dengan nama mu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..milik Mu segala kepujian...milik Mu jua segala kesempurnaan
petang ini petang yang cukup indah...aku menghadapkan wajah ku ke arah Swan River yang mengalir di hadapan ku...biru..tenang...dan alhamdulillah, tenang itu setenang hati ku...subhanallah, sungguh....tidak lain yang menciptakan kecantikan luar biasa ini melainkan penciptaNya pasti yang paling Agung,dan Terhebat..
"kak Ana, ada satu soalan yang huda nak tanya, kawan-kawan huda pernah utarakan soalan ni..bukankah orang kafir itu adalah bahan api dalam neraka?"
aku senyum lantas menanggukkan kepala..
"tapikan...kawan huda kata, dorang tak percaya..sebabnya, orang-orang non muslim yang baik-baik tu...takkan dorang juga akan jadi bahan api dalam neraka nanti..dan tak adil untuk mereka dijadikan kayu-kayu api dalam neraka sedangkan mereka tak pernah tahu adanya agama yang benar?" soalan tadi ada sambungannya..
"betul juga" jawab ku..terkenangkan diri ku, yang pernah mengutarakan soalan yang cukup serupa...
"huda, soalan ini juga pernah akak tanyakan pada diri sendiri..ahli keluarga akak, sebahagiannya adalah terdiri dari non-muslim..uncle,auntie dan cousins akak ramai nya adalah chinese kristian yang cukup-cukup baik...dan adakalanya,mereka ini lebih baik dari makcik dan pakcik islam akak sendiri"
bukan mahu membuat perbandingan..aku menghormati kesemua ahli keluarga ku...pakcik-pakcik dan makcik-makcik ku yang beragama islam cukup baik..cumanya, aku mahu mengajak huda menilai, walaupun islam bukan dalam pegangan aqidahnya, uncle dan aunty chinese ku juga tetap punya hati yang mulia..
"mereka tak pernah bandingkan akak dengan sepupu-sepupu yang lain..dan mereka tak malu memeluk akak dihadapan orang lain dan mengakui akak adalah anak buahnya,walaupun akak dan mereka cukup berbeza lahiriahnya" mana tidaknya, aku dengan pakaian ku, tudung dan berbaju kurung, dia pula tanpa tudung dan berseluar pendek..tapi tiada tembok yang membuatkan dia untuk malu mengakui yang aku punya hubungan darah dengannya...dan aku cukup kagum tentang itu!
huda terus mengangguk-anggukan kepala...
"saat mak kepada mak akak mati maksudnya nenek cina akak, mak akak menangis sepuas-puasnya, sebab dia tahu, semua orang kafir akan ke neraka.."
airmata ku mula bergenang, terkenang saat aku melihat, airmata seorang anak tumpah apabila mendapat khabar yang ibu kandung nya mati sebelum sempat melafazkan kalimah syahadah yang teragung itu..
"masa tu, mak juga menyoal persoalan yang sama, boleh tak Allah beri kemaafan pada mak dia, sebab mak cina dia adalah orang yang menghantar dia ke rumah muslim dan mengizinkan dia untuk hidup sebagai seorang muslim..kalau mak cina dia tak hantar dia ke rumah orang melayu itu, akak juga mungkin bukan yang memakai tudung saat ini" persoalan ini lahir jujur dari hati seorang anak, yang terlalu mengimpikan agar ibu kandungnya bisa mengecapi syurga atas kebaikkan semasa hayatnya...
dan kebaikan itu terlalu agung..buat mak,aku dan seluruh keluargaku...kerana tanpa usaha dan keizinan dia untuk memberi mak kepada orang melayu islam...kami mungkin bukan sesiapa..dan kami mungkin adalah salah satu calon kayu api dalam neraka!
"Allahuakbar..." hati ku bertakbir memuji keagungNya menyusun rencana dalam kehidupan insan..alhamdulillah, aku terpilih untuk menjadi seorang Muslim..
aku memandang ke sungai yang mengalir tenang.."cuma akak teringat, pada jawapan abah akak ketika cuba menenangkan hati mak akak..kata abah, mana tahu, di saat mak(nenek cina) nazak, ada kelibat Yah(mak) ajarkan dia untuk mengucap...insha Allah, dia mati dalam islam"
itu kata-kata abah...ringkas tapi dalam maksudnya..kata-kata itu membuatkan mak lebih tenang, walaupun airmatanya terus menitis...dan saat itu, aku baru berumur 10 tahun...namun,apa yang berlaku,semuaya jelas dalam ingatan ku.
"hanya satu,pengetahuan kita tentang makrifatullah(pengetahuan kita tentang Allah), apa yang kita belajar dari asma' wa sifat..nama-nama dan sifat-sifat Allah, membawa akak untuk meyakini, yang Allah itu Maha Adil" aku memandang huda semula...tersenyum dan airmata yang bergelora di kelopak mata tadi kembali surut..
"siapa kita..manusia yang penuh kelemahan dan kekurangan..penuh berjuta kekhilafan..untuk menilai non muslim yang ada di sekeliling kita? sebab tu, sebagai seorang muslim, kita perlu berbaik pada semua yang ada disekeliling biarpun mereka bukan yang sama agama dengan kita.kerana mungkin di saat pengakhiran kehidupan orang-orang ini, Allah angkat darjat mereka dan izinkan lidah mereka untuk mengucap dengan cara apa sekalipun..dan Allah punya segala kekuatan dan kemampuan untuk melakukan itu.."kun fayakun" yang bermaksud 'pabila Aku berkata jadilah, maka jadilah'...siapa tahu, kuasa Allah?tak mustahil..ye tak?..aku menyoal kembali untuk melihat respon dia..
"betul juga.."dia terus menganggukan kepala..panjang lebar ulasan ku, namun huda tetap tidak hilang fokus pada 'bebelan' ku..kagum sungguh aku dengan adik di hadapan ku ini..walaupun usianya cukup kecil jika mahu dibandingkan dengan diri ku, namun akalnya cukup matang dan dewasa...aku yakin bukan semua adik-adik yang di usia sama dengannya, mahu dan mampu bertanya persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan dan hujah seperti ini..
"Allah cipta semua kejadian untuk manusia..supaya manusia itu berfikir...tengok ni semua, burung-burung yang berterbangan, air yang mengalir di Swan River ni...siapa yang terbangkan burung dan siapa yang alirkan air? kalau insan itu berfikir, mereka akan temui jawapan..dan jawapannya ada pada Islam" kami berdua terus melontarkan pandangan ke atas awan...seronoknya tengok burung-burung yang berterbangan...dan tenangnya hati melihat awan biru..
"Istimewanya manusia dari haiwan, Allah kurniakan akal...agar digunakan untuk berfikir...dan manusia yang menggunakan akal untuk berfikir,adalah orang yang sangat untung...ada juga manusia yang malas untuk berfikir walaupun dorang ni dah islam..hanya mahu rileks, taknak pening-pening dengan perkara-perkara yang berat-berat..lalu,mereka ni.."
"samalah macam haiwan", huda menyambung tepat..
"betul, sama dengan haiwan yang makan,tidur dan hidup rileks tanpa mahu berfikir,sebab haiwan ni memang takde akal" senyum terukir lagi, hebat insan bertubuh kecil molek di hadapan ku ini..tubuhnya kecil, namun pandangan akalnya,luas..
"jawapan akak pada persoalan huda tadi, hanya pada keyakinan akak pada Maha Adilnya Ar Rahman dan Ar Rahim itu..siapa yang akan jadi bahan api dalam neraka, adalah orang kafir..tetapi siapa yang kafir di saat pengakhiran kehidupan kita, semuanya dalam pengetahuan Dia...apa yang kita mampu buat untuk non muslim di sekeliling kita, hanyalah berdoa dan jika ada peluang dan ruang, bawalah mereka mengenali islam" aku menarik nafas dalam...
kerana itu juga harapan dan doaku buat keluargaku yang masih belum memeluk islam...agar mereka menemui sinar iman dan keindahan islam..
aku dan keluarga, masih berusaha sedikit demi sedikit untuk menunjukkan islam ini indah dan mulia kepada keluarga non muslim kami..adakalanya kami hadiahkan al-quraan, bertanya khabar dan meraikan mereka bila adanya event-event penting dalam family...kami merasai amanah yang Allah beri buat kami sekeluarga untuk menunjukkan kecantikkan islam ini pada keluarga non muslim ini..lalu,doa selalu dipohon, agar Allah permudahkan segala urusan dan perkuatkan diri kami..moga Allah beri hidayah buat mereka..dan buat ahli keluargaku yang sudah pun bergelar muslim, moga terus istiqamah dan ditetapkan iman dan islam dalam diri...
"eh, akak yang cadangkan bbq ni,akak pula yang berborak kat sini, jom pergi tolong dorang" aku mengajak huda ke tempat sahabat-sahabat lain berkumpul..
senyuman terukir lagi, rindu benar pada perbincangan seperti ini...dalam kesibukan melanda, rupanya banyak hati yang merindui...circle yang selalunya kita hadiri..moga Allah beri peluang dan ruang lagi..untuk kita terus berbicara..hati ke hati..melalui akal yang mahu terus berfikir..agar keimanan dalam diri terus disuburi...bersama ukhuwah yang akan kekal utuh di hati....terima kasih untuk semua...terimakasih juga kepada yang menjayakan BBQ tempoh hari..ada rezeki,kita buat lagi, asalkan niat ikhlas, bbq pun dikira ibadah....buat insan yang mahu berfikir~ insha Allah (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan