Kesejukan malam itu berganda sejuknya dari malam aku menulis tulisan ini. Jauh terperosok rindu dan rasa cinta. Apakah ada cinta yang lebih mulia melainkan cinta keranaMu ya Allah. Cinta ku pada sahabat-sahabat ini kerana Ar Rahman dan Ar Rahim Mu ya Allah.
Saat pertama kaki dijejak, ingatan tertacap pada satu kenangan.
Tidur di tadika. hanya senyum yang mampu terulas di bibir. Betapa aku seakan mahu terjerit pabila diberitakan aku perlu tidur di tadika kecil, atas lantai berbantalkan beg yang aku galas. Aku beristighfar. Diikutkan hati, mahu sahaja menelefon mak dan abah minta di ambil dari 'Perkhemahan' aneh ini. Namun wajah-wajah tenang sahabat-sahabat yang menyambut buat aku lupa segala. Yang aku tahu dan mahu, adalah bersama-sama mereka. Itu kisah beberapa tahun yang lalu.
Dan kisah itu berulang lagi hari ini. Hari ini aku tak lagi terkejut kerana aku sudah pun melaluinya. Namun kagumnya aku pada insan-insan lain ini, redha mereka sungguh tak terduga. Kalian insan terpilih. Jauh di sudut hati aku, kalian adalah insan-insan hebat. Kalian meredhai apa jua yang Allah hadirkan. Kalian tegar dalam berjuang biar perjuangan yang satu ini terlalu hebat mehnah dan tribulasinya.
Saat kaki menjejak tanah, kawasan perkampungan muslim itu, sungguh hati terasa sejuk,damai. Tibanya di tempat penginapan, solat maghrib ditunaikan. Aku iringinya dengan solat hajat. tatkala itu, airmata gugur.
"Allah, betapa di dalam banyak-banyak tempat di dunia, Kau satukan hati-hati kami di kawasan ini. ceruk pedalaman, hujung dari Bandar sesak. Namun hati kami tenang. Hati kami bertaut ya Allah. Satukan hati-hati kami hanya keranaMu ya Rabb. Apakah masih ada nikmat dari Kau yang mahu aku dustakan? Allahuakbar. Tiada satu pun ya tuhan. Jadikan hamba yang bersyukur.Tundukkan keegoan kami. Jadikan kami hamba yang selalu merendahkan diri. Biar terhina, biar dikutuk dan tak terbela, asal dalam hati kami, kami sedar kami cuma Hamba buat Mu ya rabbi. .aku cuma Hamba.aku cuma Hamba.aku cuma Hamba."
Setiap malam, kaki melangkah ke kamar tidur hanya pada Jam 2 pagi. Ku tatap satu-persatu wajah sahabat yang lena dalam keletihan.
"Ya Allah, mereka insan-insan yang penuh kecintaan. Mereka mencintai Mu, mereka mencintai Rasulullah, mereka mencintai Islam, mereka mencintai ukhuwah lebih dari segalanya. Dalam kesejukan malam, Kau selimutkan mereka dengan selimut kecintaanMu, Kau balutkan mereka dalam balutan kasih sayangMu, agar semangat kami kekal hangat untuk menjadi mata rantai penyambung tugas Nabi. Redhai mereka ya Allah, sepertimana mereka redha menghabiskan masa, harta dan sanggup menahan kedinginan malam demi ilmu dan agamaMu"
Kata-kata ulama' besar
"Aku bukanlah orang yang soleh, tapi aku mencintai sahabat-sahabat yang soleh"
2 ulasan:
Salam..saya terpegun dengan penceritaan saudari.amat menarik dan begitu tulus. semoga kita dapat menjadi sahabat..:)teruskan!!
salam ekha =)
alhamdulillah..terimakasih.
sahabat yuk! =)
Catat Ulasan