Selasa, Ogos 10

Kuliah Ramadhan =)

Kuliah Online mai lagi~ Jom isi hati..

Isnin, Ogos 9

Kenangan Ramadhan

Ramadhan kembali..

tiap satu kenangan melintasi.
dikejut mak abah, untuk sahur..
meneman abah ke pasar..
melihat abah dengan tulang empat kerat membuka gerai..
merenung tiap titis peluh yang jatuh dari dahi abah..
dahaga dan panas terik menduga..
namun abah tak pernah mahu berkenalan dengan erti PENAT..

kerana sayang..
kerana tak sanggup melihat peluh itu hanya milik abah seorang..
aku menguatkan diri..
meneman abah setiap pagi ke pasar..
abah selalu senyum..
bila di malam hari, aku dengan penuh yakin mengatakan keinginan meneman abah setiap pagi..
namun terlentok-lentok di kerusi seusai sahur..

mak memujuk mudah..
dibisikkan di telinga..
"tak kasihan lihat abah berniaga seorang?"
mata tak mampu dibuka, namun kerana tak sanggup melihat abah kelelahan seorang..
aku bangun, bersiap..
lalu menyambung mimpi di dalam van..

abah bukan mahu aku membantu..
abah cuma mahu peneman..
aku tak dikejutkan jika dilihat aku masih lena di sebelah kerusi driver..
bila terjaga, kelam kabut mahu membantu apa yang patut..
abah jawab..
"takpe na, semua dah siap...." dan dia masih dengan senyuman.

melihat abah bekerja di depan mata..
aku selalu bertanya soalan yang sama..
"abah tak penat buat banyak kerja?"

"tak..abah suka..dan abah taknak tengok anak-anak abah susah, abah nak tengok anak-anak serba cukup" tenang jawapan dari abah.

dua sesi berniaga..

aku cuma mampu meneman abah di waktu pagi. waktu petang aku dah lembik (-_-")
abang-abang mengganti tempat..meneman abah berniaga di waktu petang hingga ke malam.

abah tak penat kan?

jujur dari hujung jiwa..

"ana tak sanggup tengok abah susah-susah lagi..abah dah boleh rehat..kami dah besar..insha Allah boleh jaga diri.."

"takpe na, abah suka apa yang abah buat ni..lagipun anak-anak abah kan ramai" abah masih senyum..

perjuangan abah..nakhoda kapal kehidupan kami..abah tak pernah letih dalam mencari sesuap rezeki untuk anak-anaknya..abah idola kehidupan ana dan adikberadik yang lain..

ana sayang abah.

moga ramadhan kali ini, ramadhan yang lebih baik dari ramadhan yang sudah pun berlalu..

telefon mak haritu, mak kata abah dan mak ada azam baru untuk ramadhan kali ni..

dalam hati ana, "menarik betul~ ada azam untuk ramadhan macam sambut tahun baru" =)

azam mak "mahu buka puasa dan tarawikh bersama-sama di masjid tahun ni"

mesti orang kata, kalau yang ni, tiap tahun pun orang buat..takpelah..keluarga kita yang berbeza sikit kan mak?

gara-gara si kecik, Fawwaz itu..tahun lepas masih tak boleh tarawikh di masjid..tahun ni Fawwaz dah besar..dah boleh jadi imam pun..jadi anak yang baik, ok?

"ya Allah, sampaikan kami ke dalam RamadhanMu, dan muliakan kami di dalam RamadhanMu"

amin..