mimpi malam tadi menerjah lagi di minda..
mimpi bertemu dengan kedua-dua abang ku, mimpi bertemu dengan sepupu ku yang sama-sama berjuang di atas saf perjuangan yang aku juangkan di saat ini...
kata orang, mimpi yang buruk lebih baik disimpan..
mimpi yang baik, kongsi-kongsikan...
aku tak pasti mimpi ini dikategori yang mana..
melihat abang lil yang sering dilukakan...
dia sekadar tersenyum dan mengatakan..
"luka ini cuma kecil jika nak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah, Na"
itu kata-kata yang di ucap pada aku dan abang kedua ku..
asal nya kata-kata ini, kata-kata yang diucap tatkala aku ber ym dengan dia tempoh hari..
kata-kata itu aku pegang..aku ingat dan aku amati..mungkin kerana itu, aku hinggakan bermimpi..
aku gembira bila berbicara dengan abang-abangku..walaupun kadang kala,ada saja usikan yang datang..namun peringatan dan tazkirah selitan yang menjadi selang seli perbualan antara kami adik beradik, buat kami selesa..di tegur secara halus..walaupun adakalanya abang-abang kesayanganku ini memberi teguran direct yang kadang-kadang, airmata jadi gantian...mereka pun faham adik perempuannya yang sungguh sensitif ini...
pernah satu ketika...ketika kami berada di condominium ridzuan, Subang..rumah sewa ku di tingkat 25..kami sama-sama melihat ke bawah..ke arah jalan raya yang selalunya sesak itu..
"jika lompat kebawah ini merupakan jihad dan galang ganti mati syahid, Ana mampu?"
dia menyoal..
"kalau bang lil?"
aku tak mampu memberi jawapan..lantas memberi jawapan yang berbentuk persoalan kembali.
"entah la na, kita sering berbicara tentang jihad dan syahid..tapi andaikata terjun ke bawah dari tingkat 25 ini adalah gantian pada jihad dan syahid,mampukah kita?"
aku ditanya lagi..
kali ini, aku benar-benar diam..aku tak mampu..allahuakbar..
itu jawapan dari hati kecilku...
saat ini aku berfikir, biarlah aku berjuang dengan kemampuan yang ada...bercakap itu mudah..perlaksanaan nya memberi seribu satu cabaran untuk kita semua..ayuh teman, selagi kita punya masa, selagi kita punya kelapangan...terus lah berjuang seadannya..
asyik mencari kesilapan dan kekurangan orang lain, dengan diri yang hanya statik asyik melihat orang lain...teguran ini datang dari diri lebih untuk mengingatkan diri sendiri..
mimpi malam tadi membuatkan aku bangkit lagi..walaupun kadang-kala aku terasa terlalu penat,ianya tidak sepenat perjuangan rasulullah,kekasih agung Mu itu..andai kekasih diuji sedemikian,siapa aku untuk terus menerus mengeluh keletihan...,ampunkan aku ya Allah
Jalan redha Mu terbentang luas ya Allah..jangan biarkan hamba yang hina ini memilih jalan lain untuk dipilihnya..terima kasih untuk mimpi itu ya Allah!
5 ulasan:
Salams Ana, akak ni :) very nice post :) May Allah be with you each step of the way :) xoxo!
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya” [al-Maaidah 5: 54]
syukran kak..sudi melawat teratak maya ana ini =)
jazakallah untuk perkongsian, shbt..
moga Allah ttpkan hati kita di atas jalan ini..
amin
wah... bersemangatb akak kali nih...
wey...kalu tnya ak soklan terjun 2,ak snggup..
nk terjun p s.pyramid...
tp singgah msjid lu la..
anywy,Block B level 25 mmg besshhhh.!!
Catat Ulasan