Bismillahirrahmanirrahim
Hati debor sokmo..
bergolak sungguh hati. Hati merintih memohon ketenangan. Ya rabb, hati ini milikMu ya Allah, tenteramkan ia..
Balik dari kenduri abang lil, hati gembira sangat..Mana tidaknya, perjalanan cinta suci mereka yang hampir dua tahun dibina akhirnya dimeterai dengan lafaz sakinah dari abangku, dihiasi dengan air mata kegembiraan kami semua.
Walimah Amal, sahabiah ku juga berjalan dengan baik. Manis Ama dalam pakaian pengantinnya..Jodoh dia dengan insan yang cukup baik akhlaknya. Syukur, sahabatku pasti dijaga baik oleh Akh Afiq yang tinggi ilmu dan amalnya dengan agama.
Hari isnin, hati bergetar laju. Ya rabb, apakah maksud disebalik keresahan ini.
Kasihnya Allah, diizin aku untuk hadir ke Darul Fuqaha'. Menyiram hati yang lesu, penat, berkarat..hati yang kosong ini terlalu dahaga dengan ilmu dan pengisian..Sehari disitu, beberapa kali airmata jernih gugur jatuh di hujung tudung..sebak, hati damai sekali..begitu sekali hati ini jauh dari Mu ya Allah..
Allah, gembirakan ana dengan kegembiraan mereka..Apa yang ada dihadapan adalah yang baik-baik semua. Yakinlah Allah maha tahu yang terbaik untuk kamu.
Cukup Allah bagiku, kamu harus yakin itu.
Duhai Kecintaanku, jangan tinggalkan aku lagi Ya rabb..
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan