Rabu, Ogos 22

Ujian Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Syawal ke-5..

Syawal pertama setelah selesai pengajian di Australia, juga syawal pertama setelah bergelar seorang pekerja ofis. Orang lain masih bercuti raya, aku di ofis.

Syawal tahun ini, walaupun di Malaysia, ianya biasa-biasa sahaja. Aku tidak tahu ke mana hilang keriangan Hari Raya yang aku rindui sangat-sangat ketika aku di Australia dulu.

Masih ingat post sebelum ni..Berita Kelam

Pakcik kesayangan itu sudah cukup umurnya. Allah lebih menyayangi Dia.18 Ramadhan 1433H menjadi saksi pemergian arwah pak sam..

"Kami mahu redha, tapi hati sebak sangat. airmata nak jatuh laju-laju tapi kami tahan sungguh-sungguh..allah tenangkan lah hati kami kerana Kau 'menjemput' dia dalam sebaik-baik bulan dan kami 'menyerahkan' dia kepada sebaik-baik penjaga..nikmat mana lagi mahu kami dustakan? tenanglah wahai hati, moga rohnya tenang di sana..al fatihah untuk pakcik kesayangan, Pak Sam.." 

tatkala hati terlalu hiba, aku update status di FB. saat terakhir aku melihat wajah apak, wajahnya bersih seperti wajah dia yang sihat sebelum dia sakit teruk..

syawal tahun ini sunyi sungguh.sayu.hiba.

mana tidaknya, syawal pertama kami tidak lagi beraya di kampung sawah padi yang sangat cantik, damai dan tenang..syawal pertama juga tanpa pakcik yang selalu menjenguk dapur menghulur bantuan andai diperlukan..

tahun ni tiada lagi..

keluarga arwah beraya di rumah ku. sungguh, aku anggap mereka macam keluarga ku sendiri. aku sayu melihat mereka kadang kala termenung teringatkan arwah..berbahagialah pak sam kerana anak-anak dan isterimu sangat mencintaimu.akhlakmu yang baik selalu disebut-sebut..semoga Allah merahmatimu pakcikku..

al-fatihah buat wo,atuk,wo sarawak, atuk sarawak dan pak sam..

p/s: Pak Ghaffar(Pak Long) juga sedang sakit..moga Allah beri yang terbaik buat dia,keluarga dan agamanya.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."