untuk dibakar dengan api neraka tetapi perlu disuburkan dengan haruman kasturi syurga."

Beratnya... Beratnya ya Allah.

"Enti... Siapa saja lelaki pilihan Allah tersebut, ana tidak sesekali akan buat-buat lupa untuk tanya 'Ummi benar-benar redhakah kalau dia pilihan tersebut?' kerana... sedikit saja calar yang terpalit pada hati seorang ibu, natijahnya pada kehidupan di hadapan."

Beliau mencari suami yang soleh. Bezanya pada diri ana,  ana sendiri masih jauh dari menjadi anak solehah.. Duhai airmata,  teruslah mengalir hingga hatimu benar-benar lembut. jika tidak, ya Allah aku mohon, gantikahlah hati mati ini dengan hati yang baru T_T..

ana mahu jadi yang solehah buat Allah, mak abah dan bakal zauj..

  "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

“Nasihat Perkawinan untuk Putriku”

Bismillahirrahmanirrahim

Mana mungkin akal tidak memikirkan, apa mungkin emosi tidak terusik..tinggal lebih kurang 4 hari,  96 jam sebelum memasuki dunia baru. Sering sahaja hati sebak. Belum sempurna perjalananku untuk menjadi anak yang solehah buat abah dan emak, kini tiba saatnya menginjak satu tangga untuk perjalanan untuk menjadi isteri solehah buat seorang insan bernama suami. Moga Allah redha dan memudahkan hajat ini.

Bersyukur pada Allah Subhanahu Wa Taala mengurniakan seorang sahabat terbaik dan insan mulia yang bergelar seorang ibu sebagai contoh dan pedoman buat diri untuk menjadi seorang wanita yang hebat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya.Kesabaran, pemaaf dan pemurahnya dia, hanya Allah yang mengetahuinya dan hanya Allah yang bisa membalasnya. Begitu juga, anjang, makcik kesayangku yang tidak pernah lelah menguruskan makan,minum dan urusan rumah lainnya. Selalu sahaja sudi meluang masa dan telinga untuk mendengar luahan rasa kami, anak-anakmu. Begitu juga syukur setingginya dikurniakan kakak ipar yang hebat akhlaknya..mudahan kalian selalu menjadi contoh terbaik buat diri.

Buat abah, teman dan pemberi nasihat akrab ku sedari kecil..Moga Allah memuliakanmu wahai abah atas kesemua pengorbanan yang telah dibuat. Kenangan bermain, bermanja dan meluah rasa denganmu pastinya kekal dalam ingatan dan hati anakmu ini. Buat banglil, terima kasih kerana menjaga adikmu ini dengan sebaiknya, terima kasih kerana selalu melindungi dan memastikan adikmu ini baik-baik sahaja sekiranya kita berpergian bersama. Buat bangmi, terima kasih atas nasihat lembut mu yang selalu sahaja menyentuh hatiku dan mendorongku untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Buat jiji, terima kasih kerana menerima kakakmu ini apa adanya, juga sering sahaja memperbaiki diri kakakmu ini agar nampak lebih baik dan sempurna di hadapan yang lainnya. Buat akmal, terima kasih juga untuk bantuan yang selalu dihulurkan tanpa banyak alasannya malah banyak pula menghiburkan hati kakakmu ini. Buat Humaira, terima kasih kerana hadir sebagai peneman dalam adik beradik kita, namamu pemberianku, pastinya aku sangat mencintaimu, moga dirimu sekental Aisyah Humaira', isteri Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam yang bijak dan cantik itu. Buat Fawwaz Iman yang celotehnya pasti ada setiap kali kepulanganku, setiap kali keretaku tiba di pintu pagar, pasti dia yang akan menyambut ku dengan peluk cium yang mendamaikan itu.

Dunia baru itu akan menambahkan lagi anggota keluarga kita, meluaskan hubungan silaturahim dan menyatukan hati-hati antara saudara seislam..

Moga Allah redha. Moga Dunia Baru itu dilimpahi dengan rahmat dan sakinahNya..

“Nasihat Perkawinan untuk Putriku”

Abu Khaulah Zainal Abidin
(Seandainya ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa panjangkan umurku dan memberikan kesempatan kepadaku menyaksikan pernikahan putriku tercinta, kira-kira seperti inilah yang ingin aku sampaikan):
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله , نحمده ونستعينه , ونستغفره , ونعوذ بالله من شرور أنفسنا , ومن سيئات أعمالنا , من يهده الله فلا مضل له , ومن يضلل فلا هادي له , وأشهد أن لاإله إلا الله وحده لاشريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم .
{ يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون }
{ يا أيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذي تسألون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا }
{ يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا , يصلح لكم أعمالكم ويغفر لكم ذنوبكم , ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا عظيما }
Anak-anakku..,
Hari ini akan menjadi satu di antara hari-hari yang paling bersejarah di dalam kehidupan kalian berdua. Sebentar lagi kalian akan menjadi sepasang suami-isteri, yang darinya kelak akan lahir anak-anak yang sholeh dan sholehah, dan kalian akan menjadi seorang bapak dan seorang ibu, untuk kemudian menjadi seorang kakek dan seorang nenek, ……insya الله.
Rentang perjalanan hidup manusia yang begitu panjang … sesungguhnya singkat saja. Begitu pula…liku-liku dan pernik-pernik kerumitan hidup sesungguhnya jugalah sederhana. Kita semua.. diciptakan ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa tidak lain untuk beribadah kepada NYA. Maka, jika kita semua berharap kelak dapat berjumpa dengan ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa …dalam keadaan IA ridlo kepada kita, hendaklah kita jadikan segala tindakan kita semata-mata di dalam rangka mencari keridlo’an-NYA dan menyelaraskan diri kepada Sunnah Nabi-NYA Yang Mulia -Shallallahu alaihi wa sallam-
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا.
(Maka barangsiapa merindukan akan perjumpaannya dengan robb-nya, hendaknya ia beramal dengan amalan yang sholeh, serta tidak menyekutukan dengan sesuatu apapun di dalam peribadatan kepada robb-nya.)
Begitu pula pernikahan ini, ijab-qabulnya, adanya wali dan dua orang saksi, termasuk hadirnya kita semua memenuhi undangan ini…adalah ibadah, yang tidak luput dari keharusan untuk sesuai dengan syari’at ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa.
Oleh karena itu…, kepada calon suami anakku
Saya ingatkan, bahwa wanita itu dinikahi karena empat alasan, sebagaimana sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam:
عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
Wanita dinikahi karena empat alasan. Hartanya, keturunannya, kecantikannya,atau agamanya. Pilihlah karena agamanya, niscaya selamatlah engkau.” (HR:Muslim)
Maka ambilah nanti putriku sebagai isteri sekaligus sebagai amanah yang kelak kamu dituntut bertanggung jawab atasnya. Dengannya dan bersamanya lah kamu beribadah kepada ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa, di dalam suka…di dalam duka. Gaulilah ia secara baik, sesuai dengan yang diharuskan menurut syari’at ALLAH. Terimalah ia sepenuh hati, kelebihan dan kekurangannya, karena ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa telah memerintahkan demikian:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
(Dan gaulilah isteri-isterimu dengan cara yang ma’ruf. Maka seandainya kalian membenci mereka, karena boleh jadi ada sesuatu yang kalian tidak sukai dari mereka, sedangkan ALLAH menjadikan padanya banyak kebaikan.) (An-Nisaa’:19)
Dan ingatlah pula wasiat Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-:
إستوصوا بالنساء خيرا فإنهن عوان عندكم
(Pergaulilah isteri-isteri dengan baik. Karena sesungguhnya mereka itu mitra hidup kalian)
Dan perlakuanmu terhadap isterimu ini menjadi cermin kadar keimananmu, sebagaimana Sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-;
أكمل المؤمن إيمانا أحسنهم خلقا و خياركم خياركم لنساءهم (الترمذي عن ابي هريرة)
(Mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya)
Dan kamu sebagai laki-laki adalah pemimpin di dalam rumah tangga.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
(Lelaki itu pemimpin bagi wanita disebabkan ALLAH telah melebihkan yang satu dari yang lainnya dan disebabkan para lelaki yang memberi nafkah dengan hartanya.) (An-Nisaa’: 34)
Maka agar kamu dapat memimpin rumah tanggamu, penuhilah syarat-syaratnya, berupa kemampuan untuk menafkahi, mengajari, dan mengayomi. Raihlah kewibawaan agar isterimu patuh di bawah pimpinanmu. Jadilah suami yang bertanggungjawab, arif dan lemah lembut , sehingga isterimu merasa hangat dan tentram di sisimu. Berusahalah sekuat tenaga menjadi teladan yang baik baginya, sehingga ia bangga bersuamikan kamu. Ya, inilah sa’atnya untuk membuktikan bahwa kamu laki-laki sejati, laki-laki yang bukan hanya lahirnya.
Kepada putriku
Saya ingatkan kepadamu akan sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam- :
عن أبي هريرة؛ قال:- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه. إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Jika datang kepadamu (-wahai para orang tua anak gadis-) seorang pemuda yang kau sukai akhlaq dan agamanya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah dan menyebarnya kerusakan di muka bumi.” (HR: Ibnu Majah)
Dan semoga -tentunya- calon suamimu datang dan diterima karena agama dan akhlaqnya, bukan karena yang lain. Maka hendaknya kau luruskan pula niatmu. Sambutlah dia sebagai suami sekaligus pemimpinmu. Jadikanlah perkawinanmu ini sebagai wasilah ibadahmu kepada ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa. Camkanlah sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-:
لو كنت أمرا أحد ان يسجد لأحد لأمرت المرءة ان تسجد لزوجها (الترم1ي عن ابي هريرة)
(Seandainya aku boleh memerintahkan manusia untuk sujud kepada sesamanya, sungguh sudah aku perintahkan sang isteri sujud kepada suaminya.)
Karenanya sekali lagi saya nasihatkan , wahai putriku…
Terima dan sambutlah suamimu ini dengan sepenuh cinta dan ketaatan.
Layani ia dengan kehangatanmu…
Manjakan ia dengan kelincahan dan kecerdasanmu…
Bantulah ia dengan kesabaran dan doamu…
Hiburlah ia dengan nasihat-nasihatmu…
Bangkitkan ia dengan keceriaan dan kelembutanmu…
Tutuplah kekurangannya dengan mulianya akhlaqmu…
Manakala telah kamu lakukan itu semua, tak ada gelar yang lebih tepat disandangkan padamu selain Al Mar’atush-Shalihah, yaitu sebaik-baik perhiasan dunia. Sebagaimana Sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-:
الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة ( مسلم)
(Dunia tak lain adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.)
Inilah satu kebahagiaan hakiki -bukan khayali- yang diidam-idamkan oleh setiap wanita beriman. Maka bersyukurlah, sekali lagi bersyukurlah kamu untuk semua itu, karena tidak semua wanita memperoleh kesempatan sedemikian berharga. Kesempatan menjadi seorang isteri, menjadi seorang ibu. Terlebih lagi, adanya kesempatan, diundang masuk ke dalam surga dari pintu mana saja yang kamu kehendaki. Yang demikian ini mungkin bagimu selagi kamu melaksanakan sholat wajib lima waktu -cukup yang lima waktu-, puasa -juga cukup yang wajib- di bulan Ramadhan, menjaga kemaluan -termasuk menutup aurat- , dan ta’at kepada suami. Cukup, cukup itu. Sebagaimana sabda Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-:
إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها
قيل لها: ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت (أحمد عن عبدالرحمن بن عوف)
(Jika seorang isteri telah sholat yang lima, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan ta’at kepada suaminya. Dikatakan kapadanya: Silahkan masuk ke dalam Surga dari pintu mana saja yang engkau mau.)
Anak-anakku…,
Melalui rangkaian ayat-ayat suci Al Qur’an dan Hadits-Hadits Nabi Yang Mulia, kami semua yang hadir di sini mengantarkan kalian berdua memasuki gerbang kehidupan yang baru, bersiap-siap meninggalkan ruang tunggu, dan mengakhiri masa penantian kalian yang lama. Kami semua hanya dapat mengantar kalian hingga di dermaga. Untuk selanjutnya, bahtera rumah-tangga kalian akan mengarungi samudra kehidupan, yang tentunya tak sepi dari ombak, bahkan mungkin badai.
Karena itu, jangan tinggalkan jalan ketaqwaan. Karena hanya dengan ketaqwaan saja ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa akan mudahkan segala urusan kalian, mengeluarkan kalian dari kesulitan-kesulitan, bahkan mengaruniai kalian rizki.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
(Dan barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan berikan bagi nya jalan keluar dan mengaruniai rizki dari sisi yang tak terduga.)
(Dan barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAHniscaya ALLAH akan mudahkan urusannya.)
Bersyukurlah kalian berdua akan ni’mat ini semua. ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa telah mengarunia kalian separuh dari agama ini, ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa telah mengarunia kalian kesempatan untuk menjalankan syari’at-NYA yang mulia, ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa juga telah mengaruniai kalian kesempatan untuk mencintai dan dicintai dengan jalan yang suci dan terhormat.
Ketahuilah, bahwa pernikahan ini menyebabkan kalian harus lebih berbagi. Orang tua kalian bertambah, saudara kalian bertambah, bahkan sahabat-sahabat kalian pun bertambah, yang kesemua itu tentu memperpanjang tali silaturahmi, memperlebar tempat berpijak, memperluas pandangan, dan memperjauh daya pendengaran. Bukan saja semakin banyak yang perlu kalian atur dan perhatikan, sebaliknya semakin banyak pula yang akan ikut mengatur dan memperhatikan kalian. Maka, barang siapa yang tidak kokoh sebagai pribadi dia akan semakin gamang menghadapi kehidupannya yang baru.
Ketahuilah, bahwa anak-anak yang sholeh dan sholehah yang kalian idam-idamkan itu sulit lahir dan tumbuh kecuali di dalam rumah tangga yang sakinah penuh cinta dan kasih sayang. Dan tentunya tak akan tercipta rumah-tangga yang sakinah, kecuali dibangun oleh suami yang sholeh dan isteri yang sholehah.
Akan tetapi, wahai anak-anakku, jangan takut menatap masa depan dan memikul tanggung jawab ini semua. Jangan bersedih dan berkecil hati jika kalian menganggap bekal yang kalian miliki sekarang ini masih sangat kurang. ALLAH Subhaanahu wa ta’alaa berfirman:
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
(Artinya: “Dan janganlah berkecil hati juga jangan bersedih. Padahal kalian adalah orang-orang yang mulia seandainya sungguh-sungguh beriman.”) (Ali Imran: 139)
Ya, selama masih ada iman di dalam dada segalanya akan menjadi mudah bagi kalian. Bukankah dengan pernikahan ini kalian bisa saling tolong-menolong di dalam kebajikan dan taqwa. Bukankah dengan pernikahan ini kalian bisa saling menutupi kelemahan dan kekurangan masing-masing. Bersungguh-sungguhlah untuk itu, untuk meraih segala kebaikan yang ALLAHSubhaanahu wa ta’alaa sediakan melalui pernikahan ini. Jangan lupa untuk senantiasa memohon pertolongan kepada ALLAH. kemudian jangan merasa tak mampu atau pesimis. Jangan, jangan kalian awali kehidupan rumah tangga ini dengan perasaan lemah !
احرص على ما ينفعك. واستعن بالله ولا تعجز
(Bersungguh-sungguhlah kepada yang bermanfa’at bagimu, mohonlah pertolongan kepada ALLAH, dan jangan merasa lemah!) (HR: Ibnu Majah)
Terakhir, ingatlah bahwa nikah merupakan Sunnah Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-, sebagaimana sabdanya:
النكاح من سنتي فمن رغب عن سنتي فليس مني
(Nikah itu merupakan bagian dari Sunnahku. Maka barang siapa berpaling dari Sunnahku, ia bukanlah bagian dari umatku.)
Maka janganlah justru melalui pernikahan ini atau setelah aqad ini kalian justru meninggalkan Sunnah untuk kemudian bergelimang di dalam berbagai bid’ah dan kema’shiyatan.
Kepada besanku…
Terimalah masing-masing mereka sebagai tambahan anak bagi kita. Ma’lumilah kekurangan-kekurangannya, karena mereka memang masih muda. Bimbinglah mereka, karena inilah saatnya mereka memasuki kehidupan yang sesungguhnya.
Wajar, sebagaimana seorang anak bayi yang sedang belajar berdiri dan berjalan, tentu pernah mengalami jatuh untuk kemudian bangkit dan mencoba kembali. Maka bantulah mereka sampai benar-benar kokoh untuk berdiri dan berjalan sendiri.
Bantu dan bimbing mereka, tetapi jangan mengatur. Biarkan.., Karena sepenuhnya diri mereka dan keturunan yang kelak lahir dari perkawinan mereka adalah tanggung-jawab mereka sendiri di hadapan ALLAHSubhaanahu wa ta’alaa. Hargailah harapan dan cita-cita yang mereka bangun di atas ilmu yang telah sampai pada mereka.
Keterlibatan kita yang terlalu jauh dan tidak pada tempatnya di dalam persoalan rumah tangga mereka bukannya akan membantu. Bahkan sebaliknya, membuat mereka tak akan pernah kokoh. Sementara mereka dituntut untuk menjadi sebenar-benar bapak dan sebenar-benar ibu di hadapan…dan bagi anak-anak mereka sendiri.
Ketahuilah, bahwa bukan mereka saja yang sedang memasuki kehidupannya yang baru, sebagai suami isteri. Kita pun, para orang tua, sedang memasuki kehidupan kita yang baru, yakni kehidupan calon seorang kakek atau nenek – insya الله. Maka hendaknya umur dan pengalaman ini membuat kita,…para orangtua, menjadi lebih arif dan sabar, bukannya semakin pandir dan dikuasai perasaan. Pengalaman hidup kita memang bisa jadi pelajaran, tetapi belum tentu harus jadi acuan bagi mereka.
Jika kelak -dari pernikahan ini- lahir cucu-cucu bagi kita. Sayangilah mereka tanpa harus melecehkan dan menjatuhkan wibawa orangtuanya. Berapa banyak cerita di mana kakek atau nenek merebut superioritas ayah dan ibu. Sehingga anak-anak lebih ta’at kepada kakek atau neneknya ketimbang kepada kedua orangtuanya. Sungguh, akankah kelak cucu-cucu kita menjadi anak-anak yang ta’at kepada orangtuanya atau tidak, sedikit banyak dipengaruhi oleh cara kita memanjakan mereka.
Kepada semua, baik yang pernah mengalami peristiwa semacam ini, maupun yang sedang menanti-nanti gilirannya, marilah kita do’akan mereka dengan do’a yang telah diajarkan oleh Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam-:
بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير
فأعتبروا يا أولي الأبصار
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لاإله إلاأنت أستغفرك وأتوب إليك

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Mei 13

Kunci Hati.

Bismillahirrahmanirrahim



Ana godek-godek post lama, teringat pada post Untukmu Bakal 'Imam'ku. Post yang dijumpai pada blog sahabat dan tatkala itu memang benar tiada langsung gambaran bakal imamku tapi pada waktu itulah bermulanya, mujahadah untuk benar-benar menjaga cinta dan hati. Ana bertekad menutup pintu hati buat insan bernama lelaki lalu dikunci. Kemudian, kunci itu ana serahkan kepada Rabbul A'la.

"Ya Allah, aku tenggelam dan lemas dalam cintaMu, mana mungkin aku cari lagi cinta yang sebesar dan sedalam cintaMu buat diriku. Aku kunci hati ini keranaMu ya Allah, ambillah kunci ini dan jagalah ia. Sehingga tiba seorang pemuda yang benar-benar mahu membimbingku menujuMu, biarlah pemuda itu mengambil kunci hati ini daripadaMu ya Rabb. Izinkan dia berkasih dan bercinta denganMu ya Rahman. Agar hati-hati kami bersatu dalam cintaMu yang Maha Besar dan Maha Suci" insan hina ini masih asyik berdoa.

Tinggal 16 hari sahaja lagi menuju hari itu. Nyatanya hati ini tenang dan Maha Suci Allah yang memberi rasa tenteram itu didalam hati manusia yang kerdil ini. Ana sendiri masih mencari-cari sumber kekuatan agar hati terus damai dalam melayari bahtera milik dua hati ini menuju destinasi cinta abadi setiap insan, Cinta Rabbul Alamin. Ya rabb, semoga tautan hati ini melengkapkan pelayaran kami untuk meraih cinta tertinggiMu ya Allah. Alhamdulillah..Dalam pengetahuanMu segala urusan dan hal..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....


Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami..

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...


Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharahy...InsyaAllah inilah pencarian kita...

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, April 2

Menghitung Hari..

Bismillahirrahmanirrahim

April.

Menghitung hari menanti hari keramat itu. Moga Allah permudah, perhalusi setiap urusan soleh ini dengan sebaiknya.

"tak lama dah" kata sahabat

"persiapan macammana?" tanya teman

debar dalam hati hanya Allah yang tahu. Bukan sekadar berdebar menanti satu hari menjadi permaisuri itu, lebih mendebarkan hari-hari selepas itu..sebagai isteri.

berkahwin bukan dengan seorang, tapi keluarganya.
berkahwin bukan untuk menuntut hak tetapi menunaikan hak.
berkahwin perlu dengan kehadiran syukur dan sabar.yang besar
berkahwin perlu dengan redha yang tinggi
berkahwinnya seorang wanita memindahkan keutamaannya dari ibubapa kepada si suami.
mampukah insan kerdil yang terlalu banyak kekurangan, terlalu sikit syukur, terlalu rendah sabarnya ini ya rabb?

kadang-kadang diri sendiri keliru, bagaimana dua hati yang tidak pernah mengenali secara dalam, bisa bersatu?

bisakah sidia menerimaku apa adanya?
bagaimana juga persediaan aku untuk menerima dirinya.

REDHA. SABAR.

"abah, doakan ye"
"insha Allah na, abah doa selalu untuk ana. abah tengok dia baik orangnya, boleh pertimbangkan pendapat orang lain.insha Allah na.." sayup pesan abah..aku aminkan dalam-dalam di sudut hati.

"mak, doakan ye..ana takut.."
"insha Allah..kenapa takut?"
"entah, dia tak pernah kenal ana yang terlalu banyak ragam dan kerenah ini, boleh ke dia terima?"
"kenapa tidak, mak sampai sekarang pun masih belajar mengenali diri abah..insha Allah na. cuma memang perlu banyak SABAR dlm pelayaran bahtera rumah tangga" dalamnya pesan bonda.

mampukah diri menjadi wanita solehah, bidadari dunia yang selalu aku impikan sejak kecilku.

kuatlah hati. sabar dan syukur setinggi-tingginya. impianmu menjadi bidadari dunia baru menginjak titik permulaan..moga akhirnya, kami terus bercinta di syurga sana..

doakan duhai sahabat-sahabat. moga aku mampu menjadi pendamping dan  wanita solehah, hiasan terbaik dunia untuk diri imamku.

doaku buat bakal imamku hanya satu, moga dia juga sabar dan redha menerima kekurangan diri ini.

sibuknya dengan persiapan untuk memenuhi adat. aku lebih bimbangkan persiapan yang hakikat!

RABBI YASSIR WALA TUASSIR.

  "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Januari 8

peribadi agung Rasulullah, kerinduan abadi...

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa segan sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sehati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.

Fisikalnya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Wallahua’lam bish Shawwab ....
Barakallahufiku m ....

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
--------------- --------------- --------------- ---
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahum ma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik
kredit to : ~"Mutiara Air Mata Muslimah"~


p/s: Tulisan ini di salin semula dari catatan nota di FB sahabat saya. Tiap kali saja, tulisan mengenai junjungan yang ku rindui ini, membuat airmata tanpa malu keluar juga demi menyatakan kerinduannya. Apakah dengan amalan sedikit ini, ada peluang bagiku untuk bertemumu, wahai kekasih..

Ya Rasulullah SAW, moga Allah terus mencintaimu..

ku rindu..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Disember 26

Sahabat..

Bismillahirrahmanirrahim 

semalam hari kelahiran sahabat kesayanganku..sahabat yang selalu sabar menjadi cerminan buat diri ini. Terlalu banyak sabar sudah dituang, terlalu banyak pengorbanan yang diberi, terlalu banyak jasamu duhai sahabat kepada ku. Selalu sahaja cuba untuk memahami hati yang sukar untuk difahami ini. Selalu cuba untuk menangis tatkala aku menangis dalam solat dan dalam diam, cuba untuk merasai keperitan diri yang aku selalu lindungi darimu.  Selalu juga kau yang membangkitkan kekuatan aku dengan akhlak dan tingkah lakumu. Dan aku juga tahu terkadang kekuatan ini datang dari doa tulusmu, sahabat..

Fatimah, sanah helwa yang ke 23. Terlalu banyak hutang Ana pada Tmey. Hutang yang takkan terbalas dengan apapun. Hanya Allah yang berhak memberi balasannya di sini ataupun di dunia yang satu lagi. Moga Allah mencintaimu sahabat..Moga terus berusaha mengejar akhlaq serikandi sesuai namamu Fatimah Az Zahrah, Putri kecintaan baginda Rasulullah SAW. 

Malam tadi juga, hampir 5 sms yang ku terima dari seorang sahabat. Aku yakin sms itu diberi tatkala aku sedang lena. Jam 4 aku terjaga, setiap sms itu aku baca satu persatu. Hati runtun lagi. Betapalah Allah menguji insan yang dicintaiNya. Mengapa menangis sahabat, itu tandanya Allah mecintaimu.

Sungguh, yang diam itu lebih banyak memendam rasa. Mereka tabah, tapi hati mereka menangis. Jangan ambil kesempatan ke atas orang yang dilihat kuat. Tiap insan punya hati dan perasaan. Jagalah, belailah. kita kan manusia. Allah juga menjadikan kita berpasangan dan tidaklah ianya terhad terhadap pasangan suami isteri tetapi juga sahabat. Kadang-kadang, tanyalah khabar sahabat. Tanya juga khabar ibu bapa kesayangan mereka. biar mereka tahu kita berukhuwah bukan hanya kerana tanggungjawab tapi kerana Allah.Saat mereka tahu kamu adalah insan yang boleh berkongsi rasa, mereka akan berhenti memendam rasa, mereka akan belajar bagaimana mahu meluahkannya. Jadilah sahabat yang lebih banyak mendengar dari terlalu banyak berkata.

Buat sahabat yang meluah rasa, aku merasai deritamu. Walaupun tidak mendalam seperti yang kamu rasai sebenar-benarnya, moga Allah perhalusi setiap urusanmu dan memudahkan segala untuk kamu. Itu doaku buatmu.

Tatkala aku juga dalam kalut mencari warna hati di saat ini. Tatkala aku juga makin kendur bermujahadah dengan hati tatkala ini, Allah sampaikan kepadaku teguran penuh sayang ini,

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan. (QS. 41:49)"


"Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nashir"
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

Ianya menyejukkan hatiku, moga hatimu jua wahai sahabat..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."