Rabu, Januari 13

melihat, termenung dan berfikir..

bismillahirrahmanirrahim

melihat fawaz dan humaira terpaksa bangun awal-awal pagi dan mandi pagi-pagi. kemudian ke sekolah pagi-pagi...dari jam 7.30am hingga 1.30pm..(hampir 6jam)

balik rumah, mandi dan bersiap lagi tanpa sempat makan tengahari (kalau pun sempat, terkejar2)kemudian sambung lagi jam 2.30pm hingga 5.30pm, sekolah agama dan kat sini dorang akan belajar subjek agama..hampir 3jam pula..

lepas seminggu, semuanya nampak baik..
tapi masuk minggu kedua, fawaz dah nampah letih..kesian juga..tapi bila difikir-fikir, itu juga yang aku lalui semasa aku seusia mereka..

hari ketiga, dah merengek-rengek taknak ke sekolah agama..terkejut juga, si kecil ini, nampak je badan kecik, tapi kalau bagi nasihat dah macam ustaz..jd apa puncanya?

tarbiyah dan pembelajaran dia di tadika Pasti cukup baik dan cantik. dalam usia 6tahun, dia dah boleh share tazkirah dgn kakaknya ni tentang ketidakselesaan dia melihat rancangan tv yang rata-ratanya tak menutup aurat..

"fawaz tak suka tengok iklan-iklan kat tv ni, banyak betul yang tak pakai tudung, berdosa kan kak? tak tutup aurat, nanti masuk neraka"

mungkin terlalu random dia menilai dan menghukum, tapi di umur dia, sekurang-kurang aku kagum dengan ilmu yang diperoleh dari Pasti dan di aplikasi dengan baiknya di luar waktu sekolah..sewaktu di Pasti, waktu persekolahan adalah dari 8.30am-11.30am.cuma 3jam.
dan selepas umurnya menganjak ke 7tahun, dia terpaksa bersekolah selama 4kali ganda dari waktu persekolahannya di Pasti..

4kali ganda...kepenatan berganda, masa bersama keluarga makin kurang berganda-ganda, aplikasi ilmu makin tiada...

adakah masa lebih itu menjamin keberkesanan yang ultra vaganza?

aku simpati namun tiada yang mampu diluahkan, kerana mengerti, sekolah pagi tidak menyeluruh aspek pembelajarannya lebih-lebih tentang agama..

lalu dihantar pula ke sekolah agama, supaya ilmu akhirat itu dapat digali dan dicari..dan mudahan tak kurang dalam diri..

agar satu hari nanti, jika datang isu kalimah Allah digunakan oleh agama lain, adik-adik ku ini tak kalut mencari agama yang tulus, bukan sebagai warisan tapi atas pilihan berdasarkan ilmu yang ada dalam jiwa dan nurani..

bersabarlah...moga Allah beri kekuatan untuk semua yang berkorban masa demi agama..

p/s:kalaulah aku boleh merubah dunia...mahu saja wujudkan tahfiz akademik seluruh negara...satu sesi je campur sume,kan lebih proaktif?..hehe...(angan-angan tinggi melangit~)

Ahad, Januari 10

perkongsian bersama teman..

Aqidah berasal dari perkataan “Aqoda” iaitu ikatan yang kuat. Ibaratnya tali yang diikat, lalu disimpul dengan simpulan mati lalu tidak dan payah untuk dilerai dan di urai lagi.

Itu asasnya aqidah. Maksud yang mudah untuk difahami namun perlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan ikatan itu telah di usaha sebaik mungkin untuk diikat dengan ikatan dan simpulan terbaik. Ia nya ikatan dan kebergantungan insan kepada tali-tali Allah.

kalian adalah insan yang Allah ‘kutip’ untuk dijadikan pejuang agamaNya. Diberi amanah adalah satu peluang yang Allah tidak beri pada semua orang melainkan kepada orang yang Allah sayang. Dia mahu kalian belajar untuk berdisiplin dan belajar untuk memimpin kerana dunia luar bukan seindah dunia anda di zaman persekolahan”

betapa dunia mahasiswa itu tersangat lah mencabar, sehinggakan ada satu kata-kata dari orang bijak pandai dalam islam berkata,

“alam baru siswa dan siswi adalah saat penyembelihan aqidah umat islam”


berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan nikmat yang tak tergambar hebatnya memerlukan calon-calon mahasiswa untuk memastikan ‘aqoda’ kepada Allah sangat utuh dan teguh. Biar dirempuh badai tak hanyut, biar dijemur panas tak lekang, biar di basah hujan tak kecut, biar dilanda angin kencang tak terbang.

Memegang amanah sekali gus sebagai seorang pelajar, kadang-kadang mengundang air mata. Sama ada kerana keletihan dan merasakan diri tidak mampu untuk menjalankan taklifat dengan baik atau terkadang di uji dengan ujian dari luar, ejekan, penghinaan atau sebagainya. Hingga satu saat, tiba-tiba diri merasa terbeban dengan amanah yang mengganggu konsentrasi dalam proses pembelajaran..jadi,ingatlah..

Dalam hidup ini Cuma ada 2 jalan, jalan sabar dan syukur..bersabar dengan apa yang Allah hadirkan sebagai ujian dan bersyukur dengan nikmat yang Allah limpahkan. Ada tercatat di dalam al quraan

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri”

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah pada keindahan nikmatnya, akan tetapi yakin pada Allah adalah meletakkan ke REDHAan pada ketentuannya.. rasa bahagia dan bersabar dengan ujian walaupun perit, dan rasa bersyukur dan rendah diri dengat kenikmatan yang Allah bentangkan.

Lalu, sokongi sabar dan syukur ini dengan disiplin pada diri. Mudahan Allah permudahkan setiap urusan dan mengurniakan kejayaan buat diri kita

Walauapapun, pastikan kita target yang tertinggi. Satu kata pepatah Inggeris

“target the moon, if we fall down, at least we fall on the stars”

p/s:perkongsian bersama sahabat-sahabat, sahabat ketawa dan sahabat air mata..moga allah rahmati kalian selalu..doa ana sentiasa mengiringi kalian..jazakamulullah atas ukhuwah yang tersimpul cantik, moga terikat hingga di syurga..uhubbukumullah, ukhwah fillah abadan abada..