musim peperiksaan,seolahnya memasung sebelah 'kaki'.Banyak yang menyentuh sanubari, meligatkan akal lalu membuat suara hati berbisik sendiri.mahu ditulis,namun semuanya tenggelam dalam kesibukan duniawi.
Belajar Demi si Dia.
melihat OKU(orang kurang upaya) disekelilingku menyebabkan aku tertunduk malu..tanpa kaki,mereka berkosi roda dengan penuh sabar ke library..tanpa tangan, mereka tabah membuka cd menggunakan gigi dan mulut lalu mendengar kandungan cd yang berunsur ilmu.Dengan tongkat,si buta mendahului aku berjalan pantas menuju ke kelas..
dan aku?
aku cukup segalanya,ada mata,telinga,tangan dan kaki.namun seusai kelas,mahu sahaja bergegas melangkah laju menggunakan kaki pulang ke rumah.penat dan letih kononnya..
bersyukurkah aku?
mereka yang tidak sempurna itu,kebanyakkannya,aku yakin bukan islam agama mereka. Tapi sungguh,mereka hidup didunia dan bersyukur dengan keadaan mereka seperti mereka hadam benar pengertian 'beriman dengan Qada' dan Qadar'. Seolahnya mereka faham benar erti SYUKUR lebih dari yang hanya menyebut 'alhamdulillah' setiap kali selepas sendawa tanpa memahami pengertian ucapan yg dilafaznya.
dari mana kekuatan mereka untuk terus berusaha sehabis baik dalam keadaan yang sungguh dhaif itu,aku tak pernah mengerti..
padahal aku,punya tuhan..
dan tuhan aku adalah Allah..
dan aku belajar sepatutnya bukan sekadar-sekadar..
kerana aku belajar untuk agama DIA..
aku belajar demi martabat agama Allah..
tiap kali langkah dua kaki ini berjalan menuju ke kelas, mata ku ligat melihat,akal ku galak berfikir..kalau aku punya cita-cita ini,kenapa langkah aku sering di'kalah'kan sibuta yang memegang tongkat?
mungkin,kerana aku tidak punya mata hati yang terang seterang hati si buta..si buta,tak nampak dari matanya,tapi nampak tembus jelas dari mata hatinya..walaupun agamanya bukan agama islam..tapi jelas dia memahami apa perjuangan dia,lalu berusaha sehabis baik untuk mencapainya..dan jelas,dia lebih memahami sunnatullah. Dia tak mahu dipandang rendah sebagai sibuta yang hina,tapi mahu dipandang tinggi sebagai sibuta yang berjaya..
hati yang mati tidak akan bisa menghidupkan hati mati yang lain,apatah lagi motivasi untuk diri sendiri?aku memahami sunnatullah malah belajar dan faham akan syariatullah..namun semuanya perlu ada usaha untuk menggerakkan..
Hidupkan Hatimu
hati perlu dihidupkan dengan ILMU.
kalau semasa PMR, bersungguh aku mendapatkan 9A,kerana 'umpan' dari abah.
kalau semasa SPM, ligat aku untuk mendapatkan 11A1,kerana Australia.
Kalau semasa SAM, fokus aku untuk mendapatkan pointer 85 keatas adalah untuk merasa 4musim di negara orang.
tapi kini?
mahu aku membawa agama Dia setingginya..
ingin aku membawa anak bangsa memahami apa kedudukan orang berilmu..
luar negara atau dalam negara,sempurna atau buta, kaya atau miskin, cantik atau hodoh, seteruk mana diri kita atau setinggi mana diri itu bukan ukurannya..
mengertilah.
dengan ilmu,darjat kita automatik naik setingginya..
bukan sahaja dimata dunia,yang pasti dan yang kita mahu tinggi di sisi Dia..
biarlah menjadi peniaga warung tepi jalan sekalipun, jangan pernah berhenti 'memungut' ilmu.
biarlah menjadi petani atau pesawah,jangan pernah lupa 'menuai' ilmu.
biarlah papa dengan wang dan harta,jangan pernah 'miskin' dengan ilmu.
kerana dengan ilmu,kita tak mudah diperguna, dan moga akhirnya agama akan dijulang semula,setinggi-tingginya..insha Allah..amin
carilah ilmu dan pelajari ia dengan sehebat-hebatnya..
ayat alQuraan pertama dari Allah buat renungan kita semua..
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Al-Alaq)
Pokok yang Hebat
dan jangan pernah lupa,setinggi mana universiti yang kamu langkah,jangan sesekali merasa diri hebat..walau sehebat mana kamu berbicara, jangan pernah rasa diri cukup dengan segala..
kerana boleh jadi, siak di masjid yang sekadar cuma menyapu sampah disekeliling masjid dan madrasah lebih tinggi ilmu dan amalnya..mendengar ilmu sambil melipat sejadah dan membersih masjid.Lalu melafaz zikir dalam setiap kerjanya..
subhanallah,maka si siak itu lebih tinggi darjatnya di sisi Dia..kerana ilmu yang ada itu diamal sebaiknya.dihias pula dengan kerendahan hatinya..
Allahurabbi..
bisakah hati dan diri dididik supaya menjunam ke tanah?
"Pokok yang kuat,kukuh dan tak goyah di tiup angin, adalah pokok yang akarnya tunduk ke bawah, nun dalam menghujam tanah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan