mata khusyuk menatap buku. Bila tiba musim exam, badan macam melekat dengan buku dan meja study. Bilik sunyi.. Hanya bunyi kipas yang kedengaran perlahan..
"Raudhah, agak-agakkan bila ye kau nak kahwin?" suara Atikah mencetus kesunyian malam.
"sapelah nak kat aku ni.." Raudhah tersenyum.
"ish,dah agak dah..suka sangat bagi jawapan camtu.." Atikah mencebik, Raudhah tergelak melihat ragam sahabatnya yang seorang ini..
"cepatlah Raudhah,tengah boring ni..penatlah asik study je" Atikah masih lagi menanti..
"macamana la nak kahwin, kekasih hati yang ada ni pun tak reti nak jaga hatinya.." Raudhah mengeluh, suaranya perlahan..
"hah? kau dah ada ada orang ke? tak cakap pun ngan tikah.." Atikah separuh menjerit..terkejut agaknya.
selama dia mengenali Raudhah, tak pernah pula disebut tentang kekasih hati ni. walaupun Raudhah pernah kata yang dia tak lah menyokong pendapat couple tu haram, Atikah yakin sungguh yang Raudhah ada prinsip dia sendiri. Dia takkan bercouple sehingga dia bertemu jodohnya. Itu prinsip yang pernah dikongsi dahulu.Hari ini, lain pula bunyi yang keluar dari bibir Raudhah.
"err, Raudhah..kau, ada boyfriend ke?" Atikah bertanya ragu-ragu.
"dah lama aku kenal, dah lama kami berhubung..cuma, aku selalu betul sakitkan hati dia..tapi dia baik sangat..tak pernah langsung marah" suara Raudhah makin merendah..
Atikah makin kaget. tak sangka orang yang sangat-sangat dipandang tinggi nya ini bercouple..Raudhahlah tempat Atikah selalu meminta nasihat. Kata-kata dari Raudhah selalu sahaja membantu dia keluar dari masalah dan menenangkan jiwanya yang resah. Raudhah selalu ada nasihat yang baik untuk di kongsi. Raudhah juga bekas pelajar sekolah agama. Tak hairan banyak permasalahan mengenai agama, Atikah mohon pendapat darinya.
tapi kali ni, dia terasa silap soalan yang dilontar, silap juga jawapan yang dia dengar dari Raudhah. Atikah terdiam tanpa suara. Penghormatan tinggi yang diletak pada Raudhah jatuh berderai.
"eh, maaf atikah..tak jawab pula soalan tadi, kalau lah aku jumpa cara untuk aku tak lagi sakitkan hati kekasih hati aku tu, baru aku nak kahwin..kalau 10 tahun baru aku jumpa cara untuk jaga hati dia dengan baik, lepas 10tahun lah aku kahwin" kali ini suara Raudhah agak jelas, yakin dengan jawapannya barangkali.Raudhah terus tersenyum.
"Raudhah! aku tak sangka kau ni dah ada pakwe..bukan ke dulu kau kata kau ada prinsip.taknak bercouple konon,huh" Atikah mendengus. Setelah lama mendiam kan diri, panas dari dalam hati Atikah keluar juga akhirnya.
"Atikah, aku juga manusia biasa..tak lari dari fitrah seorang manusia" Raudhah memujuk lembut sahabatnya.
"masalahnya, aku dah tak boleh percaya lagi dengan kau ni..dulu cakap lain, sekarang lain..kau tahu, aku clash dengan Amir dulu pun sebab aku jadikan kau contoh terbaik dalam hidup aku..Aku nak jadi tenang macam kau yang takde pakwe..taklah asyik gaduh-gaduh je tiap hari, itu jugak nasihat kau dulu,kan?"
suara kecewa Atikah tenggelam timbul, nampak benar rasa kekesalannya menimbulkan soalan tadi..sungguh dia tak menyangka Ruadhah sudah berpunya..sudah setahun dia menjadi teman rapat Raudhah, macamana dia boleh tak perasan langsung yang Raudhah ada orang istimewa. Sungguh, dia kecewa dengan Raudhah.Airmatanya mula mengalir..
"allahuakbar, Atikah sayang.., kekasih aku inilah.." jarinya menunjukkan kalimah agung, Allah,yang tergantung di dinding.
"sungguhkan, aku selalu sakitkan hati Dia..kami dah lama kenal, Dia tak pernah lupa, tapi aku selalu lupa kan Dia..Dia tak pernah berhenti menyayangi dan mencintai aku, tapi aku selalu benar mencari kasih dari selain Dia..sampai hari ini pun, aku masih tak temui cara yang terbaik untuk aku jaga hati Dia yang cukup-cukup menyayangi aku dan menjaga aku dengan sebaik-baik jagaaan.."
"dan aku takut, andai kekasih ini pun aku tak mampu jaga hatinya, mampukah aku jaga hati manusia? manusia yang cukup-cukup mudah berubah dan berbolak hatinya..mampukah aku untuk berkahwin dan cuba menjaga hati manusia, sedangkan hati Dia ini selalu aku sakitkan..dengan macam-macam ragam.." kali ini, airmata Raudhah pula bergenang. betapa dia tahu dia tak pernah menyenangkan kekasih hatinya itu..namun kekasihnya itu tak pernah sekali pun membalas melainkan dengan kasih sayang..
"Raudhah, kau ni kan..tak pasal-pasal kene marah ngan aku..cakap la betul-betul" Atikah jadi serba salah. kata-kata Raudhah lembut memasuki tiap rasa dalam hatinya..dia tunduk berfikir..benar kata Raudhah..Raudhah yang selalu mengalirkan airmata tatkala membaca ayat-ayat suci al-quraan dan sering bangun malam pun masih takut dengan Allah..masih takut tidak dapat menjaga cinta itu dengan baik lantas tidak mahu bicara soal cinta dengan manusia.
"aku ni,yang baca quraan pun jarang apatah lagi nak menangis, lagi lah selalu sakitkan hati Allah agaknya" hati Atikah menggumam, dia juga sungguh rasa bersalah.
"kalau masa aku single ni pun,aku tak dapat jaga cinta Allah, kalau aku dah kahwin, terbahagi-bahagilah agaknya cinta tu agaknya..entah-entah terus takde" Atikah terus dalam monolognya
"astaghfirullahal azim,nauzubillahiminzalik!" Atikah menggeleng-gelengkan kepalanya, tak mampu akalnya berfikir jika dia hidup tanpa kasih Allah.
"hah,kenapa tikah?" Raudhah pula terkejut
"takde papelah, takut pula bila aku fikir-fikir 'ceramah' kau ni" kagum atikah pada sahabatnya yang seorang ini, apapun yang dikata, pastinya akan berbalik pada cinta Allah.
"betulkan?kau tanya,aku bagi jawapan" Raudhah tergelak kecil
"abis tu, sampai bila la kau nak kahwin kalau camtu? boleh ke jumpa cara? bukan ke kita ni manusia yang takkan sempurna? andartu la jadinya..bukan aku tak tahu ramai yang nak kau, Raudhah" Atikah masih dalam persoalan.
"betul juga. tapi takpe, aku tunggu sampai aku jumpa insan yang juga berusaha untuk cari cara jaga hati Dia..biar selepas masuk gerbang perkahwinan pun, kami masih bertungkus lumus cari cara untuk mengekalkan cinta dengan Dia..kalau pun kami tak temui cara, sekurang-kurangnya kami tak pernah berhenti dari berusaha untuk menggembirakan 'kekasih' kami tu.."
"owh,dari kau seorang kau ajak jadi ramai, menarik idea kau tu..taklah kau seorang-seorang.bunyinya macam dalam masa terdekat ni kau dah boleh kahwin, tak perlu kot tunggu 10tahun" Atikah mengusik.
"masih lagi nak tahu exact tahun ke? tunggu 'kekasih' hati teragung aku hantar insan yang juga kasih kan dia, kalau ada, bila-bila pun tak jadi masalah, insha Allah" Raudhah membalas mudah.
hakikatnya dia masih jauh dari angan-angan ini.
dia masih tidak puas dengan cinta Dia..dan cinta itu takkan pernah ada yang dapat mengatasinya.
"moga Allah berkati cinta antara Dia dan aku, biar cinta itu jadi sebesar-besar CINTA agar aku bisa berkongsi cinta ini dengan insan-insan yang dekat di hati dan yang bakal aku sayangi"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan