Isnin, Januari 2

Pelajar oversea boleh beli kereta cash

Bismillahirrahmanirrahim

menarik? sungguh saya tak tipu. Nanti saya tunjukkan gambar-gambar kereta nya. Saya cari tadi, rupanya tak simpan :(

Dua orang kawan saya di Perth, ada Honda Jazz. Kereta second tapi mantop dan dalam keadaan baik.Range Harga Aud 12,000 to 14,000.Kat Australia, kereta second hand memang boleh percaya. bukan takat kete je, semua barang2 second hand mostly boleh percaya. Sebab orang-orang kat sini sangat jujur. Kalau tak elok, dorang kata tak elok. Kalau pernah accident ke pernah rosak ke, mesti dorang akan bagitau.

Kawan-kawan ni semua beli cash, dorang pinjam parents nya duit dan bayar kemudian. sebab harga kereta-kereta ni sangat worth the money. Kereta ni boleh bawak balik mesia tanpa dikenakan tax 200% sebab student dapat AP(Approved Permit). Kalau bawa balik mesia, cuma bayar harga shipping dan insurance. Itupun mungkin dalam aud 2000 sahaja. Total harga kereta bila bawak malaysia bila Aud14,000(cost kereta)+Aud 2000(insurance,shipping fees)=Aud16,000(Lebih kurang RM51,600).boleh ke dapat Honda Jazz kat mesia dengan harga ni?confirm tak.

Untuk dapatkan student AP, ada beberapa syaratnya. Boleh tengok di sini : Student AP

Itu kepada mak ayah yang berduit, boleh lah kita pinjam duit dorang tanpa kita perlu bayar interest. Memanglah satu kebahagiaan yang amat sangat. Tapi kepada yang tak mahu menyusahkan parents yang sudahpun terbelenggu dengan masalah kewangan mereka, jom kita tengok, camne kita leh beli kereta cash kat oversea ataupun bila balik mesia :)


Cara pertama:

Let say anda akan belajar selama 4 tahun di Perth. Kumpul duit sebanyak aud333 setiap bulan selama 3tahun(48bulan), anda akan dapat kumpul aud16000. Tahun keempat, anda boleh beli kereta cash yang berharga around aud12000 to aud14000. Jangan lupa simpan juga aud2000 untuk insurance dan shipping fees. kalau dapat simpan lebih sikit, ada rezeki baik dapat kereta toyota hybrid 2nd hand, dengan harga Aud12,000 (ni kereta bos saya) heh. :)

Itu kalau anda simpan duit tu macam tu je dalam bank.tak gerak-gerak. Yelah, sebab bila duk kat negara omputih ni, konpem-konpem interestnya haram. So, masa awal-awal bukak bank tu, memang dah minta akaun with no interest. Jadinya, simpan dalam bank macam simpan bawah bantal je lah. tak bertambah.


Cara Kedua:

Untuk anda-anda yang lebih bijak. anda save aud333 (je..) setiap bulan, bila balik mesia, bawak semua duit yang dikumpulkan itu, lebih kurang AUD3996 or RM12,787.20. Pastu, anda carilah investment yang dapat beri pulangan tinggi. kalau simpan tabung haji, dividen last year 5.5%. Alternatif lain, investment(Pelaburan). Pulangan antara 10%-15%. Paling tinggi,pulangan investment boleh cecah 22%. Plez jgn simpan dalam bank biasa yang takat pulangannya 2%-3%. Sebabnya, bila tolak inflation rate around 2% to 3%, duit kita yang simpan dalam bank tu sama je, tak bertambah.

sebagai contoh mudah:
Wang permulaan RM1000, anda membuat simpanan pelaburan setiap bulan RM1000, dengan andaian kadar pulangan 10% setiap tahun, dengan menggunakan financial calculator, andaian pulangan yang akan anda perolehi selepas tiga tahun melabur adalah sebanyak RM41,780.
sah-sah, balik mesia, boleh terus beli kereta VIVA,  CASH BEB! ^_^

itupun kalau anda membuat simpanan bulanan sebanyak RM1000 sebulan yang bersamaan aud312,50 je. kalau simpan lagi banyak? anda lagi bijak mengira dari saya ^^

itu je setakat ni. kalau ramai yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang cara merancang kewangan, saya cerita lagi. wallahualam


 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tau2..post banyak2 lagi..terima kasih

Ana Farhanah berkata...

assalam azerrul,
alhamdulillah, gembira ada yang cakna ttg pengurusan kewangan. boleh ke link ni, tulisan yang pernah saya buat ttg merancang kewangan :) http://nurulfarhanahferdos.blogspot.com/2011/01/kita-merancang-allah-menentukan.html

Tanpa Nama berkata...

Komen dari Adelai de nie...;

Salam, actaul cost kena kira;

Di Australia;

1. Harga Kereta = say 12k

2. Shipping = say 2k, then total dah 14k


Di M'sia;

3. MITI Tax = those <5yr mmg sgt mahal, then better go for old >5yr car, cukai MITI blh dpt below 35% dari harha MITI
saya for Odyssey 2006, tax MITI + FIC = RM16k

4. Then kena standby for PUSPAKOM/JPJ matters for RM2k


END UP;

Price_Shipping $14k x 3.3 = RM46
MITI+PUSPAKOM = RM18k

OVERALL = RM64k
And it's in CASH.

Kalau haraga kereta itu di M'sia RM100k, the masih save sebanyak 36%.

I think that the best consideration, i.e. jangan lupa MITI mengenakan TAX yg sgt tinggi utk kereta yg baru less thanb 5 yr.

I've got few others thing for main consideration to share, later insya allah.


Dah beli Jazz tu? Jgn tak beli!


assayuti
/adelaide.

Ana Farhanah berkata...

jazakallah akh sayuti..

tmksh atas perkongsian..saya kira main2 je..hehe..

elreys berkata...

perkongsian yg menarik!!!