Hari ini hari kelima bergelar sayang kepada seorang abang..
Masih kaget dan terkejut kalau nombor abang naik di telefon.
Masih serba salah untuk mengetuk pintu bilik jika abang ada di dalam.
Kerap sahaja menyinggah bilik adik perempuan untuk menarik nafas.
Masih terasa single sebab di ofis orang masih panggil kita Cik Ana.
haha...
Hanya senyum sahaja kalau terkenangkan setiap detik perkenalan kami. Baru-baru, orang kata buat apapun nampak baik sahaja.tapi itu kata orang,
kata kita, hargailah setiap apa yang ada pada dia(pasangan kita), kerana ajal itu bila-bila..
Alhamdulillah, Allah kurniakan bukan sahaja seorang suami tetapi sahabat yang sangat memahami. Akhlaknya selalu membuatkan ana terhibur. Moga Allah jaga abang sebaiknya. Moga akhlak terpujimu itu tempiasnya terkena juga pada si isteri yang belum cukup sempurna akhlak dan adabnya ini. Sengaja menitip cerita, mudahan permulaan cerita ini bersambung terus episodnya di Syurga sana. Amin.
Hari Nikah, 31 Mei 2013, Selepas Asar.
Dalam sibuk menenangkan diri, adik sudah berkali-kali masuk ke bilik dan mengkhabarkan berita kehadiran pengantin lelaki. Ana berkali-kali mengingatkan diri, kamu sudah hampir menjadi isteri. Tidak tahu persediaan last minute yang perlu dibuat. Hanya kaku senyap. Tak lama kemudian, adik datang lagi. "kak, mak minta keluar!" Tarik nafas dalam-dalam dan bergerak ke pintu. Ya rabb, ramainya. Bakal zauj juga ada disitu, tunduk malu :) beliau nerves. ana lega sebab orang perempuan boleh duduk di belakang dan.tidak lah sekecut perut insan bernama lelaki. Jurunikah ni pun memulakan bicara beliau. Hanya santai tapi banyak soalan dan usikan untuk mengurangkan ketegangan barangkali. Berapa bilangan isteri nabi, apa rukun nikah, berapa rukun iman, islam dan rukun negara.(sampai itu pun ditanya? ish.ish. kesian pengantin lelaki). Ana hanya berdoa dalam hati, janganlah ditanya apa-apa pada pengantin perempuan. langsung tak study apa-apa. Kepenatan ke sana sini menyelesaikan urusan semalam dan hari-hari sebelumnya.
"Pengantin perempuan.." panggil si jurunikah. ana angkat muka.
"Sudikah anda menerima Mohd Azli Fakri sebagai suamimu" soalan ni macam karen masuk dalam jantung. tak pernah terfikir dapat soalan ni..huhu.
"Ya." nasib mulut masih bijak berkata walaupun otak dan minda serasa mahu terpengsan.
Hanya sekali lafaz Sakinah itu dilafazkan. Alhamdulillah.
"Jagalah Nurul Farhanah dengan sebaiknya" pesanan dari Abah tercinta. Pendek tapi mampu merobek jiwa raga ana. air kristal itu jatuh jua.
Pengantin lelaki mula berpusing ke belakang. "alahai, takde cara lain ke?" hati berbisik sendiri. huhu..ana berganjak sedikit ke belakang. tangan kesejukan. cincin di sarung. mas kahwin diserahkan.pengantin lelaki terus meletak tapak tangan di kepala. Banyak kali sebelum tiba hari pernikahan saya mahu mengingatkan beliau tentang sunnah ini tetapi hati tekad kata jangan. "Percaya sahaja dengan bakal suamimu." hati memujuk. Alhamdulillah, beliau tidak lupa :).
Saat doa itu dibaca, minda ana tidak ingat apa-apa. hanya kalimat "Ya Allah dekatkan kami dengan JannahMu" yang terulang-ulang di dalam relung hati. Moga Allah hampirkan kami dengan Syurga Dia. Bahagiakan kami dengan Syurga Dunia dan Syurga AkhiratMu ya Rabb.
Selesai doa di baca. usikan menyuruh pengantin lelaki mencium dahi pun bermula. Ianya seolah menjadi kebiasaan pula. Nasib baik pengantin lelaki kental ^^. serasa mahu terjatuh sahaja dari kusyen itu andai pengantin lelaki mengikut usikan nakal itu.
Pengantin lelaki bangun dan pegang tangan ana.
"Banyaknya soalan jurunikah!" itu ayat pertama si suami bisikkan pada ana.
ana hanya mampu tergelak dalam hati. berapa lama ana fikir macammana bakal suami yang pendiam itu akan memulakan bicaranya. Bagaimana pula ana perlu memulakan bicara andai suami sepi tanpa kata. tapi dek kerana jurunikah ana yang kontroversi ini, ianya menjadi topik bicara pertama kami. senyum sahaja dan berterima kasih kepada jurunikah Ustaz Hibbatul Haqqi Hamdan kerana menghidupkan hari nervous kami berdua.
Hujan turun usai nikah dilafazkan.
Alhamdulillah ^_^, Ya Rabb, rahmatilah lafaz sakinah itu, berkatilah binaan masjid kami, semoga bertahan cinta ini hingga saatnya kami bertemuMu Ya Rabbul A'la.
alahai, shy shy cat kunun~ ^_^ |
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."