Selasa, April 21

.:Mawar Berduri:.

mawar itu makin layu...
bukankah hati mu tegar duhai mawar berduri...
kuntum mawarnya seakan tidak merah lagi.
durinya tidak lagi mampu melindungi mawar..
kelopak ini seakan layu
kerap dibasahi embun airmata barangkali..

namun,
mawar ini mahu mekar kembali
yang dicari mawar bukanlah rama-rama mahupun lebah
yang sayangkan madu simawar..
tapi mawar mencari cinta Penyemai Mawar...
yang menjaga mawar sebaik-baiknya selama ini...

Cinta ya Rabbi..
yang tak pernah membenci dan berpaling dari si Mawar..
biarpun kadangkala kelopak Mawar sering layu dan pudar warnanya..

Mawar sedar...
ia tak mampu menggembirakan tiap insan disekelilingnya...
menjadi yang merah dan harum baunya..
ada insan yang bertasbih memuji Pencipta Cinta tatkala melihat cantiknya si Mawar..
mawar gembira menjadi asbab, insan sekeliling hampir pada ilahi..

namun,
adakalanya, kelopak mawar dipetik, di robek..
oleh anak-anak nakal yang tak mengerti apa-apa..
mawar akur..
adakalanya pula..
datang insan yang menyayangi mawar..
jesteru mawar dipetik dan disimpan...
setelah seketika, mawar tidak lagi mekar..
mawar layu...
kerana mawar dipetik dari dahan pergantungannya..

apa jua yang berlaku..
mawar tetap memohon kesabaran...
kerana yakin pd kata-kata Pencipta Maha Agung...
"insan-insan yang bersabar itu bersama Aku"
dan itu yang mawar mahu...
hampir pada yang punya Cinta Teragung...

Mawar mengerti...
ini baja dan racun yang disemai Sang Penjaga Mawar...
walaupun kadang-kadang racun itu punya bisa..
namun itu yang hadir..
agar Mawar kembali segar berbunga..
agar Mawar kembali merah lagi...
agar Mawar..kembali menjadi Mawar Berduri..

Mawar tetap Mawar ya Rabbi...
Mawar ini masih merayu...memohon secebis kekuatan..
dari Mu, yang tak pernah lekang dari Cinta Suci..
agar Mawar terus menjadi serikandi..
dalam perjuangan mencari Redha dan Cinta Teragung Mu..

15 ulasan:

Ladyship Atie berkata...

Tajuk tu..:'(

Ana Farhanah berkata...

nape atie..

Mafia berkata...

Salam,

Ada kala terdapat insan yang menghargai mawar berduri, mengagumi kuasai ILLAHI mencipta mawar berduri, dibiarkan mawar berduri di pergantungannya agar ia bisa terus berkembangan dgn warna kemerahannya serta keharumannya. Dijaga dan baja dgn penuh kasih sayang agar mawar berduri terus berkembang di tanam. Kadangkala mawar berduri tetap menyusuk jari jemari insan yang menjaga dan membelainya dgn kasih sayang namun si insan tetap juga menhargainya kerana si insan tahu akan nilainya mawar berduri dan mengagungi kebesaran ILLAHI akan kehadiran mawar berduri sebagai pelengkap di sebuah tanam.

Dr Zahau berkata...

tajuk tu sensitif skit..even pd an..
hah..gurau2..

Ana Farhanah berkata...

wslm kak..
kerana mawar itu ciptaan ilahi yg penuh kekurangan dan kehinaan...duri itu kdgkala jd kelebihan dan kelemahan buat si Mawar..bukan sengaja..bukan tidak menghargai..tapi kdgkala mawar terlalu lemah untk tiap dugaan yg dtg..hati mawar terlalu kecil..walaupun punya duri..kelopak mawar juga sering ditusuk duri...terimakasih untuk insan yg menyayngi...mawar tak pernah melupakan...cuma kadangkala mawar perlu masa..untuk mekar semula..untuk kuat semula..maaf dan terimakasih..

-----------------------------------
dr zahau..
ade2 je...npe ngn tjuk ni??konfius nih..

Dr Zahau berkata...

x pe..an bg konfius lg..

in case we're facing drought season..haa..kalo mawar merah tu layu can ne..?..

ade harapan lg ke nk mekar balik?..

kn lg bgus kalo nti tulis pokok cactus..gurau2..

Ana Farhanah berkata...

facing drought season...smpai lah hari akhir bg si mawar..kembali semula kpd pencipta yg dicintai Mawar sepenuh hatinya insha Allah..moga pertemuan itu nanti..tatkala mawar benar2 bersedia..

cactus tu.anta leh wat entry baru okeh??

"Cactus Berduri"
hehe...besh gak...nta kan pndai bersajak..bakat terpendam tuh..:)

Mafia berkata...

Walaupun mawar berduri ada kekurangan namun si insan mengerti. Pada si insan tiada kehinaan, yg ada adalah kekurangan dan ia adalah firtah dan duri yang terdpt pada mawar ada fungsinya tersendiri. Setiap Ciptaan ILLAHI ada makna dan fungsinya tersendiri. Walaupun terdapat juga bunga2 lain ciptaan ILLAHI namun pada si insan mawar berduri adalah yang terunik kerana itu mawar dijaga, dibaja dan dilindungi dgn kasih sayang agar mawar berkembang di tamannya.Pada insan mawar berduri bknlah mawar plastik yang sewenang2nya mudah didapati, Mawar berduri mempunyai keharuman tersendiri dan kesegaran yg asli.Kerana itu si insan tidak membiarkan mawar hidup sendiri tanpa dijaga dgn sepenuh hati. Walaupun kdgkala ada juga jari jemari yang nakal or rakus menghampiri si insan coba melindungi dan juga kerana mawar berduri , durinya juga bisa melindungi dirinya sendiri.Dirawat sekiranya kelihatan mawar mula menunjukkan tanda2 kelayuan dgn baja dan kasih sayang agar mawar terus mekar berkembang ditangkainya .Si insan gembira dan bersyukur apa bila melihat mawar kembali mekar berkembang di tamannya. Tidak akan dibiarkan mawar bersendiri ditaman kerana insan menghargai akan ciptaan ILLAHI dan mengagumi kebesaranNYA ILLAHI.

Ain Mardhiah berkata...

salam ana.

pertamanya ainul doakan semoga terus istiqamah menjaga diri menjadi mawar terpilih.. ^_^

salam ukhwah kembali.. Nasib baik teringat link blog Ana ni kat blog Dr Zahau(taktahu apa nama betul dia), kalau tak, just jumpa blog batch ana tu je la.. hehe.. ^_^ btw, thanks datang 'rumah'. jemput la singgah selalu.. (^_~)Y

Dr Zahau berkata...

dr zahau=azhar mat zin a.k.a zahau

pleased to be called zahau

Ladyship Atie berkata...

apesal dgn encik azhar tu?.

Dr Zahau berkata...

oo..asif..
cube tgk 3rd last comment..

Ladyship Atie berkata...

owh

u're pleased to be called zahau eh?

x best nye haha

suh org panggil azhar kan ag best;p

okay2 sorry (tutup kes)
;p

Awang Kapak berkata...

Biar betul gua punya link blog masuk sini. Macam sudah hilang punca.

Anyway thanks. Teruskan berdakwah. Janji rock

Dr Zahau berkata...

hah..rohul kronik..
rasanya farhana ni amik link blog ko
dr blog ak tnpa permit..heh..sory ye fana..gurau2 jerk..