Sabtu, April 18

..Hepi Besday Mak!!..



"Assalamualaikum mak...hepi besday!!..." ucapku dgn excitednya

"Waalaikumsalam..ana ke??owh..terima kasih..."

"maaf mak..takde hadiah untuk besday kali ni.."

"xpelah na..yang penting tu ingatan dan doanya.."

"moga panjang umur dan dimurahkan rezeki dibawah redha dan kasihnya Dia..umur mak dah berape eh? 49 kan?? dah kene ade cucu ni..hehe"gurau ku..


itu ajaran bonda tercinta...xpernah lekang dari bibirnya...mohon doa dari anak-anaknya...mungkin itu juga yg menyebabkan lidah ku seringkali menyebut ayat-ayat yang sama...even dgn guru-guru non muslim...aku pohon doa dr mereka...rindunya...rindu pada keluarga di Malaysia...rindu bergurau senda dan berkumpul bersama..rindu berkongsi cerita...rindu berkongsi suka dan duka..


airmata bergenang tatkala mendengar nasihat yang mak tuturkan...Allah..rindunya...

semalam...ku sampaikan sms buat kedua2 abang ku...sebagai ingatan..agar mereka xlupa untuk wish ataupun kol mak...dorang ni sbnrnyer lg manja ngan mak berbanding aku yang lebih manjanya dengan abah...tapi bab2 ni..selalu je terlupa...jd, sbg adik..nak juga sibuk2 kan diri ingatkan diorang..hehe..

teringat satu kisah dahulu...tatkala aku tulis kisah ini, kisah ni dah pun hampir dua tahun berlalu..coretan yang aku tulis dengan airmata..tatkala melihat airmata ibu tercinta itu mengalir...






airmata ibu tumpah lagi..hati ku cukup terguris..luahan mak kali ini benar2 datang dari hulu hati nya..aku yakin dan cukup yakin..itulah suara hati dari insan yg bergelar ibu...dia cukup tabah...tatkala dia meluah kan..sedikit pun airmata nya tidak kelihatan..airmata itu hanya tumpah apabila kami selesai mengangkat takbir untk menunaikan solat isya'..


usai sahaja kami menunaikan solat maghrib berjemaah...hati ku terdetik untuk bertanya tntg abang..emak ku mula bertukar wajah..di luahkan hatinya..rupa2nya...si ibu ini benar2 rindu kepada anak2 bujangnya..seorg bekerja dan seorg lagi belajar..puas ku mmberitahu,mungkin mereka sibuk,mak dan abah pasti ada didalam doa merea,aku cuba memujuk..namun,hati ibu,siapalah yg benar2 mengerti...



cukuplah wahai anak...jangan kau robek lagi hati ibu..biarpun hanya sekali dalam seminggu...tanyalah khabar ibu..apa salah ibu mu terhadap dirimu wahai anak2??..sudah cukup ilmu agama yg orang tua berikan..maka gunakanlah sebaik mungkin...jangan terlalu sibuk untuk berdakwah,bekerja, dan belajar..kau lupa tanggungjawap mu pada kedua orang tuaMu..cukuplah hanya satu msj yg kau sampaikan untuk bertanya khabar..tidak rugi sesen pun...sedangkan dgn shbt2 mu,beratus2 ringgit bisa kau gunakan untk menelefon dan bersms...


cukuplah dengan tidak lebih rm1 kau gunakan untk menghubungi org tua mu..tanyalah khabar mereka..jgn hanya ketika kau buntukan wang baru kau hendak mencari mereka..airmata wanita itu tumpah lagi..d hadapan allah,dia mengharapkn yg terbaik buat anak2 nya...terdetik hati ku,mungkin aku juga sering membuat airmata wanita yg melahirkan ku ini tumpah...hati ku sayu..wahai anak2..fahami lah ibu bapa mu...kenangilah jasa mereka..bukan duit yg mereka mahu,cukuplah skdr kasih sayang..jika kau malu untuk mengucapkan kasih dan sayang itu..cukuplah dengan menunjukkan nya..ambil lah berat tntg kesihatan mereka...luangkanlah diri mu untuk menelefon atau sekurang2 nya menghantar msj bertnya kbr..walaupun untuk sekali seminggu..inilah luahan hati seorg ibu yg benar2 rindu akn anak2 nya..


bukan untuk mengungkit..tapi terlalu byk pengorbanan si ibu buat mu,belanja belajar,makan,assignment,buku2,yuran sekolah dan macam2 lagi..bisakah kita membayarnya??..cukuplah dengan menggembirakan mereka..cukup2lah kita dari menjadi penyebab airmata itu tumpah lagi dari kita kecil hingga kita dewasa..hargailah sementara mereka masih ada...allah pemegang nyawa..allah menentukan segalanya...


jangan kau menyesal andai diri tidak sempat berbuat apa2 untuk ibunda dan ayahanda mu yg tersayang...jangan lah kau menyesal apaila mereka tiada lagi di sisi..sebelum kau benar2 mengembirakan mereka....luang kan masa untuk bunda dan ayahnda..pulang lah untuk menziarahi mereka..andai terlalu sibuk,telefonlah,sekurg2nya,bermsjlah dgn mereka..smoga airmata itu jatuh dengan seulas senyuman di bibir..

sesudah solat isya..baru aku sedar..dia menangis di hadapan allah..mohon kebaikan buat si anak..mohon dipermudahkan segala buat si anak..


"ana minta maaf mewakili yg lain2 mak " mak tersenyum dan mengangguk..itulah hati ibu,tidak pernah kenal perkataan tidak untuk memaafkn kesalahan dan kekhilafan kita..semoga dosa2 kita diampunkan...sayangi..kenangi..dan dekati lah ayah dan ibu...semoga kita benar2 memahami perasaan mereka dr terus leka memahami perasaan sahabt..
ampunkan kami mak abah..doakan kami menjadi anak2 mu yang soleh dan solehah..amin..
ingatan ini buat diri sendiri jua...Allah..ubati rindu ini...

Selasa, April 14

.: Baitul Muslim :.

isu hangat di pasaran ini mengerak tangan dan akal ku berfungsi lalu terus memikirkan solusi terbaik..isu Baaitul Muslim..hebat n panas dikalangan student..lebih-lebih lagi, student undergrade...hui..kadang2 aku berfikir sejenak, kenapa tiba2 isu ini timbul??..aku kira n congak..rupanya aku sudahpun menghampiri 20 tahun..patut pun isu ni tersebar..huhu..cepat nya peredaran masa yang berlalu..serasa aku masih 17 tahun ( adeh!..perasan betul)..takdelah..mungkin kerana aku ini teramat lah manja dengan abah dan abang2 ku..pabila adanya mereka..sukar benar untuk aku berdikari..sehinggakan hari penerbangan aku ke Perth..abah sampaikan pesan..pesan itu serius..dipandang tepat mata ku..

"Ana, dengar ni..sekarang, ana kene pandai jaga diri..abah kalau boleh nak pergi hantar sekali..tapi banyak perkara yang perlu di considerkan..jadi, ana jangan byk berangan dan sambil lewa lagi..ni visa, pegang elok2..jgn tinggalkan kt mana2"


itu antara ingatan dan pesan dr abah..serasa aku masih anak kecil..namun aku akui,pesan itu beri impak besar pd diri..aku mula meyakini, yang aku kini perlu mengambil risiko sendiri atas apapun keputusan yg aku lakukan..dan secara berdikit2 nya aku baru menyedari..yang aku..
bukan anak kecil lagi!!


persoalan tentang Baitul Muslim...ku kira, ia bukan hanya soal rumah tangga yang bakal di bina..ianya soal 'new world' yg penuh cabaran dan dugaan..andai dugaan saat ini ketika aku single mingle ini masih kelam kelibut aku selesaikan dan banyak airmata yang aku taruhkan..bagaimana pula di dunia baru nnti..yang pastinya bukan seorang..berdua atau lebih lagi..emm

ia juga soal hati...Allah..soalnya hati ini..kadang2, terlalu berat untuk aku sebut..malas melayannya kerana takut tak telayan...itu dalam akal fikiran ku..tapi, pabila mendengar pendapat insan2 sekeliling..isu ini relevan untuk aku agar menilainya secara lebih halus..

antara soalan yang timbul..

Soalan
  1. Apa pendapat anda, jika di tahun pertama di uni, anda dipinang orang?

Jawapan:

a. eh, aku xnak lah..aku hidup ngan ko je la..(guran si teman perempuan kepada teman perempuannya yang lain)..hui..bunyi nye seram gak..tp xpe itu skdr gurauan

b. alah..malaslah nak fikir...abes belajar dulu...nanti baru fikir..boleh?

c. ikut parents saya, if ada yang datang meminang..perkara yg baik ni percepatkan je..

d. ha, samelah lebih kurang cam jwpn si C..tapi saya sendiri yang tak bersedia..

byk lagi jwpn..yang ketika ini, aku terlalu sukar untuk mengingatinya (bila ingat nnti, update smula..insha Allah)..

sifir nya mudah...tak berkembang bunga andai tiada kumbang yang menyebarkan debunga nya..tidak kukuh sebuah kerajaan andai presiden tiada timbalannya..tidak berguna andai punya pen atau pensel andai tiada tempat untuk menulisnya...dan...

tidak adanya kita hari ini membaca dan menulis blog andai Hawa tidak dicipta Allah untuk Adam tika Adam di syurga walaupun disana lengkap segalanya..kesimpulannay..fitrah manusia itu memang saling memerlukan..

aku akui, krn pernah terjebak dalam mainan hati, hatiku makin perit dan pedih..mengejar cinta manusiawi..buatku aku jauh dr landasan cinta ilahi...semua itu dalam hati..kerana itu aku yakin dan teramat yakin...urusan hati bukan mudah untuk di diuli mengikut acuan..ia perlu pengorbanan dan usaha..dan kerana itu, aku berusaha tidak bercakap mengenai soalnya hati..

tiba satu saat, aku berfikir sejenak..kerana ramai yang bertanya..lalu, aku juga bertanya dalam diri..apa pendapat aku sendiri tentang perkara ini?

hui, jawapannya bukan mudah..aku masih dalam proses mengislah diri..yang rasa nya terlalu kerdil dan hina di mata manusia..apa lagi di mata Allah...berbalik kepada apa yang aku perkatakan tadi...soal pembinaan rumah dan tangga ini bukan hanya sekadar untuk membina sebuah rumah yg cukup tiang dan papannya tetapi bocor di sana sini dan membuatkan seisi rumah berfikir,adanya rumah ini tadi serupa seperti tidak berumah..tetapi ia berkenaan kualiti, fungsi dan juga bagaimana rumah ini tadi akan terus memberi manfaat kepada seisi rumahnya buat selama-lamanya selagi dizinkan oleh Allah untuk terus teguh berdiri dan kalau boleh diwariskan terus kpd keturunannya

secara mudahnya, aku bimbang, aku lah yang menjadi punca rosak nya rumah tadi..kerana terlalu banyak kekurangannya yang perlu aku baiki..

namun, jawapan 'selamat' aku, tatkala aku ditanya..adalah jawapan C di atas..emm..itu kata2 abah..mak xpula beri banyak komen tentang ini..cuma katanya dan kata anjang (makcik kesayangan ku)..apa yang penting redha ibu bapa kita sendiri...


Dunia itu jambatan ke akhirat..apa yang dilakukan di dunia..banyak kaitannya dengan kehidupan kita di akhirat sana..harapan ku cuma satu...jodoh itu pastinya ada..cuma, andai tiba masanya, aku harap, kapal yang aku layar beseorangan selama ini dalam mencari cinta Sang Pencipta Cinta , dikemudi nakhoda yang lebih tinggi ilmunya dalam pelayaran ke Destinasi Cinta Ilahi itu..aku kelasi yang penuh kekhilafan dan kekurangan...kapal yang dilayar dengan ilmu yang cetek ini selalu membuat kapal itu terumbang ambing tatkala badai melanda..namun, andai si Nakhoda hadir...moga dia bisa membantu ku..layari bahtera bersama..menuju Pantai Kasih dan Cinta Rabbi..


p/s : bimbang dengan setengah2 jawapan dari teman..yang ada setengah nya mahu buat2 tidak normal jika ada yang dtg meminang supaya dia tidak berkahwin dgn siapapun..dasyat bukan? hal ini bukan perkara remeh..

oleh sebab itu, jangan pernah lupa untuk berdoa beroleh zauj atau zaujah dan zuriat yg soleh solehah biarpun hati masih belum bersedia..mudahan Allah perkenankan yang terbaik buatmu..amin..