Isnin, Mei 13

Kunci Hati.

Bismillahirrahmanirrahim



Ana godek-godek post lama, teringat pada post Untukmu Bakal 'Imam'ku. Post yang dijumpai pada blog sahabat dan tatkala itu memang benar tiada langsung gambaran bakal imamku tapi pada waktu itulah bermulanya, mujahadah untuk benar-benar menjaga cinta dan hati. Ana bertekad menutup pintu hati buat insan bernama lelaki lalu dikunci. Kemudian, kunci itu ana serahkan kepada Rabbul A'la.

"Ya Allah, aku tenggelam dan lemas dalam cintaMu, mana mungkin aku cari lagi cinta yang sebesar dan sedalam cintaMu buat diriku. Aku kunci hati ini keranaMu ya Allah, ambillah kunci ini dan jagalah ia. Sehingga tiba seorang pemuda yang benar-benar mahu membimbingku menujuMu, biarlah pemuda itu mengambil kunci hati ini daripadaMu ya Rabb. Izinkan dia berkasih dan bercinta denganMu ya Rahman. Agar hati-hati kami bersatu dalam cintaMu yang Maha Besar dan Maha Suci" insan hina ini masih asyik berdoa.

Tinggal 16 hari sahaja lagi menuju hari itu. Nyatanya hati ini tenang dan Maha Suci Allah yang memberi rasa tenteram itu didalam hati manusia yang kerdil ini. Ana sendiri masih mencari-cari sumber kekuatan agar hati terus damai dalam melayari bahtera milik dua hati ini menuju destinasi cinta abadi setiap insan, Cinta Rabbul Alamin. Ya rabb, semoga tautan hati ini melengkapkan pelayaran kami untuk meraih cinta tertinggiMu ya Allah. Alhamdulillah..Dalam pengetahuanMu segala urusan dan hal..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....


Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami..

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...


Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharahy...InsyaAllah inilah pencarian kita...

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Tiada ulasan: