Hari raya pertama, satu berita diterima. Ada anak kenalan kami (Malaysian) dikatakan menghilangkan diri pada pagi raya.
Masuk hari kedua, mesej dan gambar budak hilang itu sudah disebar luas melalui mms.
Masuk hari ketiga, bacaan yassin dan beberapa gerakan mencari sudah dimulai.
Masuk hari keempat, berita budak itu masih tiada.
Masuk hari, kelima, keenam. harapan tinggal harapan.
yang masih tidak putus asa adalah ibu kepada budak tersebut. Masih meneruskan majlis bacaan yassin dan ekspedisi mencari.
ana yang tidak pernah kenal keluarga malang itu apatah lagi si anak yang hilang turut ter'effect' sama. Sambil memasak, terfikir "makan apa budak yang hilang tu?"
Sambil driving, terfikir-fikir, apa punca budak ini 'melarikan diri' dari rumah pada pagi syawal. tak kasihan kah pada mak ayah? sampai kering airmata mak nya. kering. tak mampu menangis lagi. terlalu banyak berfikir, terkhayal sama hingga hampir-hampir berlanggar kereta. mujur Allah masih sayang.Alhamdulillah
Petang hari raya ketujuh, satu mesej menyambut kesyukuran diterima. anak yang hilang itu dijumpai semula.Maha suci Allah. Benar kalam Allah;
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Allah menguji mereka sekeluarga kerana sayang dan cintaNya.
Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Lalu, siapa kita mahu menganalisa apa yang bergolak dalam keluarganya dan mengandai-andai pelbagai perkara? mereka diuji kerana Allah mahu mereka dekat dan makin hampir dengan Allah. renung diri kita, Allah tak uji sebabnya? astaghfirullah, ampunkan kami ya Allah.
dan semoga Allah memberi kekuatan kepada Arief sekeluarga. Arief dijumpai setelah berita kehilangnya meluas hingga ke dalam televisyen. namun, maha suci Allah, Arief dijumpai dalam keadaan lost memory (hilang ingatan). Dia malah tidak mengenali diri nya sendiri apatah lagi keluarga terdekat. Dia masih di dalam rawatan doktor. Semoga Allah memelihara Arief sekeluarga. Allah tahu keluarga mereka kuat dan tabah. Bukankah Allah berfirman;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Semoga keluarga Arief akan terus tabah dan sabar. Yakinlah bantuan Allah akan sampai sebagaimana kalian yakin akan bertemu dengan Arief sebelum ini. Semoga Allah menganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran.أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan