Isnin, Disember 28

Ar Raudhah- Part 2

Raudhah cepat-cepat menyapu air mata yang berjujuran di pipi dengan hujung lengan baju kurungnya. Dia malu jika ada orang lain yang melihat mukanya yang merah menyala..dia arif benar dengan warna wajahnya itu andai dirinya menangis.

“waalaikumsalam” Jawab dua sahabat karibnya itu hampir serentak

“maaf mengganggu, abang Cuma mahu bertanya, ada nampak Azrul? Ada tetamu yang nak jumpa dia, kawan-kawan dorm dia kata, dia ada di kelas” nama Azrul membuat Raudhah menelan air liur, geram yang tadi baru sahaja mahu sejuk, panas semula..

“budak sombong tu takde kat sini!” Raudhah menjawab keras.
Abang Syarif, senior form6 itu terus berubah muka mendengar jawapan Raudhah. Terkejut.

“maaf lagi sekali jika abang menganggu, abang kene sampaikan berita ini secepatnya pada dia, Ibu Nasrul tengah nazak” kali ini, abang Syarif pula menekan suaranya. Berita penting itu bukan boleh di lewat-lewatkan.

“takpe, abang cari di tempat lain..syukran” Abang Syarif berlalu pergi. Muka Raudhah merona merah. Malu dan dia tahu, dia tak sepatutnya mengikut rasa marahnya itu.

“maaf, mudahan sumenya tak apa-apa” bisiknya dalam hati

seminggu kemudian

Jam menunjukkan pukul 10.30malam. Prep malam sudah pun berakhir. Masing-masing sudah mengemas barang dan mula kembali ke asrama. Raudhah dan Atikah berjalan beriringan dari perpustakaan menghala ke asrama mereka..

“ya Allah, Atikah!” Raudhah menjerit, terkejut.langkah yang pantas diatur tadi terhenti sama sekali.

“Hah? Kenapa Raudhah?” Atikah turut terkejut. Sakit perutnya yang memulas-mulas tadi hilang sekejap.

“Buku Raudhah tertinggal kat kelas. Esok nak kene hantar latihan add math tu, ada yang Raudhah tak siap lagi..”

“sorry Raudhah, Atikah tak dapat teman,perut sakit sangat ni” atikah menekan-nekan perutnya..sakit yang tadinya hilang datang semula..

“ok atikah,takpe kalau camtu..Raudhah pergi sekejap ye” Raudhah berpatah balik ke kelas..

Dalam perjalanan menghala semula ke sekolah, hatinya tiba-tiba kecut..lampu kelas, satu persatu di padamkan, tanda pelajar-pelajar sudah beransur-ansur pulang ke asrama..sekolah yang tadinya cerah makin kelam..lampu yang ada Cuma lampu jalan..kelas tingkatan 5, memang sengaja di letakkan di tingkat yang tertinggi, tingkat 3..sudah pula tu, kelas Raudhah adalah kelas paling hujung dan bersebelahan dengan tandas…

“ya Allah, lindungilah hamba mu” mulut Raudhah tak berhenti berzikir dan berselawat..kisah seram yang diceritakan oleh kawan-kawan menerjah ruang fikiran dan dia terbayang yang macam-macam

Dari dimarah oleh guru addmathnya yang garang itu, dia rela mengambil risiko untuk berdepan dengan kegelapan malam ini untuk mengambil buku latihannya.

“alamak, kat mana pula lampu kelas ni” rungut Raudhah sambil meraba-raba ke dinding kelas..

“alhamdulillah,jumpa pun” suiz di petik..

“Allahuakbar!” Raudhah terkejut, mukanya pucat lesi..sebaik sahaja lampu suiz dibuka, sepasang mata yang merah menatap wajahnya..

“kau buat apa kat sini, hah?!” Azrul menjerit ke arah Raudhah.

“aik, kenapa anta nak marah-marah pula? Ni kelas ana juga, ana nak ambil barang, anta tu kenapa kat sini? Dah takde asrama nak balik ke? Duduk dalam kelas, ada lampu, tapi ditutupnya pula” Raudhah membalas pedas walaupun jantungnya masih berdegup laju kerana terkejut tadi masih belum hilang.

“argh!” Azrul bangkit, menggalas beg besar dan bangun.. Raudhah terkesima..

“eh Azrul, anta nak pergi mana dengan beg besar tu?”. Air mata dari insan yang suka menyakiti hatinya itu dilihatnya berguguran..membuatkan Raudhah diperuk rasa sayu dan hiba..

“Kau jangan sibuk urusan aku!” Raudhah dijerkah lagi..

“kalaulah ibu anta tahu..” Azrul berpaling dan terduduk dengan kata-kata Raudhah..

“jangan sebut perkataan itu..aku dah takde sape dalam dunia ni..dia dah tinggalkan aku..” mata Azrul makin merah..ditahan agar air mata lelakinya itu tak terlihat gugur di hadapan seorang wanita.

“dia tak tinggalkan anta, tapi dia menunggu..” tanpa sempat Raudhah menghabiskan ayatnya..dia di sanggah..

“apa yang kau tahu Raudhah?? Apa yang kau tahu? Kau tak tahu satu perkara pun!! “ Suara Azrul memecah sepi malam..

“ana tahu semuanya..ana merasai semuanya..” Raudhah menjawab lembut..

“huh! Sume orang cakap perkara yang sama! Korang takkan dapat rasa apa yang aku rasa! Korang bukan di tempat aku!” hati Azrul makin panas..airmata nya lancar jatuh kebumi tanpa sempat ditahan-tahan..

“korang masih ada keluarga! Aku dah takde sesiapa!! Takde!!hidup aku kosong..kosong!! dah tak guna aku belajar lagi, dah tak guna aku hidup lagi” Azrul terus meluah rasa..

“Azrul, istighfar..” Raudhah tahu, Azrul Cuma mahu memberitahu isi hatinya yang sudah lama di simpan sejak kematian ibunya seminggu yang lepas..Cuma mahu meluahkan..Cuma mahu berkongsi..

Selepas ibunya menghadap Rabbul Jalal, Azrul yang dahulunya penceria kelas 5Anggerik itu terus senyap. Sepi dan selalu berkhayal..kalau dulu, dialah yang paling cepat menjawab tiap persoalan yang guru-guru lontarkan, bertanya soalan-soalan yang tak pernah terfikir dek akal teman-teman yang lain..tapi kini, senyap..sunyi..

“Azrul, anta betul..ana tak seorang, ana masih ada abang dan ada ayah..tapi ayah di penjara, sedang menunggu hukuman tali gantung kerana membunuh ibu ana..mungkin ini adalah rahsia ana..dan sekarang ana anggap ini adalah rahsia antara ana dan anta, boleh?” Azrul terkejut. Matanya bulat menatap wajah Raudhah..aku yakin sekali, dia tak kan pernah percaya satu butir pun dari kalimat yang meniti bibir Raudhah tadi.

“ana pernah rasa apa yang anta rasa..lebih teruk lagi, yang ana rasa, bukan sahaja di dalam hati, tetapi juga di luar..ayah ana kaki pukul” Raudhah senyum..cuba menenangkan diri sekali gus mengharapkan ketenangan itu mengalir ke dalam diri Azrul.

“alhamdulillah, ana masih bersyukur, selama mak hidup, mak tak pernah sunyikan kami, ana dan abang ana dari didikan islam walaupun mak adalah mualaf yang tak tahu menahu langsung tentang islam..sebab dia memeluk islam kerana perkahwinan..” Beg yang di galas Azrul terlucut dari bahunya..matanya tak berkelip memandang Raudhah..menanti kisah selanjutnya..

“Cuma…hari dah lewat malam, ana datang kelas sebab nak ambil buku latihan, lain hari ana cerita lagi ye..Insha Allah..walauapapun yang terjadi,Azrul kene ingat, Allah datang kan ujian, bukan untuk melemahkan tapi untuk menguatkan..Allah ambil yang lain dari diri, tapi Allah beri islam dalam hati..He knows the best!” Raudhah mengambil buku latihan add mathnya, memberi salam dan berlalu pergi.

Dada Azrul berombak..lidahnya kelu, matanya langsung tak berkerdip melihat bayangan Raudhah menghilang dari pandangan mata..

“astaghfirullahal azim..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar!” Azrul beristighfar dan bertakbir..terlalu terkejut dengan kisah hidup Raudhah..

“betul, Raudhah betul, alhamdulillah masih ada Islam dalam hati, Allah knows the best..” Azrul menangis semahu-mahunya malam itu..hatinya terasa tenang menyebut nama Allah…

sejak ibunya meninggal minggu lepas, dia terus menerus menyalahkan takdir..kerana mengambil ibu yang cukup-cukup di sayangi sepenuh hati itu..dia lupa yang beriman pada qada’ dan qadar adalah salah satu rukun dan asas kepada keimanan..dan dicelah tangisan itu, terselit rasa kagumnya pada diri Raudhah..wanita yang dahulunya selalu diperkecilkan kerana kerap benar mengalirkan air mata kerana hal-hal yang kecil. Tetapi, rupanya Raudhah terlalu hebat untuk dibandingkan dengan dirinya..

Antara egois dan sensitif..antara meredhai dan meragui..di sebalik kehidupan, ada 1001 kisah yang tak semua insan tahu..

Selasa, Disember 22

SUMMER HOLIDAY

Alhamdulillah wa syukur lillah..

balik dari negara sana, terus membatu..itu mungkin salah satu pendapat orang lain pada ku..sebabnya, mmg ku akui..aku diam membatu..senyap sunyi dalam menulis..di blog mahupun di fb..even ym sekalipun..ironinya..

kata abah pada makcik ku bila makcik ku tanya aku kt mana...
"anak perempuan yang sorang ini, balik mesia pun macam xbalik.."

debush! kene sekali..sori bah..walaupun abah xpernah cakap camtu kat aku sndiri..aku sedar yg itu lah kata hatinya...hakikatnya,abah faham sungguh dengan kerenah anak nya yang sorang ni...belum pun jejakkan kaki kat tanah air, dah di tanya nya plan aku semasa cuti nanti..abah dah faham dan dah pun bersedia bila aku slalu tidak ada di rumah..cuma rindu dan kasih seorang ayah...kan akan tetap ada?

jadinya, setelah aku menyesakkan 2 minggu berturut-turut yg lepas dgn pelbagai aktiviti..aku tekad nak duk umah...dan tgk abah senyum lega bila nampak anak nya ni ada kat umah..

al kisahnya 1: minggu pertama, aku jadi fasi..di recommend oleh abang sulungku..bermula lah pengalaman ku menjadi fasi untuk kem smart quraan..terkedu jg bila abang lil kata program tu bukan 3 hari, tp 7 hari! uwaa~ selalu plg lama aku kuar pun 3hari 2mlm..pastu balik umah..alasannya cuma satu, tak selera makan kat luar..boleh tahan 3hari makan luar..lepas 3hari, muak datang bertimpa-timpa...solusinya, makan biskut/roti je..haih..macam2

tapi xpe..yg seronoknya KSQ II ni, sebab ada budak-budak! hehe.dah lah budak2 comel (ada yg jeles?kuikui)...fasi2 dan jurulatih2 semuanya cooolll~walaupun hanya ada 7orang fasi, tapi kerjasama yang diberi cukup aku kagumi..apa tidaknya, bukannya tugas itu diberi secara khusus, tapi setiap fasi mainkan peranan masing2 untuk mendidik "anak2 KSQ" ini untuk jadi lebih berdisiplin dan hidup dalam biah solehah. nasihat dan peringatan yg diberi kan pada sela-sela masa cukup untuk mentarbiah adik2 KSQ dan diri aku sendiri biarpun tazkirah ringkas itu hanya diberi secara spontan..kagum2..korang mmg TERBAIK!

walaupun baru kali pertama aku mengenal teknik Al Baghdadi yang di ajar dalam kem ni...banyak wat diri sndri sedar, yang bacaan quraan ku masih banyak yg perlu di perbaiki...Sekurang2nya, dalam membantu adik-adik, aku juga dapat mengislah diri...tgk dorg menghafal tiap pagi, aku juga terdorong sama utk menghafaz..walaupun sedar dan mengakui diri ini tak mampu nak selaju adik2 ni menghafal...cekap betul! subhanallah..moga kalian kan menjadi anak yang soleh dan solehah insha Allah..amin

cerita 2: habis program di UKM, balik rumah hanya untuk satu malam dan esok paginya aku memulakan kembara lagi...ke melaka.Baitul Qura'.
kali ketiga aku ke sana..kali pertama bersama sahabat yang sungguh2 aku rindui(B)..kali kedua sebaik sahaja exam SAM berlalu..dan ini kali ketiga ku..

tak rugi, secubit pun..walaupun saban hari, aku mengira hari untuk pulang ke rumah..rindu dan rindu dgn rumah..tapi pengisian dari ustaz zul yang cukup2 cantik,menarik dan tertarik buat aku lupa dgn "homesick kebudak2kan" itu...
sungguh, ilmu yg datang direct dr ulama ini ckup menusuk kalbu...ngantuk camne pun, aku cuba tahan agar tak skerdip pun ilmu dari nya aku tertinggal..allahuakbar...

ulama' yg cukup zuhud ini, ilmu nya melangit....alhamdulillah, walaupun aku cuma hadir seminggu (yg sepatutnya adalah daurah selama 2 minggu), sempat jg aku hadamkan 3kitab..alhamdulillah..jazakallahu khairan jazak ya ustaz..moga Allah balas jasa dan segala ilmu yg ust beri pada kami dengan sebaik-baik ganjaran..

hidup ini ada 2 jalan..jalan pertama, Jalan Sabar
jalan kedua, Jalan Syukur..
Ujian yang Allah datangkan dalam hidup juga ada 2..ujian nikmat dan ujian musibah...sabar dan syukur jalan keluar terbaik..

subhanallah wal hamdulillah wala ila haillah wallahuakbar..

p/s: terkesan dgn tiap ukhwah yg terjalin sepanjang dua minggu yg lepas ni...moga ukhuwah antara kita terus diratib dengan ingatan kita pada yang Maha Satu..syukran ala kulli hal..salam sayang buat sahabat2 (^^)





Rabu, November 18

Renungkan~

bismillahirrahmanirrahim

kertas putih..yang diwarnakan dengan pelbagai jenis warna...ada hijau, lembut..tenang hati melihat..ada warna putih, suci.....hitam, warna penuh gaya..merah, warna yang menggetarkan jiwa....unggu,jingga,kuning dan berbagai lagi..

soal cantiknya sesuatu warna pada sesebuah lukisan..bukan hanya boleh di jawab oleh pelukis... jawapannya ada pada yang melihat...yang menghayati kanvas lukisan yang penuh dengan pelbagai warna...

kanvas kehidupan...ianya penuh dengan pelbagai corak...ada yang kelam..ada yang cerah...dan kelam itu....tenggelam selalunya...tatkala warna ceria itu tercalit pada kanvas lukisan kehidupan...

warna-warna ini....yang dulunya selalu aku lihat tanpa makna...yang dulu, selalu aku pandang tanpa apa-apa rasa..tapi kini...aku belajar menilai satu-satu warna yang dilukiskan dalam kanvas hidupku..menyedari, lukisan ini..perlu di analisa oleh ku..dalam-dalam..dan menghayatinya dengan penuh penafsiran..

walau kadang-kadang, warna gelap selalu digunakan

supaya lukisan itu tampak sempurna..agar lukisan itu ada harga dan nilainya....

itu erti kehidupan yang ku fahami..

kehidupan tak mungkin selalukan cerah...mendung sementara, bukti kasih dan cintanya Dia..andai bijak menilai, mendung yang Allah hadirkan bukan untuk menyukarkan kehidupan...tetapi memudahkan jalan untuk mencapai kasih sayang tertinggi dari Dia..

wahai insan, belajar lah menafsir kanvas kehidupan...kerana tiap awan gelap yang datang...pastikan ada sinar mentari selepasnya...yakinlah..

Allah tidak memberi dugaan untuk melihat hamba-hambaNya terduduk lalu putus asa dengan kehidupan...

tetapi Dia mahu kita agar terus bangun, menadah tangan, meletakkan seluruh kebergantungan pd Dia, menggenggam janjiNya..dan meneruskan kehidupan dengan kepercayaan dan keyakinan pada tiap jalan yang telah Dia sediakan adalah yang terbaik buat diri..


tidakkah kau menyedari..saat dugaan datang, penyelesaaiannya sudah ada dalam pengetahuan Dia...pada siapa mahu kita mengadu..jika bukan Dia?

"ya Rabbi, sungguh kami cuma hamba..yang selalu mengharap kasih dan sayang Mu..kuatkan kecintaan antara Kau dan aku...moga cinta ini bersatu selalu dalam setiap denyutan nadi dalam tubuhku"

Isnin, November 16

Ar Raudhah- Part 1

"budak bodoh!" Raudhah dan Azrul berselisih..

Raudhah berpaling..Azrul tersenyum menyindir dan terus berlalu..darah menyirap..panas satu muka..

"apsal? apsal si Azrul cakap camtu kat ko?" linda menyoal kehairanan..

"kita patah balik!" hasrat awal untuk ke toilet, patah! mati..

"nak pergi mana?" tanya atikah yang sejak tadi mendiam kan diri..terkejut mungkin..mana tidak nya..si Azrul tiba-tiba mahu cari pasal dengan muslimat yang seorang ini..anak gadis yang bernama Raudhah ini bukan selalu bercakap dengan lelaki..sepatah yang keluar dari mulutnya, hanya jika ada perkara yang mustahak perlu di sampaikan..lebih-lebih lagi dengan insan yang bernama lelaki..

"masuk kelas, aku ada perkara nak cakap dengan Azrul" kata-kata itu keras dan jelas. kedua-dua sahabat Raudhah sudah mula tak keruan...Azrul bukan budak lelaki yang biasa-biasa..ego..dan kata-kata yang keluar dari mulut dia, bukan sahaja kawan-kawan sebaya yang terkena pedasnya, cikgu juga berani dia lawan..

"hahaha, lawak giler..ko patut tengok muka terkejut si Raudhah masa ko cakap dia bodoh tadi..memang lawak!" ketawa bergema di dalam kelas 3Husna itu..Raudhah mengetap bibir..
"assalamualaikum.." ketawa tadi mati..

"boleh ana nak cakap sikit?" gantian nama ana,anti dan anta selalu ditekan kan oleh naqib dan naqibah Sek Agama Rakyat ini...jadi,walaupun dalam nada marah, kata ganti nama bahasa al Quraan itu mententeramkan sedikit jiwa yang terkejut..

"boleh-boleh" si Azrul menjawap selamba walaupun di mukanya jelas tampak dia amat terkejut dengan kedatangan Raudhah yang langsung tak dijangka

"kenapa panggil ana, BODOH tadi? nada Raudhah meninggi..

"errr..ana main-main je" si Azrul menjawab tanpa stand yang kuat. jawapan yang sungguh tak boleh diterima akal.

"anta, kalau nak bercakap, fikir dahulu, boleh? Anta ni siapa nak panggil ana macam tu? ingat kelakar?Selama ana hidup, mak bapak ana, tak pernah sekali pun sebut perkataan tu..tahu?" butir-butir kata yang keluar akhirnya diiringi butiran airmata yang berjujuran..terasa maruahnya di pijak-pijak oleh insan bernama lelaki. Lantas,Raudhah berlalu pergi..

kelas itu senyap sunyi..bagai baru di sambar garuda..

"betul kata Raudhah..apa rasional ko cakap camtu kat dia tadi?" Lokman yang awalnya turut ketawa dengan gelagat Azrul, mula berfikir dengan dalam kata-kata Raudhah..

"Alah..aku saja je..tak sangka lak dia amik hati sangat..aku kan selalu compete ngan dia dalam kelas..aku geram la bila dia dapat result lagi tinggi dari aku...kita lelaki weh..patutnya kita kene conquer dan score sume paper..pastu, pagi-pagi sabtu ni, kita datang kelas nak wat study group, dia ngan kawan-kawan dia pun nak datang gak..amik tempat yang kita selalu guna nak study..pastu, kita nak study camna?" angkuh sungguh jawapan Azrul

"ntah ko ni Azrul..takkan sebab tu ko nak marah sangat dengan dia? dia datang dulu..dan dia dapat tempat study group tu dulu..bukan salah dia..salah kita lah..kita yang datang lambat..aku tak faham gak ngan ko ni..menyesal aku ikut ko tadi.." kata Khairul dengan nada kecewa

"weh..korang jangan lah sokong dia lak...yela-yela..aku mengaku aku salah..so,camne ni? hadoi..dak perempuan ni memang arr..cepat betul kecik hati..sikit-sikit nangis..menyampah betul aku" Azrul masih mempertahankan egonya..

"ko ni kan Azrul..aku faham la adik beradik ko sume lelaki...tapi ko takleh la nak benci orang pompuan camtu...mak ko kan perempuan gak..patut ko respect dowh orang perempuan ni, kaum ni lah yang lahirkan ko dulu,besarkan ko sampai besar camni..pastu ko nak kutuk-kutuk pulak..aku rasakan..lebih baik ko minta maaf dengan Raudhah" Lokman melontarkan cadangan..

"yela-yela.." Azrul mengalah lantas bangun ke bilik diskusi khas untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga..

bilik itu sungguh selesa untuk dijadikan bilik perbincangan..dengan white board yang tersedia..kerusi empuk dan meja besar yang cukup selesa...ia cuma boleh memuatkan hampir 20 orang pada suatu-suatu masa..dan bilik itu cuma satu..tak hairan bilik ini menjadi rebutan pelajar-pelajar tingkatan tiga..

Raudhah masih dalam esak tangisnya...tak menyangka..sampai hati si Azrul berkata begitu padanya..dia mencongak-congak..apa salah dia pada Azrul,rakan sekelasnya itu..jika ada dia tersilap kata kepada Azrul..tak mungkin pula..lazimnya, di kelas, sukar untuk dia melontar walaupun satu patah perkataan..jika ada cadangan yang ingin dia lontarkan..pasti dia sampaikan kepada Khadijah..Khadijah yang akan sampaikan apa-apa cadangan kepada keseluruhan kelas..lalu, apa silap dia?

Atikah dan Linda mengusap-usap belakang Raudhah yang masih terenjut-enjut dalam sedu..

"Bersabar je Raudhah..ko bukan tak kenal Azrul tu..memang keje dia suka sakitkan hati orang..lagi-lagi dak perempuan..ko tengok la kat kelas..selalu je carik gaduh dengan Khadijah..tak faham betul aku dengan dia!" Linda meluah kegeramannya..

"yela..aku tau..tapi masalahnya, apa la yang aku buat kat dia sampai dia cakap camtu.." Raudhah menyahut dengan airmata yang masih laju mengalir..

"dah la tu Raudhah..ko jangan amik hati sangat ye...merah sangat muka ko ni...mata pun dah bengkak..nanti orang nampak nanti.." Atikah memujuk...

Raudhah sedaya upaya menahan airmata nya dari turun lebih laju..bukan apa...hakikatnya, dalam diam, Raudhah menyimpan rasa hati kepada Azrul..tak tahu kenapa dia ada hati pada lelaki yang tinggi ego nya itu..mungkin kerana Raudhah kagum dengan erti persahabatan pada Azrul..

Dalam ketinggian ego si Azrul, dia sungguh sayang pada sahabat-sahabatnya..pantang kalau ada muslimat-muslimat yang mahu mengutuk kawan-kawan musliminnya..pasti dia sanggah habis-habisan..bukan itu sahaja..kalau ada cikgu yang memarahi kawan dia..dia juga yang bangun untuk membela..Raudhah kagum dengan sifat dia yang sangat menyayangi kawan-kawannya..itu juga lah perwatakan abang kesayangan Raudhah, Hafiz. Mungkin itu yang menarik minat Raudhah terhadap Azrul..dan minat itu di semat baik-baik dalam kalbunya..tiada siapa yang tahu.cuma dia dan Allah..

"assalamualaikum.."

............................................................................................................................................to be continued

Jumaat, November 13

KULIAH ONLINE Mai lagi!! =)

Tajuk : Melihat Dunia dari kaca Mata Al-Quran & Sunnah

Tarikh : 14 November 2009(sabtu)

Masa : 8pm (Perth/Malaysia) & 11pm (Melbourne)

Undangan : saudara Khairul Azmi Fahmi bin Jamil(Tahun 3, Ijazah kejuruteraan mekanikal, University of Adelaide)

Medium : YM (sila add id ym-krimanz)

Anjuran : INTELEK ANZ


kata hati 'pengikut kuliah' yg lepas:

kalau ikut kuliah lepas yang ana join (walaupun telat sdikit sbb ada tetamu mai umah), tapi huraian dan kupasan dari yang mmberi kuliah sgt berkesan di hati...buat mengisi hati2 yang fitrahnya, juga perlukan SANTAPAN rohani...jom, kita buat appointment DINNER khas untuk hati2 dan jiwa2 kita ni...jom..jom..dan jom! (^__^) -sure xrugi-

Rabu, November 11

Ketuk Dan Tanya

5 Tahap IMAN Manusia

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as- Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2, Rasul2 dan Nabi,Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya.Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqomah.

Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah
Ali Imran, ayat 139 :
Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

[sumber:my junior(Azwan Einstien)]

p/s: ketuk pintu hati, dan tanya saudara/saudari iman dalam tu, kat mana tahap dia? selagi Yang Maha Pemurah itu masih mahu meminjam kan kita udara dan nyawa ini secara PERCUMA, renung dalam2...siapa kita tanpa DIA?? -tiada nilai-

Isnin, November 9

Kekuatanmu..

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah~ segala resah, setiap gundah aku pulangkan semula kepada yang memberi aku semua itu, agar aku terus sedar dan tidak alpa yang aku cuma seorang HAMBA

hati mengumpul segala yang berlaku...kerana kesibukan exam yang menjenguk di pintu kehidupan ku, diary ini lalu diletak tepi...alahai, kesian sungguh..berkongsi sekadar yang mampu, itu prinsip kehidupan insha Allah..

musim hangat sebelum exam, aku dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan berita, salah seorang sahabat kami ditahan di hospital..resah..mohon lagi pada yang Maha Berkuasa, moga Di permudahkan segalanya...ditambah dgn kejutan kedua, akan ada surgery untuk mengeluarkan "sesuatu" dari badannya..aku renung wajah sahabat ini..cuma untaian doa mampu dihulurkan..aku tahu ia perit, tapi aku juga meyakini ganjarannya terlalu manis andai sabar, yang kau jadikan pelapik kekuatan..

pagi itu, aku ke hospital lagi...kali ini, aku bertemu dengan kedua ibu bapa dia...sungguh, ibunya juga cukup tenang..andai si ibu kuat begini, mana tidaknya kekuatan mu mengalir dalam tubuh si anak, wahai ibu..aku cium tangan si ibu dan lantas memeluknya..dengan kepenatan berada dalam flite selama 5jam itu, dia tak betah duduk diam pabila anaknya yang baru di operate semalam,meminta sesuatu..di gagahkan diri walau kepenatan itu sungguh jelas di wajahnya..ibu,ibu,ibu...masakan tidak , insan agung itu, Rasulullah saw terlalu menyanjungi diri mu..

berita dari doktor, tambah memeritkan..satu ovari yang dibuang semalam bukan kerisauan yg besar..ada sel kanser yang wujud di situ...setelah berita itu sampai pada dia, dia meminta izin untuk menunaikan solat sunat..aku terkedu..mata ku terus menangkap wajah teman itu..matanya merah...namun aku tahu, hati nya jernih...apapun yang datang untuk dia, dia rujuk kembali kepada Kekasih Agung itu..hati ku berdegup laju, wajah kedua ibubapanya juga aku renung dalam-dalam..semuanya tenang..allahuakbar..

kekuatan mu sahabat, membuatkan aku juga mahu kuat seperti mu..kebergantungan seluruhnya diletakkan pada Azza Wajalla..moga kamu beroleh yang terbaik dalam hidup mu...
Doa akan terus diselitkan buat sahabat-sahabat yang dekat di hati ku..
ketenangan itu ada pada zikrullah....moga kami tidak pernah alpa ya Rabb..

Khamis, Oktober 29

berita baik lagi~

KULIAH ONLINE


Tajuk : Nilai Segulung Ijazah

Tarikh : 31 oktober 2009

Masa : 8.00pm(perth/malaysia) , 11.00 pm(melb) & 1.00am (NZ)

Undangan : Saudara Muhammad Afiq Kamaruddin
(bechelor of mechanical engineering, University of New South Wales(UNSW))

Medium : ym (sila add id ym-krimanz)

Anjuran : INTELEK OZNZ


p/s: sekali lagi diberitakan tentang kuliah online yg menarik ini! jom join!terbuka untuk semua di luar atau dalam negara~ wallahualam..

Sabtu, Oktober 17

tragedi OKTOBER

bismillahirrahmanirrahim

sama seperti 20 tahun sebelum ini, bulan ni datang lagi..dari kecik sampai ke besar, bulan ni bulan paling best untuk kami tiga sekawan..

masa kecik, kami dipakai kan baju cantik-cantik, ada makanan banyak, kawan-kawan ramai datang rumah..dan paling menarik,dapat hadiah..

makin besar, tiga sekawan ni dah tak selalu bersama lagi..masa kita selalu bersama, selalu main sama-sama dan gaduh-gaduh...letih mak nasihat..jangan gaduh2..nanti jadi macam dekat negara lain yang ada perang saudara..bila sume dah pergi bawa diri..baru masing-masing rasa kehilangan..jarang-jarang kita jumpa..tapi, bila jarang jumpa..alhamdulillah,kita kurang bergaduh dan makin rapat..

tiap kali bulan ni datang..mak je yang xpernah lupa tiga sekawan ni...ana dan korang? selalu buat-buat lupa...sebabnya..(entah?)..tahun lepas, mak bagi tiga sekawan ni keychain..ana dapat satu diary kecil..comel..walaupun dah lama tak tulis diari di buku (sbb ada online diary ni) tapi sebab mak bagi, ana simpan (^^)..dan, takde hadiah yang paling ana suka,melainkan hadiah apapun dari mak..hadiahnya simple, tapi mesti menggembirakan hati..kan kawan?

kalau ada rezeki, ana bagi juga hadiah untuk dua kawan lagi tu..button bedge dan keychain(ini je ingat)..tapi, biasenya,dorang bukan guna pun apa yg ana bagi (yeke?)..jadi,akhirnya,selalu bagi mesej je =P..dan bagi doa..ok kan?

tahun lepas ada kek 2 tingkat..mak kata, yang atas tu,ana punya (^_^) terimakasih mak..bawah tu, korang nyer..sebab kek bawah tu besar, korang berdua kene kongsi..macam biase, korang ok je..walaupun kita selalu sambut besday ala kadar sahaja..ana tak pernah lupa satu pun kenangan kita sama-sama..

ingat dulu, pernah mak tak sempat beli kek..jadi mak beli kek kecik sorang satu..besh kan? mak ajar kita untuk jadi manusia sederhana bukan manusia dunia..mak akan beri hadiah untuk setiap anak-anaknya, walaupun hadiah itu pastinya tidak mahal,simple dan sempoi..

dari kecik, mak selalu hadiahkan buku..bila sampai bulan ni, kita semua dapat buku sorang satu..dan kita tukar-tukar buku antara kita bertiga..bila dah besar, kadang-kadang mak bagi brooch cantik(untuk ana je sbb ana je pakai),key chain yang ada nama,diary comel dll..apapun yang mak bagi, ana tau korang mesti simpan hadiah yang tak mahal dan simple tu sebaiknya..sebab mak ajar kita untuk meyakini, hadiah bukan perkara utama...tapi yang penting, ingatan..

kalau boleh, ana taknak ingat bulan ni..sebab tak dapat sambut besday ala kadar yang ana tunggu2 saban tahun dengan mak,abah dan ahli keluarga yang lain..tapi, hakikatnya,ana kene juga lalu..xboleh skip2 bulan...jadinya..ana wish korang, hepi besday..takda kek,takda hadiah..tapi ada doa..doa khas untuk bang lil dan bang mi(korang mesti tau apa doa ana (^_^) ).

walaupun kita selalu gado2, kita tetap kawan sampai bila-bila,insha Allah..jadilah manusia yang tidak tergantung hatinya pada dunia...kerana dunia hanya sementara..bertambahnya umur, bertambah dekat jarak kita dengan kain kapan, keranda dan batu nisan..tarikh ini cuma mahu mengingatkan, agar kita tak lupa, makin dekat jarak kita dengan kematian..moga makin amalan kita ditingkatkan...

kita bertiga, tapi hati kita satu..terimakasih kerana sudi jadi kawan yang sangat baik untuk ana..dari kecik sampai besar,korang banyak berkorban untuk ana..korang selalu doa kan ana..korang selalu jaga ana..korang selalu nasihat ana...moga kita akan terus kekal sebagai KAWAN BAIK sampai bila-bila..

salam hari lahir yang ke-23 dan 24..(haih,dah tue rupenya..kuikui)



20October : Abdul Khalil (24)

26October: Zul Fahmi (23)
saya?

3tahun..
ni tak tau~

ni xleh berpisah..macam kombar dah~

tgk? macam orang lain nak culik adik dia? (-_-")
p/s: yg sebenarnya,dia abang yg penyayang =)


korang sungguh smart tym ni, npe skrg x lagi? hehe..(gurau2)
kita bertiga, tapi hati kita satu..terimakasih kerana sudi jadi kawan yang
sangat baik untuk ana..dari kecik sampai besar,korang banyak berkorban untuk
ana..korang selalu doa kan ana..korang selalu jaga ana..korang selalu nasihat
ana...moga kita akan terus kekal sebagai KAWAN BAIK sampai bila-bila..
insha Allah

gambar yg diedit oleh seorang sahabat..syukran..(^^)

Isnin, Oktober 12

buat insan yang mahu berfikir~

dengan nama mu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..milik Mu segala kepujian...milik Mu jua segala kesempurnaan

petang ini petang yang cukup indah...aku menghadapkan wajah ku ke arah Swan River yang mengalir di hadapan ku...biru..tenang...dan alhamdulillah, tenang itu setenang hati ku...subhanallah, sungguh....tidak lain yang menciptakan kecantikan luar biasa ini melainkan penciptaNya pasti yang paling Agung,dan Terhebat..

"kak Ana, ada satu soalan yang huda nak tanya, kawan-kawan huda pernah utarakan soalan ni..bukankah orang kafir itu adalah bahan api dalam neraka?"

aku senyum lantas menanggukkan kepala..

"tapikan...kawan huda kata, dorang tak percaya..sebabnya, orang-orang non muslim yang baik-baik tu...takkan dorang juga akan jadi bahan api dalam neraka nanti..dan tak adil untuk mereka dijadikan kayu-kayu api dalam neraka sedangkan mereka tak pernah tahu adanya agama yang benar?" soalan tadi ada sambungannya..

"betul juga" jawab ku..terkenangkan diri ku, yang pernah mengutarakan soalan yang cukup serupa...

"huda, soalan ini juga pernah akak tanyakan pada diri sendiri..ahli keluarga akak, sebahagiannya adalah terdiri dari non-muslim..uncle,auntie dan cousins akak ramai nya adalah chinese kristian yang cukup-cukup baik...dan adakalanya,mereka ini lebih baik dari makcik dan pakcik islam akak sendiri"

bukan mahu membuat perbandingan..aku menghormati kesemua ahli keluarga ku...pakcik-pakcik dan makcik-makcik ku yang beragama islam cukup baik..cumanya, aku mahu mengajak huda menilai, walaupun islam bukan dalam pegangan aqidahnya, uncle dan aunty chinese ku juga tetap punya hati yang mulia..

"mereka tak pernah bandingkan akak dengan sepupu-sepupu yang lain..dan mereka tak malu memeluk akak dihadapan orang lain dan mengakui akak adalah anak buahnya,walaupun akak dan mereka cukup berbeza lahiriahnya" mana tidaknya, aku dengan pakaian ku, tudung dan berbaju kurung, dia pula tanpa tudung dan berseluar pendek..tapi tiada tembok yang membuatkan dia untuk malu mengakui yang aku punya hubungan darah dengannya...dan aku cukup kagum tentang itu!

huda terus mengangguk-anggukan kepala...

"saat mak kepada mak akak mati maksudnya nenek cina akak, mak akak menangis sepuas-puasnya, sebab dia tahu, semua orang kafir akan ke neraka.."
airmata ku mula bergenang, terkenang saat aku melihat, airmata seorang anak tumpah apabila mendapat khabar yang ibu kandung nya mati sebelum sempat melafazkan kalimah syahadah yang teragung itu..

"masa tu, mak juga menyoal persoalan yang sama, boleh tak Allah beri kemaafan pada mak dia, sebab mak cina dia adalah orang yang menghantar dia ke rumah muslim dan mengizinkan dia untuk hidup sebagai seorang muslim..kalau mak cina dia tak hantar dia ke rumah orang melayu itu, akak juga mungkin bukan yang memakai tudung saat ini" persoalan ini lahir jujur dari hati seorang anak, yang terlalu mengimpikan agar ibu kandungnya bisa mengecapi syurga atas kebaikkan semasa hayatnya...

dan kebaikan itu terlalu agung..buat mak,aku dan seluruh keluargaku...kerana tanpa usaha dan keizinan dia untuk memberi mak kepada orang melayu islam...kami mungkin bukan sesiapa..dan kami mungkin adalah salah satu calon kayu api dalam neraka!

"Allahuakbar..." hati ku bertakbir memuji keagungNya menyusun rencana dalam kehidupan insan..alhamdulillah, aku terpilih untuk menjadi seorang Muslim..

aku memandang ke sungai yang mengalir tenang.."cuma akak teringat, pada jawapan abah akak ketika cuba menenangkan hati mak akak..kata abah, mana tahu, di saat mak(nenek cina) nazak, ada kelibat Yah(mak) ajarkan dia untuk mengucap...insha Allah, dia mati dalam islam"

itu kata-kata abah...ringkas tapi dalam maksudnya..kata-kata itu membuatkan mak lebih tenang, walaupun airmatanya terus menitis...dan saat itu, aku baru berumur 10 tahun...namun,apa yang berlaku,semuaya jelas dalam ingatan ku.

"hanya satu,pengetahuan kita tentang makrifatullah(pengetahuan kita tentang Allah), apa yang kita belajar dari asma' wa sifat..nama-nama dan sifat-sifat Allah, membawa akak untuk meyakini, yang Allah itu Maha Adil" aku memandang huda semula...tersenyum dan airmata yang bergelora di kelopak mata tadi kembali surut..

"siapa kita..manusia yang penuh kelemahan dan kekurangan..penuh berjuta kekhilafan..untuk menilai non muslim yang ada di sekeliling kita? sebab tu, sebagai seorang muslim, kita perlu berbaik pada semua yang ada disekeliling biarpun mereka bukan yang sama agama dengan kita.kerana mungkin di saat pengakhiran kehidupan orang-orang ini, Allah angkat darjat mereka dan izinkan lidah mereka untuk mengucap dengan cara apa sekalipun..dan Allah punya segala kekuatan dan kemampuan untuk melakukan itu.."kun fayakun" yang bermaksud 'pabila Aku berkata jadilah, maka jadilah'...siapa tahu, kuasa Allah?tak mustahil..ye tak?..aku menyoal kembali untuk melihat respon dia..

"betul juga.."dia terus menganggukan kepala..panjang lebar ulasan ku, namun huda tetap tidak hilang fokus pada 'bebelan' ku..kagum sungguh aku dengan adik di hadapan ku ini..walaupun usianya cukup kecil jika mahu dibandingkan dengan diri ku, namun akalnya cukup matang dan dewasa...aku yakin bukan semua adik-adik yang di usia sama dengannya, mahu dan mampu bertanya persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan dan hujah seperti ini..

"Allah cipta semua kejadian untuk manusia..supaya manusia itu berfikir...tengok ni semua, burung-burung yang berterbangan, air yang mengalir di Swan River ni...siapa yang terbangkan burung dan siapa yang alirkan air? kalau insan itu berfikir, mereka akan temui jawapan..dan jawapannya ada pada Islam" kami berdua terus melontarkan pandangan ke atas awan...seronoknya tengok burung-burung yang berterbangan...dan tenangnya hati melihat awan biru..

"Istimewanya manusia dari haiwan, Allah kurniakan akal...agar digunakan untuk berfikir...dan manusia yang menggunakan akal untuk berfikir,adalah orang yang sangat untung...ada juga manusia yang malas untuk berfikir walaupun dorang ni dah islam..hanya mahu rileks, taknak pening-pening dengan perkara-perkara yang berat-berat..lalu,mereka ni.."

"samalah macam haiwan", huda menyambung tepat..

"betul, sama dengan haiwan yang makan,tidur dan hidup rileks tanpa mahu berfikir,sebab haiwan ni memang takde akal" senyum terukir lagi, hebat insan bertubuh kecil molek di hadapan ku ini..tubuhnya kecil, namun pandangan akalnya,luas..

"jawapan akak pada persoalan huda tadi, hanya pada keyakinan akak pada Maha Adilnya Ar Rahman dan Ar Rahim itu..siapa yang akan jadi bahan api dalam neraka, adalah orang kafir..tetapi siapa yang kafir di saat pengakhiran kehidupan kita, semuanya dalam pengetahuan Dia...apa yang kita mampu buat untuk non muslim di sekeliling kita, hanyalah berdoa dan jika ada peluang dan ruang, bawalah mereka mengenali islam" aku menarik nafas dalam...
kerana itu juga harapan dan doaku buat keluargaku yang masih belum memeluk islam...agar mereka menemui sinar iman dan keindahan islam..

aku dan keluarga, masih berusaha sedikit demi sedikit untuk menunjukkan islam ini indah dan mulia kepada keluarga non muslim kami..adakalanya kami hadiahkan al-quraan, bertanya khabar dan meraikan mereka bila adanya event-event penting dalam family...kami merasai amanah yang Allah beri buat kami sekeluarga untuk menunjukkan kecantikkan islam ini pada keluarga non muslim ini..lalu,doa selalu dipohon, agar Allah permudahkan segala urusan dan perkuatkan diri kami..moga Allah beri hidayah buat mereka..dan buat ahli keluargaku yang sudah pun bergelar muslim, moga terus istiqamah dan ditetapkan iman dan islam dalam diri...

"eh, akak yang cadangkan bbq ni,akak pula yang berborak kat sini, jom pergi tolong dorang" aku mengajak huda ke tempat sahabat-sahabat lain berkumpul..

senyuman terukir lagi, rindu benar pada perbincangan seperti ini...dalam kesibukan melanda, rupanya banyak hati yang merindui...circle yang selalunya kita hadiri..moga Allah beri peluang dan ruang lagi..untuk kita terus berbicara..hati ke hati..melalui akal yang mahu terus berfikir..agar keimanan dalam diri terus disuburi...bersama ukhuwah yang akan kekal utuh di hati....terima kasih untuk semua...terimakasih juga kepada yang menjayakan BBQ tempoh hari..ada rezeki,kita buat lagi, asalkan niat ikhlas, bbq pun dikira ibadah....buat insan yang mahu berfikir~ insha Allah (^_^)

Isnin, September 28

pejuang juga insan biasa...

sekuat mana pejuang itu, dia tetap seorang insan biasa...
adat dan sunnatullah..
seorang teman ku pernah berkongsi rasa, tatkala dia tak diizinkan Allah untuk ke bumi Australia bagi melanjutkan pelajarannya...lalu dia berkata
"tiap kehidupan manusia itu ibarat roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah"
aku mengakui nya, lantas berkira-kira, mampukah aku andai tiba saatnya aku berada di pusingan bawah kehidupan ku...

hari ini, airmata insan yang lemah lesu tak berdaya ini menderu jatuh lagi...airmata..airmata..dan airmata...tanda aku benar-benar seorang hamba yang tak pernah sekuat mana....tatkala al-fatihah dilafazkan dalam solat ku, saat aku menyebut kalimah "iyakana'budu wa iyakanasta'in", "hanya padaMu kami menyembah dan hanya padaMu kami meminta pertolongan", terasa sesak benar jiwa seorang hamba yang benar-benar kerdil di hadapan tuannya Yang Maha Agung itu...sujud aku merendah diri pada kebesaran dan keagunganMU...

resah dan rawan dalam hati ini ada sebabnya...diri sendiri adalah punca segalanya..aku tahu dan pasti tentang itu....sekadar mahu berkongsi rasa, dan mencari setitis semangat dalam kekuatan nasihat seorang ibunda...lantas telefon ku gapai, nombor ibu tercinta di dail...sungguh, aku berdoa agar panggilan kali ini di angkat..dan alhamdulillah, suara ibunda sejuk membaluti resah hatiku...ampunkan aku, andai tiap kata ku mencuit resah hatimu...bukan niat ku...cuma sekadar mahu semangat dari insan yang terlalu dekat dengan hati ku....rasa bersalah menjengah diri pabila aku merasai mak juga turut merasa resah dengan luahan rasa ku...sudah puas menahan esak nya, namun hati ibu lebih memahami dan merasai...ampunkan ana, mak..

bukan itu niatnya...cuma mahu memohon doa...doa mustajab dan penuh keredhaan dari ilahi andai itu doa yang dilafazkan ibunda..moga dipermudahkan urusan anakmu di sini...urusan segalanya....urusan dakwah, pelajaran dan diri ku sendiri...syukran juga atas tiap nasihat yang diberi...aku merasai kemanisannya...aku gapai kekuatannya..syukran jg untuk abang-abangku yg tak pernah melupai adikmu yang jauh ini..mohon benar doa dari kalian..mohon benar kekuatan dari kalian..agar aku bangkit menongkah arus dengan penuh keberanian..

moga aku terus bertahan di pusingan bawah ini...kerana aku yakin, tidak lah tuan Ku itu membebankan aku melainkan dengan apa yang aku mampu...

Selasa, September 22

.: Ramadhan yang dirindui, Syawal yang dirai :.

assalamualaikum wbt
sungguh, terasa jauh benar aku dari diari online ku ini...
maaf, mungkin kerana masih tidak bijak membahagikan masa, blog ini hampir2 bersarang..

ramadhan yang berlalu cukup-cukup aku rindui..jam 5.45pm, kebiasaannya, aku dan sahabat ku akan mula bergerak ke musolla uni kami...berukhwah dengan sahabat-sahabat satu aqidah, menyediakan makanan, berbuka puasa dengan kurma, air susu, dan tak lupa dengan nasi beriani yang cukup-cukup menyelerakan..dilengkapi dengan tarawikh yang di imamkan imam yang cukup syahdu suaranya..aku jadi jatuh cinta pada ramadhan pertama ku di bumi Perth ini..dan saat ini, aku benar2 merinduinya..

saat aku menelefon mak dan menceritakan pengalaman Ramadhan ku disini, mak cukup terkejut..sangkanya, aku tidak akan merasakan kemanisan ramadhan kerana berada di tengah-tengah komuniti yang majoritinya adalah orang bukan islam ..namun, seusai penceritaan ku, mak berhamdalah beberapa kali, tanda kelegaan hati seorang ibu..bersyukur kerana aku masih merasai suasana Ramadhan...dan aku yakini dia lagi, di sini ramadhan ku lebih seronok berbanding ketika aku di taylors..di saat itu,aku terlalu sibuk bergelumang dengan test dan exam, di tambah pula dengan masjid yang jauh, kebanyakan masa, aku dan sahabat-sahabat hanya bertarawikh di rumah..

alhamdulillah, pengalaman menyambut ramadhan di rantauan kali ini banyak mengajar aku erti pengorbanan..pengorbanan seorang anak, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang ayah, pengorbanan sebagai saudara seagama..pengorbanan yang bukan calang-calang hebatnya..dan aku benar-benar terkesan dengan tiap yang berlaku di sekelilingku..mudahan aku juga bisa mengaplikasikannya dalam kehidupan ku..

aku juga belajar membuat kuih raya...dan tanpa ku sangka, ada pula yang menempahnya...walaupun semuanya adalah percubaan pertama dari ku dan sahabat-sahabat, aku harap ianya memuaskan hati insan-insan lain..insha Allah..(^^)

menjelang satu syawal, kesibukan memasak, beraya dan makan-makan di rumah-rumah kenalan, buat aku leka sebentar....menziarahi 9rumah dalam satu hari...lalu, tiada airmata syawal untuk hari pertama..aneh juga...mungkin kerana kesibukan dan keletihan yg terlalu, aku tidak lah terlalu bersedih..dan itu juga yang sepatutnya, kerana bukankah syawal itu hari kemenangan umat islam?

jazakumullah buat sahabat-sahabat yang selalu memujuk diri agar tidak terlalu berduka....syukran juga kerana sudi menceriakan diri ini di saat aku jauh dari keluarga tercinta..hari ini sudah syawal yang ke-4...lalu, aku dengan penuh kerendahan hati, mengulurkan huluran maaf zahir dan batin..andai ada salah dan silap selama kita berteman dan bersahabat...andai ada kekhilafan dalam penulisanku yang membuat kalian terasa hati, jujurnya aku menulis bukan kerana nama...aku hanya menulis hanya kerana ia datang dari hati dan ingin menyentuh jua hati...maaf buat kalian semua..

ramadhan yang berlalu kan terus dirindui..moga masih diberi keizinan untuk terus menghirup udaraNya hingga tibanya lagi Ramadhan yang akan datang....sambutlah syawal dengan sebaiknya...hari kemenangan yang dirai setelah kita berjaya menghabiskan episod persekolahan dalam mendidik jiwa dan nafsu diri....moga kembali semula kepada fitrah insani, seputih kain putih yang baru dan suci...buka lembaran baru hidup, moga istiqamah dalam kebaikan..seeru ala barakatillah...

Airmata Ramadhan, Keriangan Syawal...

dari hati insan kerdil,
shauqatulzahrah

Selasa, September 8

.:Yang halal untukmu:.

cuti yang seminggu cuma ini tak mahu aku sia-siakan..lebih-lebih lagi ianya seminggu di bulan ramadhan..jazakillah buat senior ku, kak ayie yang memberi keizinan pada ku untuk berkongsi buku yang sangat ku tunggu-tunggu..PEMILIK CINTA KU SETELAH ALLAH DAN RASUL dari Fatimah Syarha..penulis yang cukup ku kagumi hasil tulisannya..


lembaran semalam ku selak semula..coretan ku bukan di diari..tapi banyak nya di hati..pembacaan ku selesai selepas dua hari...pembacaan itu sekaligus mengimbau kisah silam ku..sekali lagi ia mengenai cinta..


kisah semalam, kisah yang penuh dengan mehnah dan dugaan hati. mungkin kerana fitrah kami yang bernama wanita..dugaan ini dugaan yang cukup mencabar..biar pun di saat remaja itu hanyalah cinta monyet...namun pengalaman itu juga yang banyak mematangkan diri..


merungkai episod hidup Khazinatul Asrar yang penuh dengan dugaan cinta duniawi, aku kagumi perisai kebalnya yg terus mempertahankan cinta ilahi biarpun ia hanya susuk watak serikandi di dalam novel..


post lama ku bertajuk buat bakal imamku ku baca dan ku hayati semula..post ini bukan hasil tulisan ku..ianya ku jumpai di blog shbt ku..cuma coretannya yang membawa makna yang besar yang cukup terkesan dalam hati, menarik minat ku untuk di post dalam blog.. kebergantungan yang benar-benar diletak pada Yang Maha Pencinta itu..aku mohon aku punya kekuatan yang sama...sehebat cinta nya Rabiatul Adawiyah kepada kekasih hatinya, Ilahi..


moga rindu dan cinta yang ada, disalur benar buat dan hanya kerana Allah...ku pohon juga sahabat2 ku punya kekuatan yang sama..mudahan insha Allah...perkongsian Fatimah Syarha yang di adaptasi melalui kisah Qani'ah buat aku sedar, tiada apa yang lebih baik melainkan cinta pada Ilahi..kerana yang pasti, cinta pada yang punya Cinta Teragung itu akan menjanjikan cinta insan yang soleh atau solehah buat mu...


usai diskusi ringkas ku dengan seorang teman...mengenai kisah Qani'ah dan suaminya..kisah yang cukup ideal aplikasi cintanya..namun, memahami yang hidup ini selari dengan syariatullah dan sunnatullah, kisah pelayaran bahtera rumah tangga tidak pasti seindah yang diimpikan..kerana lautan itu ada badai dan ombak besar yang pasti kan datang...letakkan keredhaan mu pada qada'dan qadar ilahi..sesoleh mana teman mu nanti, sesolehah mana bakal isteri mu nanti, letakkan kesabaran setinggi-setingginya...itu juga nasihat Qani'ah dalam coretan kisahnya, pilihlah untuk berdamai andai kebahagian yang dikau impi, jika tiba-tiba lautan tenang itu bergelora sesekali..


teringat juga aku dengan pesan seorang ustazah, agar tidak meletakkan 'high expectation' terhadap bakal teman halal mu...


andai dikau bukan sehebat Sulaiman,
jangan diharapkan teman sebijak Balqis,
andai dikau bukan setampan Yusuf,
jangan didamba teman sejelita zulaikha,
dan andai dikau bukan sesempurna Muhammad,
jangan diimpi insan sehebat Khadijah..


mudahnya, menjadilah yang terbaik semampu kamu, moga Allah beri yang terbaik buat kamu..soal cinta, serah cinta itu pada Nya, pohon pada ilahi,agar diserahkan cinta yang ada buat insan yang halal bagi mu bila saatnya tiba..bukan kah yang memegang hati ini juga Dia?


bersahabatlah kerana itu sunnatullah kehidupan manusia..cuma yang penting, pelihara batas syariat yang ditetapkan..agar syariatullah dan sunnatullah itu gerakannya selari..tanpa syariatullah kita jauh dari hakikat kebenaran yang di tetapkan Allah..penjelasan cantik dari ustaz hasrizal mengenai jalinan syariatullah dan sunnatullah dalam perhubungan melalui artikel teori evolusi cinta dan jodoh tidak kan datang bergolek , cukup baik untuk di hayati bersama..ingatan juga buat diri sendiri yang sering lupa dan alpa..


kerana cinta itu anugerah yang tidak ternilai harganya..


Rasulullah bersabda tentang Sayidatina Khadijahr r.h.a
maksudnya:

"Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya"


pelihara sebaiknya cinta yang ada...biar sampai saat akad nikah dimeterai, cinta yang ada hanya buat yang halal bagimu..pemilik cinta ku setelah Allah dan Rasul..


Ya Rabbul Izzah, hadirkan secebis kekuatan buat kami agar cinta ini hanya untuk yang halal bagi kami..amin..

Khamis, Ogos 20

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN KAREEM

AGAIN!!!

dengan assignment yang due minggu depan...dengan exam yang menjelang minggu depan..buku dah ada disebelah ni, tapi jari tetap gatal untuk terus menaip...hati berdetak-detak..dari terus berkata-kata tanpa disampaikan maksudnya, lebih baik aku terus kan gerakan jari ini..

hujunh minggu ni, aku yakin ia penuh! padat..hujung minggu selalu begitu..dan aku senang dengan kesibukan hujung minggu ku..moga Allah beri kelapangan dan kecukupan masa untuk tiap urusan yang lain-lain..

hati ini terlalu kecil..untuk menyimpan dendam dan sakit hati yang menyesakkan..saban hari berlalu, andai ada sakit hati yang terlintas, aku akan rasa kepenatan...istighfar jadi pengubat luka hati dan jiwa..Allahuakbar, ampunkan kami..

penyelesaian paling indah adalah dengan memaafkan...aku juga mohon maaf andai ada kekhilafan dilakukan...maaf,maaf dan maaf...

maaf untuk semua dan kepada semua...andai ada terlintas kata-kata dalam hati..aku mahu ramadhan ini, aku lalui dengan dada yang lapang, jiwa yang bersih, putih dari kekotoran bintik-bintik hitam yang selalu mencelah di jiwa dan hati..maaf sekali lagi...

maaf untuk mak
maaf untuk abah
maaf untuk anjang
maaf untuk bg lil, bg mi, jiji, kemal, humaira dan fawwaz....

harap2 fawwaz dah boleh puasa penuh! amien..

walaupun terselit rasa rindu dan hampa kerana tidak dapat bersama kalian utk ramadhan kali ini (teringat tengok adik2 terpisat-pisat di meja makan waktu sahur,comel!), tetapi ini pengalaman pertama berpuasa di rantauan...

abah sudah, berpuasa tanpa keluarga di rantau borneo
mak sudah, berpuasa tanpa keluarga di rantau semenanjung

kali ini, ana pula merasa..moga diberi kekuatan, doakan ye..

salam ramadhan untuk semua...jalani sebaiknya ramadhan ini, moga di saat berakhirnya ramadhan kita tak menangisi pemergian bulan penuh rahmat ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

Selasa, Ogos 11

MARHABAN YA RAMADHAN~ Jom JoiN!!

Dengan Kebesaran dan Keagungan Mu ya Allah,


KULIAH ONLINE BERSEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN KARIM..

Sedikit sebanyak kupasan persedian memasuki madrasah Ramadhan akan dikongsi, mudahan setiap mutiara yang kita peroleh di dalam madrasah Ramadhan dapat dikutip dan dijadikan sinar dalam kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi...



TAJUK : MARHABAN YA RAMADHAN

PENCERAMAH : MOHD FADZIL MOHD AKHIR
Diploma in Civil Engineering ( Malaysia University of Technology, 2001)
BEng (Hons) in Civil Engineering ( Heriot-Watt University , Edinburgh , 2004)
PhD Candidate in Physical Oceanography ( University of Western Australia )

MASA : 8.00PM (WAKTU M'SIA)

TARIKH : 15/08/09 (SABTU)

MEDIUM : PALTALK( sila add intelek_anz)




“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana
ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa
itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]



airmata ini gugur lagi,
ramadhan yg datang ini,
ku harap tidak di sia-siakan,
moga ku isi ramadhan ini dengan sebaik-baik amalan,
ibarat ini ramadhan terakhirku
agar aku selami dan hayati ramadhan ini sebaiknya..
sampaikan kami ke RAMADHAN MU ya Allah,
MARHABAN YA RAMADHAN..


sila hebah2kan, moga usaha kalian Allah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran


p/s: Ini dipetik dari perkhabaran seorang insan..sampaikanlah walaupun satu ayat, jom join! walaupun hari tersebut adalah hari saya berpindah rumah, kalian yg tiada kaitan dengan apa-apa pindahan sila join ye..(^^)..doakan saya punya kesempatan dan kelapangan untuk join..timakasih..

Jumaat, Ogos 7

MiMpi itu!

mimpi malam tadi menerjah lagi di minda..
mimpi bertemu dengan kedua-dua abang ku, mimpi bertemu dengan sepupu ku yang sama-sama berjuang di atas saf perjuangan yang aku juangkan di saat ini...
kata orang, mimpi yang buruk lebih baik disimpan..
mimpi yang baik, kongsi-kongsikan...
aku tak pasti mimpi ini dikategori yang mana..
melihat abang lil yang sering dilukakan...
dia sekadar tersenyum dan mengatakan..
"luka ini cuma kecil jika nak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah, Na"
itu kata-kata yang di ucap pada aku dan abang kedua ku..
asal nya kata-kata ini, kata-kata yang diucap tatkala aku ber ym dengan dia tempoh hari..

kata-kata itu aku pegang..aku ingat dan aku amati..mungkin kerana itu, aku hinggakan bermimpi..

aku gembira bila berbicara dengan abang-abangku..walaupun kadang kala,ada saja usikan yang datang..namun peringatan dan tazkirah selitan yang menjadi selang seli perbualan antara kami adik beradik, buat kami selesa..di tegur secara halus..walaupun adakalanya abang-abang kesayanganku ini memberi teguran direct yang kadang-kadang, airmata jadi gantian...mereka pun faham adik perempuannya yang sungguh sensitif ini...

pernah satu ketika...ketika kami berada di condominium ridzuan, Subang..rumah sewa ku di tingkat 25..kami sama-sama melihat ke bawah..ke arah jalan raya yang selalunya sesak itu..

"jika lompat kebawah ini merupakan jihad dan galang ganti mati syahid, Ana mampu?"
dia menyoal..

"kalau bang lil?"
aku tak mampu memberi jawapan..lantas memberi jawapan yang berbentuk persoalan kembali.

"entah la na, kita sering berbicara tentang jihad dan syahid..tapi andaikata terjun ke bawah dari tingkat 25 ini adalah gantian pada jihad dan syahid,mampukah kita?"
aku ditanya lagi..
kali ini, aku benar-benar diam..aku tak mampu..allahuakbar..
itu jawapan dari hati kecilku...

saat ini aku berfikir, biarlah aku berjuang dengan kemampuan yang ada...bercakap itu mudah..perlaksanaan nya memberi seribu satu cabaran untuk kita semua..ayuh teman, selagi kita punya masa, selagi kita punya kelapangan...terus lah berjuang seadannya..
asyik mencari kesilapan dan kekurangan orang lain, dengan diri yang hanya statik asyik melihat orang lain...teguran ini datang dari diri lebih untuk mengingatkan diri sendiri..

mimpi malam tadi membuatkan aku bangkit lagi..walaupun kadang-kala aku terasa terlalu penat,ianya tidak sepenat perjuangan rasulullah,kekasih agung Mu itu..andai kekasih diuji sedemikian,siapa aku untuk terus menerus mengeluh keletihan...,ampunkan aku ya Allah

Jalan redha Mu terbentang luas ya Allah..jangan biarkan hamba yang hina ini memilih jalan lain untuk dipilihnya..terima kasih untuk mimpi itu ya Allah!

Rabu, Ogos 5

MADRASAH...

sayu benar hati...
berat rasa hati....
kegelisahan dan keresahan bergalang ganti...

ya Allah...hanya padaMu, hamba hina ini bergantung...mohon ditenangkan hati..
ramadhan mulia yang makin mendekati...
akhlak diri, ku renung dalam-dalam..
layakkah aku berada dalam bulan Mu yang mulia itu ya Allah...

banyak benar perkara yang aku lakukan...baik atau tidak, natijahnya aku serah bulat-bulat pada Mu yang lebih mengetahui apa yang ada disebalik qada' dan qadar yang berlaku..

belajar dan mengambil ibrah dari tiap ketentuan yang Kau berikan..aku belajar menghadapi pelbagai jenis ragam manusia..walaupun kadangkala, lama aku terduduk..kerana tidak mampu bertahan pabila hati sering di sakiti..lama aku mencari dahan untuk aku kembali berpaut dan berdiri lagi..hidup perlu diteruskan...

aku benar-benar belajar untuk tidak mencari cinta dan sayang manusia...jangan lagi mencari kepuasan hati manusia yang takkan pernah puas...cukuplah dengan mencintaiMu..pasti kan ada sahabat-sahabat yang sama-sama mengasihi antara hati kerana Dia..

ramadhan datang lagi..dan tiap kali bulan ini datang..airmata ini akan jatuh menitis..mengharapkan yang ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya..agar nafsu dalam diri dapat dilenturkan....agar akhlak dalam diri dapat dicantikkan..agar pergantungan aku pada Mu, ya Allah dapat diperkuatkan...
jangan biarkan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia...
moga aku dan sahabat-sahabat punya kekuatan untuk menjalani bulan tarbiyah ini dengan cemerlang....
moga tiap amalan Kau redhai ya Allah...

maaf buat teman2...atas salah dan silap, hamba yang hina ini lakukan..
maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati kalian...
maaf juga pada mak,abah dan keluarga tercinta...

ayuh, melangkah dengan penuh persedian ke MADRASAH RAMADHAN...
moga natijahnya nanti, menjadikan kita lebih baik dari hari ini..
amin..

Isnin, Ogos 3

buAt Teman2 SerUmah Ar Raudhah..



bismillahirrahmanirrahim


percutian winter ku dihabiskan dengan perancangan cuti yang ku kira terbaik..


aku pulang ke tanah air..rindukan kepanasan Malaysia...rindukan jerebu tebal di Malaysia..

walaupun tiap hari ku, asik di ingatkan oleh mak agar beristighfar tatkala bibir asyik mengeluh..

'panasnya'...

tapi keluhan itu bukan kerana tidak menyukai..tiap kali perkataan itu meluncur keluar dari bibir..tiap kali perasaan syukur ku dapat merasa kepanasan ini menerjah..

acap kali pabila diingatkan mak untuk beristighfar..aku tersenyum..

"patutnya aku sebut alhamdulillah, sebab kepanasan ini yang aku rindu tatkala aku di Perth" kata-kata itu terus tenggelam dalam rasa syukur ku pada Mu ya Allah..


walaupun ada rasa sedikit sesal kerana tidak dapat ke adelaide untuk bertemu dengan teman-teman..aku yakin Allah merencana perjalanan yang lebih cantik untuk ku ketika di tanah air tercinta..walaupun aku hanya punya tiga minggu lebih untuk bersama keluarga, hati cukup tenang dan gembira..alhamdulillah..


pelbagai khabar berita diterima tatkala tarikh pulang ke Perth semakin hampir...

rumah yang di duduki sekarang mahu di jual, lantas perlu nya teman2 serumah ku mencari rumah baru...

dan yang paling latest, pabila sahabat2 ku terkunci di luar rumah!??

allahuakbar..


selama 2hari, mereka lantas menanti kepulangan ku..(walaupun ku yakin, mereka lebih berminat dengan kunci rumah yg ada di dalam kocek beg galas ini..hehe)..

alhamdulillah,kami tiba dengan selamat..

dan teman2 rumah kembali ke rumah dengan wajah yang cukup ceria..

(macam sama2 pula balik dari Malaysia..(^^)..)


Manusia merancang, namun Perancang Maha Agung itu merancang dengan sehebat-hebat perancangan..alhamdulillah...syukur aku pada ketentuanMu..

rumah baru yang bakal diduduki lebih hampir dengan uni dan lebih murah..

alhamdulillah...


uni sudah bermula 2minggu yang lepas..tapi, kerana student cemerlang ini pulang ke tanah air dan dengan sengaja membeli tiket yang lambat seminggu, agak banyak yang aku tertinggal..

yang paling sadisnya, tiap hari,kelas ku bermula jam 8 pagi..

ops!, aku rasa banyak hikmahnya bila dapat kelas pagi ni..sekurang-kurangnya, aku tidak menghabiskan masa terlalu banyak di hadapan computer di rumah..bermalas-malasan...alahai..moga hikmahnya bisa menjadikan sifat malas ini terkikis..amin..


hari ini masuk minggu kedua ku di uni..minggu lepas yang agak kelam kabut kerana diri ini dengan bermacam-macam ragam ingin pula menukar-nukar unit yang telah di tentukan di awal tahun dulu..trimas sebanyak-banyak buat teman-teman serumah ku yang cukup bersabar membantu dan melayan kerenah ana yang satu ini...


trimas kepada kakak yang sanggup mengejar ana tatkala adivisor math menasihati ana supaya tidak mengambil subject math kerana merasakan budak2 commerce ini selalunya kan berdepan dengan masalah besar jika mengambil subjek yang berkaitan dengan math..terimas kerana sanggup menghabiskan masa yang sepatutnya ande ke lecture STAT1520 tapi bertemu dengan advisor math itu dengan meyakinkan sepenuhnya dia bahawa ana lebih baik membuat math dari subjek OB..trimas kepada Hani yang meyakinkan ana bahawa math 1010 tidak lah sesusah mana..trimas jg kerana menjadi classmate yg setia....trimas jg kepada fatimah dan fatin yang sering bertanya ttg khabar unit2 math yang ingin ana tukar..dan alhamdulillah, berkat doa dan usaha kalian, ana dah pun di enrolled dalam math1010..huhu..walaupun berdepan dengan seribu satu mehnah dan tribulasi..


TERIMA KASIH BUAT TEMAN2 AR RAUDHAH..(nama rumah ni, saya sendiri yang beri..kalau kalian tak suka, saya tak kesah, sbb saya suka..=) )


TogeTher We Unite..Ukhuwah Fillah..luv u all Lillah...

Rabu, Julai 22

.: jOM GeGARrr!! :.

setelah lama kita sunyi dar kuliah umum atau kuliah online, akhirnya saya diberitakan oleh seorang teman, kuliah online akan diadakan lagi sekali pada


HARI : JUMAAT

TARIKH : 24 JULY 09

MASA : 6.00PM (Waktu M'sia & Perth)
: 8.00PM (Waktu Melbourne)
: 10.00PM(Waktu New Zealand)

MEDIUM : PALTALK (sila add : intelek_anz)
p/s:kepada sesiapa yg belum ada paltalk boleh download from www.paltalk.com.

TAJUK :
'ISU NYAWA UMAT ISLAM TIADA LAGI NILAIAN, APA TINDAKAN KITA SBG SAUDARA SEISLAM?'

PENCERAMAH : USTAZ HILMI B HARUN
(Calon Phd politik dan sains, UniWestern Australia Perth, Australia)


p/s: Tajuk ini merujuk kepada isu Marwa Al Sherbini dan muslim di china yg dibunuh tanpa sebab munasabah dan tiada pembelaan dr mana2 pihak. untuk mengetahui kisah lebih lanjut mengenai Marwa klik sini dan more info here dan mengenai tragis nya kehidupan saudara kita di China, tekan sini. Kepada shbt2 untuk mempromosi talk yang akan dibuat ini melalui shout di YM, Face book, blog dan jg mana2 medium yang kalian rasa bersesuaian untuk mmberitahu shbt2 lain mengenai kuliah online ini...

AYYUHAL SYABAB!!

AYUH GEGAR KAN DUNIA DAKWAH !

Rabu, Julai 15

"uncle, kain kapan satu!"

Dengan nama mu ya Allah, yang maha pengasih dan penyayang

ketibaan ku yang tak dijangka awal 4jam di KL central membuatkan aku mati kutu di sana..termanggu seorang diri..aku melihat jam tangan, "baru jam 8.." hati mendengus..macamana boleh terlebih-lebih awal ni..takut terlambat sampai, tak sangka pula awalnya, terlalu..allah..

beg pink ku dibuka,
"ha, naseb baik bawa buku" getus hati..
majalah Anis yang ku gapai tatkala ingin melangkah keluar dari rumah, menarik minatku..majalah ini sangat ku kagumi..artikel menarik dan mantap, tak rugi membeli walaupun padaku, harganya agak mahal..

"apa benda, yang pembuatnya tak nak pakai, pembelinya tak nak pakai..tetapi yang memakainya tak sedar dia memakainya?"

teka teki ini buat aku berfikir, yang jelas dan nyata, aku tidak dapat membayangkan jawapannya..nak tahu apa?

itu lah k.e.r.a.n.d.a
aku menelan air liur..benar..kematian itu dekat sekali, kenapalah tak terfikir langsung jawapan untuk teka teki plg mudah ni..allah..nampak jelas benar kelalaian aku..
mudah benar insan lupa pada kematian..sedangkan tiap saat dan detik yang berlalu itu mengurangkan waktu yang kita punya di dunia..
akhirat yg di kejar bagaimana? cukupkah 'tanaman' aku di alam fana ini untuk bersedia 'menuai' nya di 'alam' sana..

termenung..aku terus melihat gelagat insan..melihat manusia yang laju-laju berjalan..berkejar-kejar mengejar dunia yang akan terus berlari menjauhi..masa yang akan terus meninggalkan diri..sedar tak sedar, kita mengejar apa yang akan terus lari dari kita..

sedarkah kita ada yang mendekati? kain putih, keranda, bilik bawah tanah, dan juga batu yang bakal tertulis nama kita di atasnya semuanya pasti ada..paling tidak pakej yang bakal kita peroleh, bilik bawah tanah itu.. tiba saatnya, kita kan berehat untuk beberapa waktu..dan itu kerehatan panjang...waktu rehat dan tenang bagi orang mukmin, waktu sengsara bagi yang tidak pernah bersedia menghadapinya..Allahuakbar..

logika akal manusia, yakin dan teramat yakin yang tiap jiwa akan memasuki keranda tadi..namun berapa banyak hamba-hamba Nya yang memikirkan,

"Aku,adalah insan yang akan menghuninya sekejap lagi.."
aku beristighfar..lalai benar aku dlm mengingati kematian..

kita meyakini dunia ini sementara cuma..dan kita tahu, akhirat itu kekal untuk selamanya..
kata-kata polular dari sinetron PUTERI..

"hidup hanya sekali, jadi, kita ENJOY!!"..
erk..manusia jadi salah faham..dalam kotak fikirannya, hidup di dunia hanya sekali, lalu bersorak, berseronok, dan kejar apa yang disukai sebaik-baiknya..seolah-olah tiada destinasi lain selepas dunia..

sedangkan akhirat itu tempat kita untuk selamanya..
kata orang, menabunglah untuk senang di kemudian hari..
sinonimnya, untuk senang dan kaya di kemudian hari, di akhirat sana, kita juga perlu berdikit-dikit di dunia..

hakikat pahit yang perlu di telan


'KITA PERLU BERSEDIA UNTUK MATI'

persedian untuk mati bukanlah bermakna kita perlu ke kedai dan..

"uncle,kain kapan sehelai ikut saiz badan saya dan batu nisan satu, tulis nama saya cantik-cantik ya uncle!"

ha, kalau macamni la keadaanya, takde sapa berani buka kedai jual kain kapan dan batu nisan, sebab ada pula orang yang nak mati pg kedai tempah sume mende sendiri??
membeli siap-siap keranda dan kain kapan, menempah batu nisan terbaik, tercantik dan terunik untuk diri sendiri , dan mencari tapak pengebumian diri sendiri..
persiapan yang ini, jangan risau..adik beradik atau keluarga akan buatkan bagi pihak kita..

bimbang dan risaulah untuk persedian yg ini, yang terletak pada amalan dan ibadah kita seharian..ikhlaskan hati..moga tiap yang dilakukan, Allah berkati dan redhai..

tatkala aku meneman emak ke pasar malam..emak membeli tempe yang cuma berharga RM0.60..mak menghulurkan note RM1 kpd pakcik tua yang menjual tempe..bibir tua itu tersenyum..tenang dan gembira nya dia, beroleh hasil dengan titik peluh nya sendiri..


"alhamdulillah, ini rezeki untuk aku dan anak-anak hari ini"

mungkin ini bisikan dalam hatinya, lalu sinar dr wajahnya buat aku turut tersenyum..serasa terlihat putih bersih hati dan jiwanya seputih kopiah yang melekat di kepala pakcik tua.
bekerja dengan sejujurnya dan seikhlas hati,buat aku berfikir..mengapa masih ada orang-orang kaya yang suka bermain rasuah..duit berjuta-juta di tangan bisakah membeli sebuah ketenangan yang dimiliki pakcik tua? pakcik itu hanya menjual tempe yang berharga kurang dari RM1, tapi ketenangan yang dia rasakan..bukan hanya dalam dirinya..tempiasnya pada aku juga..hebatnya sebuah keikhlasan..hebatnya sebuah kejujuran..ianya bisa 'membeli' hati jernih,bersih dan menenangkan...allahuakbar..

berdikit-dikitnya pakcik tua itu di dunia..aku yakin berjuta-juta ganjaran bakal dia tuai di akhirat sana..insha Allah..dia sudahpun bersedia untuk menghadapi kematian...aku??
besediakah aku?takut dan bimbang..pabila saat lamaran itu sampai..aku tidak punya kata dua..melainkan untuk menerimanya..namun, apakah aku bersedia?..astaghfirullahal adzim..ampunkan dosa-dosa ku ya Allah..

mengejar berjuta-juta wang di dunia, membeli apa jua yang bisa memuaskan nafsu
atau berdikit-dikit dengan kemewahan dunia, yang menjanjikan ketenangan hati dan kebahagian di akhirat nanti..ayuh, muhasabah kembali diri..
zikrulmaut...tiap yang hidup pastikan mati..lalu, apa persedian kita??

Ahad, Julai 12

.:R.E.S.A.H:.

bismillahirahmanirahim

hati jadi gundah gulana..banyak benar planning berhimpit2..aku mohon tiapnya dipermudahkan..serasa serabut benar hati dan perasaan..
plan yang ini tak confirm, yang itu juga, yang sana pun, yang sini lagi lah..alahai...
aku terduduk, aku hanya bisa merancang..merancang...dan merancang..Allah juga penentu untuk tiap yang akan berlaku..

allahuakbar..mohon diberi ketenangan..yang kene bahang keserabutan dan kegalauan ni adalah abang ku..huhu..kesian je..maaf..maaf sangat..
dah tak tau nak macamana lagi...bertindan-tindan..program atas program..
aulawiyat dikaji semula..yang ini penting, yang itu tak kurang juga..allah..mohon diberi kecukupan masa

plan minggu lalu, berjalan cukup baik..walaupun, ada yang tidak berkesempatan untuk dilunaskan..namun, sahabat-sahabat lain beri jaminan untuk membantu bagi pihakku..walaupun hati kecil cukup rasa terkilan tak punya masa bertemu adik-adik di sekolah ku..aku tetap bersyukur..mengizinkan aku dan sahabat2..bertemu mata dengan mata, hati dengan hati sambil satay ayam dan daging menjadi santapan..banyak perbualan kami...bertemu dgn sahabat dr melaka, yang perjalanannya agak merumitkan..sahabat dari sarawak..yang baru tiba di semenanjung pagi itu,lantas meluangkan waktu petang dan malamnya untuk berkumpul..alhamdulillah..hati berbunga-bunga..ku panjatkan syukur pada Mu ya Allah..alhamdulillah, lega melihat satu persatu wajah sahabat-sahabat..

tak semua yang dirancang, Allah izinkan ianya untuk berlaku..kerana yang pasti, Dia memberi yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Allah..izinkan masa yang tinggal sedikit cuma ini di isi dengan baik..mohon aku merasai keberkatan masa...amin..amin..amin...

Ahad, Julai 5

Hari semalam

dengan keagungan Mu ya Allah, penulisan dimulai

kesungguhan yang terlihat buat semangat aku turut berkobar sama..perbincangan semalam melewati hampir jam 3pagi..mata tak lagi mengantuk..kerana walaupun perbincangan semalam banyak lari dari topiknya, yang penting, ukhuwah antara kami masih terikat utuh..jauh aku di rantauan, tak bermakna aku tidak perlu ambil peduli apa yang berlaku di tanah air..

di tengah-tengah perbincangan, banyak kisah yang di kongsi bersama..yang asalnya tidak ta
hu, di situ aku menagih kisah-kisah baru saudara mara ku..punya ahli keluarga yang ramai jadikan kami punya banyak kisah untuk di kongsi bersama..gembira berkongsi..menyebabkan mata
ini tidak langsung merasa penat walaupun waktu tidur ku sudah terlalu jauh berlalu..

perbincangan mengenai aktiviti dalam jangka masa terdekat oleh Gen Ucop. Agenda Aidilfitri dan AidilAdha..yang pasti, aku tidak ada sewaktu takbir aidilfitri di laungkan..abah yang turut serta lewat perbincangan kami menyelitkan kisah sewaktu dia menyambut aidilfitri di rantauan..abah punya terlalu banyak pengalaman di bumi kenyalang itu..10tahun di sana..asalnya datang seorang dan kembali ke semenanjung,berlima, bersama isteri dan 3orang anak-anaknya termasuk aku..

bukan selalu abah membuka cerita waktu mudanya..menjadi guru bujang di pedalaman sarawak, banyak masa mereka di isi dengan aktiviti sukan bersama-sama dengan orang asli di sana..kesilapan yang berlaku ketika abah menjaringkan gol ke gol sendiri menyebabkan teammate abah yg juga orang asli di sarawak tidak puas hati dengan orang dari semenanjung..cerita semalam buat ketawa kami bersatu tatkala insan lain bertaut mimpi di dalam tidur..terasa bahagia..bersyukur aku punya keluarga ini..tiap yang Allah beri, terselit berjuta hikmah..hikmah perlu diselak dalam takdir kehidupan..cari dan kaji..hikmah itu ada...cuma hendak atau tidak, tiap jiwa itu menghargai hikmah yang ada dibalik jendela kehidupan..

aku menceritakan yang baik-baik, tapi tak bermakna kami selalu berbahagia dan tidak punya badai dlm pelayaran kapal kehidupan..cumanya, melihat dari sudut yang positif, aku kira, Allah beri terlalu banyak perkara yang perlu aku hargai dan bersyukur atas nikmatnya yang maha luas ini..ALHAMDULILLAH..

moga Allah pelihara ukhuwah antara kami...moga Allah pelihara iman dan akhlak kami...ya Allah, hadirkan hidayah buat hati-hati kami..tautkan hati-hati ini dibawah keredhaan dan kasih Mu ya Rahman ya Rahim..amin..

Khamis, Julai 2

saya dan politik??

bismillahirrahmanirrahim

sayyidul ayyam ini menjelma lagi..sejuk dingin pagi ini cukup mendamaikan..sayang aku pada penghulu hari ini, menjelma dari dulu lagi..sejak aku bergelar murid darjah satu..ketika itu, adik beradik kami masih kecil dan masih sedikit..mana tidaknya, ketika aku darjah satu, kami hanya lima beradik..ada sebuah bilik di rumah..mak khaskan untuk para tetamu yang datang ke rumah kami..di situ uga mak hidupkan sebuah mini library..yang cukup aku cinta dan sayang sepenuh jiwa...hari-hari persekolahan, akan sibuk dengan jadual belajar ku..pagi ke sekolah pagi..petang ke sekolah agama..malam akhirnya menjadi suatu waktu yang cukup nikmat bagi kami sekeluarga untuk berkumpul, bermain, bergaduh, menghabiskan kerja rumah dan akhirnya terlena kepenatan...mengumpul kekuatan untuk hari esok yang pastinya padat seperti hari sebelumnya

namun hari jumaat juga yang aku tunggu-tunggu..menariknya hari jumaat, rumah akan sunyi dari abang-abang ku..mereka akan ke masjid bersolat jumaat..selalunya aku yang akan menangis kerana ditinggalkan..tetapi akhirnya, aku punya hobi baru untuk mengelakkan kebosanan menanti abah dan abang-abang setelah ditinggalkan..aku ke bilik tamu..pergi ke library mini..mencari-cari bahan bacaan untuk di baca..berbaring sambil membaca..itu hobi barunya..setelah mata penat membaca, perlahan-lahan aku terlena..

'Na, bangun Na..kejap lagi nak ke sekolah petang'...mak mengejutkan ku..

hari jumaat yang panjang itu menjadikan jiwa ku sebati dengan bilik tamu dan library kecil ciptaan mak..menariknya, sehingga darjah enam, itu yang aku sering amalkan..pernah suatu ketika, setelah habis semua bacaan yang mak belikan untuk bang lil, bang mi dan aku, aku hadam satu persatu..aku memberanikan diri membaca buku-buku yang lebih tebal dan lebih menakutkan..apa tidaknya, hati kecil yang pengecut ini dulu, gerun benar melihat kulit buku mastika yang cukup-cukup menakutkan walaupun teramat mengujakan..mungkin itu naluri anak-anak..walaupun hati ku terlalu kecut melihat kulit muka yang berdarah-darah, aku menguatkan diri juga untuk terus membuka helaian satu demi satu..akibatnya, aku pelajari banyak perkara walaupun di umur sekecil itu..

adakalanya aku fikir, bahan bacaan yg tak terkawal menjadikan cara pemikiran ku agak berlainan dari rakan-rakan yang sebaya dengan ku..terlebih tahu, menjadikan aku terlebih fikir pula..apapun aku rindukan saat itu..sampai satu masa, kebosanan ku membuatkan aku membaca buku-buku milik abah..yang berbau politik..dan kesannya, aku pernah punya cita-cita menjadi ahli parlimen..

pernah? ya..itu maksud sebenar..aku pernah..tapi sejak aku dewasa ini, melihat betapa mencabar nya dunia politik menyebabkan aku gerun melihat negara sendiri..ada insan yang tidak kisah soal politik sekarang..alasannya, andai ada perubahan dengan kerajaan, kita perlu tunggu 8tahun atau lebih untuk kembali memastikan ekonomi negara kembali stabil..ini bicara orang ekonomi

satu lagi pendapat, tak elok untuk anak muda seperti kita, mendekati politik..malah kalau bisa, jangan ada perkataan negara, perdana menteri atau PARTI dalam bicara kita..itu mengundang bahaya...itu namanya mencari bala!..lalu, aku sendiri tercampak di golongan mana? yang memberi penjelasan tentang politik adalah diri aku sendiri..aku meminati politik sejak dari aku belajar membaca buku-buku yang punya unsur politik..hakikatnya , jika aku yang bejiwa anak-anak suatu masa dahulu melihat politik penuh kepincangan dan melihat politik rasulullah adalah jalan keluar terbaik, kenapa pabila aku makin meniti usia dewasa, ada manusia yang meminta aku menutup bicara mengenai perkara-perkara ini..

letih benar melihat keletah manusia...takut pada perubahan..kerana takut diri sendiri menimpa bahaya..bahaya itu tidak kemana pun..kita mahu kesenangan..lalu smpai bila kesenangan yang kita dapati? smpai kapan ketenangan yang di damba? biar cukup makan pakai kita, asalkan kita hidup seadanya..bagaimana hak orang-orang miskin yang tak terbela..bagaimana pula dosa-dosa mereka diatas yang memakan riba? insan yang mahu senang di dunia...takkan senang di akhirat sana..manusia yang banyak bergelak ketawa di dunia, akan menangis tersedu-sedu di akhirat sana..

aku jarang menulis soal politik..kerana aku tahu, aku tidak sedalam mana ilmunya untuk berbicara serius mengenai soal ini...tapi aku cukup hairan pabila terlalu ramai insan yang tidak mengendahkan soal politik hanya untuk kesenangan diri sendiri..yang aku yakin kesenangan itu tidak lama..ianya hanya sementara cuma..bangunlah..jangan lagi bermimpi dalam siang..jangan lagi cuba bermimpi yang indah-indah pabila hakikatnya yang berlaku di sekeliling kita semuanya perlukan satu perubahan yang pahit tapi penuh keberkatan dari Maha Pemberi kebahagian yang ultimate itu..

perubahan ini bukan mudah..ianya pahit..andai kita tak memikirkan kepentingan untuk org-org miskin, dan mengasihani orang-orang kaya yg enak memakan riba, cukuplah untuk kita fikirkan kebaikan nya untuk anak cucu kita..hidup itu satu perjuangan..alang-alang kita berjuang untuk hidup apa salahnya kita berjuang untuk hidup kita di satu alam lagi nanti..andai kita ingin bahagia, kita akan berbahagia buat selamanya jika kita yakin anak keturunan kita hidup dalam kedamaian islam yang sebenar..junjunglah islam...sabda rasulullah, andai ingin selamat dan bahagia dunia akhirat maka gigitlah alquraan dan sunnah dengan geraham mu..andai islam di jadikan cara hidup..kita dan insan yg akan lahir selepas ini pasti dijamin dengan kebahagian hakiki..dunia akhirat insha Allah..

akhir kalam..ISLAM is OUR WAY of LIFE..

Isnin, Jun 29

Usai Semester satu

Dengan nama Mu ya Rahman..aku memulakan penulisan



usai peperiksaan semestar satu pd 9June, sepatutnya aku punya banyak masa untuk menulis.

terlalu banyak perkara yang ingin ditulis,sehinggakan aku hanya berupaya mencatit tiap bait kata-kata itu jauh dalam sudut hati. sesekali mungkin, aku luahkan apa yang terbuku bersama sahabat. alhamdulillah, syukur ku panjatkan. Allah beri kan aku hadiah yang tidak ternilai.. sahabat..syukran sahabat, moga Allah ganjari tiap jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran.



minggu pertama dan kedua cuti ku di habiskan mentadabbur alam.. mengkaji kekuasaan dan keagungan tuhan..Allah..ke Kings Park, Swan Valley, Hillarys dan banyak lagi..buat aku teruja biarpun dengan hanya sekuntum bunga..hebatnya tiap kejadian yg Allah ciptakan..merenung dalam-dalam..tidak Allah jadikan tiap sesuatu itu dengan sia-sia..tiap kejadian pasti ada peranan yang di bawa. lalu, hargai diri..bersyukur atas setiap nikmat yang Allah datangkan..alhamdulillah



Rancangan kembara ku ke Melbourne dan Adelaide terpaksa di batalkan. Planning untuk bertemu Kak fillah dan babynya yang pasti comel..cita-cita untuk bertemu dengan Amalina bercerita dan berceloteh sampai pagi. mengambil gambar scenery dengan meminjam Dslr yang baru dibeli oleh Farah..bertemu dengan Didah yang cute dan penuh keletah..misi yang aku dan kak dati rancang di adelaide..aktiviti2 di adelaide yang dirancang oleh teman2 sekelas ku di taylors..semuanya hanya tinggal impian..swine flu yang Allah datangkan buat pengajaran untuk tiap insan yang punya akal, adalah punca utama ayahanda berat memberi keizinan untuk aku ke sana..aku akur..jauh sudut hati ku juga bimbang..pada demam itu..dan juga pada cuaca..yang nyata, aku tak betah dengan sejuk yang terlalu ini..allah..

terselit beribu hikmah di balik perancangan yg direncana oleh yang Maha Mengetahui tiap sesuatu itu. Moga masa yang aku punya untuk cuti kali ini aku manage sebaiknya. mohon Allah beri kekuatan..
ya Allah, permudahkan..amin..

Jumaat, Jun 12

Masih Terkesan - Dalam Jiwa Hamba-

dengan namaMu ya Allah..ku mulakan penulisan..moga apa yang dicoretkan, sentiasa di bawah bimbingan Mu..

khabar yang datang..satu persatu di mesej ym..awalnya, aku sekadar membaca sekilas..innalillahi wainna ilaihi rajiun..
kalimah itu lancar ditutur..mesej itu lalu dipadam..

tidak lama kemudian, datang lagi mesej dari ym..isi nya tetap sama..kalimah tadi, meluncur lagi dari lidah ku..melayari facebook..melihat sekilas note dan juga blog di wall seorang teman. hati kuat untuk membuka. Lantas penulisan itu di baca. Tergamam. Insan yang pergi ini bukan insan biasa.

Semasa hayatnya dia, aku tidak pernah mengenali si arwah. tp membaca bait kata-kata di dalam diari mayanya itu, membuat aku cukup kagum..


Jiwanya mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak
akhirat..melihat dunia dari jendela akhirat.


itu prinsip semasa hidupnya aku kira..prinsip yang membuat aku cukup-cukup terkesan. Sebak dalam dada pasti sakit sekali. namun hati ku yakin sekali, dia bahagia di sana. apa tidaknya, andai tiap amal dan kata yang dia cernakan, di analisa agar tetap menjadi hambaNya..lalu itu yang dilakar sebagai heading blog, Mencari erti hina, hina sebagai hamba, hamba di sisi Rabbi..

Hadith :

Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu
ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang
dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya
Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia
telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang
meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.”(al-Bukhari)

:: "put aside ur pride, set down ur arrogance, and remember ur grave" -Ali ibn Abu Talib r.a ::


termenung kaku. kematian yang datang tidak pernah kenal usia. tidak mengenal tempat dan waktu. mengapa sukar untuk hati ini menerima. itu hakikatnya kematian. aku tunduk merenung kembali dalam diri.. cukup sudahkah aku bergelar hamba? cukupkah aku mengakui aku hanya seorang hamba? cukupkah aku mengabdikan diri demi agama Dia pd Tuan ku dan juga Tuhan ku sebagai seorang hamba? titik kesyukuran yang puas ku cari titik hentinya..namun tak ketemu.. terlalu hebat rahmat dan mahabbah Mu ya Allah pd kami yang cukup2 hina.

Cukup ya Allah andai redha Mu yang menuntun ku di sepanjang perjalanan dan sisa baki hidup yang masih ada. Jadikan aku, hamba yang bersyukur atas tiap nikmat yang Kau berikan. Agar aku menghargai tiap saat dan ketika yang aku punyai. Aku sedar, kematian itu di tangan Mu. Cuma, aku jua akur, nisyan atau manusia itu sifatnya pelupa dan alpa.Satu pohonan ku ya Allah, andai tiba saat kematian ku. Matikan aku dalam redha dan kasih sayang Mu. mati kan aku dalam pohonan taubat aku pada Mu. terlalu banyak yang melekakan..terlalu banyak yang membawa aku hanyut dari mengingati MATI yang pastikan datang di pintu kehidupan.

aku hayati prinsip ini. MELIHAT DUNIA DARI JENDELA AKHIRAT. namun, serasa ianya bukan sesuatu yang mudah. berjalan di City, langkah kaki terus laju seiring akal yang ligat berputar. bagaimana sahabat ini bisa berpegang dgn prinsip yang bukan mudah untuk di adaptasi dalam kehidupan nyata.

tiap penulisan si arwah, di belek dan diambil inputnya.. jelas, tiap kata-katanya tak pernah lari dari kembali kepada fitrah manusia..kembali kepada insan yang punya jiwa hamba..yang bernafas dengan nafas seorang hamba..mencari dan berpegang kembali pada kalimah yang Maha Kuasa di atas sana. Jendela akhirat itu jendela 'dunia kedua' yang bakal kita tempuh sebaik sahaja habis tempoh hidup kita di dunia sini. andai manusia terlalu mencari redha dan kasihnya manusia, lalu dia temui kepuasannya di dunia. Andai dia bijak menilai dan membezakan, melalui pandangan di jendela dunia satu lagi itu..samaada tiap yang dilakukan ini bisa memberi sesuatu untuk bekalannya di sana..sudah pasti redha Rabbul Izzati itu yang digilai dan didamba. dan sudah pasti di saat kematiannya, dia tersenyum..kerana tiap yang dilakukan awal2nya sudah di 'guide' untuk memperoleh Cinta dan Redha Yang Maha Halus.

perginya dia, tapi bukan semangat juangnya, ayuh teman-teman, kita hirup nafas perjuangan yang saudara Ammar tinggal kan buat kita yang masih di dunia fana..jejak kita pasti bakal menyusul saudara Ammar. Cuma masa penentu segala. sedikit ingatan dari penulisan beliau yang baik dan cantik untuk di kongsi bersama..



Harus diingati, yg dipersoalkan Allah nanti adalah sejauh mana kita
mempersembahkan diri kita sebagai hamba Allah. Kerjaya doktor itu hanya alat
kita mencapai tahap perhambaan yang dimuliakan Allah



sama-sama bermuhasabah..
andai saudara Ammar pergi tatkala dia sudahpun
mempersiapkan diri untuk menyembah diri sebagai hamba kepada Rabbul
Jalil,bagaimana kita pula?..

andai dia pergi di saat dia sedar yang sijil
yang sedang dia cuba gapai itu hanya sekadar alat demi mencapai redha
Allah..lantas kerja dakwahnya tak pernah di tinggalkan lantaran kesibukkan kehidupan sebagai seorang yang bergelar 'student medic'..apakah kita punya nilaian yang sama? renungkan


AlFatihah buat allahyarham Ammar Zulkfili, moga selalu
berada di bawah lembayung kasih Ar Rahman Ar Rahim. Moga Jannah Nya yang selalu didambakan itu jadi milik mu..amin..

Khamis, Jun 11

perginya seorang PEJUANG..

TAKEN from : http://antaradua.wordpress.com/2009/06/11/innalillahiwainnailaihiraji3uun/

Status x : ‘Mereka dah tiba di hospital, Cuma aman, ammar,akram belum sedar
diri lagi’Ini khabar terbaru tentang mereka sehingga post ini ditulis.

Entah mengapa, hari ini bukanlah hari yang djangkakan akan terjadi.
Saya(juga sahabat lain) mengharapkan inilah hari yang paling manis dan gembira
sekali sepanjang berada di ‘neraka’ tahun 3 ini. Hari ini merupakan hari
terakhir peperiksaan written kami. Sekarang cuma tinggal oral sahaja lagi.
Memang sepatutnya seronok.

Namun apa yang Allah rancangkan melebihi segala-galanya. Beberapa orang
sahabat telah ditimpa kemalangan dan ada yang masih tidak sedarkan diri.Saya
terus istighfar apabila mendengar berita ini. Kenapa?Cuba fikirkan kembali,
selepas sahaja peperiksaan sehingga sampainya berita ini di telinga
masing-masing apa yang kita lakukan? Saya 99% yakin sangat yang semua warga gen6
ketika itu sedang bersukaria menyambut habisnya peperiksaan written bukan?Ada
yang terus menyerbu terus ke tempat-tepat makan, ada yang pergi melencong ke
tempat lain tidak kurang juga yang membelek laptop masing-masing melayan movie
dan melayari alam maya. Ketika itu, di manakah ingatan kita pada yang Esa?

Inilah yang saya kesalkan. Sebab saya pun terlagha tadi.
Astaghfirullah.Tup-tup Allah terus khabarkan saya berita yang mengejutkan ini.
Terus dapat pengajaran dan teguran daripada Allah. Sebelum itu saya baru je
terbaca pasal kisah di Thailand. Allah terus ingatkan saya tentang kematian. Ya
kematian. Allah tahu saya terlupa yang kematian itu boleh datang bila-bila masa
sahaja.Hati ini berdoa semoga semuanya selamat. Semoga tiada apa-apa yang buruk
terjadi.Ini bukanlah soal mereka sahaja. Ini soal kita.Sedarlah Allah bagi kita
satu pengajaran besar hari ini.

Pengajaran yang tak ada sesiapa pun boleh mengajar kita. Suatu pengajaran
simple,yang semua orang tahu tetapi hanya sedikit sahaja yang sedar
hakikatnya-yakni mati.Pengajaran yang menyentuh hati. Yang membangkitkan iman.
Yang bisa memberi kesan mendalam.Apa yang pasti ia bukanlah pengajaran buat
mereka yang terlibat sahaja. Ia lebih ditujukan buat kita yang sihat
ini.Mengapakah perlunya ada pengajaran yang memeritkan ini? Hanya satu sahaja
sebabnya. Allah mahu menegur hamba-hambaNya yang dah jauh. Hamba yang lupa akan
dosa pahala. Hamba yang leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Lupa akan hakikat
penciptaan. Lupa setiap dari mereka PASTI AKAN KEMBALI, akan meninggalkan dunia
selama-lamanya.Saya sebagai sahabat sebatch lebih-lebih lagi terasa.

Saya terfikir mungkinkah apa yang terjadi ini sebab dosa-dosa ahli batch
ini? Dosa yang menyebabkan Allah memilih wakil gen6(termasuk ammar sebagai ketua
batch) untuk memberi teguran kepada yang lain? Hati saya berat mengatakan inilah
sebabnya. Saya tak tahu dosa orang lain. Setiap orang mungkin ada sumbangannya.
Termasuklah diri yang lemah ini.

Ampunkan kami Ya Allah!!!!!!Lidah ini kelu untuk berkata-kata. Cuma
bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bertaubat. Diberi peluang untuk
memikirkan dan membetulkan kesalahan diri.Saya membayangkan saat ini, malam ini,
dada semua warga gen6 penuh dengan keimanan, kekesalan dan taubat kepada Allah.
Sungguh berbeza dengan keadaan petang tadi. Mungkin inilah kesan yang Allah mahu
tinggalkan pada hati ini. Alhamdulillah.Terima kasih sahabat atas pengorbanan
kalian untuk menyedarkan kami. Ianya pengorbanan yang sukar. Yang tak mampu pun
kami balas. Yang sungguh perit untuk kami telan.

Semoga jasa kalian Allah sahaja yang membalasnya.Buat mereka yang tidak
terlibat khasnya warga gen6, marilah kita sama-sama manfaatkan pengajaran yang
pahit ini. Berubahlah. Jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku di sekeliling
kita. Jom kita tinggalkan maksiat, tinggalkan excessive movies, excessive
chatting, excessive berkhayal, excessive lagha dan sebagainya. Lagi baik terus
jadikan ini sebagai turning point of our lives.Jika hati kepingin sangat untuk
buat maksiat, tanya balik pada diri, apakah selepas ini masih ada peluang kedua
untuk kita? Atau kita mahu orang lain pula dikorbankan untuk menegur
kita?Nauzubillahiminzalik.

Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya kamilah yang menzalimi diri
kami. Ya Allah, jika hidup adalah yang terbaik bagi mereka dan bagi kami,
selamatkanlah nyawa mereka. Tetapi jika kematianlah yang Kau pilih untuk mereka,
rahmatilah roh-roh mereka dan tabahkanlah hati kami. semoga amalan kebaikan
mereka menjadi qudwah untuk kami teruskan kehidupan ini..

Ya Allah kurniakanlah kami keimanan yang mendalam melalui pengajaranMU
ini.Ameeen.*

tiada apa yang saya harapakan dari post ini melainkan saranan supaya kita
bertaubat atas kemaksiatan diri dan orang lain. Marilah mulakan kehidupan baru
yang lebih bersih dari sirna-sirna dosa. Marilah menjadi lebih bersedia untuk
menghadapi hari kemudian.sedikit penjelasan : pemergian mereka ke ain sukhnah
bukanlah saje2 untuk bersukaria tetapi nak survey tempat untuk program
merapatkan ukhuwwah antara ikhwah. jangan salah faham ye..
Fotopages arwah :
http://kalampuncak.fotopages.com/?&page=1
Blog arwah : http://kalam-puncak.blogspot.com/

P/s : Al Fatihah! Saya tidak pernah berjumpa arwah. Baru hari ini saya
mengenali beliau. Saudari Ayu yang baru juga saya kenal memberitahu. Saudara
Izyan a.k.a Pok Yan mengesahkan berita ini dari Mesir. Yahya seusai peperiksaan
tadi menanyakan perihal arwah yang khabarnya mungkin bekas jirannya suatu ketika
dulu. Entah mengapa saya tersentuh. Testimoni rakan-rakannya menginsafkan diri
betapa kerdilnya diri kita semua ini.

Moga Allah swt merahmati arwah dan kita semua, insyaAllah!Allahumma firlahu
warhamhu wa afihi wa'fuanhu!Terkesan dengan tag blog arwah :Jiwa mereka yang
hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari
jendela akhirat. =) Sejahteralah mu wahai as-syahid! Kamu meninggal ketika
melaksanakan tugas dakwah, mencari tempat menyemai ukhwah bernama sebuah
REHLAH!

Pesanan ringkas dari ibu Ammar:"Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu
Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita
semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi
ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah.
maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau
makcik."


keseluruhan entry ini ku ambil dari teman ku..datangnya dari penulisan
seorang sahabat..tatkala aku jenuh memikirkan, apa yang perlu diisi pd masa
lapang yang ada..seusai sahaja aku menghabiskan paper last ari rabu yang
lalu..khabar ini menjengah tiba..ALLAHUAKBAR..janji Allah itu pasti..kematian
itu benar..jangan lagi kita sibuk mencari kepuasan dunia n hati manusia..aku
menilai kembali diri..apa yang aku ada untuk di bawa menghadap ilahi, andai esok
ditakdirkan waktu ajal ku kan menjelang tiba??..

moga Ammar beroleh syurgaMu..dia hamba yang soleh insha Allah..redha nya si ibu juga benar2 buat aku kagum..ayuh shbt2..kita bina kembali jati diri..usah lagi terleka dan alpa..kematian itu
dekat..selak kembali diari diri..apa yang ada untuk mmbuatkan kita layak ke
syurgaNya andai saat ini, saat terakhir kita diberi peluang terakhir untuk
mengirup udaraNya?..kurangkan lah bersukaria..yakinlah, kematian itu sntiasa
mendekati...KEMATIAN itu dekat sekali...
Alfatihah buat arwah..