Jumaat, Mac 27

Aku Tak Bisa Berhenti..

Aku masih tidak bisa berhenti dari menulis..apa yang aku peroleh, rasanya tak enak disimpan lama2..sifirnya mudah..if kita beli ikan dan di freeze lama2..rasanya xlah sesedap mana andai kita makan waktu ikan itu baru ditangkap bukan??



minggu depan dah ade mid sem exam..


cepatnya???
semua orang tertanya-tanya..if anda2 semua tertanya-tanya tentang tu..

aku juga bertanya diri sendiri...


"haih engkau ni farhanah, mahu lagi menulis, sedangkan exam semakin menghampiri..kau xmau study ke??"..


Allah...tapi, dari ana asik memikirkan dimana ana mahu meluahkan apa yang ana ada..lebih baik ana taip je disini..if ada yang baca dan dapat dijadikan pengajaran alhamdulillah..if tak ada orang baca pun, sekurang-kurangnya, aku menulis ketika mana hati dan akal ini benar2 mahu berkongsi....mudahan niat itu juga Allah beri ganjaran..inshaAllah...



tadi aku kerumah seorang teman, Nurul Huda...adik kecil molek yang umurnya baru setahun jagung ( terasa tua benar kat sini...sampai ada yang tanya, amik PHD kos ape??) hadui, jenuh nak jawab yang aku ni baru je nak melangkah ke menara gading...kembali ke adik ini tadi..insan ini, baru sahaja berumur 17 tahun...what??? 17 years old???? yup...seriously, juz 17th entering 18th diz year..



hebatnya dia, bukan hanya pada umurnya..tapi pada pengalaman nya...subhanallah, itulah suruhan Allah dalam surah Al Jumu'ah ayat 10, maksudnya :




"Pabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung"



dia dan keluarga pernah tinggal di Sri Lanka, Bangladesh, Africa dan negara2 yang seangkatan dengannya..negara-negara dimana penduduknya kebanyakannya beragama islam dan juga merupakan negara-negara miskin..



berjumpa dan bercerita dengan ibu Huda buat aku terdiam dan berfikir sejenak..aku tidak pernah berfikir sejauh ini..Islam ada disana, tapi praktisnya tidak terlihat dalam perjalanan hidup muslimnya..yang kaya terlalu kaya..yang miskin terlalu miskin...zakat bukan lagi bentuk bantuan yang diberikan pada yang miskin...tak tahu di mana silapnya..duit bantuan untuk diberikan pada simiskin, di makan oleh penyangak-penyangak atasan...mereka diberi amanah..namun mereka yang mengingkarinya..rasuah berlaku besar-besaran dikalangan orang kaya...pemimpin mereka terus hidup bermewah tanpa ada rasa hati dan perut untuk melihat rakyatnya yang mati dan akhirnya menjadi makanan burung!!!



masya Allah..apa agama mereka ini?? agama islam!!..aku malu...aku tunduk pabila ibu Huda menceritakan ini semua...tak menyangka sama sekali, begitu sekali jadinya pabila islam tidak dihayati dalam erti kata sebenar..



Kisah si suami yang membunuh si isteri menjadi perkara biasa di negara2 ini...isteri yang dituduh curang oleh si suami di tembak mati?? bila dan dimana hukum menembak mati isteri yang curang ada dalam islam??Allah Akbar.. bertakbir aku di dalam hati...seorang lelaki bisa berkahwin empat dengan anak-anak perempuan yang kecil untuk dijadikan hamba sahaya..disuruh mengambil air dan andai kata tugas yang diarah kan tidak dilakukan dengan baik kerana tidak selari dengan batas kemampuan si anak kecil, si kecil dan juga adalah isteri, si lelaki ganaz ini akan dipukulnya..ini kah islam?? inikah akhlak si suami kepada si isteri dalam islam?? di mana darjat wanita diletakkan di pandangan orang-orang yang menganggap yang diri mereka ini sudah pun muslim??? masya Allah...



Di India, kisah penarik beca..kebiasaanya, rundingan bayaran akan di buat terlebih dahulu sebelum ke destinasi...awalnya, kedua penarik beca dan penaik beca bersetuju dengan bayaran 0.80 sen ( ni kire dalam RM la..sbb acik tu pun bg cth cmni, jd xtau india pakai duit ape..hee )
sampai ke destinasi, si penumpang hanya mahu bayar .50 sen..lalu berkelahilah..ditumbuk nya si penarik beca hingga mati...dan ia hanyalah kerana 0.30 sen itu..dan ini di negara ,dimana islam dianuti...yang bersalah bukanlah yang menumbuk..tetapi yang mati itu yg ttp bersalah..kenapa???



kerana kasta mereka berbeza..



lagi satu keadaan yang di beri..andai ada kereta terlanggar pejalan kaki, pejalan kaki itu bersalah kerana mengambil jalan yang membawa kereta..



kali ini aku terbeliak..


"habis tu, kalau ade kereta nak langgar org jalan kaki, orang jalan kaki kena lari lah???"

soalan agak low standard terkeluar dr mulut ku...Allah...tak pernah terfikir, seteruk itu, sistem kasta yang diamalkan di sana...aku terkedu lagi..Allah, hinanya manusia dipandangan manusia...andai mereka tahu di mana letaknya mereka di pandanganMu, aku yakin mereka pasti malu yang teramat.. Ya Allah, ampunilah kami kerana mengabaikan saudara seagama kami..



banyak lagi perkara yang di kongsikan...termasuk juga isu-isu di Malaysia..tapi kesimpulannya..

aku sendiri malu yang teramat..sebabnya, sibuk dengan islam yang ada dalam diri..tapi pernah kah kita mengkaji our brothers and sisters in islam di negara lain???...



aku termenung lagi..siapa yang akan membantu mereka disana?? agama mereka agama islam...namun, sistem education yang sgt2 rendah di negara-negara ini menyebabkan pelajaran agama dan lain-lainnya tidak sampai dengan sempurna..lalu, yang mereka amalkan, hanyalah yang mereka faham melalui akal singkat sebagai seorang manusia biasa..masjid juga sukar dijumpai di sana, lalu, tertanya-tanya kami...bagaimana bisa mereka belajar agama dan mempraktiskannya sedangkan medium untuk kearah itu tidak ada???



siapa?siapa yang akan membantu mereka?? aku renungi dalam2...aku tak mampu...aku hanya mampu lakukan satu...doa rabitah lagi sekali aku titipkan...buat mereka my brothers and sisters in islam...moga Allah pelihara kamu semua didalam rahmat dan redha NYA..Allah itu maha adil...ada hikmahnya tiap apa yang berlaku..insha Allah..moga terus tabah..



ISLAM AKAN KEMBALI GEMILANG...amin...Allahuakabar..



p/s : mendengar kisah2 negara lain, menyebabkan aku sedar yang kekurangan itu sebenarnya adalah untuk kite renungi bersama..perjuangan belum pernah selesai..andai mereka disana terus memperjuangkan hak dan agama mereka dengan ilmu yang tidak seberapa(even without any skewl)..kita ni bagaimana pula???dgn sistem education yang bagus..aku merayu, moga aku dan sahabat bisa menghargai apa yang kita ada dalam diri terutamanya ilmu dan AGAMA ISLAM..


doakan exam ana yang juz around de corner
..amin..
syukran..

7 ulasan:

Dr Zahau berkata...

salam..
wahaa..2 post dlm 1 hari..

eh..yg part ikan tu..an stuju la..
mmng x sedap lgsung rasa frozen fish ni..

'Islam itu indah..sesetgh pengikutnya yg mnjadikn islam sebaliknya'..

Ana Farhanah berkata...

hehe..mmg xsedap kan??rindu kat malaysia...nak makan ikan kembung fresh..huhu...

yup..betul tu..islam itu indah sbnrnya..sbb org2 ni la, org putih dpt byk gmbrn buruk tntg islam...lalu islam terus direndah2 kan...dan crite dr negara2 yg cmni yg selalu di jdkan islamic movie d negara org putih..Allahuakbar..makin buruk nama islam...mudahan islam di Malaysia dpt dicantikkan dan dpt di jadikan cth untuk negara2 yang lain..mudahan..amin..

noodles berkata...

insya-allah kita akan sambung cerita bila kita jumpa lagi... :) all the best for your mid-terms, Kak Ana!

wslm.
Huda :)

Ana Farhanah berkata...

trimas to ur mum n u urself...berharganya ilmu..kita smbg sembang2 kita bila ade rezeki nnti eh..thanks..gudluck jg huda ;)

Ana Farhanah berkata...

ni coment dr sahabat di Mesir..moga dpt pengajarn dr comment yg dia minta tlg ana postkan d pihak dia..hehe
----------------------------------

slm,
ada ustaz pernah criter pasal sorg muallaf yg convert pasal belajar islam dari ustaz2, kitab n hidayah tu sendiri..

bila dia g melawat negara islam, dia terkejut kerana takde islam dalam negara tu..dia bersyukur yang dia yang jumpa hidayah islam sblm jumpa orang yang mengaku diri tu islam...subhanallah
bole kira amek contoh cat stevens r, dapat hadiah translated quran, tergerak hati nak kenal islam. kalau jumpa orang islam cam kita ni yang serba kekurangan...wallahualam...

it's da reality these days kan...?
nice post hough, keep it up, sis.

slm

Ladyship Atie berkata...

Stop2, g blaja tu.
hehehe
anyway, suke sgt sbb dpt usrah td!
even xdpt tengok muka.
usrah tu went really well
x sangke kan?.
unplanned.
alhamdulillah
bettawfiq wannajah dear!.

Ana Farhanah berkata...

hehe..besh2..baik naqebah usrah ku syg, atie...hehe...doakan eh...syukrn alla kulli hal..nnti nk wt usrah ajak lg k..nnti an suh tmey wt acc skype..join skali..hehe