Salam,
Topik kali ini ditujukan khas buat anda (mcm tuju lagu raya plak…hehe) yang ada KWSP in Malay or EPF in English. KWSP adalah simpanan untuk hari tua dan contribution WAJIB setiap bulan daripada majikan dan gaji anda. Private companies memang selalunya ada, selebihnya terpulang sama ada KWSP atau skim pencen. Sesetengah clients yang baru saya approached tidak tahu bahawasanya mereka boleh menggunakan Akaun 1 KWSP untuk melabur di dalam Unit Trust Public Mutual.
Tahukah anda bahawa sebelum tahun 2008, para pelabur unit trust yang menggunakan Akaun 1 hanya terdiri daripada mereka yang sudah veteran (45-50 tahun ke atas)? Ini kerana pada waktu itu hanya mereka yang mempunyai basic savings melebihi RM50,000 ke atas sahaja boleh melabur. Start tahun 2008, KWSP telah mengeluarkan calculator pelaburan di mana remaja berusia 18 tahun sudah boleh melabur menggunakan Akaun 1, tertakluk kepada jumlah basic savings Akaun 1 mereka. Mengapa? Semakin awal melabur semakin berganda pelaburan hari tua :). The powerful of compounding interest!
Saya telah menceritakan bagaimanakah anda boleh melabur menggunakan Akaun 1 KWSP di sini. Kini saya ingin mengulas lebih lanjut MENGAPAKAH anda digalakkan membuat pelaburan yang bijak menggunakan Akaun 1 KWSP anda:
Soalan:
1) Mengapakah KWSP tidak membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk perbelanjaan rumah dan sebagainya (padahal Akaun 1 yg lebih banyak caruman, 70%), tetapi boleh digunakan untuk membuat pelaburan?
2) Di manakah rakyat Malaysia membuat simpanan untuk jangkamasa panjang untuk simpanan hari tua selain mengharapkan simpanan KWSP? Savings Account? ASB? Tabung Haji? Saham? Bond? Unit Trust Public Mutual?
3) Berapakah simpanan Akaun 1 anda bila anda mencecah umur 55 tahun? Agak2 berapa ye :)? Cukup ke dan duit tersebut akan digunakan untuk apa?
Jawapan:
1) Ini kerana kerajaan sedar betapa pentingnya membuat “tabung khas” bagi simpanan hari tua buat rakyatnya. Jika tidak gaji bulanan mungkin hanya disimpan dan dibelanjakan untuk kegunaan short term (beli kereta, laptop, handphone, kawin, rumah dan sebagainya). Kerajaan membenarkan rakyatnya menggunakan Akaun 1 untuk melabur di dalam skim yang selamat bagi menggandakan simpanan hari tua termasuk unit amanah. Siapa tidak mahu pelaburan yang boleh memberikan pulangan berganda bukan?
2) Jangan terkejut jika saya katakana MAJORITI clients yang kami temui tidak mempunyai simpanan hari tua melainkan mengharapkan kepada Akaun 1 KWSP. Most of them hanya menyimpan di dalam akaun simpanan biasa dan ASB bagi penggunaan short term. Buat mereka yang baru berkeluarga, perbelanjaan dan simpanan banyak difokuskan untuk anak2, bukan diri sendiri.
3) Kebanyakan clients tidak tahu agak2 berapa Akaun 1 mereka di hari tua. Bila saya kata kita andaikan la RM500,000 ok, mereka akan kata, “Wooowww, banyaknya!”. This is the most interesting part :). Cukupkah RM500,000 selepas pencen? Jawapannya TIDAK CUKUP! Mengapa? Sila baca lebih lanjut.

Purata hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun (Insya’Allah moga Allah panjangkan lagi usia kita). Selepas pencen pada umur 55, anda ada lagi 20 tahun untuk hidup tanpa bekerja. Berapakah perbelanjaan anda sebulan selepas pencen dengan Akaun 1 sebanyak RM500,000? Jawapannya RM500,000 / 240 bulan = RM2083 sebulan sahaja.
Cukupkah RM2083 sebulan? Harga milo ais sebungkus skrg dalam RM1.50. Harga milo ais sebungkus mungkin akan jadi RM4 atau RM5 lagi 20 tahun akan datang! Senang cerita berapa duit pelajar bawak ke sekolah zaman kita dulu, skrg and in the future? Bagaimanakah dengan perbelanjaan dapur, menunaikan haji, perubatan kita/anak2, kos education anak2, kos perkahwinan anak2, kos renovation rumah dan sebagainya? Hehehe (sakit kepala eh?). Kalau ada perbelanjaan RM5,000 sebulan pun belum tentu cukup sekiranya kita mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Minyak semakin naik, bukan semakin turun :).
Bagaimanakah pelaburan di dalam Unit Trust Public Mutual boleh membantu saya menggandakan pelaburan hari tua saya?
Tahukah anda dividend KWSP adalah sekitar 5.7% setahun? Tahukah anda potential return unit trust (distribution+capital gain) untuk long term investment (with the right strategies) selalunya sekitar 8-12% setahun? Mahu lihat past performance dana2 Islamik sedia ada? Anda boleh generate sendiri di performance chart di dalam website Public Mutual atau refer kepada Quarterly Fund Review Report. Anda juga boleh melihat testimonials sebenar daripada saya.
Untuk KWSP anda boleh top up pelaburan setiap 3 bulan melalui Akaun 1 untuk menambahkan bilangan unit dan mengurangkan risiko. Bilangan unit umpama bilangan rumah. Semakin banyak bilangan rumah anda, semakin untung apabila rumah-rumah ini dijual pada harga tinggi. Malahan, Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk menambah bilangan unit tersebut. So mengapa tidak tambah?
Fully Quoted from Kak Eton (Financial Consultant)
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."