Rabu, Disember 22

ayuh, BERHIJRAHLAH kepada kewangan islam!


Bismillahirrahmanirrahim.

Masuk ke CIMB Bank..

“Akak,saya nak tukar akaun CIMB ke Islamic CIMB macammana ye?”

“eh,kenapa nak tukar?” seorang pakcik mencelah.

Saya cuma tersenyum. Kakak tadi pun dengan lancar menerangkan pada saya prosedur untuk menukar akaun.Ketika menunggu nombor giliran, pakcik tadi sekali lagi memanggil saya.

“adik, mari sini sekejap. Kenapa nak tukar akaun? CIMB Islamic itu untuk orang yang berJANGGUT!”

Allahuakbar! Tercabar benar rasanya saya ketika itu.
Agaknya, kata mudahnya, CIMB Islamic itu untuk golongan ustaz ustazah sahajalah, yang belajar agama! itulah telahan saya.

Dia melayu islam, saya juga islam.

Terang-terang dalam kad pengenalan yang digalas sana sini itu tulis agama kami berdua, adalah islam. Malangnya bila ada di buat akaun CIMB Islamic yang cukup terang adalah untuk yang beragama islam, malah kita sendiri yang melekehkan!

Hui, maaflah jika entry kali ni berbaur emosi sikit. Bilamana pakcik tadi menyebut Islamic hanya untuk yang berjanggut,saya hanya tersenyum walaupun hati cukuplah kecewa.  Kecewa kerana orang islam selalu memandang rendah pada agama sendiri di saat orang lain (orang bukan islam) telah pun yakin Islamic finance/kewangan islam adalah pilihan yang baik.

Kenapa nak tukar akaun ke CIMB Islamic?

Yes,ini persoalan yang benar. Ramai yang kurang faham dan kurang terdedah dengan perkara ini. Saya juga cuba berbaik sangka kepada pakcik tadi. Dia berat untuk menyokong saya menukar akaun kerana katanya kalau saya membuat pinjaman (cth:PTPTN dll), hanya akaun konvensional yang diterima oleh pemberi pinjam. Saya tak pasti kenapa begitu, tapi itulah hakikatnya.

Berjumpa dengan pegawai bank (yang juga kenalan saya), dia juga menasihati saya supaya tidak menukar akaun. Tapi cukuplah dengan membuka satu lagi akaun CIMB Islamic. Setelah mendengar beberapa penjelasan yang agak relevan, saya menimbangkan untuk tidak menukar tapi membuat akaun yang baru iaitu akaun CIMB Islamic
.
Sempat dia bertanya soalan yang sama seperti pakcik tadi. Ringkasnya, saya mahu menukar akaun kerana

1)akaun CIMB konvensional mempunyai interest/RIBA.
2)akaun CIMB Islamic ada dividen yang halal.
3)dalam al-quraan Allah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."(surah al-Baqarah:208) 

Kita semua dah pun(insha Allah) melaksanakan solat 5 waktu, berpuasa, mengerjakan haji(bagi yang mampu), membayar zakat.cukup yang lainnya kita ikut suruhan allah..kerana apa? Kerana kita yakin itulah cara dan prosedurnya untuk mendapat syurga dan redha Allah yan maha tinggi. Laksanakanlah islam secara keseluruhan, jangan dipilih-pilih mana yang enak dan kena pada diri sahaja.

Kenapa tidak, bila ada pilihan Kewangan Islam dan Kewangan Konvensional, kita terus memilih untuk berHIRAH? Itu yang sepatut dan selayaknya kita lakukan sebagai seorang hamba dan muslim yang patuh, bukan? Dahulu tak mengapalah, kita tiada pilihan, tapi sekarang? di pasaran macam-macam produk islam yang ada, mahu atau tidak, akhirnya terletak pada diri kita.

Ayuhlah sahabat-sahabat, dalam hidup seharian kita, kita berusaha dan cuba sedaya upaya mengelak makanan haram dan cuba mencari rezeki halal. Jangan pula kita buat-buat lupa, duit yang disimpan dalam bank konvensional tu kita akan dapat interest. Dan interest/faedah itu juga adalah RIBA. Jadi, jomlah kita berusaha elakkan RIBA yang terang-terang Allah jelaskan dalam al-Quraan

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya."(al-Baqarah:275)

Ayuh, BERHIJRAHlah demi redha dan syurga Allah!

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

11 ulasan:

hanya bertanya berkata...

salam..

saya terjumpa blog saudari ketika melayari internet..saya pun ada terfikir untuk berhijrah kepada cimb islamic tetapi masih tercari-cari tentang prosedurnya..saya mempunyai beberapa soalan buat saudari memandangkan saudari pernah berurusan tentang penukaran akaun ini..

1)bolehkah kita menukar akaun konvensional kita kepada islamic tanpa mengubah nombor akaun kita?-saya menggunakan akaun cimb ini untuk urusan kemasukan gaji, jika berlaku pertukaran nombor akaun maka saya perlu menyusahkan kerani jabatan saya untuk mengubah segala urusan kemasukan gaji saya..

2)tidakkah kita perlu menutup akaun konvensional kita untuk mengelakkan riba?-secara logiknya jika akaun kita masih aktif, maka duit simpanan kita di dalamnya masih lagi dapat di gunakan oleh pihak bank konvensional yang melibatkan urusniaga haram..

hanya bertanya, terima kasih

Ana Farhanah berkata...

wslm Hanya Bertanya:
alhamdulillah, keputusan untuk berhijrah adalah keputusan yg sangat baik insha Allah
1)saya berpendapat tidak boleh sebab seorang kawan saya yg bekerja di CIMB memang bagitau saya itu polisi mereka. tak boleh tukar akaun tapi boleh create new account. memang sedikit kerja diperlukan tapi mudahan ada ganjaran disisi Allah kerana kita berubah demi Dia.insha Allah =)

2)betul dan saya sangat setuju.namun dalam sesetengah kes ada keperluan untuk membuka akaun konvensional. seperti dalam kes saya, saya masih terlibat dengan pinjaman dari JPA, bank konvensional masih diperlukan dan saya tiada pilihan lain. insha Allah selepas tamat kontrak saya akan tutup akaun konvensional cimb yg sy ada sekarang. dan duit interest yang sy terima perlu sy cek amountnya dan keluarkan untuk diberi kepada fakir miskin.

insha Allah lebih lanjut diartikel ini http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/122-beza-akaun-islam-a-konvensional-06-jun-06.html

maaf atas kekurangan,sy jg baru belajar ttg ini..moga menjawab persoalan.

marvellous tips berkata...

peringatan yang berguna..saya pun nak bertukar ke islamic banking..jom kenkawan semua !!

Syuhada berkata...

Sama lah! Saya pun dah ter'kena' dengan situasi yang sama.

*sigh*

YANG INGIN BERHIJRAH berkata...

Assalamualaikum...

Saya berhajat nak buka akaun islamic. Saya ada beberapa soalan :

1) Proses - Saya perlu tutup akaun konvensional dan buka akaun baru (islamic) ke?
2) Bagaimana baki yang ada didalam akaun konvensional tersebut? akan ditransfer ke akaun baru (islamic)atau saya perlu mengeluarkan baki tersebut?
3) Apakah syarat yang diperlukan untuk membuka akuan baru (ISLAMIC) merujuk kepada bank CIMB? Adakah sama perlu ada rm200 untuk membuka akaun?

Terima Kasih.
YANG INGIN BERHIJRAH

Ana Farhanah berkata...

wslm,

maaf lambat respon

1) Tutup akaun konvensional, keluarkan duit yang ada.
2)tengok dekat buku bank/penyata bank(bole minta pd kaunter), cek interest yang kita dapat dan kira jumlah interest
3)Duit yang kita keluarkan tadi kene tolak interest dan baki tersebut boleh diambil. Interest tu tak boleh ambil sbb riba
4)Baki yang diambil tadi boleh masuk akaun islamic yang baru.
5)minimum deposit saya tak berapa sure, perlu tanya bank, tapi seingat saya around RM200 jg

wallahualam, harap membantu ^^

LIsa berkata...

yeke? camne nak tau interest ke x?kalau dah lama guna dari 2008?
huk..cimb islamic still boleh guna cimbclick cam bese ke??

Ana Farhanah berkata...

Salam Lisa,

untuk tahu interest, boleh minta penyata dengan bank. boleh kira secara rawak juga dan lebih kan sikit dari anggaran kita tu..sebab dah lama kan, mungkin tak terkira atau tak dapat maklumat keseluruhan.

Bagaimanakah cara melupuskannya?
Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada faqir dan miskin. Itulah konteksnya.(info:http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/menjelas-kekeliruan-berkenaan.html)

boleh cek semula untuk penerangan yang lebih jelas ya, lisa.

Farhan Zukri berkata...

salam...saya dalam proses memohon pinjaman ptptn, betul ke segala bentuk pinjaman (ptptn, jpa, dll) memerlukan akaun konvensional sahaja? sebab saya baru buat akaun cimb semalam (untuk ptptn) & baru perasan yang itu akaun konvensional..esok bercadang nak buat akaun cimb islamic & tukar akaun di ptptn ke cimb islamic juga..boleh ke buat macam tu? atau memang hanya akaun konvensional saja yang diterima untuk pinjaman pelajaran?

Farhan Zukri berkata...

salam...saya dalam proses memohon pinjaman ptptn, betul ke segala bentuk pinjaman (ptptn, jpa, dll) memerlukan akaun konvensional sahaja? sebab saya baru buat akaun cimb semalam (untuk ptptn) & baru perasan yang itu akaun konvensional..esok bercadang nak buat akaun cimb islamic & tukar akaun di ptptn ke cimb islamic juga..boleh ke buat macam tu? atau memang hanya akaun konvensional saja yang diterima untuk pinjaman pelajaran?

Ana Farhanah berkata...

wslm Tuan Farhan,

artikel ini di buat lebih kurang setahun yang lalu..

sekarang keadaan mungkin dah berbeza dan mungkin dah ada penambah baikkan.

mohon tuan farhan rujuk semula kepada PTPTN/ JPA dll untuk pengesahan ya..

no harm bertanya insha Allah.kalau dah dapat info baru, boleh share dengan saya dan rakan2 lain juga insha Allah ^^