Selasa, April 14

.: Baitul Muslim :.

isu hangat di pasaran ini mengerak tangan dan akal ku berfungsi lalu terus memikirkan solusi terbaik..isu Baaitul Muslim..hebat n panas dikalangan student..lebih-lebih lagi, student undergrade...hui..kadang2 aku berfikir sejenak, kenapa tiba2 isu ini timbul??..aku kira n congak..rupanya aku sudahpun menghampiri 20 tahun..patut pun isu ni tersebar..huhu..cepat nya peredaran masa yang berlalu..serasa aku masih 17 tahun ( adeh!..perasan betul)..takdelah..mungkin kerana aku ini teramat lah manja dengan abah dan abang2 ku..pabila adanya mereka..sukar benar untuk aku berdikari..sehinggakan hari penerbangan aku ke Perth..abah sampaikan pesan..pesan itu serius..dipandang tepat mata ku..

"Ana, dengar ni..sekarang, ana kene pandai jaga diri..abah kalau boleh nak pergi hantar sekali..tapi banyak perkara yang perlu di considerkan..jadi, ana jangan byk berangan dan sambil lewa lagi..ni visa, pegang elok2..jgn tinggalkan kt mana2"


itu antara ingatan dan pesan dr abah..serasa aku masih anak kecil..namun aku akui,pesan itu beri impak besar pd diri..aku mula meyakini, yang aku kini perlu mengambil risiko sendiri atas apapun keputusan yg aku lakukan..dan secara berdikit2 nya aku baru menyedari..yang aku..
bukan anak kecil lagi!!


persoalan tentang Baitul Muslim...ku kira, ia bukan hanya soal rumah tangga yang bakal di bina..ianya soal 'new world' yg penuh cabaran dan dugaan..andai dugaan saat ini ketika aku single mingle ini masih kelam kelibut aku selesaikan dan banyak airmata yang aku taruhkan..bagaimana pula di dunia baru nnti..yang pastinya bukan seorang..berdua atau lebih lagi..emm

ia juga soal hati...Allah..soalnya hati ini..kadang2, terlalu berat untuk aku sebut..malas melayannya kerana takut tak telayan...itu dalam akal fikiran ku..tapi, pabila mendengar pendapat insan2 sekeliling..isu ini relevan untuk aku agar menilainya secara lebih halus..

antara soalan yang timbul..

Soalan
  1. Apa pendapat anda, jika di tahun pertama di uni, anda dipinang orang?

Jawapan:

a. eh, aku xnak lah..aku hidup ngan ko je la..(guran si teman perempuan kepada teman perempuannya yang lain)..hui..bunyi nye seram gak..tp xpe itu skdr gurauan

b. alah..malaslah nak fikir...abes belajar dulu...nanti baru fikir..boleh?

c. ikut parents saya, if ada yang datang meminang..perkara yg baik ni percepatkan je..

d. ha, samelah lebih kurang cam jwpn si C..tapi saya sendiri yang tak bersedia..

byk lagi jwpn..yang ketika ini, aku terlalu sukar untuk mengingatinya (bila ingat nnti, update smula..insha Allah)..

sifir nya mudah...tak berkembang bunga andai tiada kumbang yang menyebarkan debunga nya..tidak kukuh sebuah kerajaan andai presiden tiada timbalannya..tidak berguna andai punya pen atau pensel andai tiada tempat untuk menulisnya...dan...

tidak adanya kita hari ini membaca dan menulis blog andai Hawa tidak dicipta Allah untuk Adam tika Adam di syurga walaupun disana lengkap segalanya..kesimpulannay..fitrah manusia itu memang saling memerlukan..

aku akui, krn pernah terjebak dalam mainan hati, hatiku makin perit dan pedih..mengejar cinta manusiawi..buatku aku jauh dr landasan cinta ilahi...semua itu dalam hati..kerana itu aku yakin dan teramat yakin...urusan hati bukan mudah untuk di diuli mengikut acuan..ia perlu pengorbanan dan usaha..dan kerana itu, aku berusaha tidak bercakap mengenai soalnya hati..

tiba satu saat, aku berfikir sejenak..kerana ramai yang bertanya..lalu, aku juga bertanya dalam diri..apa pendapat aku sendiri tentang perkara ini?

hui, jawapannya bukan mudah..aku masih dalam proses mengislah diri..yang rasa nya terlalu kerdil dan hina di mata manusia..apa lagi di mata Allah...berbalik kepada apa yang aku perkatakan tadi...soal pembinaan rumah dan tangga ini bukan hanya sekadar untuk membina sebuah rumah yg cukup tiang dan papannya tetapi bocor di sana sini dan membuatkan seisi rumah berfikir,adanya rumah ini tadi serupa seperti tidak berumah..tetapi ia berkenaan kualiti, fungsi dan juga bagaimana rumah ini tadi akan terus memberi manfaat kepada seisi rumahnya buat selama-lamanya selagi dizinkan oleh Allah untuk terus teguh berdiri dan kalau boleh diwariskan terus kpd keturunannya

secara mudahnya, aku bimbang, aku lah yang menjadi punca rosak nya rumah tadi..kerana terlalu banyak kekurangannya yang perlu aku baiki..

namun, jawapan 'selamat' aku, tatkala aku ditanya..adalah jawapan C di atas..emm..itu kata2 abah..mak xpula beri banyak komen tentang ini..cuma katanya dan kata anjang (makcik kesayangan ku)..apa yang penting redha ibu bapa kita sendiri...


Dunia itu jambatan ke akhirat..apa yang dilakukan di dunia..banyak kaitannya dengan kehidupan kita di akhirat sana..harapan ku cuma satu...jodoh itu pastinya ada..cuma, andai tiba masanya, aku harap, kapal yang aku layar beseorangan selama ini dalam mencari cinta Sang Pencipta Cinta , dikemudi nakhoda yang lebih tinggi ilmunya dalam pelayaran ke Destinasi Cinta Ilahi itu..aku kelasi yang penuh kekhilafan dan kekurangan...kapal yang dilayar dengan ilmu yang cetek ini selalu membuat kapal itu terumbang ambing tatkala badai melanda..namun, andai si Nakhoda hadir...moga dia bisa membantu ku..layari bahtera bersama..menuju Pantai Kasih dan Cinta Rabbi..


p/s : bimbang dengan setengah2 jawapan dari teman..yang ada setengah nya mahu buat2 tidak normal jika ada yang dtg meminang supaya dia tidak berkahwin dgn siapapun..dasyat bukan? hal ini bukan perkara remeh..

oleh sebab itu, jangan pernah lupa untuk berdoa beroleh zauj atau zaujah dan zuriat yg soleh solehah biarpun hati masih belum bersedia..mudahan Allah perkenankan yang terbaik buatmu..amin..

12 ulasan:

Ladyship Atie berkata...

hehe

amboyy.

dah ade baitul muslim kt oz, senangla, kn nt?;p

Dr Zahau berkata...

salam..

yerp..baitul muslim tu mmng an stuju la sgt..sebb mudah kerje dan lg berkat..hah..wallahualam..

-dr zahau-

Ana Farhanah berkata...

salam atie wa azhar..

cepat je hangpa berdua ni baca entry ni..hehe..gurau2..Allah..mmglah penting..tapi rasa nye perlu byk perkara yang dilihat dan dikaji..sama2 lah berdoa..senang dr segi pe tu tie??ehem..xlah semudah tu rasa nya..coz ana ni msh dlm proses mengislah diri..

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi berkata...

Hati-hati dalam percaturan hidup ini. Semoga semua sahabat sahabiah pendukung gerakan Islam bakal dikurniakan bimbingan ALLAH s.w.t. yang tepat dan terbaik.

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat dua syurga (di dunia dan di akhirat).

s.b.s berkata...

Salam

ehem2. hehe. (juz kidding);P

btw, ana culture shock eh kat sini. banyak2 tarbiyah, x pnah ada orang cter pasal BM kat ana masa kat Msia.(ke ana je yang lampi?) ;P

(gurau2..) ;P

(masuk part serius)

Baru-baru ni, ada dengar pengisian tentang BM ni, yea ia bukan perkara remeh malahan ada kepentingannya.

Kalau dulu ana sinis atau sarkastik atau segan apabila diajak berbicara tentang ini, mungkin kini tidak lagi.

Bila dilihat pada pandangan diri sendiri sahaja, mungkin tidak signifikan isu BM ini. Tapi, dari sudut sesebuah gerakan Islam itu sendiri, BM ada peranannya yang tersendiri demi memastikan kelangsungan dan perkembangan gerakan tersebut dalam mencapai matlamat besar yang ingin dituju.

Apa-apa pun, ana percaya setiap daripada ahli gerakan Islam bersedia untuk mengakui, mereka bukan yang pertama di hati zauj/zaujah masing-masing kerana yang pertama adalah perkara yang bernama perjuangan.

Sependapat dengan Farhanah, individually x ready lagi kot~ banyak perlu diislahkan.

Wallahu'alam.

p/s: i'm commenting on this issue?? i myself can't believe it. ajaib2. (-_-")

Ana Farhanah berkata...

syukran ikhwan..ingatan itu mmg sgt2 penting...syukran untuk doanya..moga sama2 beroleh kemenangan di dunia dan akhirat..insha Allah..amin..

-----------------------------------

salam S.b.s..
sape ye??ana nak ke blog xdapat..
adeh..lampi? bukan lampi rasenya tu..mmg sengaja wat xdgr atau xfhm..sbb serasa diri ni kecik lg..i hv two brothers..n they never talk about isu walimah ni.hua..segan kot..cuma sblm ana pg oversea,yg sulung ade kate, if ana balik malaysia,dorg mesti da walimah..wah!!itu kali pertama dorg ckp tntg isu ni..ana apelagi..seronok giler..coz ana mmg lame dah nak ade kakak n anak buah..haha..marah bang lil bace coment ni..sori bang lil..gurau jer..

ana memahami erti kesinambungan yg dimaksudkan..cuma kebimbangan terhadap setengah2 perkara wat ana bimbang kesinmabungan xdpt dicapai..wa nauzubillah..mohon doa dari shbt2...moga kita beroleh yg terbaik untuk diri dan agama..mahu berkongsi sedikit artikel dr ustaz hasrizal yg ana rse relevan utk isu ini
http://saifulislam.com/?p=1850..
wallahualam..

Muhaimin berkata...

ramai bebenor mngomen dlm bab ni ye..hihi
rasanya an kenal la sape s.b.s tu...
shbt baik nti kt mesir kot (xtaylor)...cuma meneka.

Ana Farhanah berkata...

salam farouq..
ana rse cmtu gak mula2..tp bila nk ke blog xdpt..rse cm org lain lak...org lain rsenya..isu ni mmg hangat..msti rmai nyer yg komen..hee..lg pun isu serius..rsenye xleh pndg remeh..wallahualam

al-fareast berkata...

slm...jodoh tu sume d tgn tuhan..kita berusaha hanya Dia yg berhak menentukn...utk mlhirkn zuriat yg hebat...sblm kawin lg kne btul caranya....d sini pun ad gak BM malah dkatakn mainkn peranan yg aktif jgk sbb rmai dklgn kami yg berkahwin d sini...tp bg ana..lps blaja la rsenye...hehehe..tp klau d tkdirkn awl...ap slhnye...haha

Ana Farhanah berkata...

salam faiz..
peranan yg pntg tu bukan shj sebelum kawin sbnrnye..selepas itu dan seterusnya juga pntg untk memastikan zuriat yg lahir bisa menegakkan agama dgn lebih gah di zaman mereka nanti..bila masa nya, sume di bwh pengetahuan Allah..jd, sms ade kesempatan..doa n terus berdoa...moga kite beroleh yg terbaik untuk diri..

wallahualam..

p/s:yg pntg, if walimah,jgn lupe jmput eh..hee

M Waliyuddin Baharudin berkata...

salam..

bagus2,entry yg menarik..
sbb ni ruangan komen, so ana nk komen la sket bleh?
baitul muslim slh satu tingkatan dlm proses gerak kerja mnuju wawasan kerajaan khilafah di mana pmbentukan unit2 kecil bermula dari keluarga jgk memainkn peranan pntg..

dari keluarga yg phm islam pasti dpt melahirkan & menyediakan kader2 islam yg siap siaga dipersmbahkan ke dlm dunia dakwah dlm memastikan survival prjuangan islam yg murni diteruskan..

persoalan yg timbul adalah apabila maratib amal ini diunitkan & org2 tertentu bertugas mengenenkan/memasangkn pasangan trtentu, sejauh mana proses ini dpt dilaksanakan lg dgn jayanya utk mencapai mtlamat murni yg utama..

Wallahua'lam..

aminahmunirah berkata...

Benar..Isu BM bukan satu isu yang remeh.Ia seolah-olah satu percaturan dalam menentukan kelangsungan halatuju kehidupan.Tersilap percaturan bermakna mungkin membawa kepada kecacatan kepada halatuju yang dipasang.

Kekadang kita keliru antara mainan perasaan dan harapan sebenar akal dan hati.Sentiasa bisikkan pada diri.."walau apapun yang berlaku hanya redhaMu kucari". Semoga niat yang terpasak membawa keberkatan di kemudian hari.

Jodoh yang baik tidak datang sendiri kalau kita tak berusaha mencari.Mencari tidak bererti perlunya menjaja diri dan cinta.Sentiasalah berdoa semoga Allah pertemukan dengan orang yang baik agama,perjuangan dan akhlaknya.ameen..

"Belajar dari setiap detik yg berlalu"