Sabtu, Disember 31

your 9/11 is our 24/7

Bismillahirrahmanirrahim


"Dear America: Your 9/11 is Our 24/7
Sincerely, Palestine."


Itu mesej pendek saudara-saudara palestin  yang sengsara 24 hours 7days jika hendak dibandingkan dengan kejadian 9/11 di Amerika.


Ada kawan bagitau, baru-baru ni dalam berita, ditayangkan semula video September 11 yang sempat merakamkan beberapa orang lelaki di dalam bangunan WTC itu dengan rela hati melompat terjun seorang demi seorang dari bangunan tinggi mencakar langit itu dek kerana sesak nafas.


kesannya dan mungkin juga tujuannya, untuk menambah benci orang-orang yang melihat video itu terhadap pihak yang dikatakan melanggar bangunan WTC, dan pihak itu adalah MUSLIM.ana berdebar.


11 september, Ahad. Hari ini ana bekerja di restoran Tina's Kitchen. Antara customers yang selalu datang adalah orang putih. Mungkin sahaja ada yang benci pada muslim dan ternampak pula signboard Tina's Kitchen yang terpampang ilustrasi gambar wanita bertudung purple. Kemudian, masuk ke kedai dan ... bermacam lagi andaian di fikiran.


Ana memanjat doa. kalau ada apa-apa berlaku di kedai esok, mohon sahaja perlindungan Allah sebaik-baik penjaga itu. 


Maha suci Allah. Hari yang ana berfikir yang aneh-aneh, Allah ganti dengan kejadian yang lebih aneh. Ramai pelanggan harini. Rata-ratanya orang putih dan mereka tenang-tenang sahaja. Order dan makan dengan seleranya di kedai comel orang muslim yang bertudung ini.


Apakah video yang ditayang itu mencapai objektifnya?


Tidak.Allah maha besar dan Allah maha tahu.Makin banyak dan kerap video itu ditayang, makin ramai yang akan menemui kebenaran ISLAM.siapa yang bersalah, siapa yang zalim.


Sabda Nabi S.A.W. : Berfirman Allah Azzawajalla: Sesungguhnya aku akan membalas (mengazab) akan orang yang melakukan kezaliman sama ada cepat atau lambat, Dan sesungguhnya aku juga akan membalas (mengazab) orang yang melihat orang yang dizalimi tapi tidak menolongnya, sedang dia berkemampuan untuk menolongnya namun dia tidak menolongnya; - Hadis Qudsi diriwayatkan oleh At-Thabarani.


 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Tiada ulasan: