Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni entah kenapa hati berdetak mahu menulis lagi..Saya masih dalam kursus 3minggu di ILKAP. Semalam mak menelefon, meng'update' beberapa berita sepanjang seminggu ketiadaan saya di rumah. Khabar lain biasa-biasa sahaja. Cuma bila diberitakan tentang Pak Sam (Pakcik Shamsudin), antara pakcik yang sangat rapat dengan keluarga kami, saya termenung panjang.
Dua minggu lalu, saya ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaysia). Hajat mahu meneman adik saudara saya menziarahi ayahnya. ayahnya Pak Sam sudah hampir tiga bulan di serang penyakit jantung dan masih belum kebah. Maknya pulang kurang sihat kerana lemah semangat dan di tambah pula gangguan jin/syaitan. si adik manis ini baru berusia 19 tahun dan akan menduduki peperiksaan STPM hujung tahun ni. Tapi dengan keadaan ayah dan maknya sekarang, dia sangat berdikari memandu berseorangan dari Pelabuhan Klang ke hospital hampir setiap hari hanya kerana mahu bertemu ayah yang dirindui. Semasa saya meneman dia, ayahnya tenung muka si adik ni dalam-dalam. pandangan itu seolah-olah tembus jauh ke dalam. Si adik ini mencium tangan ayahnya beberapa kali. Dikucupnya dahi ayahnya berulang kali. Ayahnya tersenyum. Rupanya ciuman dari sianak itu ubat bius paling mujarab.Sakit ayahnya seolah-olah hilang sebentar bila ciuman ikhlas itu hadir buat si ayah. saya sebak, airmata bergenang, mulut terkumat kamit melafaz doa.
Doa kami, usaha kami tak pernah putus. Kami harap dan kami berdoa,agar Allah izinkan Pak Sam sihat semula dan menjalani kehidupan bersama kami seperti dulu semula. Balik kampung bersama-sama, bercuti bersama-sama, ziarah menziarahi ahli keluarga yang lain bersama-sama. Terlalu banyak kenangan kami bersama..tapi Allah Maha Tahu dan Maha Dalam perancanganNya. siapa kita mahu berlebih meminta?
Bila mak telefon semalam, bagitahu Pak Sam sudah keluar hospital. Hati saya ragu-ragu. Berita gembira atau berita sebaliknya bila doktor mengarahkan pesakit keluar dari hospital?
"Cuma 18% sahaja jantung yang boleh berfungi" mak menambah..
"Bacakan yassin ya" mak memberi saranan yang lebih menenangkan..
Kadangkala saya berfikir, andai saya ditempat adik saudara saya itu, mampukah saya berdepan dengan perubahan yang tidak pernah berlaku dalam hidup saya..
bersediakah saya, jika insan yang paling memahami kerenah, hati dan jiwa saya tidak lagi di sisi..bersediakah andai insan yang selalu sabar mendengar tiap keluhan dan rungutan saya tidak lagi di sini..bersediakah saya jika insan yang tahu caranya memberi nasihat kepada saya tidak lagi berbicara dengan saya?
Hari ini, peserta kursus dibawa ke Sungai Chiling.
"subhanallah cantiknya!Seronoknya kalau dapat bawa keluarga kat sini.." saya berkongsi hasrat dengan seorang teman.
saat aku melihat air terjun itu turun deras melalui batu-batu sungai yang licin, kelihatan sehelai daun gugur..
air itu akur dengan arahan Tuannya. sehelai daun gugur itu juga menyahut seruan Tuhannya.
Hati tersentuh sayu. Sungguh, setiap yang Allah jadikan dan aturkan setiap saat, kita sebagai makhluk seharusnya akur dan patuh pada ketetapannya. kenapa mahu mengeluh wahai insan? hidup kita di sini hanya permainan dan ladang tanaman..Bermain dengan sebaiknya andai tersungkur tidak perlu kecewa kerana ia hanya permainan. Tanamlah kebajikan dan kebaikan sebanyaknya, kerana kamu akan menuai di akhirat sana.
apa yang mahu di tangisi di negara sini padahal dunia sini hanya sementara?
Tangislah di dunia sini andai kita tiada bekalan di dunia sana yang kekal selamanya.
Kematian itu perit untuk diterima, namun jika kita meyakini adanya pertemuan ke dua di Jannah sana, mudahan hati kita tenang meredhainya.
"Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat pakcikku..dia insan yang sangat baik dan mudah menolong orang lain. Berikanlah yang terbaik untuk agamanya, dirinya dan keluarganya.amin"
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."