“assalamualaikum kak, saya dah sampai di KTM, boleh ambil saya?” Seawal jam 10pagi, saya sudah dihubungi oleh peserta walhal program bermula jam 2ptg.
Apapun saya bahagia dan gembira. Mengambil posisi sebagai salah seorang ajk pengangkutan memberi saya ruang dan peluang untuk berkomunikasi dengan adik-adik yang bakal terbang tinggi ini. Dan syukur Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dengan peluang yang Allah beri ini. Terimakasih allah.
“akak belajar kat mana?”
“nama akak siapa?”
“akak ambil kos apa?”
“bayaran yuran penyertaan sangat murah, siapa anjurkan program ni kak?”
“tempat program kat NBU kan kak?Apa NBU tu kak? National Basketball University eh?”
“Program ni program yang macammana kak? Ada sukan lasak tak? Ada pacat tak?”
Gelihati dengan gelagat adik-adik. Pelbagai persoalan diajukan. Dari mengenai diri saya sendiri, program FLYHIGH sendiri dan juga cara hidup di luar Negara.Namun begitu, Alhamdulillah, saya positif ia adalah signal adik-adik ini datang ke program FLYHIGH dengan persediaan cukup mantap. Minda adik-adik ini cukup kreatif dan kritis dengan pelbagai persoalan yang cukup baik!
Peserta dibahagikan mengikut kawasan yang akan mereka pergi. Asbabnya, mereka akan bersama rakan-rakan ini untuk survive di kawasan baru nanti. Jesteru, sangat baik jika mereka dibahagikan dalam kumpulan yang sama agar ukhuwah dapat dibina lebih awal dan moga urusan selepasnya boleh di buat bersama-sama. Saya sendiri menjadi fasilitator untuk kumpulan yang akan ke German. Dan saya akui mereka-mereka ini adalah insan yang allah pilih untuk membawa dan menjunjung agamaNya di Negara asing.insha Allah.
Salah satu aktiviti yang cukup menimbulkan kesan pada diri saya dan mungkin adik-adik ini juga adalah slot The Mole(Pengkhianat). Slot ini menguji kepercayaan seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Ketua fasilitator memberi arahan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan iaitu menyempurnakan puzzle dengan lengkap untuk memperoleh 100markah. Ia Nampak mudah, namun begitu, mereka telah diingatkan akan kemungkinan hadirnya The Mole (iaitu pengkhianat) di kalangan mereka. Kemudian, semua peserta akan diberi satu watak dan wajib melakonkan watak itu sebaiknya. Samaada watak itu adalah watak baik atau watak The Mole, mereka perlu merahsiakan watak itu. Disini, kejujuran dan kesetiaan TERUJI!
Setelah beberapa provokasi diberi dari pihak fasilitator, keadaan kumpulan saya jadi agak tegang. Demi markah, ada jari-jari mula ditunding kepada rakan-rakan untuk meneka-neka siapakah The Mole diantara mereka.
“Jangan lupa, satu jari kita ke arah orang lain, 4jari lagi kearah kita” saya juga terus membuat provokasi.
“aku rasa kau lah.. kenapa kau buat puzzle yang salah ni” Si A sudah mula bersangka.
“aku tak sempat tengok tadi, facy dah minta naik semula!” si B cuba menegakkan kebenaran di pihaknya.
“erm, aku rasa kau kot. Dari tadi kau senyap je” Si C mula juga membuat andaian.
“wei, takkan kita dah lama kawan kau masih tak percaya aku!” si D mula kecewa dengan rakan-rakannya.
“cepat..kita kene dapatkan juga the Mole untuk dapatkan markah penuh, kalau tak, kita akan dapat kosong!” facy mula lagi memanaskan keadaan.
“cepatlah mengaku. Kau ke? Kau ke? Aku rasa kau lah. Mengaku je la kita nak markah ni” desakan demi desakan.
“TIMES UP!”
“ok, kumpulan 4, siapa The Mole anda, boleh perkenal ‘dia’ kepada kami?" Ketua fasilitator menyoal.
Seorang peserta dari ahli kumpulan saya yang agak diam dari tadi mula berdiri.
“memang betul ada kesilapan dalam puzzle yang kami buat bersama tadi. BUT we trust each other BY HEART. Dan saya percaya, tiada The Mole dalam kumpulan saya” ujar dia tenang.
Allahuakbar! saya cukup tersentuh.
Walaupun saya melihat mereka asalnya menunding jari antara satu sama lain hinggakan ada yang kecewa dengan rakan-rakan yang lain dan meninggalkan kumpulan. Biar berguni-guni provokasi dari fasilitator supaya mereka ini memilih salah seorang dari kawan mereka untuk dijadikan kambing hitam atau The Mole tadi. Namun, mereka akhirnya yakin dan bersetuju dengan satu jawapan, jikapun ada diantara mereka The mole yang berbuat silap, mereka tetap akan mempercayai. Mereka bersahabat kerana hati mereka dipaut. Mereka bersahabat kerana Dia yang Esa. Mereka yakin tiada yang diantara mereka akan menjadi pengkhianat biarpun itulah arahannya!
Sungguh, saya kagum dengan adik-adik ini.
Jikalau satu hari nanti, anda berada di satu sudut dunia, Australia, New Zealand, German atau mana-mana tanah di bumi allah ini, saya yakin kalian akan menjadi insan yang dimuliakan oleh insan lain. Kerana tindakan yang kalian ambil bukan dengan sekadar hitungan akal semata tetapi juga dengan pertimbangan hati. semoga hubungan persahabatan kalian semakin utuh biarpun diuji dengan badai dan angin kencang.
Teringat saya akan satu kisah monyet yang memanjat pokok.
Saat angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, monyet terlena lalu jatuh dari pokok. Namun bila angin kencang dan ribut yang bertiup, si monyet malah berpaut lebih kuat pada pokok.
Moga makin kalian diuji, makin kuat tali persahabatan kalian.
Titipan dari ajk pengangkutan FLYHIGH buat adik-adik sekalian.
Selamat terbang tinggi di awanan biru,
Membelah dunia dengan ketajaman ilmu,
Menjelajah bumi tuhan penambah perisa keimanan,
Genggamlah ajaran Islam dengan geraham,
Mudahan tiap urusan hidupmu dipermudahkan,
Mudahan tiap urusan hidupmu dipermudahkan,
Mudahan ketemu lagi, andai tidak diceruk-ceruk dunia, biar kita ketemu di jannah Allah
Insha Allah, amin ya rabb..
Seeru ala barakatillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan