Rabu, April 8

.: Al-Fatihah :.

bismillahirrahmanirrahim


kenangan lalu mengamit lagi..petang ini ada mid sem exam..math!!..hu..tapi serasa otak dah tepu..tadi, semasa mengemas katil, tiba2 kenangan bersama arwah nenek kembali lagi..entah tiba2..terasa rindu pula pada arwah..


aku sudah pun di sini..di Perth..ketika di Taylors, mahupun di Smapk..ucapan kerap kali yang aku aku ungkap pada arwah cuma satu..

"Doakan ana ye, Wo.."


Wo atau nenek yang juga panggilan kepada si arwah..doanya selalu aku rasa..seolah ada keberkatan di sebaliknya..kerana insan ini insan yang ku kira sangat-sangat banyak ibadahnya..jari nya sering diratib bersama mulut yang ku lihat selalu basah dengan tasbih..memuji kebesaran dan keagungan ilahi..Puasa isnin khamis nya yang sudah menjadi rutin....insan ini tidak banyak bercakap..tapi beliau banyak melihat..


awalnya,aku fikir, wo seolah-olah tidak pernah mengambil tahu apa yang terjadi di sekelilingnya..namun ternyata, aku silap sama sekali..tiap apa yang dilihat, nasihat nya selalu hadir untuk ku..apa yang baik, di beritahu, dan yang tidak senang di matanya, di nasihatkan aku agar tidak mengikutinya..


Kelurga ku rapat dengan Wo..mungkin kerana aku tidak punya nenek atau atuk lagi melainkan dia seorang..jadi, kami amat-amat rapat dengannya..tambahan pula, family mak berada jauh di kepulauan borneo sana..memungkin kami untuk balik sekali sekala ke sana..acap kali bercuti, 'percutian' kami akan di buat di tengah-tengah kedamaian sawah..peket 60, Sg Besar..rumah kampung yang sangat2 ku rindui..

rindu ini menyesakkan..terbayang tatkala aku terjaga dari tidur dan melihat berpuluh miss called dan mesej dari phone ku yang di silent..aku terkejut..mimpikah??..tak memahami dan langsung xmenjangka apa yang berlaku..aku terus membuka satu mesej..

"Ana da tau tak? wo dah takde.."


akal ku terasa tak lagi berfungsi..terkejut dan terkedu..tangan yang mengigil aku kuatkan untuk menelefon nombor abang ku..sudah hampir 4 jam, abang dan sepupu ku menunggu ku..Allah..aku bertakbir..solat subuh perlu ku tunai terlebih dahulu..seusai solat..aku pohon doa..moga yang berlaku ada rahmatnya..terbayang wajah abah..insan yang amat rapat dengan wo..aku perlu kuat..kerana aku tahu, abah dan juga si anak kepada arwah pasti lebih dalam sedihnya..

wo menghadap ilahi dirumah ku..asbabnya cuma lah kerana sakit perut..Allahuakbar..pabila ajal memanggil, tiada sapa yang bisa menolaknya..terasa benar wujudnya kematian yang selalu kita lupakan..perginya arwah sangat mudah..dan kebetulan pula, beberapa orang anaknya berkumpul dan bergurau senda bersama wo sebelum dia pergi buat selama-lamanya..pertemuan yang tak dijangka,bahawa itulah yang terakhir kalinya..orang pertama yang ingin ku jumpa adalah abah..kerna ku seakan merasai apa yang dia rasa..
tiba dirumah, kulihat abah menyambut tetamu..redup matanya melihat aku..seulas senyum terukir..senyuman tabah dr seorang anak..

"masuk na, tengok wo"


aku menyalami abah...ku lihat matanya merah..menangis barangkali...apa tidaknya..hari2 nya tidak pernah tidak bersama arwah..sebaik sahaja pulang bekerja sbg guru dari sekolah nya, dia akan terus ke kampung..melihat sawah dan juga ibu tercintanya itu..dia lah ku kira paling rapat dengan nenek ku..dan mungkin kerna itu juga, Allah izinkan hari terakhir wo adalah di teratak rumah kami..

Allah...airmata ini jatuh lagi...tatkala aku rasakan kematian itu terlalu jauh untuk ku fahami dan rasai...Kau takdirkan ini...agar aku mengerti dan memahami,hakikat kematian yang pasti dan benar...terlalu banyak airmata yg tumpah hari itu..mungkin menyesali diri krn tak sempat berbakti atau memohon maaf...atau juga, merasakan yang itu adalah perjumpaan terakhir dengan arwah..benar..aku juga merasakan nya..sangat2...melihat sebatang tubuh yang terbujur kaku...kulihat bibirnya tersenyum..mudahan perginya dia, di sambut sang bidadari di syurga..

mahu atau tidak..ku kuatkan diri untuk memandikan jenazah..serasa itu tanggungjawab..kerana aku terlalu banyak terhutang jasa dengannya..doanya yang tak pernah ku hitung banyaknya buat ku..tatkala memandikan jenazah, aku memegang jari2 nya..jari2 itu bengkok..dan tak bisa lurus kembali...tahu kenapa?..kerana jari itu selalu diratib sebagai pengganti tasbih...Subhanallah..moga jari itu menjadi bukti di akhirat nnti..


Yang paling terkesan pastinya abah..pabila dia batuk..

"selalunya ada je orang yang nasihatkan abah makan ubat, sekarang dah xde.."
dia tersenyum pahit..
"abah, makanlah ubat..xpela..lepas ni biar ana ganti wo bagi nasihat kat abah"


aku mengajuk nasihat arwah kepada abah..rasa terlalu berat nak menyebut..tapi harapan ku satu..moga kesedihan abah itu hilang..abah tersenyum lagi..kata abah...tiap nasihat dan pesan wo sangat2 berguna..kadang2, bila adanya dia, kita xmenghargai langsung..tapi tanpa kita sedar, kita sering mohon pandangan dari dia..dan tiap pandangan itu sangat2 bermakna...walaupun kata2 nya hanyalah sepatah dua..

"ana ada mak lagi...jadi hormat dan sayang lah mak, ye.."


itu pesan abah..seringkali pesan itu di ulang..kerna aku tahu, dia sangat2 merasai kesannya kerana dia terlalu rapat dengan arwah..aku juga merindui arwah..kerana tiap kali exam, aku akan telefon dan mohon doa dr nya..ana cuma nak bgtau wo..ana da sampai kat sini..ana da berjaya sampai kat Perth..berkat doa wo...dari masa kat sekolah rendah dan Smapk lagi..dan juga masa ana kat Taylors..terima kasih Wo..ana dah berjaya sampai sini...airmata ini xdapat kutahan...petang ini ada exam..aku terlalu rindu saat aku mohon doa dari arwah...rindunya..moga wo tenang di 'negara' sana..ya Allah, tempat kan wo dikalangan orang-orang soleh..amin..

Al Fatihah..

6 ulasan:

Rifqi Al-lil berkata...

alfatihah. kini giliran ana pulak untuk doakn nenek ana.

Ana Farhanah berkata...

yup rif..betul..kadang2 pabila kita terlalu kerap meminta..kita lupa untuk memberi...ini giliran ana untuk memberi pd arwah..mudahan doa ini diterima..

ya Allah, tempatkanlah wo di kalangan orang2 yg soleh..

amin..

Rifqi Al-lil berkata...

insyaAllah. amin..

Daffodil berkata...

salam akak dear,
salam ziarah
=)

Unknown berkata...

semoga ditempatkan di kalangan umat rasulullah yg tinggi tahap iman nya. Amiin.

Ana pernah mandikan jenazah? bagus nya. harap2 ana juga peluang utk mandikan jenazah. sebagai ingatan alam mati.

Teringat ana pada nenek2 & datuk2 ana. Nenek sebelah mak tak sempat nak jumpa. Tak wujud lagi masa tu. Yang lain semua meninggal masa ana kecil2 lagi - tak sempat nak dengar nasihat2 mereka.

Wallahualam.

Ana Farhanah berkata...

slm awin..thanks ziarah ke sini :)...miz u..

-----------------------------------

amin...thanks rozairee..adela pengalaman sekali tu..erm, mudahan nnti giliran nta lak insha Allah..xpe..tiap yg berlaku ada hikmanya..even xde nenek n atuk, ramai org sekeliling yg syg n selalu beri ingtan kat kita..cume..kdg2 kita lupa n leka(ingtn buat diri sndiri juga)..selalulah selitkan doa untuk mereka..samada yg tiada mahupun yg masih ada...:)