Ahad, April 26

INDIVIDU MUSLIM YANG UNGGUL

Kadang-kadang kita sering bertanya. “Kenapa apa yang aku lakukan selalu memberi pengakhiran yang tidak setimpal dengan usaha yang kita lakukan?” Pertanyaan begini sering menghantui pelajar-pelajar dan mahasiswa. Ia akan terbengkalai tanpa jawapan jika kita tidak ada usaha untuk kembali bermuhasabah di mana silapnya.


Berkata Iman Hassan Al-Banna “Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab”

Sebagai seorang pelajar muslim, untuk menjadi seorang yang berjaya, keredhaan dan barakah ALLAH SWT adalah suatu yang sangat membantu. Pelajar yang baik (Good student)akan mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi pelajar yang cemerlang (Excellent student) akan mendapat keputusan yang cemerlang dan seiring dengan barakah dari ALLAH SWT. Untuk mendapatkan barakah dari ALLAH SWT ini, bermula dari menjadi seorang individu muslim yang unggul.

Apakah cirri-ciri individu yang unggul?

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan) .

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan individu muslim iaitu sensitive pada persekitaran, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun sibuk, perlu belajar dan beribadah.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak sia-sia.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik dan mentadabburnya.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Belajar adalah suatu perkara yang berat - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
Pesanan al-Banna: “Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Pelajar muslim yang unggul mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
2 nikmat yang selalu disia-siakan oleh kebanyakan manusia; nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan manusia”- (al Bukhari & Muslim);

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga..

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Pelajar muslim yang unggul merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang mempelajari ilmu ALLAH bersama-sama.
Seorang pelajar muslim yang unggul bukan hanya memikirkan dirinya, malah member faedah pada teman sekitarnya dalam memahami ilmu.

Maenjadi individu muslim yang unggul dengan ciri-cri di atas yang disarankan oleh imam Hassan AL-Bana sangat penting dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Bukan sekadar di dunia malah di akhirat kerana keredhaan dan barakah ALLAH sentiasa bersama. InsyaALLAH…

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah……..

Wallahu`alam.

p/s: diambil dari entry seorang insan yg juga bakal seorang doktor di Indonesia..bermuhasabah diri kembali pabila selesai membaca dis entry..aku perlu berbuat sesuatu..moga redha dan barakah Allah sntiasa bersama diri..amin..

2 ulasan:

Mafia berkata...

Salam,

Jauh sungguh untuk aku menjadi individu muslim yang unggul. Membaca ciri2nya aje memperlihatkan aku tak layak langsung. MasyaALLAH. Ciri ke3 jauhi teman buruk salah satu faktor penting. so betulkan apa yang pernak aku katakan pada kamu? n terbukti lagi seklai aku tak layak dijadikan sahabat.Tak layak aku ni.Segala ciri2 yang disenaraikan tak satu pun aku tepati. Sedihnya.............

:: ARA :: berkata...

semoga kitalah insan2 yang cuba menuju peribadi muslim unggul... rindunya pada fana....