Rabu, Julai 15

"uncle, kain kapan satu!"

Dengan nama mu ya Allah, yang maha pengasih dan penyayang

ketibaan ku yang tak dijangka awal 4jam di KL central membuatkan aku mati kutu di sana..termanggu seorang diri..aku melihat jam tangan, "baru jam 8.." hati mendengus..macamana boleh terlebih-lebih awal ni..takut terlambat sampai, tak sangka pula awalnya, terlalu..allah..

beg pink ku dibuka,
"ha, naseb baik bawa buku" getus hati..
majalah Anis yang ku gapai tatkala ingin melangkah keluar dari rumah, menarik minatku..majalah ini sangat ku kagumi..artikel menarik dan mantap, tak rugi membeli walaupun padaku, harganya agak mahal..

"apa benda, yang pembuatnya tak nak pakai, pembelinya tak nak pakai..tetapi yang memakainya tak sedar dia memakainya?"

teka teki ini buat aku berfikir, yang jelas dan nyata, aku tidak dapat membayangkan jawapannya..nak tahu apa?

itu lah k.e.r.a.n.d.a
aku menelan air liur..benar..kematian itu dekat sekali, kenapalah tak terfikir langsung jawapan untuk teka teki plg mudah ni..allah..nampak jelas benar kelalaian aku..
mudah benar insan lupa pada kematian..sedangkan tiap saat dan detik yang berlalu itu mengurangkan waktu yang kita punya di dunia..
akhirat yg di kejar bagaimana? cukupkah 'tanaman' aku di alam fana ini untuk bersedia 'menuai' nya di 'alam' sana..

termenung..aku terus melihat gelagat insan..melihat manusia yang laju-laju berjalan..berkejar-kejar mengejar dunia yang akan terus berlari menjauhi..masa yang akan terus meninggalkan diri..sedar tak sedar, kita mengejar apa yang akan terus lari dari kita..

sedarkah kita ada yang mendekati? kain putih, keranda, bilik bawah tanah, dan juga batu yang bakal tertulis nama kita di atasnya semuanya pasti ada..paling tidak pakej yang bakal kita peroleh, bilik bawah tanah itu.. tiba saatnya, kita kan berehat untuk beberapa waktu..dan itu kerehatan panjang...waktu rehat dan tenang bagi orang mukmin, waktu sengsara bagi yang tidak pernah bersedia menghadapinya..Allahuakbar..

logika akal manusia, yakin dan teramat yakin yang tiap jiwa akan memasuki keranda tadi..namun berapa banyak hamba-hamba Nya yang memikirkan,

"Aku,adalah insan yang akan menghuninya sekejap lagi.."
aku beristighfar..lalai benar aku dlm mengingati kematian..

kita meyakini dunia ini sementara cuma..dan kita tahu, akhirat itu kekal untuk selamanya..
kata-kata polular dari sinetron PUTERI..

"hidup hanya sekali, jadi, kita ENJOY!!"..
erk..manusia jadi salah faham..dalam kotak fikirannya, hidup di dunia hanya sekali, lalu bersorak, berseronok, dan kejar apa yang disukai sebaik-baiknya..seolah-olah tiada destinasi lain selepas dunia..

sedangkan akhirat itu tempat kita untuk selamanya..
kata orang, menabunglah untuk senang di kemudian hari..
sinonimnya, untuk senang dan kaya di kemudian hari, di akhirat sana, kita juga perlu berdikit-dikit di dunia..

hakikat pahit yang perlu di telan


'KITA PERLU BERSEDIA UNTUK MATI'

persedian untuk mati bukanlah bermakna kita perlu ke kedai dan..

"uncle,kain kapan sehelai ikut saiz badan saya dan batu nisan satu, tulis nama saya cantik-cantik ya uncle!"

ha, kalau macamni la keadaanya, takde sapa berani buka kedai jual kain kapan dan batu nisan, sebab ada pula orang yang nak mati pg kedai tempah sume mende sendiri??
membeli siap-siap keranda dan kain kapan, menempah batu nisan terbaik, tercantik dan terunik untuk diri sendiri , dan mencari tapak pengebumian diri sendiri..
persiapan yang ini, jangan risau..adik beradik atau keluarga akan buatkan bagi pihak kita..

bimbang dan risaulah untuk persedian yg ini, yang terletak pada amalan dan ibadah kita seharian..ikhlaskan hati..moga tiap yang dilakukan, Allah berkati dan redhai..

tatkala aku meneman emak ke pasar malam..emak membeli tempe yang cuma berharga RM0.60..mak menghulurkan note RM1 kpd pakcik tua yang menjual tempe..bibir tua itu tersenyum..tenang dan gembira nya dia, beroleh hasil dengan titik peluh nya sendiri..


"alhamdulillah, ini rezeki untuk aku dan anak-anak hari ini"

mungkin ini bisikan dalam hatinya, lalu sinar dr wajahnya buat aku turut tersenyum..serasa terlihat putih bersih hati dan jiwanya seputih kopiah yang melekat di kepala pakcik tua.
bekerja dengan sejujurnya dan seikhlas hati,buat aku berfikir..mengapa masih ada orang-orang kaya yang suka bermain rasuah..duit berjuta-juta di tangan bisakah membeli sebuah ketenangan yang dimiliki pakcik tua? pakcik itu hanya menjual tempe yang berharga kurang dari RM1, tapi ketenangan yang dia rasakan..bukan hanya dalam dirinya..tempiasnya pada aku juga..hebatnya sebuah keikhlasan..hebatnya sebuah kejujuran..ianya bisa 'membeli' hati jernih,bersih dan menenangkan...allahuakbar..

berdikit-dikitnya pakcik tua itu di dunia..aku yakin berjuta-juta ganjaran bakal dia tuai di akhirat sana..insha Allah..dia sudahpun bersedia untuk menghadapi kematian...aku??
besediakah aku?takut dan bimbang..pabila saat lamaran itu sampai..aku tidak punya kata dua..melainkan untuk menerimanya..namun, apakah aku bersedia?..astaghfirullahal adzim..ampunkan dosa-dosa ku ya Allah..

mengejar berjuta-juta wang di dunia, membeli apa jua yang bisa memuaskan nafsu
atau berdikit-dikit dengan kemewahan dunia, yang menjanjikan ketenangan hati dan kebahagian di akhirat nanti..ayuh, muhasabah kembali diri..
zikrulmaut...tiap yang hidup pastikan mati..lalu, apa persedian kita??

4 ulasan:

Dr Zahau berkata...

ramai x suka ingat akhirat sebb
takut hilang seronok hidup kat dunia..

Ana Farhanah berkata...

betul juga ya..
tapi org mukmin itu bahagia dunia dan akhirat..
untuk org yg berjiwa kotor..
seronok yg dilarang Allah yg di cari..sbb itu gerun dgn keyakinan sendiri..gerun dgn hakikat kematian walaupun hakikat kematian itu di yakini..

moga kita sntiasa merasai dktnya diri dgn kematian..walaupun selalu alpa..itu gunanya shbt utk terus menasihati diri yg sering lalai..
wallahualam..

Dr Zahau berkata...

erk..bukan org mukmin
tu derita dunia bhgia akhirat ?..:-p

Ana Farhanah berkata...

erm..apa yg ana maksudkan..
bahagia yg dalam hati..
org mukmin itu..
biarpun seorang, terasa ramai..
biar miskin namun kaya di sisi tuhan dan sntiasa berasa ckup dgn apa yg dimiliki..
mcm kisah pakcik tua tu..wpun skadar mnjual tempe yg berharga kurg dr rm1 tu, ketenangan yg dia dpt xdpt dicari oleh org kaya yg sbuk mengejar harta dan dunia..
ye x?
(sekadar pndpt)..
sengsara org mukmin d dunia, hanya terlihat pd zahir..tp hakikatnya, sengsara itu buat dia rasa diri nya hamba..dan rasa dirinya punya tuhan yg sntiasa menyayanginya..
wallahualam.btw,jazakallah ats perkongsian (^^)