Isnin, Mei 14

HARGA DUIT ATAU KEPALA.YANG MANA MAHAL?

Bismillahirrahmanirrahim

pernah seorang sahabat saya bertanya, mana yang lebih penting, pelaburan atau takaful?

"kedua-duanya penting. cuma yang lebih penting dan lebih bernilai adalah NYAWA. dapat jawapannya?" saya senyum memandang dia.

"maksudnya, takaful atau perlindunganlah kan?" saya mengangguk, bersetuju.

"tapi sebenarnya kita ni ramai yang sayang duit berbanding nyawa. walaupun tahu, kalaupun duit tu menggunung macam gunung everest sekalipun, kita tak dapat nak beli tangan yang putus, kepala yang hancur, saraf mata yang rosak, dan jantung yang tidak lagi berfungsi" saya menambah.

"oh akak..akak membayangkan perkara yang sangat menakutkan" dia berkeriut lalu menutup muka dengan tapak tangan.

" betul saya cakap. cuba awak tengok makcik berdua yang naik motor depan kita ni" saya yang sedang memegang stereng kereta menggelengkan kepala.

apa tidaknya, didepan kami, seorang penunggang motosikal dan seorang makcik lagi membonceng motosikal.kedua-duanya memakai topi keledar. itu perkara yang bagus. tapi yang anehnya, pembonceng tadi sedang memegang dua anak kecil dengan menggunakan kiri dan kanan tangan dia. kepala anak-anak kecil itu terkeluar kerana makcik ini terpaksa mengepit anak-anak ini di celah ketiaknya. dan yang paling nyata, anak-anak tidak berdosa ini langsung tidak ada perlindungan. LANGSUNG TIDAK ADA PERLINDUNGAN!

Makcik berdua ini pakai topi keledar untuk elak di saman polis. mereka tak disaman kerana memakai topi keledar. alhamdulillah, jimat duit. tapi kalau si kecil tu tercampak atau kepalanya di langar oleh kereta yang berlalu hampir dengan motor, dapatkah di ganti dengan duit yang tak perlu bayar saman tu?

kasar bunyinya. tapi itu lah rasa hati saya. apa yang orang kita pentingkan sebenarnya? duit atau nyawa?

DUIT juga? terpulang masing-masing. ketuk minda dan tanya.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Tiada ulasan: