Bismillahirrahmanirrahim
"Berapa menyimpan sebulan?" setelah penat bergurau senda saya mengeluarkan soalan yang lebih serius.
"hurm, kadang-kadang aud200. alamak..tapi itupun biasanya bila sampai hujung bulan, tinggal aud100 atau habis" keluhan itu sama dengan keluhan saya. saya juga begitu. ada sahaja laluan duit itu untuk dihabiskan walaupun saya bukanlah kaki shopping! pergi City pun boleh sesat agaknya~
alasan lagi.."ala,biasalah macam tu..KITA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN"
Ambuih, cepatnya bila yang silap itu disandarkan pada ketentuan Allah. Rupanya kita yang terlalu rapuh dalam merancang kewangan. usaha dulu kemudian baru tawakal pada Allah..
"Abang Lil, abang simpan berapa sebulan?" seusai solat berjemaah, saya mengaju soalan santai kepada abang saya, sekadar mahu merapatkan ukhuwah.
"Alamak na..ada la sikit..kalau ada lebih, menyimpanlah!" sedih juga bunyinya tu..Saya lantas mengambil buku nota dan pen. Meminta senarai perbelanjaan abang sulung kesayangan saya ni. Catit punya catit, kira punya kira, memang takde langsung baik yang tinggal!
"bang Lil, kalau semua duit pinjaman PTPTN tu digunakan untuk bayar yuran sekolah, bang lil guna duit apa untuk makan?" saya bersuara bimbang. Mana tidaknya saya tahu sangat, dia bukannya meminta sangat belanja dengan emak dan abah.
"pandai-pandailah nak hidup" dia senyum. Allah..sukarnya mahu hidup di Malaysia. Elaun kecil tapi kos hidupnya tinggi! bang lil terpaksa bekerja part time. Duit pinjaman khas untuk pelajar pun tak sepadan dengan perbelanjaan seorang pelajar!
Setelah membaca buku "Kemana Wang Anda", saya terjumpa satu cara untuk memudahkan abang saya membayar pinjaman pengajian tu, iaitu melalui pelaburan..saya tulis di post sebelum ini
Buat Pelaburan
-Pendahuluan RM 1000 dan melabur RM 100 Setiap bulan
-Kadar pulangan 10% dalam masa 5 tahun.
-Insha Allah boleh dapat RM 7808!
-Kalau dengan kadar pulangan 10% selepas 10 tahun, insha Allah boleh dapat RM 20, 655!
Berminat! Pelaburan memang boleh beri pulangan yang menguntungkan jika melabur dalam tempoh 3 tahun keatas..Makin panjang masa, makin menguntungkan.
Setelah berbincang lebih mendalam beberapa perkara, abang lil got one point, dia perlu menyimpan dalam bentuk pelaburan supaya duit itu bertambah dengan kadar yang menguntungkan. Alhamdulillah..
tapi katanya tak mampu untuk sediakan RM1000 untuk pendahuluan pelaburan. Betul juga, Rm1000 bukan jumlah yang sedikit..Tapi ada satu ALTERNATIF yang boleh di buat.
Dia boleh melanggan produk takaful yang ada 2 dalam 1..ada simpanan dengan maximum dividen 6% dan juga perlindungan sekaligus. Memang dividen agak sedikit tapi ia simpanan yang sangat selamat dan dia ada perlindungan sekaligus!
Takaful Savings Plan
-Tak perlukan RM1000 untuk pendahuluan
-Ada 2 dalam satu (Simpanan/pelaburan dan Perlindungan)
-Simpanan rendah RM62.69 sebulan, untuk tabungan selama 25 tahun.
-Automatik dapat perlindungan RM 100,000
-Jika masih hidup, selepas 25 tahun, insha Allah manfaat yang diperoleh adalah RM 33,661.89
(lebih dari cukup untuk bayar PTPTN secara cash dan dapat lagi buat duit pendahuluan kereta =P )
dia akhirnya buat keputusan, untuk usahakan cari rm1000 dan mulakan pelaburan dan ia adalah langkah yang sangat BESTARI!..Tapi nasihat saya, jika mahu memulakan langkah bijak dan tidak mampu untuk sediakan RM1000, boleh teruskan dengan mengambil pakej takaful savings plan yang hanya RM100 setiap bulan. Kalau kurang faham tulisan saya yang memeningkan ini, silalah hubungi saya melalui emel/ facebook saya..sesi rundingan dan diskusi percuma =)
Selamat Menyimpan dan Melabur~
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
7 ulasan:
salam.saya tertarik dengan topik kewangan di blog ana.boleh terangkan
dengan lebih lanjut tak tentang perkara tersebut?dan saya ingin bertanya,adakah email yang saudara berikan itu betul?kerana saya cuba bertanya lebih lanjut melalui email tersebut tetapi gagal.tq.
wslm wbt..maaf..saya lupa pula nak letak emel yg saya guna secara official di fb..tp insha Allah awak boleh ctc saya melalui fb, boleh add saya ye..kita bincang lebih lanjut di inbox fb insha Allah =)
slm perkenalan dari saya, Ana Farhanah~
salam.maaf,saya dah lama deactivate fb dan lupa email fb saya.jadi boleh tak kita berhubung melalui email?tapi kalau saudara selesa berbincang dengan lebih lanjut di fb mungkin saya boleh create fb semula melalui email ini.krn saya btul2 b'minat tentang post yang berkaitan biar wang bekerja untuk kita.tq.
salam wbt, insha Allah boleh ctc saya di mujahidah89.solehah@gmail.com =)
salam,
x faham sikit.
kalau pendahuluan rm1000 dan setiap bulan rm100,pulangan 10%,kite akan dapat rm7808 utk 5 tahun...tp bukan ke kalau kita totalkan nilai rm100 utk sebulan selama 5 tahun bersamaan dengan rm6000 dan ditambah modal rm1000 total dah rm7000?
salam,
x faham sikit.
kalau pendahuluan rm1000 dan setiap bulan rm100,pulangan 10%,kite akan dapat rm7808 utk 5 tahun...tp bukan ke kalau kita totalkan nilai rm100 utk sebulan selama 5 tahun bersamaan dengan rm6000 dan ditambah modal rm1000 total dah rm7000?
wslm..
erm,betul..itulah anggaran kiraannya..tapi kita kene faham dan tahu..anggaran 10% itu hanyalah sekadar dalam ilustrasi..sy pernah dgr dr sepupu sy yang sudah melabur di public mutual, every year memang akan bertukar kadar peratusnya, 14%-21% plg tinggi yang pernah dia dpt..10% itu anggaran plg rendah =)
Catat Ulasan