Jumaat, Mei 8

KENANGAN CUMA...

dengan namaMu ya Allah..

alhamdulillah...selesai kerja2 mingguanku..basuh baju,lipat kain,seterika baju..lega~
mengemas katil yang berselerak dengan kertas-kertas nota minggu ini..
walaupun masih ada assignment yang masih di dalam prosesnya..tangan ini tetap 'gatal' untuk menaip dan menulis..
dari tadi minda dan hati ini berkata-kata...bukan dari tadi..dari semalam sebenarnya..dan juga penyebab aku menyertai kuiz pertama d FB.."apakah kelas kamu di SMAPK?"..haha..soalan cukup menarik..tapi jawapannya cukup silap...aku tetap mahu bergelar KEJORIAN..

ada sebabnya..bukan sengaja-sengaja aku merindui sekolah itu..sekolah itu yang banyak memberi tarbiah buat diri..ia juga yang membuat aku cukup2 STRESS dengan pelajaran..haha..kadang2 airmata berguguran kerana serasa terlalu letih untuk belajar dan berdepan dengan masalah2 yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab..namun,aku kuat untuk terus berjuang..kerana ada 'support' yang cukup kuat untuk aku terus kuat melawan arus akedemik dan arus pentarbiahan insan di sana..

rindunya dengan pagi sabtu..pabila suara2 imam besar Mekah berkumandang ke udara..rindu pada kuliah subuh dari sahabat2 dan ustaz2...walaupun kerap kali aku hadir kuliah dengan anggukan yang mengalah kan orang yang memahami tajuk kuliah..rindu aku pada nasihat2 guru dan ustazah di sana...walaupun kadangkala nasihat mereka cukup melucukan..kerana selalu shj berkaitan soal hati dan cinta..(teringat lagu CUDIPT)

rindu aku pada surau cikgu yang selalu aku curi-curi masuk untuk menyahut seruan ustazah Saadiah supaya mengamalkan solat Dhuha...antara kelebihan solat ini,kata ustazah,rezeki kita kan murah insha Allah..bukan shj rezeki dari segi keewangan..tapi juga ilmu dan nikmat2 lain dalam kehidupan..untuk pulang ke asrama..aku rasa cukup2 tidak efficient..jadi, aku lalu mengimarahkan surau itu..kerana selalunya surau itu lenggang pd waktu rehat..tapi kdg2 terkantoi juga..sebab ada juga cikgu yg amalkan solat dhuha..dan kami jadi rapat walaupun cikgu itu tidak mengajar aku..

rindu aku pada atuk..atuk yang juga merupakan pak guard di smapk...tiap kali terlihat, huluran salam dan senyuman jadi pengikat ukhwah..dia juga yang sering meneman malam2 yang ku sering terlambat untuk pulang ke asrama kerana sibuk mengulangkaji pelajaran...dia juga banyak berkongsi pengalaman hidupnya yang membuat aku cukup2 kagum pada tubuh tua yang tetap kuat meneruskan sisa hidup..

rindu aku pada bacaan al mathurat yang di baca secara berjemaah..terasa ada kesatuan antara hati2 kita..rindu aku pada bacaan al mulk sebelum tidur..yang membuatkan tidur malam ku tenang dan damai...rindu aku pada usrah mingguan..usrah yang banyak mengembalikan semangat untuk aku menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan juga sebagai seorang pelajar dengan seimbang mungkin..rindu aku pada walid dan ummi..rindu pada tempe goreng yang ummi masakkan khas untuk aku sbb dia tau aku suka sgt dengan tempe...(sbb baru belajar makan bila di rumah ummi..dan ia sgt2 sedap)..rindu juga dengan ikan keli masak sambal yang juga diperkenalkan kepada ku oleh keluarga walid..

ah..benar rindu itu mencengkam jiwa...rindu pada smapk..kerana ku rasakan..tatkala itu..aku terlalu bebas..bebas dari masalah2...walaupun aku duduk di asrama penuh yang kata orang, terlalu padat jadualnya...aku benar2 rindukan suasana itu..rindu bersama teman2....rindu dengan gurau senda yang takkan ku temui lagi di sini..rindu dengan usik manja guru-guru..walaupun usikan-usikan itu awalnya aku tidak bisa langsung menerima..namun,pabila aku sedar,usikan itu membuatkan ramai orang tersenyum dan ketawa..aku lantas membiarkan..kerana aku gembira..melihat orang lain tersenyum...

jika aku mampu untuk lakarkan tiap detik dan saatnya selama aku 5tahun di bumi itu...aku kan lakukan nya..tapi buat masa ni...aku kene siapkan assignment dulu..huhu...

penulisan ni tiada kaitan dengan apa2 isu semasa...nak cakap tentang isu semasa..jadi geram jer...jadi..nasihat tentang isu2 semasa di Malaysia sekarang..kita hadiahkan doa qunut nazilah untuk Malaysia..moga yang HAQ itu kan tertegak.dan moga yang BATIL itu akan tenggelam...Allah sentiasa bersama2 hamba2NYA..insha Allah..ya Allah lindungi lah pejuang2 agamaMU..amin...ku doakan kalian semua punya kesabaran dan kekuatan terus menerus dalam perjuangan yang pastinya bukan mudah..tapi di akhirnya, Allah telah janjikan SYURGA untuk para mujahid agama Nya...insha Allah..amin..

6 ulasan:

Wan Muhaimin al-Kalantani berkata...

"Disini kami melahirkan pemimpin gemilang yang berilmu, beriman dan beramal soleh"...
Moga2 motto sekolah itu menjadi realiti dlm hidup anti..
Siapa yg blh lupakan SMAPK...tmpt tarbiyah sulung kita semua...
Satu lagi...kita ialah 'kejoraian' sebenarnye, bkn kejorian...(^^)

.:muj@ahidah Solehah:. berkata...

salam muahimin..
haah la..lupa lak nak tulis motto kan.itu ana ingat..yang plg ana ingat sbb mak ana slalu ulang2..ialah: datang dengan harapan dan pulan dgn kejayaan..alhamdulillah..dan moga2 kita terus berjaya melakar megah cemerlang dan gemilangnya ISLAM di mata dunia..
ejaan tu..kejorian lg sedap sebut..haha..eh..if g smapk..kemslm kt cg saadiah n cg yanti eh..eh...kemslm kat sume la senang..ada rzki ziarah mereka hjung thn ni..insha Allah..

Wan Muhaimin al-Kalantani berkata...

w'slm...insyaAllah an akn krm slm kt diorg klu an g smapk...
16 mei ni (hari guru),call la siapa2 yg bergelar cikgu, t'masuk parents nti..sbgai tanda igtn kita t'hdp diorg... pendidik sepanjang zaman.

.:muj@ahidah Solehah:. berkata...

syukran atas ingatan tu..huhu..patutla rindu semacam jer ngn cg2..da dkt hari guru rupanya..insha ALlah..ada rezeki ana kol dorg..

noodles berkata...

assalamualaikum!

ah~ best baca post ni. all in all a good life :)

write more!

Huda :)

.:muj@ahidah Solehah:. berkata...

salam huda..yup!seriously a good life..dan rasanya..akk xperlu sia2kan masa yang akak punya sekarang..sbb bila melepasi saat ini..kita akan kembali merinduinya..akk harap kamu juga begitu..okay..hargai tiap masa yg berlalu..mudahan tiap masa yg berlalu itu..ada harga dan nilai nya..