Jumaat, Januari 7

Kita Merancang, Allah Menentukan~

Bismillahirrahmanirrahim

"Berapa menyimpan sebulan?" setelah penat bergurau senda saya mengeluarkan soalan yang lebih serius.

"hurm, kadang-kadang aud200. alamak..tapi itupun biasanya bila sampai hujung bulan, tinggal aud100 atau habis" keluhan itu sama dengan keluhan saya. saya juga begitu. ada sahaja laluan duit itu untuk dihabiskan walaupun saya bukanlah kaki shopping! pergi City pun boleh sesat agaknya~

alasan lagi.."ala,biasalah macam tu..KITA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN"

Ambuih, cepatnya bila yang silap itu disandarkan pada ketentuan Allah. Rupanya kita yang terlalu rapuh dalam merancang kewangan. usaha dulu kemudian baru tawakal pada Allah..

"Abang Lil, abang simpan berapa sebulan?" seusai solat berjemaah, saya mengaju soalan santai kepada abang saya, sekadar mahu merapatkan ukhuwah.

"Alamak na..ada la sikit..kalau ada lebih, menyimpanlah!" sedih juga bunyinya tu..Saya lantas mengambil buku nota dan pen. Meminta senarai perbelanjaan abang sulung kesayangan saya ni. Catit punya catit, kira punya kira, memang takde langsung baik yang tinggal!

"bang Lil, kalau semua duit pinjaman PTPTN tu digunakan untuk bayar yuran sekolah, bang lil guna duit apa untuk makan?" saya bersuara bimbang. Mana tidaknya saya tahu sangat, dia bukannya meminta sangat belanja dengan emak dan abah.

"pandai-pandailah nak hidup" dia senyum. Allah..sukarnya mahu hidup di Malaysia. Elaun kecil tapi kos hidupnya tinggi! bang lil terpaksa bekerja part time. Duit pinjaman khas untuk pelajar pun tak sepadan dengan perbelanjaan seorang pelajar!

Setelah membaca buku "Kemana Wang Anda", saya terjumpa satu cara untuk memudahkan abang saya membayar pinjaman pengajian tu, iaitu melalui pelaburan..saya tulis di post sebelum ini 




Buat Pelaburan

-Pendahuluan RM 1000 dan melabur RM 100 Setiap bulan
-Kadar pulangan 10% dalam masa 5 tahun.
-Insha Allah boleh dapat RM 7808!
-Kalau dengan kadar pulangan 10% selepas 10 tahun, insha Allah boleh dapat RM 20, 655!

Berminat! Pelaburan memang boleh beri pulangan yang menguntungkan jika melabur dalam tempoh 3 tahun keatas..Makin panjang masa, makin menguntungkan.

Setelah berbincang lebih mendalam beberapa perkara, abang lil got one point, dia perlu menyimpan dalam bentuk pelaburan supaya duit itu bertambah dengan kadar yang menguntungkan. Alhamdulillah..

tapi katanya tak mampu untuk sediakan RM1000 untuk pendahuluan pelaburan. Betul juga, Rm1000 bukan jumlah yang sedikit..Tapi ada satu ALTERNATIF yang boleh di buat.

Dia boleh melanggan produk takaful yang ada 2 dalam 1..ada simpanan dengan maximum dividen 6% dan juga perlindungan sekaligus. Memang dividen agak sedikit tapi ia simpanan yang sangat selamat dan dia ada perlindungan sekaligus!

Takaful Savings Plan


-Tak perlukan RM1000 untuk pendahuluan
-Ada 2 dalam satu (Simpanan/pelaburan dan Perlindungan)
-Simpanan  rendah RM62.69 sebulan, untuk tabungan selama 25 tahun.
-Automatik dapat perlindungan RM 100,000
-Jika masih hidup, selepas 25 tahun, insha Allah manfaat yang diperoleh adalah RM 33,661.89
(lebih dari cukup untuk bayar PTPTN secara cash dan dapat lagi buat duit pendahuluan kereta =P )

dia akhirnya buat keputusan, untuk usahakan cari rm1000 dan mulakan pelaburan dan ia adalah langkah yang sangat BESTARI!..Tapi nasihat saya, jika mahu memulakan langkah bijak dan tidak mampu untuk sediakan RM1000, boleh teruskan dengan mengambil pakej takaful savings plan yang hanya RM100 setiap bulan. Kalau kurang faham tulisan saya yang memeningkan ini, silalah hubungi saya melalui emel/ facebook saya..sesi rundingan dan diskusi percuma =)

Selamat Menyimpan dan Melabur~

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, Januari 6

Produk Islam Vs Orang Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Kes 1:
seorang pegawai bank dan juga muslim bertanya saya "Kenapa nak buka akaun islamic ye? susah nak buat pinjaman guna akaun ni"

Kes 2:
"islamic akaun ni hanya untuk yang ada janggut sahaja!" sekali lagi orang awam yang juga berbangsa melayu dan seorang muslim bersuara kepada saya.

Kes 3:
"You kalau nak melabur, melabur dalam islamic fund..saya masuk chinese fund, RUGI teruk! islamic fund turun percent tapi tak banyak, islamic fund STABIL." ini nasihat dari peguam yang berbangsa India dan beragama bukan islam.

aduh-aduh..terbalik semuanya..orang bukan islam lebih menghargai produk islam, kita pula? renung-renunglah..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Januari 4

ada masalah duit?check it out GUYS!

Bismillahirrahmanirrahim

semua orang pun ada masalah duit..yang sikit duit tak cukup duit..kais pagi makan pagi kais petang makan petang..yang kaya, makin nak besarkan rumah,besarkan kereta..aleh-aleh, duit yang banyak pun jadi sikit balik sebab kemahuan makin MEMBESAR sama!

masalah tak cukup duit berkait rapat dengan bagaimana aliran tunai yang berlaku dalam kehidupan kita seharian/bulanan..Jadi, saya kongsikan anda dengan jadual aliran tunai yang saya peroleh ketika saya ke taklimat kewangan tempoh hari, mudahan ada manfaatnya untuk anda semua!

FORMULANYA MUDAH SAHAJA

A adalah wang masuk/pendapatan/elaun dan mesti ditolak dengan B iaitu wang simpanan terlebih dahulu! samaada simpanan itu pelaburan/simpanan biasa..dan kemudian baru tolak C iaitu perbelanjaan


sebabnya mudah..kalau kita tolak belanja dulu, alamat yang tinggal untuk simpanan..adalah kot RM10..bulan depan RM5, bulan depan lagi? hoho..jadi,silalah tolak wang simpanan di awal-awal waktu ye..



Baki yang ada (jika ada,ALHAMDULILLAH), kalau boleh letakkan dalam simpanan kecemasan/pelaburan..jangan cepat rasa seronok ada lebihan untuk dijolikan..berpadalah..dengan pelaburan kita boleh peroleh pendapatan lebih untuk jangka masa akan datang dan jika kita simpan untuk kecemasan, paling tidak kita tak lah mencari-cari bila wang diperlukan pada waktu terdesak.

Jangan lupa letakkan perbelanjaan ukhrawi..ada sahabat saya pesan, dia selalunya letakkan 10% dari pendapatan beliau untuk perbelanjaan ukhrawi ni..ingatlah! dalam harta kita, tersimpan juga hak milik orang lain iaitu lah 7asnaf :
1.Fakir 
2.Miskin 
3.Amil 
4.Muallaf 
5.Riqap
6.Gharim
7.Fisabilillah 
8.Ibni Sabil

Selain kita membersihkan harta sekaligus kita akan merasa bahagia membantu dan bersedeqah dengan wang yang kita peruntukkan itu..bahagia dunia, bahagia akhirat juga insha Allah..mudahan..amin ya rabb!

maaf ya..saya cuba membantu anda yang mempunyai masalah kewangan bukan dengan bantuan wang tapi dengan jadual aliran tunai ini supaya anda bisa merancang aliran wang anda dengan lebih baik dan tersusun, iA akan ada jalan keluar dari masalah kewangan jika anda berlatih untuk berdisiplin dan berjimat!

sunnatullah alam, makin banyak anda berjimat dan cermat dalam mengatur wang, anda akan lebih tenang dan sentiasa merasa cukup dengan wang yang anda ada..

boleh rujuk sini jika mahu WANG BEKERJA UNTUK ANDA
 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Januari 3

tambah wang dan biar wang bekerja untuk kita!

Bismillahirrahmanirrahim

sebelum berangkat ke australia, JPA memberikan saya sejumlah wang yang agak banyak. Oleh kerana kurang ilmu dalam pengurusan wang, saya agak boros dalam berbelanja pada tahun awal saya di Australia. Namun, setelah mendapat sedikit nasihat dari sahabat-sahabat, saya memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan. Alhamdulillah.

pulang ke malaysia, saya terbaca buku yang ditulis oleh Pn Hajjah Rohani, CEO Hijrah Wealth Managment Sdn Bhd, saya agak terkesan dengan banyak perkara yang disentuh olehnya terutama mengenai cara kita, iaitu kebanyakan pelajar melayu menyimpan. Iaitu kita hanya MENYIMPAN didalam akaun simpanan biasa.

 sebagai pelajar tajaan luar negara, saya yakin banyak juga wang yang boleh disimpan lebih-lebih lagi jika duit itu ditukar kepada mata wang ringgit malaysia. seperti contoh jika saya berjaya menyimpan aud1000 untuk setahun dan saya bawa pulang ke Malaysia,saya akan memperoleh RM 3000! dan itu bukan jumlah yang sedikit! kalau pelajar yang tak bekerja boleh menyimpan aud1000 setahun, itu belum kira pelajar-pelajar yang buat kerja sambilan kat luar negara..mesti lagi banyak simpanan kan?

kesilapannya, kita hanya akan pulang ke malaysia, convert duit tersebut dan letakkan ia ke dalam akaun simpanan yang kita ada..maybank Wadiah, cimb Islami dll..tahukah sahabat-sahabat sebenarnya kita boleh menjana duit yang lebih lagi dengan membiarkan duit itu bekerja untuk kita?

DUIT BEKERJA?
ya, dan kita yang akan dapat 'gaji'nya! itulah dinamakan pelaburan. Dengan pendahuluan RM1000, dan RM100 setiap bulan. Dan dengan kadar pulangan yang dijangkakan 10%, dalam masa 5 tahun anda dianggarkan akan memperoleh RM 7808, wow! lebih dari cukup untuk buat UMRAH!

jika anda menyimpan aud 134 sebulan (lebih kurang RM400). Dengan pendahuluan yang sama, RM100 dan kadar pulangan dijangkakan 10%, dalam masa 30 tahun, anda dianggarkan akan memperoleh RM 1 000 000 bersamaan 1juta! kalau umur saya sekarang ni 22 tahun, dan saya sudah memulakan pelaburan, saya dah boleh JUTAWAN pada umur 52tahun! =)..jika anda menyimpan lebih, lebih banyak pulangan yang anda akan peroleh dalam masa yang lebih pendek dari 30tahun insha Allah~

saya bersyukur kerana saya didedahkan dengan perancangan kewangan ini pada usia muda, walaupun sedikit kecewa kerana 3tahun setengah, duit elaun biasiswa saya, telah dihabiskan tanpa apa-apa perancangan untuk masa depan saya. jadi, saya tak mahu sahabat-sahabat dan adik-adik mengulang kesilapan sama yang pernah saya lakukan. ayuhlah, kalian insan-insan yang bijak, jesteru menyimpanlah dengan membuat pelaburan. Wang itu akan bekerja untuk anda!

Kenapa dengan akaun simpanan?

tak salah untuk anda menyimpan dalam akaun simpanan biasa, tapi ketahuilah kadar pulangan akaun simpanan biasa anggarannya adalah sekitar 1% ke 3%. Ia sangat sedikit berbanding dengan jika anda melabur wang itu melalui pelaburan iaitu sekitar 10% ke 15%. pilihan di tangan anda dan nasihat saya buatlah pilihan yang BIJAK~

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."