Rabu, Disember 22

ayuh, BERHIJRAHLAH kepada kewangan islam!


Bismillahirrahmanirrahim.

Masuk ke CIMB Bank..

“Akak,saya nak tukar akaun CIMB ke Islamic CIMB macammana ye?”

“eh,kenapa nak tukar?” seorang pakcik mencelah.

Saya cuma tersenyum. Kakak tadi pun dengan lancar menerangkan pada saya prosedur untuk menukar akaun.Ketika menunggu nombor giliran, pakcik tadi sekali lagi memanggil saya.

“adik, mari sini sekejap. Kenapa nak tukar akaun? CIMB Islamic itu untuk orang yang berJANGGUT!”

Allahuakbar! Tercabar benar rasanya saya ketika itu.
Agaknya, kata mudahnya, CIMB Islamic itu untuk golongan ustaz ustazah sahajalah, yang belajar agama! itulah telahan saya.

Dia melayu islam, saya juga islam.

Terang-terang dalam kad pengenalan yang digalas sana sini itu tulis agama kami berdua, adalah islam. Malangnya bila ada di buat akaun CIMB Islamic yang cukup terang adalah untuk yang beragama islam, malah kita sendiri yang melekehkan!

Hui, maaflah jika entry kali ni berbaur emosi sikit. Bilamana pakcik tadi menyebut Islamic hanya untuk yang berjanggut,saya hanya tersenyum walaupun hati cukuplah kecewa.  Kecewa kerana orang islam selalu memandang rendah pada agama sendiri di saat orang lain (orang bukan islam) telah pun yakin Islamic finance/kewangan islam adalah pilihan yang baik.

Kenapa nak tukar akaun ke CIMB Islamic?

Yes,ini persoalan yang benar. Ramai yang kurang faham dan kurang terdedah dengan perkara ini. Saya juga cuba berbaik sangka kepada pakcik tadi. Dia berat untuk menyokong saya menukar akaun kerana katanya kalau saya membuat pinjaman (cth:PTPTN dll), hanya akaun konvensional yang diterima oleh pemberi pinjam. Saya tak pasti kenapa begitu, tapi itulah hakikatnya.

Berjumpa dengan pegawai bank (yang juga kenalan saya), dia juga menasihati saya supaya tidak menukar akaun. Tapi cukuplah dengan membuka satu lagi akaun CIMB Islamic. Setelah mendengar beberapa penjelasan yang agak relevan, saya menimbangkan untuk tidak menukar tapi membuat akaun yang baru iaitu akaun CIMB Islamic
.
Sempat dia bertanya soalan yang sama seperti pakcik tadi. Ringkasnya, saya mahu menukar akaun kerana

1)akaun CIMB konvensional mempunyai interest/RIBA.
2)akaun CIMB Islamic ada dividen yang halal.
3)dalam al-quraan Allah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."(surah al-Baqarah:208) 

Kita semua dah pun(insha Allah) melaksanakan solat 5 waktu, berpuasa, mengerjakan haji(bagi yang mampu), membayar zakat.cukup yang lainnya kita ikut suruhan allah..kerana apa? Kerana kita yakin itulah cara dan prosedurnya untuk mendapat syurga dan redha Allah yan maha tinggi. Laksanakanlah islam secara keseluruhan, jangan dipilih-pilih mana yang enak dan kena pada diri sahaja.

Kenapa tidak, bila ada pilihan Kewangan Islam dan Kewangan Konvensional, kita terus memilih untuk berHIRAH? Itu yang sepatut dan selayaknya kita lakukan sebagai seorang hamba dan muslim yang patuh, bukan? Dahulu tak mengapalah, kita tiada pilihan, tapi sekarang? di pasaran macam-macam produk islam yang ada, mahu atau tidak, akhirnya terletak pada diri kita.

Ayuhlah sahabat-sahabat, dalam hidup seharian kita, kita berusaha dan cuba sedaya upaya mengelak makanan haram dan cuba mencari rezeki halal. Jangan pula kita buat-buat lupa, duit yang disimpan dalam bank konvensional tu kita akan dapat interest. Dan interest/faedah itu juga adalah RIBA. Jadi, jomlah kita berusaha elakkan RIBA yang terang-terang Allah jelaskan dalam al-Quraan

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."(al-Baqarah:275)

Ayuh, BERHIJRAHlah demi redha dan syurga Allah!

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."