Selasa, Disember 23

PUTERI SYAHADAH..HUDA..

NAMA
Huda ertinya petunjuk..sinonim dengan hidayah..mungkin
itu sebabnya kalimah indah ini yang menjadi pilihan hati
insan cute ini agar menjadi nama islamnya..kali pertama
aku melihatnya..hati ku senang..wajah nya tampak tenang..
biarpun tanpa tudung menutupi rambut nya yang diikat
kemas, pakaian nya cukup sopan..dia tersenyum,manyambut
huluran salam ku..’aku tak pernah melihat dia, barangkali
anak buah amai jee (amai panggilan makcik dalam keluarga
kami)’bisik ku dalam hati..aku meneruskan pembacaan..
buku bertajuk ’ jin, hakikat dan pengubatan ‘ tulisan ustaz
haji ismail kamus membuat aku leka dengan pembacaan ku..


tiba-tiba makcik ku datang menghampiri, ‘tegurlah budak
tu’ bisik makcik ku, ‘dia mualaf’ sambung adik mak ku itu..
’erk,subhanallah’ aku melajukan jalan menuju dia, duduk dan
terus bertanya nama..cuba bertaaruf dengan insan yang
terlalu suci bagi ku..dia baru memeluk islam..kejernihan itu
ada pada wajahnya..pabila dia mengucap syahadah..dia
seakan-akan bayi suci yang baru lahir..itu juga yang aku
yakini dan aku rasakan..awalnya dia agak kekok..namun
pabila ku ceritakan yang ibu ku juga datang nya dari keluarga
cina..dia tampak selesa..dia berkongsi ceritanya pula..permulaan
yang bagus fikir ku..dia makin seronok pabila sepupu gurls
ku pun turut menyertai halaqah perbualan kami..dia tak kekok..



Alkisahnya..bermula dari kecil..dia sering dimomokkan
islam itu terlalu banyak kekurangan..islam itu menyembah
dinding dan sebagainya..dia berfikir,namun akal mentahnya
ketika itu mengiyakan apa yang dikatakan oleh ayahandanya
....TV1 menjadi hentaman..kerana acap kali rancangan
yang ada di dalamnya adalah berkenaan dengan islam..
hatinya menolak dan bertanya di mana pula rancangan
untuk agama ku,budha??..ini tak adil..namun ketidakpuasan
hatinya menyebabkan dia tertarik dengan rancangan mualaf..
mungkin asalnya dia mahu menilai rancangan itu..namun,
dia terus melihatnya episode demi episode..islam terus di hati...


AQIDAH
Di alam rahim lagi, tiap insan sudah berjanji kepada ilahi..untuk
memegang syahadah yang terlalu agung..manusia menerima
amanah ini tatkala gunung berkecai pabila amanah ini
mahu di beri kepada gunung ganang..hanya manusia yang
mampu memegang amanah ini,jesteru manusia di gelar
khalifah muka bumi ini.aqidah itu sudah tertanam..
kerana itu, fitrah tiap insan adalah sama..kerna perjanjian
kita adalah sama sebelum kita di lahirkan dunia..begitu
juga dengan insan ini, aqidah nya yang mengakui bahawa
tuhan itu ada..dan dia yakin yang patung itu bukan
tuhannya..kerana dia melihat secara logika nya..apakah
si patung ini yang memberikannya makanan dan kehidupan??
sedangkan dia sendiri diberi kehidupan oleh tukang membuat
patung-patung..aqidah yang tertanam kuat membuatnya
tak berhenti mencari kebenaran..di sekolah menengah,
kelas agama diikutinya..mohon ada petunjuk di situ..dia
nampak islam itu indah dan sempurna..namun dia aneh
dengan pengikutnya..kerna pengikut,islam itu tampak
kaku, tampak lemah dan tak punya kekuatan...namun
krn dia percaya pada tuhan yang dia yakini selama dia
bernafas dengan udara yang dicipta kan tuhan, dia mencari
dan terus mengkaji islam..



SYAHADAH..
Politeknik mengajar nya lebih mendalami agama..kerana
dia berfikir, jika aku tidak mencari, aku tidak kan dapat
apa yang ku cari..dia bertanya teman, bertanya ustaz..dia
seronok pabila tiap persoalan nya terjawab dengan cukup
baik oleh ustaz..dia juga bertemu ustazah..yang kini adalah
kakak angkatnya..di sini, ada seorang temannya mahu
mengajar dia mengucap..tanpa mengetahui apa itu syahadah..
dia belajar dan melafazkannya berulang kali..dia mahu
lidahnya lancar menyebut kalimah itu walaupun ketika itu,
dia tidak tahu kekuatan syahadah..suatu hari..ustaz bertanya.
.adakah dia benar-benar sudah meyakini islam sebagai
agamanya..tiada paksaan dalam islam,lalu, ustaz itu mahu
persoalan ini terjawab dengan ikhlas nya oleh hati suci ini..
dia menganguk..dia yakin walaupun agak gementar pabila
memikirkan risiko-risiko yang perlu di tanggungnya
selepas saat ini..ustaz meminta dia melafazkan syahadah..
syahadah dilafazkan..saat itu, hatinya bergetar,syahadah
kali ini berbeza benar dengan syahadah yang sering kali
dititipkan di bibir nya sebelum ini..dia serasa amat lapang..
kekusutan seolah-olah terbang meninggalkan fikiran dan
lubuk hatinya..subhanallah..indahnya syahadah ini..syahadah
yang benar-benar menyaksikan keislaman beliau..tangkal
dilehernya di tanggalkan..tindakan itu menghembuskan
ketenangan lebih dalam lagi di hatinya..islam itu benar..
yakinnya dalam-dalam..


‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,dan
aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah’
syahadah ini akan terus tertanam di lubuk hati..insha-Allah.
.terima aku sebagai hambamu..

DUGAAN DAN RINTIHAN..
Dugaan itu kehidupan..dengan dugaan kita mampu
hidup hingga saat ini..manusia takkan lari dari dugaan..
dugaan itu juga tnda kasih nya ilahi.insan ini juga sama.
.ayahnya menderita penyakit kanser, ibunya pula suri
rumah..yang membiayai dan menanggung segala perbelanjaan
keluarga adalah abang sulungnya..dengan hanya
bermodalkan lori, si abang bekerja..ini risiko pertama..
dia bimbang seandainya berita keislaman diketahui oleh
si ayah, sakit ayah nya kan bertambah..dia tak mahu itu
berlaku..ibunya juga begitu..dia tak mahu ibunya risau
tentang diri nya..semasa praktikalnya, ibunya sudah
merasakan suatu kelainan pada anaknya walaupun dia
berusaha sebaik mungkin menyembunyikannya..lalu si
ibu meminta makciknya pula untuk membawa dia kepada
agama kristian..makcik yang tidak pernah bercakap
dengan sebelum ini, tiba-tiba mahu membincangkan
tentang agama..
puas di provokasi, di katakan itu dan ini tentang islam..dia
makin muak mendengarnya..seandainya makciknya ini
punya agama,lalu belajarlah untuk menghormati agama
yang lain..itu jawabnya didalam hati..tiap penjelasan si
makcik tentang islam dan agamanya,kristian menyebabkan
huda keliru..kerana dua agama ini seakan terlalu banyak
persamaan..kerana tidak punya kekuatan hujah, dia
mengambil langkah untuk berdiam..Cuma satu yang menjadi
persoalan baginya..auntie nya menyatakan bahawa si
jesus perlu di sembah kerana jesus sanggup menanggung
semua dosa-dosa umatnya..persoalannya, jika si jesus
dianggap mulia dan di sembah, bagaimana pula ayah si jesus..
bukan perkiraannya,andai si jesus itu mulia, ayah nya
pasti lebih mulia...dan siapa pula yang menyembah ayah
si jesus??persoalan yang tinggal itu msh belum punya
jawapan krn tiada kesempatan untuk di utarakan pada si auntie..

Rintihannya tambah dalam..memikirkan agak sukar dia
hendak menunaikan solat tika di rumah..ibunya
sering menjengah ke kamar tidur satu-satunya anak
perempuan beliau..dia menangis..merintih dan merayu
ada jalan keluar untuk dia mudah menjalankan
tangunggjawab nya sebagai seorang muslimah biarpun
dirumah..susahnya dia untuk mengamalkan ajarana
yang dia percaya..tapi pernah kah kita terfikir, beruntungnya aku,
yang dikelilingi ahli keluarga muslim..mudah untuk kita
menunaikan solat tanpa perlu memikirkan apa-apa risiko
jika hendak di bandingkan dengan insan ini..terlalu sedikit
di antara kita yang bersyukur dengan nikmat ini..
renungilah teman-teman ku..



DOAKU
Mungkin coretan ini tak mampu menulis banyak lagi dugaan
dan mehnah yang telah di tempuhi si gadis manis ini..namunn
aku mengerti satu perkara..huda di datangkan malam
sebelum hari raya haji..perkenalan ini membawa aku
memuhasabah diri..apa pengorbanan yang aku lakukan
demi islam? Sembelih lembu mungkin jawapan terbaik..
tapi pengorbanan yang dilakukan oleh serikandi ini,
menyebabkan aku termenung berfikir..tiap perubahan
yang ingin kita lakukan, perlukan pengorbanan..kerana
syurga yang ingin dikecapi punya nikmat yang sangat
hebat..lalu usaha dan pengorbanan juga perlu yang
terhebat...betapa hebat dan cekalnya dia, demi mendapatkan
sebuah kebenaran, dia korbankan apa sahaja..kepercayaan,
agama, adat dan masa mudanya..dia baru 20 tahun..bagi
kebanyakan orang kita, orang melayu islam, masa muda
ini lah masa terbaik untuk enjoy dan bersuka-suka..tp
bukan dia..masa mudanya mencari dan mendalami agama islam..



Doaku aku titipkan buat dia,moga Allah lindungi dia..
berkatilah dia ya Allah..redha lah agamaMu untuk
menjadi agama dia dan aku juga ya Allah..moga hidayah
menjadi milik kami...amin..amin..amin ya rabbal alamin..

Ahad, Disember 21

pertama kali..KORBAN






















fuh...asif sgt2 untuk yang menjelajah ke blog ni..
maaf sbb agak lama xpost any new news..terlibat
sebagai ajk acara korban bersama sepupu menyebabkan
ana agak sibuk..(menyibukkan diri pun ade juga)..
hehhe..ape tidak nya, orang kuat family ni xde..mak
dan abah ketika itu menunaikan haji..nak tak nak,
kami sebagai anak menjadi wakil untuk memastikan
acara yang julung-julung kali nya di adakan ini
disempurnakan dengan baik dan berjaya..idea ini
di cetus di kalangan sepupu-sepupu kami generasi
80an dan 90an..(means lahir di tahun 85-95..lebih kureng la)..


tujuan korban ini untuk mengeratkan ukhuwah
antara kami sepupu-sepupu dan juga antara adik
beradik abah..sbb keluarga abah ni besar..ada 14
orang adik beradik..sepupu-sepupu ade kot smapai
100 lebih..dr kecil, kami memang byk di besarkan
bersama-sama ahli keluarga abah berbanding keluarga
mak..sebabnya, family mak, mostly ade di sarawak..
dan kami akan pulang ke sarawak hanya 2 tahun sekali..
tp itu dulu..makin besar, makin jarang kami pulang ke
bumi kenyalang tu walaupun hakikatnya , di sana lah
tempat aku dan dua orang lagi abang ku di lahirkan..


haih..panjang pula intro nya...actualy nak fokus kepada
korban yang kitorang buat aritu...memang excellent!!
tahniah wt sepupu-sepupu ana yg dah pun saling berkerjasama
untuk make sure aktiviti yg gempak ini berjaya..bg
orang lain, mungkin aktiviti korban ini perkara biasa,tp
untuk kitorg, ini lah yang terbaik..betul x gen UCOP??hehehe..
BEST!! HAPPENING!! SERONOK!! dan ape-ape jua
perkataan yg mengambarkan keseronokan boleh di tokok
tambah..ape yang tak seronoknya..walaupun tak hundred
percent yg datang, sekurang-kurangnya, kami dapat eratkan
ukhuwah di antara yang hadir..



malam sebelum korban, abang lil cadangkan usrah..usrah antara
sepupu pun perkara baru yang nak di terapkan antara gen UCOP..
bile kiter sume, sepupu-sepupu,gather kat umah oncu (pak cik
kami yang paling bongsu)..antara soklan pertama yang di ajukan
adalah, apa itu usrah..dan soalan itu terjawab dgn cukup baik..
alhamdulillah...kebanyakan sekolah ade pengenalan tentang usrah
..tidak hairan sume sepupu ana dapat jawab dengan baik soalan ni..
walaupun pelbagai jawapan diterima..kesimpulan dari ape yang ana
nampak, ramai yang ade pendedahan tentang usrah..cume mungkin
pelaksanaan yang kurang berkesan menyebabkan ramai yang rasa
usrah ni HAMBAR~


tp alhamdulillah..pendekatan yang bang lil wat dan tak kurang juga
kerjasama yang diberi oleh sume sepupu menjadikan usrah ni bertambah
menarik..ade dua orang yang di taaruf secara mendalam malam tu..
zirah dan kak huda..but the thing that make this taaruf be more
interesting, is kehadiran kak huda..


kak huda ni, orang kedah, student politeknik, baru je kenal
ngan kitorang malam tu..sbb oncu bawa dia balik umah dia
sbb nak bawa dia jumpe family besar kitorang n nak bawa
dia tgk lembu di kobankan..umor dia dalam 20 tahun..sweet
gurl..ape yg menarik tntg kak huda ni???jeng..jeng...(next
post will be special for kak huda..ok?)

usrah mlm tu memang enjoy..pengisian ringkas tentang
tujuan dan matlamat usrah membuatkan kitorang faham
dan nak kuatkan lagi ukhuwah antara kami sume..mudahan
ukhuwah ini terus bertaut..

ha!!balik kepada tajuk post..korban ini kitorang wt untuk
family..kitorang bincang tentang korban ni dah lame..tahun
lepas lagi..masa arwah wo(panggilan untuk nenek) ade lagi..
tym tu, dia ade nyatakan hasrat untuk amik satu bahagian.
.tp, takdir Allah menentukan segalanya..dia pegi dulu sebelum
lihat usaha cucu2 dia nak satu kan keluarga ni..tp takpelah..
besar hikmahnya di sebalik sume ni insya Allah..al-fatihah untuk wo..

esoknya,anak dara bersungguh-sungguh melawa..heehe..
bukan kemana pun..tp seronok punya pasal..wat kitorang
teruja nak bersiap tengok lembu dikorbankan (first time.
.hehe)..yang bujang dah siap2 nak 'mengerjakan' lembu yang
sekor tuh..bagus cucu2 wo ni, rajin sume...hehe


setelah berhempas pulas menumbangkan lembu, tibalah masa
nya untuk lembu di sembelih..
sebagai orang yang telah di lantik (secara x rasminya) sebagai
video gurl, saat-saat ini lah yang dinantikan..nak sangat-sangat
tengok, macamana lembu di sembelih..yang ana terkejut, mase
ade sorang atuk ni sembelih lembu tu dan darah terpancut
macam air keluar dari pili, orang lain bertakbir..(nampak benor
jahilnya)..rupenya, time lembu di sembelih, orang lain bertakbir..
memuji Allah..

serasa ana, tujuan takbir tu adalah untuk bersyukur dengan
kebesaran Allah..sebab korban ni membuatkan kita ingt tentang
keyakinan aqidah yang teguh nabi ibrahim tatkala diperintahkan
menyembelih anak kesayangan nya sendiri..nabi ibrahim
lakukan tanpa ade keraguan..pabila anaknya sendiri memberi
support kpd ayahanda tercinta agar meneruskan perintah
Allah itu tanpa ada buruk sangka terhadap ujian yang ingin Allah
berikan kepada mereka berdua..kerana kepatuhan mereka
kepada Allah, Allah akhirnya menukarkan nabi ismail kepada
binatang sembelihan yang lain..SUBHANALLAH..ALLAHU
AKBAR..maha kuasa Allah untuk melakukan apapun yang Dia mahu..

Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai
oleh Allah Subahanhu wa ta’ala dan sebagai bukti serta
keikhlasan kita dalam menghidupkan syi’ar agama Islam.

Ini jelas difahami dari firman Allah Ta’ala yang maksudnya:

“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak
sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai
kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa
daripada kamu”.
(Surah Al-Hajj:37)


semasa takbir tu dilaungkan, rasa sayu menerpa..bukan sayu
kerana sedih melihat lembu itu di korban..tapi aku melihat,
betapa kerdil nya diri..andai ada yang Allah uji diri ini dengan
ujian yang paling ringan, begitu mudah diri ini melatah dan
mengeluh..tp lihat, betapa redha nya nabi ibrahim dan nabi
ismail untuk membuktikan kekuatan aqidah mereka pada tuhan
yg esa..sanggup menggadai leher sendiri sekalipun..ALLAH...tegarkah
aku andai aku di tempat mereka...mungkin ade yang mengatakan..
'yelah,mereka nabi,kite ni bkn nabi'


tp sedarkah kite..ini bukan sekadar ujian sbg seorang nabi..tp juga
memperdagangkan kasih seorang ayah...perasaan dan kasih seorang
ayah kepada anaknya tidak ada bedanya antara nabi dan manusia
biasa.. mungkin kerana itu,tatkala pisau itu sampai dileher ismail,
ibrahim tidak snaggup meneruskannya..namun kata-kata semangat
dari si anak agar meneruskan perintah Allah yang mulia menyebabkan
nabi ibrahim memperkuatkan tekad...namun,akhirnya, ismail di
tukarkan dengan binatang sembelihan yang lain...SUBHANALLAH..

Alhamdulillah, korban yang kitorg anjurkan berakhir dengan cukup
sempurna insha-Allah..moga korban itu di terima..dan moga ukhuwah
antara kite akan terus diikat dengan aqidah yang satu..


Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
Muliakanlah qurban-qurbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan
kamu ketika melalui titian siratal mustaqim.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:-

Barangsiapa berqurban dengan satu qurban nanti ketika dia
bangkit dari kubur, dilihatnya tegak sebelha kepada kuburnya,
bulu dan dua tanduknya terbuat dari permata yakut dari
syurga, dan dia berkata: Siapakah kamu dan kenapa kamu
ada disini, rupa yang cantik, aku belum pernah melihat makhluk
seperti mu, Haiwan qurban itu pun menjawab: Aku qurban mu
didunia dahulu, naiklah keatas belakangku. Orang yang empunya
qurban itu pun naik, lali diterbangkan antara langit dan bumi
dibawah arasy.

Hadith riwayatImam Muslim dan Imam Bukhari.


insha-Allah..dengan berjaya nya korban kali ni, ada ura-ura yang
kate nak wat sembelih unta pula tahun depan...insha-Allah, andai
di izinkan..kite wat lagi ye tahun depan!! :)..thanks dan tahniah
untuk semua..