Bismillahirrahmanirrahim
semalam hari kelahiran sahabat kesayanganku..sahabat yang selalu sabar menjadi cerminan buat diri ini. Terlalu banyak sabar sudah dituang, terlalu banyak pengorbanan yang diberi, terlalu banyak jasamu duhai sahabat kepada ku. Selalu sahaja cuba untuk memahami hati yang sukar untuk difahami ini. Selalu cuba untuk menangis tatkala aku menangis dalam solat dan dalam diam, cuba untuk merasai keperitan diri yang aku selalu lindungi darimu. Selalu juga kau yang membangkitkan kekuatan aku dengan akhlak dan tingkah lakumu. Dan aku juga tahu terkadang kekuatan ini datang dari doa tulusmu, sahabat..
Fatimah, sanah helwa yang ke 23. Terlalu banyak hutang Ana pada Tmey. Hutang yang takkan terbalas dengan apapun. Hanya Allah yang berhak memberi balasannya di sini ataupun di dunia yang satu lagi. Moga Allah mencintaimu sahabat..Moga terus berusaha mengejar akhlaq serikandi sesuai namamu Fatimah Az Zahrah, Putri kecintaan baginda Rasulullah SAW.
Malam tadi juga, hampir 5 sms yang ku terima dari seorang sahabat. Aku yakin sms itu diberi tatkala aku sedang lena. Jam 4 aku terjaga, setiap sms itu aku baca satu persatu. Hati runtun lagi. Betapalah Allah menguji insan yang dicintaiNya. Mengapa menangis sahabat, itu tandanya Allah mecintaimu.
Sungguh, yang diam itu lebih banyak memendam rasa. Mereka tabah, tapi hati mereka menangis. Jangan ambil kesempatan ke atas orang yang dilihat kuat. Tiap insan punya hati dan perasaan. Jagalah, belailah. kita kan manusia. Allah juga menjadikan kita berpasangan dan tidaklah ianya terhad terhadap pasangan suami isteri tetapi juga sahabat. Kadang-kadang, tanyalah khabar sahabat. Tanya juga khabar ibu bapa kesayangan mereka. biar mereka tahu kita berukhuwah bukan hanya kerana tanggungjawab tapi kerana Allah.Saat mereka tahu kamu adalah insan yang boleh berkongsi rasa, mereka akan berhenti memendam rasa, mereka akan belajar bagaimana mahu meluahkannya. Jadilah sahabat yang lebih banyak mendengar dari terlalu banyak berkata.
Buat sahabat yang meluah rasa, aku merasai deritamu. Walaupun tidak mendalam seperti yang kamu rasai sebenar-benarnya, moga Allah perhalusi setiap urusanmu dan memudahkan segala untuk kamu. Itu doaku buatmu.
Tatkala aku juga dalam kalut mencari warna hati di saat ini. Tatkala aku juga makin kendur bermujahadah dengan hati tatkala ini, Allah sampaikan kepadaku teguran penuh sayang ini,
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan. (QS. 41:49)"
"Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nashir"
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”
Ianya menyejukkan hatiku, moga hatimu jua wahai sahabat..
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
2 ulasan:
api besdayuntuk sahabat..
terimakasih ^^
Catat Ulasan