Isnin, April 5

"Mendongak ke Langit Tuhan"

alhamdulillah..
apalagi kalimah lebih agung untuk menyatakan rasa syukur ini?

malam itu,
kaki melangkah laju..
meniti jalan ke arah batu-batu,
memanjat tangga yang disediakan,
dan lelah itu kedengaran..

namun pabila aku,
mendongak ke langit tuhan,
hitam pekat langit,
mutiara-mutiara langit berkerlipan,
tiga bintang yang berjujuk,
arah kiblat buat sang musafir,
lidahku lancar menyebut,
"subhanallah,indahnya penciptaan tuhan"

betapa tuhan itu terlalu agung,
ciptaanya membuat yang melihat, terdiam kaku,
hati terasa sejuk yang mendamaikan,
siapalah manusia hendak dibanding dengan sang pencipta?

trip dua hari satu malam ini sangat-sangat menyeronokkan.

selepas sesi 'torchlight beracun', kami dihidangkan tazkiyatun nafsi dengan perkongsian dari kak fiza..ini sahabat yang pernah aku kisahkan dahulu dalam kekuatanmu. Dan sungguh, kekuatan dia masih jelas dalam tiap nadinya. Kisah dia,akan terus jadi cebisan dari kisah hidupku.

kemudian,kami berzikir secara jamaiee dan di akhiri sesi malam itu dengan kesimpulan dari ustaz hilmi.

malam yang sejuk itu bermula...

walaupun tak dapat tidur kerana terdengar (bace:memang dengar) kisah-kisah sahabat yang sedang menjaga khemah.

geli hati sendiri..kerana semuanya bercerita kisah sendiri, dan sampai satu masa, terasa nak join 'halaqah' berkongsi cerita tu sekali. sebab memang tak dapat tidur..

lepas makan panadol sebab sakit kepala yang bersangatan sebelumnya.
cuma dapat lena untuk lebih kurang sejam.

dalam lena itupun,kisah sahabat-sahabat yang bercerita ini,
masih mampu memasuki telinga dan akal.
lalulah,cerita-cerita kamu berlalu dalam mimpi ku..(-_-")

selepas sejam,tak mampu lagi untuk tidur, terjaga dan sambung mendengar kisah-kisah hidup kalian..
lain kali, ajak kitorang join sekali,ok? berbesar hati kalau kalian ajak join sekaki (^_^)

sebab terlalu sejuk (tanpa sleeping bag dan selimut), memang tak mampu nak tidur terus.
disebabkan fira (my junior) pun senasib dengan ku, kami sama2 keluar mencari air panas.
berborak+menahan sejuk bersama-sama.indahnya berlawan sejuk dengan kamu,fira..hehe

walau tanpa tidur yang lena,

terimakasih duhai tuhan,
Kau izinkan kami bersama mendongak ke langit mu,
mengira betapa banyak kurnian agungMu,
lafaz syukur tak terhenti dari lidah,
Kau izinkan kami meneliti kekuasaan Mu dalam Ar Rahman dan Ar Rahim Mu,

Kau satukan untaian hati-hati kami,
membentuk satu kalungan indah,
Aku masih jauh dalam mendalami erti ukhuwahfillah,
namun aku yakin,
ukhuwah yang bertaut hanya keranaMu,
adalah yang terlalu indah.

bukan benda dan hadiah sebagai bukti kasih,
bukan lafaz sayang dan kalimah cinta sebagai gantian rasa,
ianya tersirat dalam qalbi,
ianya tersurat dalam kalam doa,
ya rabbi, aku cinta sahabat-sahabat ini keranaMu

moga kami terus bersatu dalam sof perjuangan ini..
perjuangan menjadi khalifah..
kalaupun tidak sebagai pemimpin dunia,
cukuplah kami menjadi yang terbaik untuk memimpin diri sendiri.

Al Baqarah(1:30)

3 ulasan:

Dedi S. ed Daudy berkata...

sepakat....semoga!

Agus Susanto berkata...

Good Blog

G. Sujatmiko berkata...

Assalamu'alaikum...salam kenal.
Blog yang teduh dan terasa nyaman.