Bismillahirrahmanirrahim
Airmata gugur lagi..entah kali keberapa. Rakan-rakan lain menegur dan mengusik dengan senyuman tapi hati insan ini ternyata masih basah dengan tangisan.
Kebetulan ana membaca tulisan di blog sahabat, Insyirah. Blog yang ana selalu ziarahi bagi mencari ibrah buat diri. Tulisan sebelum sahabat ini berkahwin mengenai bakal suaminya idamannya.
"Insyirah, apa ciri-ciri lelaki idaman enti?"
Soalan ni selalu buat ana tergelak, kalau disyarahkan mahu lebih panjang dari Sungai Nil syarahan, impian, idaman dan khayalan ana. Semua itu hanya fantasi bagi ana, mungkin kalian tidak setuju. Terpulang.
"Enti nak satu satu perkara. Ana teramat rapat dengan ummi dan abi, terlalu rapat! Kalau Allah jodohkan ana dengan seorang lelaki di dunia ni pun, biarlah dia seorang yang dapat menyenangi hati ummi dan abi. Sehebat mana pun dia, sebanyak mana sekalipun phd yang dia perolehi ana tak pandang pun. Seharum mana sekalipun namanya di mulut manusia, kalau dia tidak mampu menyenangi ummi dan abi... Maka, di mata ana tetapnothing. Bila ana berkahwin, ana tidak mahu ummi dan abi merasa kehilangan anak perempuan mereka. Ana sesekali tidak mahu ummi dan abi rasa ana dirampas dari mereka."
Sekali lagi, air mata gugur. Berat... Berat menulis semua ini.
"Biarlah lelaki tu menyenangi hati ummi dan abi... Ana mahu ummi dan abi rasa mereka dapat seorang lagi anak lelaki yang bakal menyerikan lagi taman hati mereka. Ana juga mahu begitu, ana tidak mahu ibubapa lelaki tersebut merasakan ana merampas anak lelaki mereka. Ana tidak dibesarkan begitu... Ana tidak dilahirkan atas tujuan itu. Biarlah ibubapa lelaki pilihan Allah tersebut merasakan mereka mendapat seorang lagi anak perempuan. Memang benar, apabila seorang perempuan berkahwin, dia seolah-olah menjadi 'tawanan' pada suaminya. Sekiranya ada makhluk yang Allah arahkan untuk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut."
Allah... Beratnya nak menulis semua ini.
"Enti... Bila kita sayangkan seseorang, bila kita kasihkan seseorang maka kita tidak seharusnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Kalau kita tidak mampu membawa dia ke syurga sekalipun, usahlah menjadi penyebab dia ke neraka Allah... Kerana, cinta itu bukan untuk dibakar dengan api neraka tetapi perlu disuburkan dengan haruman kasturi syurga."
Beratnya... Beratnya ya Allah.
"Enti... Siapa saja lelaki pilihan Allah tersebut, ana tidak sesekali akan buat-buat lupa untuk tanya 'Ummi benar-benar redhakah kalau dia pilihan tersebut?' kerana... sedikit saja calar yang terpalit pada hati seorang ibu, natijahnya pada kehidupan di hadapan."
Beliau mencari suami yang soleh. Bezanya pada diri ana, ana sendiri masih jauh dari menjadi anak solehah.. Duhai airmata, teruslah mengalir hingga hatimu benar-benar lembut. jika tidak, ya Allah aku mohon, gantikahlah hati mati ini dengan hati yang baru T_T..
ana mahu jadi yang solehah buat Allah, mak abah dan bakal zauj..
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
4 ulasan:
Allah..beratnya..beratnya..hmm...merenung pd diri sendiri..><
Kak Ana, akak sudah pun menjadi solehah :)
hanis, jauh lagi dik..karat masih menebal.entah bila kan hilang.moga Allah ampunkan dosa-dosa akk.moga Allah ampunkan kita semua~.
hanis, jauh lagi dik..karat masih menebal.entah bila kan hilang.moga Allah ampunkan dosa-dosa akk.moga Allah ampunkan kita semua~.
Catat Ulasan