Selasa, Disember 23

PUTERI SYAHADAH..HUDA..

NAMA
Huda ertinya petunjuk..sinonim dengan hidayah..mungkin
itu sebabnya kalimah indah ini yang menjadi pilihan hati
insan cute ini agar menjadi nama islamnya..kali pertama
aku melihatnya..hati ku senang..wajah nya tampak tenang..
biarpun tanpa tudung menutupi rambut nya yang diikat
kemas, pakaian nya cukup sopan..dia tersenyum,manyambut
huluran salam ku..’aku tak pernah melihat dia, barangkali
anak buah amai jee (amai panggilan makcik dalam keluarga
kami)’bisik ku dalam hati..aku meneruskan pembacaan..
buku bertajuk ’ jin, hakikat dan pengubatan ‘ tulisan ustaz
haji ismail kamus membuat aku leka dengan pembacaan ku..


tiba-tiba makcik ku datang menghampiri, ‘tegurlah budak
tu’ bisik makcik ku, ‘dia mualaf’ sambung adik mak ku itu..
’erk,subhanallah’ aku melajukan jalan menuju dia, duduk dan
terus bertanya nama..cuba bertaaruf dengan insan yang
terlalu suci bagi ku..dia baru memeluk islam..kejernihan itu
ada pada wajahnya..pabila dia mengucap syahadah..dia
seakan-akan bayi suci yang baru lahir..itu juga yang aku
yakini dan aku rasakan..awalnya dia agak kekok..namun
pabila ku ceritakan yang ibu ku juga datang nya dari keluarga
cina..dia tampak selesa..dia berkongsi ceritanya pula..permulaan
yang bagus fikir ku..dia makin seronok pabila sepupu gurls
ku pun turut menyertai halaqah perbualan kami..dia tak kekok..



Alkisahnya..bermula dari kecil..dia sering dimomokkan
islam itu terlalu banyak kekurangan..islam itu menyembah
dinding dan sebagainya..dia berfikir,namun akal mentahnya
ketika itu mengiyakan apa yang dikatakan oleh ayahandanya
....TV1 menjadi hentaman..kerana acap kali rancangan
yang ada di dalamnya adalah berkenaan dengan islam..
hatinya menolak dan bertanya di mana pula rancangan
untuk agama ku,budha??..ini tak adil..namun ketidakpuasan
hatinya menyebabkan dia tertarik dengan rancangan mualaf..
mungkin asalnya dia mahu menilai rancangan itu..namun,
dia terus melihatnya episode demi episode..islam terus di hati...


AQIDAH
Di alam rahim lagi, tiap insan sudah berjanji kepada ilahi..untuk
memegang syahadah yang terlalu agung..manusia menerima
amanah ini tatkala gunung berkecai pabila amanah ini
mahu di beri kepada gunung ganang..hanya manusia yang
mampu memegang amanah ini,jesteru manusia di gelar
khalifah muka bumi ini.aqidah itu sudah tertanam..
kerana itu, fitrah tiap insan adalah sama..kerna perjanjian
kita adalah sama sebelum kita di lahirkan dunia..begitu
juga dengan insan ini, aqidah nya yang mengakui bahawa
tuhan itu ada..dan dia yakin yang patung itu bukan
tuhannya..kerana dia melihat secara logika nya..apakah
si patung ini yang memberikannya makanan dan kehidupan??
sedangkan dia sendiri diberi kehidupan oleh tukang membuat
patung-patung..aqidah yang tertanam kuat membuatnya
tak berhenti mencari kebenaran..di sekolah menengah,
kelas agama diikutinya..mohon ada petunjuk di situ..dia
nampak islam itu indah dan sempurna..namun dia aneh
dengan pengikutnya..kerna pengikut,islam itu tampak
kaku, tampak lemah dan tak punya kekuatan...namun
krn dia percaya pada tuhan yang dia yakini selama dia
bernafas dengan udara yang dicipta kan tuhan, dia mencari
dan terus mengkaji islam..



SYAHADAH..
Politeknik mengajar nya lebih mendalami agama..kerana
dia berfikir, jika aku tidak mencari, aku tidak kan dapat
apa yang ku cari..dia bertanya teman, bertanya ustaz..dia
seronok pabila tiap persoalan nya terjawab dengan cukup
baik oleh ustaz..dia juga bertemu ustazah..yang kini adalah
kakak angkatnya..di sini, ada seorang temannya mahu
mengajar dia mengucap..tanpa mengetahui apa itu syahadah..
dia belajar dan melafazkannya berulang kali..dia mahu
lidahnya lancar menyebut kalimah itu walaupun ketika itu,
dia tidak tahu kekuatan syahadah..suatu hari..ustaz bertanya.
.adakah dia benar-benar sudah meyakini islam sebagai
agamanya..tiada paksaan dalam islam,lalu, ustaz itu mahu
persoalan ini terjawab dengan ikhlas nya oleh hati suci ini..
dia menganguk..dia yakin walaupun agak gementar pabila
memikirkan risiko-risiko yang perlu di tanggungnya
selepas saat ini..ustaz meminta dia melafazkan syahadah..
syahadah dilafazkan..saat itu, hatinya bergetar,syahadah
kali ini berbeza benar dengan syahadah yang sering kali
dititipkan di bibir nya sebelum ini..dia serasa amat lapang..
kekusutan seolah-olah terbang meninggalkan fikiran dan
lubuk hatinya..subhanallah..indahnya syahadah ini..syahadah
yang benar-benar menyaksikan keislaman beliau..tangkal
dilehernya di tanggalkan..tindakan itu menghembuskan
ketenangan lebih dalam lagi di hatinya..islam itu benar..
yakinnya dalam-dalam..


‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,dan
aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah’
syahadah ini akan terus tertanam di lubuk hati..insha-Allah.
.terima aku sebagai hambamu..

DUGAAN DAN RINTIHAN..
Dugaan itu kehidupan..dengan dugaan kita mampu
hidup hingga saat ini..manusia takkan lari dari dugaan..
dugaan itu juga tnda kasih nya ilahi.insan ini juga sama.
.ayahnya menderita penyakit kanser, ibunya pula suri
rumah..yang membiayai dan menanggung segala perbelanjaan
keluarga adalah abang sulungnya..dengan hanya
bermodalkan lori, si abang bekerja..ini risiko pertama..
dia bimbang seandainya berita keislaman diketahui oleh
si ayah, sakit ayah nya kan bertambah..dia tak mahu itu
berlaku..ibunya juga begitu..dia tak mahu ibunya risau
tentang diri nya..semasa praktikalnya, ibunya sudah
merasakan suatu kelainan pada anaknya walaupun dia
berusaha sebaik mungkin menyembunyikannya..lalu si
ibu meminta makciknya pula untuk membawa dia kepada
agama kristian..makcik yang tidak pernah bercakap
dengan sebelum ini, tiba-tiba mahu membincangkan
tentang agama..
puas di provokasi, di katakan itu dan ini tentang islam..dia
makin muak mendengarnya..seandainya makciknya ini
punya agama,lalu belajarlah untuk menghormati agama
yang lain..itu jawabnya didalam hati..tiap penjelasan si
makcik tentang islam dan agamanya,kristian menyebabkan
huda keliru..kerana dua agama ini seakan terlalu banyak
persamaan..kerana tidak punya kekuatan hujah, dia
mengambil langkah untuk berdiam..Cuma satu yang menjadi
persoalan baginya..auntie nya menyatakan bahawa si
jesus perlu di sembah kerana jesus sanggup menanggung
semua dosa-dosa umatnya..persoalannya, jika si jesus
dianggap mulia dan di sembah, bagaimana pula ayah si jesus..
bukan perkiraannya,andai si jesus itu mulia, ayah nya
pasti lebih mulia...dan siapa pula yang menyembah ayah
si jesus??persoalan yang tinggal itu msh belum punya
jawapan krn tiada kesempatan untuk di utarakan pada si auntie..

Rintihannya tambah dalam..memikirkan agak sukar dia
hendak menunaikan solat tika di rumah..ibunya
sering menjengah ke kamar tidur satu-satunya anak
perempuan beliau..dia menangis..merintih dan merayu
ada jalan keluar untuk dia mudah menjalankan
tangunggjawab nya sebagai seorang muslimah biarpun
dirumah..susahnya dia untuk mengamalkan ajarana
yang dia percaya..tapi pernah kah kita terfikir, beruntungnya aku,
yang dikelilingi ahli keluarga muslim..mudah untuk kita
menunaikan solat tanpa perlu memikirkan apa-apa risiko
jika hendak di bandingkan dengan insan ini..terlalu sedikit
di antara kita yang bersyukur dengan nikmat ini..
renungilah teman-teman ku..



DOAKU
Mungkin coretan ini tak mampu menulis banyak lagi dugaan
dan mehnah yang telah di tempuhi si gadis manis ini..namunn
aku mengerti satu perkara..huda di datangkan malam
sebelum hari raya haji..perkenalan ini membawa aku
memuhasabah diri..apa pengorbanan yang aku lakukan
demi islam? Sembelih lembu mungkin jawapan terbaik..
tapi pengorbanan yang dilakukan oleh serikandi ini,
menyebabkan aku termenung berfikir..tiap perubahan
yang ingin kita lakukan, perlukan pengorbanan..kerana
syurga yang ingin dikecapi punya nikmat yang sangat
hebat..lalu usaha dan pengorbanan juga perlu yang
terhebat...betapa hebat dan cekalnya dia, demi mendapatkan
sebuah kebenaran, dia korbankan apa sahaja..kepercayaan,
agama, adat dan masa mudanya..dia baru 20 tahun..bagi
kebanyakan orang kita, orang melayu islam, masa muda
ini lah masa terbaik untuk enjoy dan bersuka-suka..tp
bukan dia..masa mudanya mencari dan mendalami agama islam..



Doaku aku titipkan buat dia,moga Allah lindungi dia..
berkatilah dia ya Allah..redha lah agamaMu untuk
menjadi agama dia dan aku juga ya Allah..moga hidayah
menjadi milik kami...amin..amin..amin ya rabbal alamin..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terharu membaca kisah ini..smoga Huda kuat hadapi dugaan ini:)