assalamualaikum wbt
sungguh, terasa jauh benar aku dari diari online ku ini...
maaf, mungkin kerana masih tidak bijak membahagikan masa, blog ini hampir2 bersarang..
ramadhan yang berlalu cukup-cukup aku rindui..jam 5.45pm, kebiasaannya, aku dan sahabat ku akan mula bergerak ke musolla uni kami...berukhwah dengan sahabat-sahabat satu aqidah, menyediakan makanan, berbuka puasa dengan kurma, air susu, dan tak lupa dengan nasi beriani yang cukup-cukup menyelerakan..dilengkapi dengan tarawikh yang di imamkan imam yang cukup syahdu suaranya..aku jadi jatuh cinta pada ramadhan pertama ku di bumi Perth ini..dan saat ini, aku benar2 merinduinya..
saat aku menelefon mak dan menceritakan pengalaman Ramadhan ku disini, mak cukup terkejut..sangkanya, aku tidak akan merasakan kemanisan ramadhan kerana berada di tengah-tengah komuniti yang majoritinya adalah orang bukan islam ..namun, seusai penceritaan ku, mak berhamdalah beberapa kali, tanda kelegaan hati seorang ibu..bersyukur kerana aku masih merasai suasana Ramadhan...dan aku yakini dia lagi, di sini ramadhan ku lebih seronok berbanding ketika aku di taylors..di saat itu,aku terlalu sibuk bergelumang dengan test dan exam, di tambah pula dengan masjid yang jauh, kebanyakan masa, aku dan sahabat-sahabat hanya bertarawikh di rumah..
alhamdulillah, pengalaman menyambut ramadhan di rantauan kali ini banyak mengajar aku erti pengorbanan..pengorbanan seorang anak, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang ayah, pengorbanan sebagai saudara seagama..pengorbanan yang bukan calang-calang hebatnya..dan aku benar-benar terkesan dengan tiap yang berlaku di sekelilingku..mudahan aku juga bisa mengaplikasikannya dalam kehidupan ku..
aku juga belajar membuat kuih raya...dan tanpa ku sangka, ada pula yang menempahnya...walaupun semuanya adalah percubaan pertama dari ku dan sahabat-sahabat, aku harap ianya memuaskan hati insan-insan lain..insha Allah..(^^)
menjelang satu syawal, kesibukan memasak, beraya dan makan-makan di rumah-rumah kenalan, buat aku leka sebentar....menziarahi 9rumah dalam satu hari...lalu, tiada airmata syawal untuk hari pertama..aneh juga...mungkin kerana kesibukan dan keletihan yg terlalu, aku tidak lah terlalu bersedih..dan itu juga yang sepatutnya, kerana bukankah syawal itu hari kemenangan umat islam?
jazakumullah buat sahabat-sahabat yang selalu memujuk diri agar tidak terlalu berduka....syukran juga kerana sudi menceriakan diri ini di saat aku jauh dari keluarga tercinta..hari ini sudah syawal yang ke-4...lalu, aku dengan penuh kerendahan hati, mengulurkan huluran maaf zahir dan batin..andai ada salah dan silap selama kita berteman dan bersahabat...andai ada kekhilafan dalam penulisanku yang membuat kalian terasa hati, jujurnya aku menulis bukan kerana nama...aku hanya menulis hanya kerana ia datang dari hati dan ingin menyentuh jua hati...maaf buat kalian semua..
ramadhan yang berlalu kan terus dirindui..moga masih diberi keizinan untuk terus menghirup udaraNya hingga tibanya lagi Ramadhan yang akan datang....sambutlah syawal dengan sebaiknya...hari kemenangan yang dirai setelah kita berjaya menghabiskan episod persekolahan dalam mendidik jiwa dan nafsu diri....moga kembali semula kepada fitrah insani, seputih kain putih yang baru dan suci...buka lembaran baru hidup, moga istiqamah dalam kebaikan..seeru ala barakatillah...
Airmata Ramadhan, Keriangan Syawal...
dari hati insan kerdil,
shauqatulzahrah