'haih, hurm, biarlah, takpelah, sudahlah..." renungan panjang ke padang hijau.
keluhan terus menerus..
penatnya..
penat dengan dunia..
"Allah, ambil aku, boleh?" airmata terus laju..
"dah tak daya rasanya dengan ujian bertimpa, cuma mahu redhaMu, Allah"
"ambil aku, boleh Allah?"
berjalan di atas jalan pejalan kaki..sesekali kaki melangkah memijak rumput-rumput di sisi, padahal sudah ada jalan khas untuk berjalan kaki, masih juga mahu memijak rumput-rumput yang tak bersalah itu..
dari dulu, sejak dulu..Allah tak pernah tinggalkan kamu, tahu?
sekejap kau berjalan atas landasan, sekejap kau terkeluar dari landasan..
TAPI..
sayang dan kasih Allah bawa kamu pulang kembali ke track tadi.
sedar ke?
sedar..
Allah tak pernah lari dari kamu, malahan kamu yang dalam perlahan menjauh dari jalan tuhan.
Allah dari dulu selalu ada, biar apapun bentuk kedurhakaan yang aku lakukan..
biar apapun bentuk kealpaan, kelalaian aku pada zat mu, Allah..
letih menunaikan hajat dan permintaan manusia. penat menjaga hati dan perasaan insan.susahnya nak penuh dan puaskan hati orang.
Allah juga yang akhirnya di kesamping kan..
kesian Allah, kesian lagi pada diri sendiri!
maaf kan aku ya Allah.
sudah, cukup!
cukup-cukup dengan dunia.
dekatkan aku pada akhiratMu, Allah.
moga masih layak sujudku untuk Mu..
airmata selari dengan senyuman. Allah masih sayang..alhamdulillah
1 ulasan:
Assalamualaikum..
Mujahidah Solehah yg dikasihi ALLAH,
Selagi diuji, itu tandanya ALLAH sentiasa dekat dihatimu..
ALLAH tak memerlukan kita tapi kita yang perlukan ALLAH!!
Selamat melayari imtihan dengan senyuman yang selapangnya.ye!
Hajat doa selalu
Uhubbuki fillah(^_~)
Catat Ulasan