Rabu, Oktober 13

Pangkuan Mu

bismillahirrahmanirrahim

"Allah uji tanda Allah sayang" Tangan Ain ku genggam.
itulah kalimah yang acap meniti bibir, buat penyejuk resah sahabat ini.

Kebetulan berselisih tadi, Ain lalu terus menarik tangan ku membawa ku duduk di bawah pokok besar di tepi Padang, James Oval.

wajah serikandi ini cekal walaupun airmata itu jatuh setitis demi setitis, aku tahu airmata itu airmata penuh kasih sayang bukan bukti kelemahan.

Mak ayah sedang dibedah. Tambahan, penyakit mereka bukan biasa-biasa.

Si Ain pula anak perempuan pertama dalam adik beradiknya, belajar di luar negara pula. Nyata, resah dan bimbang yang berombak dalam hatinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

dada aku yang sesak tatkala mendengar luahan rasa dia.
"Ain rasa nak berhenti belajar" katanya dalam sendu.

"Allah, berilah kekuatan buat sahabat ini. Aku yakin Kau uji atas yang terdaya untuk dia" hati terus berdoa.

airmata terus jatuh dam dia terus menerus membuangnya melalui hujung-hujung jari.

"sabar ye Ain, Allah pilih kamu kerana Allah sayang kamu" aku ulang-ulang kata ini, entah mampu entah tidak dia menerimanya lagi.

fitrah bertuhan, tatkala sebak dan jatuh kita dalam kehidupan, kalimah Allah itu sudah cukup untuk membuat kita tersenyum semula.

"thanks" airmata yang akhir di sapu, dia lalu bangun meminta diri untuk ke kelas pula.

aku memeluknya rapat-rapat. sabarlah wahai sahabat!

..........................................................................................................................................................................

saat kau pula mencari semula tuhan.

saat kau pula harus bangun dengan kalimah Allah.

bukankah Allah uji kerana sayang.

yakinkan aku, tuhan.

redhakan aku, allah.

aku terduduk lagi, merenung luasnya langit Mu,

lapangkan sempit dada kami, Allah.
hilangkan sebak dan sesak hati ku, Allah
sampaikan aku,
ke
Pangkuan Mu

Tiada ulasan: