Jumaat, September 24

Kumpul duit untuk?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ana, apa yang dimaksudkan dengan kaya bagi Ana?"

aku tersenyum.

Itu yang menariknya bekerja di sini. Masuk kerja tapi serasa masuk kelas agama, kami berdiskusi agama..dan ana gembira sebab ngobrol agama ini banyak menggerakkan sel-sel akal untuk berfikir dan menggali semula ilmu yang diperoleh semasa sekolah dan di dalam usrah =).

Akal terus ligat berfikir, jawapan terbaik untuk si majikan ana ini.

"Ana rasa, kaya tu bila Ana tak meminta-minta"

masih rasa sangsi dengan jawapan sendiri, tapi itu lafaz doa yang di ulang saban pagi. Jadinya ana jadikan ini sebagai jawapan.
"kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain" (Al Mathurat)
"Tapi Ana, Ana pernah kata ana dah cukup semuanya..kalau dah cukup, kenapa Ana kerja?"

adeh! soalan ni soalan muhasabah. Macam terkena batang hidung sendiri.

Refleksi diri.

Duit dikumpul bukan untuk kaya, ana ada satu impian.

Ana teringin benar menjadi tetamu Allah.

sebab teringin nak rasa macamana jadi BABY semula =)

ana banyak benar dosa.

rasa nak celup diri dalam airmata di depan kaabah. mudahan jadi putih bersih kembali. mahu jadi insan yang baik. paling tidak ana mahu jadi hamba yang solehah buat Allah. Anau mahu keluar dari dunia lumut penuh kekotoran jahiliyah dan akhlah yang buruk. Ana mahu lahir semula putih bersih, mudahan ana boleh jadi insan solehah yang diimpikan yang diidamkan sejak dulu lagi.

Ada banyak hubungan yang tak terjaga.

dan ana yakin kunci masalahnya cuma ada satu iaitu..

Hubungan aku dengan Allah azza Wajalla ada lackingnya. ada bocor di sana sini..

Bukan kah jika kita menjaga hubungan dengan Allah,nescaya Allah jaga hubungan kita yang lainnya?

Orang mukmin bisa melihat wajah Allah di akhirat nanti..

tapi ana rasa, ana ni cuma Orang-orang*..

(*kat sawah padi tu..yang dok berdiri di tengah-tengah sawah. konon-kononnya nak takutkan burung sebab burung akan ingat itu peladang.Tapi sebenarnya orang-orang itu hanya batang kayu dan himpunan rumput-rumput kering yang tak berguna. Sekarang,burung pun tahu beza orang dan orang-orang. Sebabnya orang boleh bunuh/halau burung tapi orang-orang useless sama sekali)

Allah

aku tahu,aku tak pernah layak untuk syurgaMu..

Namun aku tak berani jamin aku mampu merentas lautan neraka yang penuh api yang menyala dan penuh dengan azab azab dan azab serta segunung kemurkaanMu.

terkena minyak kat muka masa goreng karipap haritu pun, masih mengeluh sakit tak berhenti.
Itu baru kene minyak, kalau kene api? satu badan lagi?

dalam neraka..kene celup, pastu cair..pastu jadi manusia semula,pastu kene celup lagi..mendidih lagi...cair lagi..dicelup lagi..dari hujung kaki sampai hujung rambut..mendidih otak dan kepala..terburai segala isi perut dan isi otak..tulang belulang hangus dan lebur macam leburkan besi...lepas jerit terpekik terlolong sebab sakit,perit dan jerih tu..

"Allah,Allah..ampunkan aku!!!" jeritlah sekeras mana pun. Allah dah beri peluang sebanyak-banyaknya di dunia untuk baiki dan islah diri..apa yang kamu buat di dunia dulu?

kemudian allah hidupkan kita kepada bentuk asal.

dan kemudian? celup lagi!! 1 hari di dunia bersamaan puluh2 tahun di sana. Kalau kita buat satu dosa, pastu kita sedekah rm10, rasanya cukup ke nak hapuskan dosa-dosa kita tu? paling tak,agaknya mungkin lah kurang 10hari(sebab sedekah rm10 kan?), yang lebih-lebih hari tu, sanggup ke kita menghadapi neraka Allah yang penuh dengan azab,darah dan nanah?

itu kalau guna perkataan celup,masih baik lagi..kalau malaikat Malik tu pukul belakang pakai besi tercampak berguling-guling ke dasar neraka penuh api marak tu? sanggup? dah la malaikat Malik tu besar dan kuat..aku?

kene bahang masak rendang masa raya tu pun tak letih mulut merungut-rungut panas.
itu baru bahang dunia!

cukup-cukup!

allah, sungguh aku tak mampu dan aku ngeri.

izinkan aku jadi tetamuMu ya rabb..izinkan aku untuk menggosok segala daki dosa hitam pekat dalam hati dan diri..

aku tahu cuma di sana adanya clorox/pembersih paling berkesan. moga redhaMu jadi milik aku.

Izinkan aku menjadi tetamu Mu..