"urgh!! bengang aku!" panas telinga, mama dan papa ungkit lagi kisah itu.
"kamu kene pergi juga sekolah tu, kamu tahu kenapa kamu selalu tak dapat menandingi Khadijah? sebab kamu DEGIL" papa sengaja mengeraskan perkataan hujung yang menyakitkan hati itu.
"pergilah Aisyah, sekolah tu kan sekolah yang baik, ada cuti 3bulan ni kamu boleh isi masa, Khadijah dah pun masuk kolej persediaan luar negara, kamu nanti? mama taknak dengar dari mulut kamu perkataan bosan dan nak keluar jalan-jalan dengan kawan" mama sudah pun mengeluarkan amaran halusnya.
"Khadijah, Khadijah, Khadijah! aku bosan dengan nama tu. tak habis-habis. Semua orang pun nak menangkan dia. Aku tahulah dia lagi cantik, lagi pandai, lagi sopan,, lagi dan lagi. dia lebih semuanya!" meluat sungguh hati pada si kakak kembar nya itu. padahal mereka dulu bersama-sama berkongsi ruang di alam rahim.
"ok..ok..Aishah pergi sekolah tu!" Aisyah mendengus, masuk ke bilik dan seperti biasa daun pintu di hempas tanda pemberontakan.
mama dan papi sudah lali..
"papa yakin apa yang kita buat ni betul?"mama mula meluah rasa bimbang
"kenapa tidak,mama? sekolah tu kan dah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang soleh dan solehah malah bijak pandai lagi. lagipun, Aisyah sendiri yang pergi isi borang tu dulukan? kalau dia taknak kenapa dia beriya-iya isi borang dulu?"
Dek kerana terlalu selalu dibeza-bezakan, Aisyah membesar dengan hati yang selalu memberontak. Selalu mahu jadi perhatian. Biar dimarah, dijerit, ditengking malah dipukul, Aisyah tak pernah menangis malah dia puas mendapat perhatian dari mama dan papa biarpun jalan mendapat perhatian itu adalah jalan paling menyakitkan. Tapi kali ini, cukup menduga. Untuk mendapat perhatian mama dan papa, dia dengan sengajanya telah mengisi borang sekolah agama itu.
"Kerja gila semua ni! Kau tahu, aku tak sangka sekolah tu terima orang macam aku. aku isi borang tu sebab mama dengan papa asyik puji Khadijah. Mentang-mentang dia dah dapat tawaran masuk kolej, aku tension Mar, aku tension!" Aisyah menghumban mukanya ke bantal.
"Aku tak faham dengan kau ni, apapun kau sanggup buat semata-mata nak lawan kakak kau tu" Mardhiah hilang idea. Sekolah agama itu, sah-sah akan mengenakan baju kurung dan tudung labuh sebagai baju uniform pelajarnya. Tak tergambar di dalam akal nya membayangkan si Aisyah yang "on off" dengan tudung itu boleh istiqamah dengan pakaian 'ustazah' itu nanti.
"hei! dia bukan kakak aku, ok? don't say that word in front of me anymore, aku benci, meluat!" Hati Aisyah sebu dengan perkataan itu. padahal itulah bahasa ganti diri yang selalu diguna oleh Khadijah kepada Aisyah, namun setiap kali perkataan itu disebut setiap kali itulah Aisyah menjeling tajam kepada Khadijah.
"Kau takkan faham apa yang aku rasa, tahu!"benci Aisyah pada Khadijah meluap-luap. Khadijah tak pernah ada satu kesilapan pun dalam kamus hidup berkembar ini. Malah dialah insan yang pertamanya akan bertolak ansur untuk si adik, dia jugalah insan yang pertama menangis seandainya Aisyah di pukul oleh mama dan papa.
Sekolah baru.
"ma, panaslah!" tudung labuhnya ditarik tinggi-tinggi hingga atas paras dada. Mohon angin bertiup mengurangkan rasa panas dan bahang badannya.
"istighfar Aisyah, turunkan tudung tu, dah kat kawasan sekolah ni, malulah orang lain tengok. angkat-angkat tudung pula" mama lekas menarik tudung nya kembali labuh
"Ma! Aisyah panaslah..faham tak? cuba lah ma pakai.ma rasa sendiri!..tudung ni besar macam tudung salji..eii..berat, panas, panjang berjela-jela!" sempat si Aisyah memulangkan paku buah keras kepada mama. Mama pun baru-baru sahaja belajar memakai tudung, tudungnya masih tudung pendek. Sekadar-sekadarnya dilabuhkan di bawah dada untuk menepati tuntutan agama.
Rungutan demi rungutan, mulutnya dari tadi muncung. tak berkenan sungguh dengan sekolah kampung yang dikatakan cukup menjadi idola ramai pelajar ini.
"oi, tolonglah..macam mana aku nak duduk sekolah ni. dah lah ramai yang macam hantu, jalan, tunduk tak bercakap-cakap dengan orang..3bulan tu..mati..mati aku kat sini"hatinya terus berkeluh kesah. Rimas dia melihat 'ninja-ninja' yang memakai purdah itu berjalan tunduk, laju-laju sambil memeluk buku..entah ke mana dia tak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, dia tertekan dengan suasana yang cukup membosankan ini.
"Ma, pa..tak jadilah" Aisyah bersuara perlahan, berharap permintaan paling tak diterima akal ini boleh dipertimbangkan oleh papa.
Papa menjeling tajam. Bukan Aisyah tak tahu berapa banyak urusan papa di pejabat, papa tinggalkan semata-mata mahu menghantar dia ke sekolah ceruk ini.
"err, ok..sori..tapi Aisyah tak janji ye Aisyah boleh hafal satu Quraan macam yang ustazah tu suruh tadi" Aisyah kecut dengan jeling tajam papa.
"Ok, itu takpe, papa tak memaksa. Tapi kamu fikir sebagai orang yang bijak. Terpulang pada kamu, kalau kamu mahu sia-siakan 3bulan kamu di sini. Ustazah tadi sebut, kalau dapat hafal separuh al-Quraan, kamu akan grade dengan ijazah. Tapi kalau tidak, kamu takkan dapat apa-apa. Kakak kamu, selepas 3bulan akan ke Mesir" Lagi! membanding terus..Aisyah menghentak kaki, memberontak.
"Gila semua ni, nak hafal quraan??masuk sekolah ini perkara paling bodoh yang kamu pernah buat dalam seumur hidup kau, Argh!!!" Aisyah menjerit dalam hati.
Bersambung
3 ulasan:
smbong!!;D
waha~~
teruja jumpa milah naher kat cini..tmksh la sudi dtg umah bersawang saya ni..keke..
sombong eh? itu baru part one kak.tgk nnti sombong dia jd cmne..kekeke..
tlg bg idea ye..saya ngarut je nulis tuh..hoho
dia banyak memeberontak, tapi usatazah2 n parents dia terus je kasi nasihat.
sambil dia cuba terus hafal quran slow2, dia ada terjumpa beberapa ayat quran yang buat dia tersentak tentang betapa laghonya kehidupan dia selama ni...
n dia habis juaga 3 bulan, tak haal separuh pun, tapi keluar membawa perubahan n kesedaran diri...
dia ada semangat untuk terus mengaji agama n ilmu untuk mencapai mardhatillah...
sejuk hati parents dia...
ok idea ni?
*lama da tak baca blog akak, huhu
Catat Ulasan