Jumaat, Mac 27

UKHUWAH ITU DIHATI..

Ukhuwah diikat dengan kemas dengan tali aqidah yang sama..yakni kepercayaan pada Allah iaitu tuhan kita yang esa..Ukhuwah itu terbit dan diratib dalam doa yang penuh tulus dan kudus padaNya..kerana itu, andai dalam hati ini timbul rindu pada ukhuwah yang dijalin, lidah ku akan terus laju melafazkan doa rabitah..doa menguatkan hubungan antara hati-hati insan yang aku sayang..tatkala doa ini dilafazkan, tiap wajah-wajah insan tersayang akan muncul satu persatu..


Rindu aku pada ukhuwah yang terjalin, tak bermakna aku terus hanyut dalam rindu yang aku yakin tidak akan pernah ada penghujungnya..kadang2 dalam perjalanan ke kelas, hati jadi benar-benar sunyi..aku sendiri..berjalan sendiri..aku tak menyesal atas kesendirian ini..kerana aku yang memilihnya..subjek yang diambil berlainan dari teman-teman lain, menyebabkan kami tidak dapat untuk sering bersama..subjek yang dipilih, berdasarkan kemampuan dan minat ku..dah Alhamdulillah, aku yakin dalam sendiri, andai Allah dihati, hati kan terasa ramai..


Itu benar..aku sering ke surau UWA untuk bersolat..rumah terlalu jauh utk ku pulang hanya semata-mata mahu menunaikan solat..Islam kan mudah..kenapa la nak susah2 kan diri ke rumah..ambil masa lagi..lagipun, mungkin dah jadi habit, memang suka benar lepak di Uni, lepak kat library..dari kat SMAPK lagi, camtu juga..bukannya jauh sangat asrama dengan sekolah..namun, surau cikgu jadi mangsa(maaf ye cikgu2, saya tumpang solat je) dan kemudian ke library layan mata..hehe..pakcik2 library semua dah kenal kot muka ni....


kat Taylors pun cmtu gak..malasnya la rasa nak balik rumah..awal2 kat Taylor, takjub gak tgk surau dia(surau lama tu besar stor je rasenya)..tapi mungkin sebab namanya surau, rasa seronok je nak lepak situ..hehe dan kemudiannya akan ke library...tapi setengah tahun selepas itu, surau baru Taylors pun di buka dan dirasmi kan..huhu...memahami betul Taylors..Alhamdulillah, lagi convenient nak lepak kat kolej mase tu..terima kasih Taylors!!..walaupun kat Library tu bukannya baca buku pun melainkan hanya lah melayan mata...hehe...tapi tak kisah lah..dah itu habitnye..tak leh nak wat ape..


Yang besh nyer, habit ni byk la kebaikannya..lepak kat surau, ramai shbt seagama yang aku jumpa..kagum dan bangga dengan mereka..ada yang PR(permanent resident) di sini, tapi Subhanallah, agamanya lebih hebat dari aku...Allah..rasa kecil diri ni..


Al kisahnya, satu hari, aku bergegas ke surau untuk solat zohor..disebabkan kelas yang berturut-turut, aku harus bergegas ke surau dan mencuri sedikit masa untuk solat..tiba di surau, Kak Linda menyapa aku..aku bersalam dan duduk di sisinya..hasrat mahu mengambil wuduk, namun, Allah takdir kan yang lain mungkin..belum sempat ku bangun,Sis Aminah, seorang wanita yang chinese look dan juga PR disini menuju ke kami dan bertaaruf..soalan yang menyebabkan aku tak dapat nak bergerak ialah bila kak Linda tanya..


" How old r u sis?"..


guess what???


she already 49??? (aku rasa cam nak tersedak je...coz itu lah umur abah..sori bah terbagitau kat orang umum lak..hehe)but she look very2 young..Subhanallah..



berbual dengan nya, membuat lidah aku kelu...aku terdiam cuma (mungkin terpegun, mungkin juga sbb nak faham ape yang dia cakap..hehe)..Kak linda tanya dia, apa tips awet muda yang dia guna..dia gelak je..and again, try guess what her answer??

" I think its about IMAN, IMAN make us to look young because we not worried anything more than Allah"


Tertelan airliur aku dengar jawapan dia..huhu..Aku tekun muka dia dalam2...memang xde keresahan langsung..huhu..hebatnya wanita ni...macam xde masalah langsung..yang aku paling rasa sejuk berbicara dengan nya adalah tiap kata-katanya xlepas dalam memuji ilahi...subhanallah, Alhamdulillah..diucap berkali-kali..Allah, rasa benar rendah diri ni...

If nak cerita sorang2 insan yang aku jumpa mungkin tak habiskan kot..masya Allah...bilamana aqidah itu ada dalam hati dan jiwa...ukhuwah itu ada dimana-mana..
begitu juga kata sis Aminah..bilamana dia tahu yang aku dan sahabat2 baru je tiba di Perth xsampai sebulan.katanya

"dun worry sis, because the best thing in ISLAM,we are like brothers and sisters and we are here to help you"
(lebih kurang la..ayat ni selepas diedit oleh diri sendiri..hehe)

Hebatnya ukhuwah!!kerana ukhuwah itu bukan sekadar percakapan..tapi ia ada dalam hati dan dalam doa..insan yang dibawah payung kalimah LAILAHAILLAH..

"UKHUWAHFILLAH ABADAN ABADA"

Amin..

P/S: sebenarnya, perasan x?? akhirnya ana terlepas kelas waktu tu..kerana ana rasa, pengalaman yang ni xkan ana dapat kat kelas yang ade rakaman lecture nya dekat webCT..hehe..ampun ye lecturer..ana dah cover balik chapter tu..


3 ulasan:

Dr Zahau berkata...

salam..

kat surau sini pun..ad sorg guy..
dr china..mmng hebat dia..solat di awal waktu..

ari tu..kami borak..psl bidaah(teringnt mr adnan)..hah..
psl zikir lpas solat..dia tau bnda tu x salah..

cuma dia nk tau..knapa muslim malaysia buat gitu..

insyallah...islam di mana saja..

syashot berkata...

Salam.

yea, mungkin itulah salah satu pengalaman atau kelainannya kalau orang tanya apa beza studi di dalam dan luar negara.

mungkin bezanya tidak banyak pada perkara yang dibelajar di lecture hall tapi, pengajaran dalam kehidupan tu yang bermakna.

p/s: dr. zahau, ana yang dah tak ingat pun ttiba teringat pula bila nta mention.. :D

Wallahu'alam.

Ana Farhanah berkata...

salam teman2 sesof..
ehem, Dr Zahau, andai kata Mr tu ade link blog ana n baca komen ni, nta nak makan malam lagi ke ngan dia??hehe...xde2..gurau jer..xsampai kot link org cm ana ni kat dia..

salam syg sya!!..hehe...betul!..stuju 290% ape yg sya cakap..sbb tu rasa nya, ana mmg nak sgt2 shbt2 sesof yg msh di Malaysia untk terus pasang niat belajar di luar negara..subhanallah..pengalaman nya, bkn dalam lecturer yg ana kdg2 ternganga untk menanti bila saatnya ana dpt faham apa yang diperkatakan, tapi lebih pabila mana kita melihat islam dipraktis kan disekeliling kita..coming soon, insha Allah..perkongsian yg lain pula..

salam mujahadah semua :)