bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah~ segala resah, setiap gundah aku pulangkan semula kepada yang memberi aku semua itu, agar aku terus sedar dan tidak alpa yang aku cuma seorang HAMBA
hati mengumpul segala yang berlaku...kerana kesibukan exam yang menjenguk di pintu kehidupan ku, diary ini lalu diletak tepi...alahai, kesian sungguh..berkongsi sekadar yang mampu, itu prinsip kehidupan insha Allah..
musim hangat sebelum exam, aku dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan berita, salah seorang sahabat kami ditahan di hospital..resah..mohon lagi pada yang Maha Berkuasa, moga Di permudahkan segalanya...ditambah dgn kejutan kedua, akan ada surgery untuk mengeluarkan "sesuatu" dari badannya..aku renung wajah sahabat ini..cuma untaian doa mampu dihulurkan..aku tahu ia perit, tapi aku juga meyakini ganjarannya terlalu manis andai sabar, yang kau jadikan pelapik kekuatan..
pagi itu, aku ke hospital lagi...kali ini, aku bertemu dengan kedua ibu bapa dia...sungguh, ibunya juga cukup tenang..andai si ibu kuat begini, mana tidaknya kekuatan mu mengalir dalam tubuh si anak, wahai ibu..aku cium tangan si ibu dan lantas memeluknya..dengan kepenatan berada dalam flite selama 5jam itu, dia tak betah duduk diam pabila anaknya yang baru di operate semalam,meminta sesuatu..di gagahkan diri walau kepenatan itu sungguh jelas di wajahnya..ibu,ibu,ibu...masakan tidak , insan agung itu, Rasulullah saw terlalu menyanjungi diri mu..
berita dari doktor, tambah memeritkan..satu ovari yang dibuang semalam bukan kerisauan yg besar..ada sel kanser yang wujud di situ...setelah berita itu sampai pada dia, dia meminta izin untuk menunaikan solat sunat..aku terkedu..mata ku terus menangkap wajah teman itu..matanya merah...namun aku tahu, hati nya jernih...apapun yang datang untuk dia, dia rujuk kembali kepada Kekasih Agung itu..hati ku berdegup laju, wajah kedua ibubapanya juga aku renung dalam-dalam..semuanya tenang..allahuakbar..
kekuatan mu sahabat, membuatkan aku juga mahu kuat seperti mu..kebergantungan seluruhnya diletakkan pada Azza Wajalla..moga kamu beroleh yang terbaik dalam hidup mu...
Doa akan terus diselitkan buat sahabat-sahabat yang dekat di hati ku..
ketenangan itu ada pada zikrullah....moga kami tidak pernah alpa ya Rabb..
5 ulasan:
semoga shbt tersebut
sentiasa dalam perlindungan Allah..
innalillahi wa inna ilaihi raji'un
sedih dengar, tapi hati ni mendoakan agar sahabat tu diredhai Allah dengan ujian tu.inshaAllah
nt take care
dr: amin
atie:amin...moga Allah meredhai kita semua insha Allah
moga beliau dilindungi...
kata Dr. Mahathir: "melayu mudah lupa"...
InsyaAllah, kita bukan orang melayu... kita org Islam...
org islam x pernah lupa... x lupe kepada Allah swt...
masyaAllah...betapa kuat n tabahnya sahabat ku itu..semoga beliau sentiasa di bawah lindunganNYA..amin..sampaikan salam ana pada sahabat itu ye..pesan kt dy, setiap y brlaku ada hikmah disebaliknya..syafakullah ya sodiqoti mahbubah..
ana: nurul izzati izyan (izzati)
Catat Ulasan