Sabtu, Disember 31

Lembaran baru 2012

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan nyawanya lagi buat insan yang bernama Nurul Farhanah. Mudahan dengan peluang yang diberi Allah ini dapat ana manfaatkan sebaiknya.


Juga punya azam untuk tahun baru. Dek kerana tahun baru islam sudah pun disambut lebih kurang sebulan yang lepas. Azam ana masih sama, mahu mencari Redha dan Kasih Dia dan kekasihNya, Rasulullah SAW. insha Allah.



Sebenarnya dah lama ada azam untuk mencantikkan diari maya kesayangan ni. tapi selalu terbantut kerana terlalu banyak berfikiran. Ana ubah setting yang ini, ubah design yang ini, semuanya bermasalah tak kene citarasa. Akhirnya last post terhenti pada 11 September 2011. Pastu ana ambil cuti dari menulis apa-apa selama 3bulan. Dasyat tak? hehe..


Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tersebut. Ada yang membuatkan airmata jatuh, ada yang membuatkan hati bahagia, ada yang membuatkan diri tersenyum tawar. Apapun, syukur lillah pada setiap perancangan Allah yang maha cantik :)


Azam untuk menulis semula. Walaupun mungkin tidak kerap, yang penting istiqamah. Sampaikan dari ku walaupun satu ayat kata Nabi. jika tak mampu banyak biarlah ana sampai kan walaupun sedikit.


Hanya mampu tersenyum melihat warna warni lakaran sempurana Maha Perancang diatas lembaran 2011. Biarpun ada warna hitam pekat, namun pabila diselangi warna lembut dan terang, lukisanNya nampak indah. Alhamdulillah ^^

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Tiada ulasan: